This is the VOICE!

The Voice Season 4

Rancangan nyanyi-nyanyi yang paling aku minat sekarang.
American Idol dah tak layan. Bosan sangat tgk judges tah apa-apa.
The Voice jugak best sebab semuanya mengenai V. O . I . C . E

Sapa-sapa yang tak tahu camner konsep The Voice nih meh aku cerita.
The Voice nih bukan macam American Idol, suara macam katak pun boleh masuk t.v.
Produser dia dah tapis dulu melalui audition kat Youtube or studio. Lepas tuh yang terbaik baru masuk BLIND AUDITION.

Blind Audition

Blind Audition, dimana Blake Shelton, Usher, Shakira & Adam Levine, coach untuk season 4 ini akan pilih 12 peserta setiap team masing-masing. Peserta yang telah dipilih akan menyanyi dimana coaches nih semua tak tengok tapi cuma dengar jer suara. Kalau diorg berminat dengan peserta yang tgh menyanyi diorang boleh tekan button n secara automatik kerusi tuh akan pusing ke depan n peserta tuh akan masuk team coach yang tekan button tadi.

I want you!

Tapi bila lebih seorang coach yang tekan button tuh, maka peserta tuh kena pilih dia nak ikut coach yang mana. Masa nih lah kelakar sebab coach nih semua guna macam-macam taktik & ayat nak bagi cair kat peserta-peserta nih supaya ikut diorang.




Lepas blind audition masuk ke pusingan Battle. Masa nih setiap peserta dalam team setiap coach akan bertanding sesama mereka untuk. Kira macam duetlah n coach akan pilih sorang yang terbaik setiap duet n yang tak berjaya kira macam dieliminate lah. Tapi sejak season lepas ada Steal iaitu peserta yang tak dipilih oleh coachnya sendiri boleh dicuri oleh coach lain. Setiap coach ada 2 steal aje.

Lepas Battle Round adalah pusingan Knockout. Macam main boxing plak kan. Macam pusingan battle tapi tak duet so yang terbaik akan dipilih yang tak terpilih boleh balik rumah. Pusingan nih takde steal. Lepas Knockout round nih adalah pusingan Live Playoffs. Masa nih Top 16 iaitu 4 for each team akan nyanyi secara live. 2 peserta setiap team akan dipilih berdasarkan undian penonton dirumah dan 1 peserta setiap team akan dipilih oleh coach. Maka dapatlah Top 12 dan diorang akan nyanyi sampailah final Top 3. Top 12 nih coach memang takleh selamatkan semua terpulang dengan undian peminat.


Sasha Allen

Begitulah format rancangan The Voice nih yang aku rasa sangat interesting. Harap-harap team Shakira yang menang. Ske sgt ngan suara Sasha Allen. Actually dia original dari team Adam Levine, tapi Adam Levine ngok ngek tak pilih dia n Shakira steal dia dari Adam Levine.


Kalau ada The Voice Malaysia agak-agak sapa lah ek yang boleh jadi coach. Lagi satu kalau ada please jangan ada age limit macam The Voice kat negara lain. Barulah best.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih