Catatan Perjalanan: Shanghai, China Part 5

Sambungan daripada Part 4

Shanghai yang bz pagi, petang, siang & malam

Hari ke-empat (Rabu) di Shanghai nih dihabiskan dengan bershopping dan makan. Tapi aku tak beli apa pun. Tengok orang beli jer. Ini semua gara-gara aku dpt phone call dari Malaysia ckp air-cond kereta aku kena RM800.00++. Terus jadi pelokek n tengok orang shopping jer dengan harapan duit Yuan aku tuh dpt tukar balik ngan duit RM hihihihi. Kat sini subuh nya agak awal so memang aku terus terbangun awal. Dahlah sejuk sangat n lantai apartment abg aku tuh xboleh dipijak sebab sejuk sangat. Even spring pun abang aku pasang heater. Breakfast akak ipar aku sempat sediakan sebelum g keje. Akak ipar aku kerja tak jauh dari rumah dia. Dekat jer. Dari apartment dia dah boleh nampak building office dia. Anak saudara aku plak dah pegi sekolah n sorg lagi cuti sebab tak sihat. Kitaorg pun siap2 nak gi menghabiskan duit cos pukul 10 pagi van yang disewa abang aku akan datang amik.

mula sampai sini bawak handbag jer semua orang
Harini destinasi kitaorg adalah pergi bershopping handbag gred AAA punya hahaha.
Kitaorg pegi Shanghai Science and Technology Museum tapi bukan nak gi museum pegi tempat shopping kat bawah museum nih. Kat Shanghai ni memang banyak betul pusat pemborong2 yang moden ke yang tradisional semer ada. Yang kat dalam bangunan yang kat bawah tanah lah. Memang banyak lah.

Ini ler rupa Shanghai Science & Technology Museum atau
 lebih dikenali sebagai Scientex
Dua orang nih memang dah tak sabar nak bershopping hihihihi

Masih kitaorg sampai nih awal pagi. Kiranya diorg baru bukak kedai ler so memang orang tak berapa nak ramai lagi. Kat sini memang menjadi tumpuan pelancong asing n ramai lah pelancong asing macacm kitaorg nih datang membeli belah barang gred AAA kat sini. Diulangi pelancong asing. Cos mcm tempat pemborang lain ada pelancong gak tapi pelancong tempatan diorg. Macam kat sini kebanyakkan pelancong asing yang dtg n kat sini diorg pandai berbahasa inggeris sikit berbanding kat tempat lain. Aku regret sikit sebab aku tak amik gambar kat dalam A.P Plaza nih. Padahal dah igtkan diri sendiri amik gambar amik gambar tapi excited tengok bag2 terus lupa (padahal tak beli pun)

dok kat kedai nih 1 jam pun ada
tergoda mak tengok teko tuh
Kedai nih jual souvenir lawa2!

Kat A.P Plaza nih macam-macam ada jual. Handbang, kasut, barang hiasan rumah, baju, cenderamata, fridge magnet, key chain, jam tangan n macam-macam lagi ler. Sampai-sampai jer abang aku bawak pegi kedai jual handbag yang biasa dia pegi kalau org2 Malaysia dtg. Tapi serius aku ckp handbang kat kedai nih memang gred AAA. Memang nampak serupa n jahitannya pun kemas. Akak ipar aku sampai borong 6 handbag kat sini! Kat sini kena ada caranya nak tawar menawar. Abg aku ada cerita ada sekali dia pergi tuh masa tuh dia dok tawar menawar sambil diperhatikan sorg mat salleh nih yang kagum ngan cara abg aku tawar menawar (well orang Malaysia kan terer) n dapat harga yang paling lowest lah kiranya. So bila abg aku keluar dari kedai tuh Mat Salleh tuh approach abg aku n tanya camner abg aku dpt harga mcam tuh. So abg aku ajar ler dengan letak harga yang paling lowest sekali n abg aku ajar bag jenis camana harga dia camner. Lepas tuh kalau tuan kedai tak setuju ngan harga kita keluar jer dari kedai sebab sure dia kejar kita balik n setuju ngan harga yang kita nak. Tapi lepas tuh kena lah beli jgn tak beli plak.

Tadi pegi bawak handbag jer balik siap beli extra luggage!

Lama gak kitaorg kat sini. Adalah dalam 3-4 jam. Barang yang dibeli bukan kemain banyak sampai mendapat perhatian orang-orang kat situ hahaha. Diorg pun pelik orang kaya mana lah yang dok shopping sampai selambak barang! Siap beli extra luggage lagi. Akak aku n akak ipar aku tuh cikgu. Plak tuh kengkawan dia semer tau diorg nak pegi jenjalan. So kenalah beli cenderahati kan. Tuh yang belanja lebih sikit. Yang akak aku plak nak borong nak meniaga kecil-kecilan hahaha. Kekadang bila kita gi jenjalan cari ole2 adalah tujuan utama dulu. Macam aku gi Bandung dulu, balik jer baru sedar aku tak beli apa pun untuk diri sendiri. Kat AP Plaza nih aku cuma beli fridge magnet untuk diri sendiri, t-shirt untuk anak-anak saudara n opis mate aku, handbag untuk mak aku & akak aku & set chopstick untuk 2 orang boss aku sebab kasi approve cuti hihihi.

Oklah sambung Part 6 plak ye.
(Sorry bebanyak kalau korg bosan baca entry Shanghai aku yang tak abis-abis nih)

Comments

  1. dak bosan lah suka saja citer jalan jalan \^^/ hahaha
    CT nyopping sini gak and dekat 7 jam spend disni hahaha.. masuk dak kedai2 ni punya bilik rahsia ?
    sebabnya kawan nak borong coach and LV aaa tapi kami nampak pun.. semua dok tayang MK saja hahaha.. jadinya kami tanya then dia bawak masuk satu kedai and dalam kedai tu ada bilik rahsia disebalik rak rak beg tu.. seram ooi pakai remote bagai =_=' hahaha dalam bilik tu ada sorang minah salleh gak.. dia borong wallet coach smpai penuh luggage.. nampaknya diorang pun pakai yang ciplak gak hakhak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah saya pun masuk bilik tuh sebab nak cari jam. mula2 jer dah letak harga rmb1400 fuhh nasib baik ada my brother yg boleh sikit2 ckp mandarin n mmg dah biasa dgn tempat tuh so dpt lah dgn harga rmb200 hihihi

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih