Boleh ke seorang doktor itu give up dengan pesakitnya?

Semalam aku ada checkup kat sebuah hospital kerajaan kat JB nih. Yelah aku bukan orang kaya nak pegi hospital swasta. Insuran pun tak cover.

Hospital yang aku pegi nih memang menempatkan segala macam mak nenek Pakar Perubatan dalam satu bumbung.

Dah 2 tahun aku checkup kat sini sejak aku balik dari Umrah tahun 2011. Actually sangat leceh checkup kat sini. Dahlah susah nak dapat parking, orang ramai n sgt sesak. Mana taknya pesakit dari seluruh Johor, kat sempadan Pahang, Melaka & Negeri Sembila semua akan datang sini kalau kena refer dari hospital daerah masing-masing sebab ini adalah klinik Pakar.

Actually aku memang berat hati nak pegi sebab aku igt condition aku still sama macam last visit bulan 11 haritu but nasib baik kurang kena bebel n berat aku actually turun huhuhuhu.

The main thing is bukan nak cerita pasal aku tapi pasal doktor-doktor pakar yang pada aku agak muda-muda jugak. Lebih muda daripada aku.

Klinik Pakar yang aku jumpa ni akan berkongsi 2 pakar dalam 1 bilik. So kiranya boleh dengarlah 'jiran' aku kena bebel dengan Doktor.

Masa last visit aku memang kena ngan doktor tuh. Memang ada bunga-bunga stress dia masa tuh. Tapi tak nampak sangat n aku boleh terima lagi sebab maybe dia nak sedarkan kita kan untuk jaga kesihatan. Lagipun time tuh dia macam baru jer sebab masih tanya-tanya Pakar yang berumur sikit dari dia yang ada dalam bilik tuh.

Tapi kali nih bila aku nampak dia masuk bilik jer aku terus doa, janganlah kena dengan dia. Bagilah aku doktor lain. Alhamdulilah aku dapat doktor lain. Doktor stress tuh sekarang duduk kat meja doktor pakar yang berumur sikit dari dia tuh. Doktor yang aku dapat tuh sangat sopan n soft spoken n banyak bagi tips-tips untuk aku. Tuh yang rasa macam nak balik rumah terus lari kat treadmill 2 jam bagi turun badan. Yelah kan kita bukan budak-budak lagi nak kena tengking or marah-marah. Kalau cakap lembut-lembut sure hati patient akan lembut kan.

Aku tahu yang ko tuh memang stress sgt and hospital tempat ko bekerja tuh memang sgt crowded dengan orang tapi don't you ever, ever, ever treat patient macam tuh. Totally wrong. Actually aku pun tersentak bila dengar doktor tuh tengking n menjerit kat patient. Sampai doktor yang very nice tuh pun perasan aku tak berapa selesa dengan keadaan tuh.

Doktor tuh pegi tengking budak muda lagi yang katanya tak menjaga kesihatan dan mengikut arahan. Budak muda lagi. Baru lepas sekolah kot. Kalau takde guide dari mak bapak camner dia nak guide diri dia sendiri. Budak tuh pun datang sendiri jer. Sedih plak aku tengok budak tuh. Ko sepatutnya sebagai doktor kenalah cakap elok-elok sikit. Bukan nak tengking-tengking n jerit-jerit kat orang macam tuh.

Jangan buat patient tuh  putus asa dengan dirinya sendiri. Lepas nih budak tuh pun pikir 2-3 kali nak teruskan dengan appointment or tak. Sebab aku pun dok pikir 2-3 kali nak pegi ke tak appointment.

Tapi aku perasan doktor tuh memang kasar. Sebelum tuh dia cakap dengan orang tua pun macam kasar jer. Kalau kena kat mak aku nih memang aku lawan balik doktor nih. Nasib baik mak aku jumpa pakar-pakar yang tak meroyan macam tuh.

Kepada doktor-doktor sila buat kerja anda dengan ikhlas.

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih