Catatan Perjalanan: Shanghai, China Part 6

Sambungan dari Part 5

Lunch kat sini

Masih hari ke-empat (Rabu). Lepas balik dari Scienctex tuh perut pun dah lapar. Dah lah time tuh tgh sejuk so memang perut memasing pun dah berbunyi-bunyi. Abang aku bawak kitaorg makan kat satu restoran halal chinese muslim kat sini. Restoran nih memang menjadi tumpuan orang Malaysia lah kalau berkunjung di Shanghai nih. Actually tak susah nak cari makanan halal kat Shanghai nih. Kat pasaraya besar diorg memang ada section halal. Kekadang ada dalam sebaris deretan kedai tuh mesti ada terselit kedai yang menjual makanan Halal. Restoran yang kitaorag gi makan nih adalah restoran yang diusahakan oleh chinese muslim kat sini. Satu jer aku leh ckp, memang sedap gila. Sekarang nih pun dok terliur bila teringat makanan yang kitaorg makan haritu. Kalau jumpa anak saudara aku mesti dok cerita pasal daging kambing goreng yang disalut ngan bijan. Dah lah digoreng lepastuh rangup dan lembut lak tuh. Rasa macam nak fly gi Shanghai jer tapi apakan daya abg aku n family pun dah nak balik for good minggu depan.

Yang ni kari ayam version diorg. Sedap!
Satay kambing yang super sedap!
Daging rusa masak apa tah tapi sedap sangat!
Ini memang sedap gila tahap meroyan! Kambing Goreng
yang ini sayur goreng ngan kentang errr sayur kan ekekeke
tunggu makanan
awar tak sekolah nak join ayip g jalan2
hah kau licin terus!

Lepas makan jer kitaorg berpecah. Abang aku n anak-anak saudara aku balik rumah n kitaorang yang lain meneruskan pencarian barang. Hahaha. Actually aku nak balik sebab kaki dah sakit tapi abg aku tak kasi balik dia suruh aku menikmati keindahan Shanghai. Kitaorg pegi pusat pemborong bawah tanah plak. Fuhhh satu level tuh semua baju budak. Akak ipar aku nak cari baju untuk cucu2 dia. Akak aku plak nak cari baju raya untuk Mat Ayip. Oleh kerana tak larat nak jalan, kitaorg pegi satu kedai nih je. Murah gila baju budak kat situ. Korg yang ada anak pun tau kan baju budak lah yang paling mahal. Kalau seluar jeans tuh memang RM60 ringgit ke atas kalau kat Jusco tuh tengok brand. Especially seluar size mat ayip umur 6 tahun. Kat Shanghai nih jeans RM20 dah boleh dpt. T-shirt ada kolar xda kolar, kemeja ke semua dalam lingkungan RM10 - RM20. Memang murah lah. Akak aku dok borong banyak buat stok Mat Ayip. Raya haritu akak aku tak beli apa pun utk mat ayip sbb dah beli kat Shanghai. Shanghai nih memang betul besar. Sebelum pergi hari tuh ada org ckp kalau kita rasa KL tuh besar Shanghai lagi berganda2 besarnya. Ya memang betul. Flyover jgn ckp lah yang tinggi 10 tingkat pun ada. Lepas tuh bersimpang siur lak tuh. Ngeri aku.

Oklah sambung Part 7 plak ye.
(Sorry bebanyak kalau korg bosan baca entry aku)

Comments

  1. wah, kambing goreng tu macam best la..selalu saya makan lamb chop ja..kalau goreng mesti sedap rasanya kan..

    ReplyDelete
  2. woooh meruntun jiwaaa tengok makanan aaargh!! boleh dak nak pi cina tapi nak buat trip makan saja.. daaaaaapnye. makan besar kali ni ye.. wajib kambing tu semua. ingat kan kat sana kambing cem kambing kita tapi diorang makan bebiri.. atototot comel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kambing goreng tuh sedap gila kannn. memang sapa2 yg gi Shanghai wajib makan satay kambing n kambing goreng

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Tersirat

Resepi: Bihun Goreng Putih