Sambungan daripada Catatan Perjalanan -
Sabah Part 8: Spa Ikan Sungai Moroli, Ranau
|
Mata Air Panas Poring |
Lepas jer daripada Spa Ikan, kitaorg berpatah balik menuju ke Mata Air Panas Poring. Actually Spa Ikan nih jauh ke depan daripada Mata Air Panas Poring. Kiranya patah balik lah nih. Sampai je kat Mata Air Panas Poring nih tengok kereta dah berderet-deret parking kat luar dan dalam kawasan Mata Air Panas nih. Pemandu kenderaan yang kitaorg sewa nih pun bawak lah ke dalam kawasan Mata Air Panas Poring dan bagi sedikit penerangan. Sampai area situ je tgk Masya Allah ramai nya orang. Yelah hari Sabtu kan. Mmg takde satu kolam pun yang kosong. Lagi satu aku tak sanggup nak masuk dalam kolam-kolam tuh n share dengan orang lain. Terus teringat artikel kat yahoo.com tentang public pool. Mungkin orang terlalu ramai jadi keadaan kolam pun agak kureng untuk haritu. End up kitaorg abiskan masa kat situ dengan tengok gelagat orang ramai.
|
Dalam perjalanan menuju ke kolam air panas |
Oleh kerana masing-masing dah terlalu penat n semua dah teringat katil, selimut n bantal kat hotel, kitaorg amik keputusan untuk cut short lawatan kat kolam air panas poring nih. So kitaorg keluar cari pemandu kenderaan yang kitaorg sewa tuh. Rupa-rupanya dia pegi jumpa kawan kat kampung sebelah. Dalam setengah jam dia datang amik kitaorg dah tak tahan nak balik hotel sangat kat Kota Kinabalu tuh sana. Actually mmg air panas poring nih last tempat lah sebelum balik ke KK semula.
|
Sebelum balik singgah makan Durian Sabah dulu |
Dalam perjalanan pulang tuh kitaorg singgah kat gerai tepi jalan untuk rasa Durian Sabah dulu. Dah lah besar mahal pulak tuh. Hehehe tapi layankan je lah ye. Bukan selalu dapat pegi sini kan. Lepas melayan durian so kitaorg pun proceed nak balik. Tetiba kawan akak aku suggest kitaorg pegi ke Hotel Perkasa atau sekarang dikenali Mout Kinbalu Heritage Resort & Spa. So kitaorg mintak driver tuh bawak kitaorg ke sana. Masa tuh dah pukul 5.00 petang. Suasana tuh lebih kurang macam pukul 6.30 waktu kat semenajung. Apa yang best kat sini? paling best sekali adalah view dia. Hotel nih terletak dekat dengan Kundasang. N mcm aku ckp dalam post terdahulu yg view kat Kundasang adalah sgt2 breathtaking view. So macam biasa, let pictures do the talking:-
|
Depan pintu masuk hotel |
|
Bergambar kat view deck |
|
lawa sangat2 view kat sini |
|
Gunung Kinabalu dari view deck Hotel Perkasa |
|
mcm kat eropah plak |
|
suka tengok pokok-pokok n hutan kat sini |
|
pokok-pokok semulajadi kat sini. nyaman je. |
Next post:
Perjalanan pulang ke Kota Kinabalu dan Sky Deck Kota Kinabalu
Comments
Post a Comment