Catatan Perjalanan: Shanghai, China Part 7

Sambungan dari Part 6

Lobi apartment abg aku n family
Hari ke-lima (Khamis) kitaorg kat Shanghai hari untuk melawat tempat-tempat menarik kat Shanghai plus shopping bagi orang yang tak abis-abis lagi bershopping. Macam biasa pukul 10 van pelancong yang disewa abang aku akan datang amik. Abang aku tak join sekali sbb ada hal n dia suruh kitaorg tunggu kat bawah jer. Kali nih kitaorg dapat driver baru. Lelaki awal umur 50-an agak ramah. Mula-mula dia tegur aku kat lobi. Aku tak tau plak yang dia sebenarnya drivernya ekekek aku jawab endah tak endah jer. Sebabnya dia n beberapa orang kat situ tengok2 kitaorg (orang sana kan pelik tengok orang pakai tudung) sambil cakap2. Lagilah bila cakap kitaorg dari Malaysia terus cakap2 sambil tengok2 kitaorg. Lagi lah aku bengang hahaha. Sekali tetiba boleh plak dia hulur telefon dia kat aku ckp org kat dalam phone tuh nak ckp ngan aku. Rupa-rupanya Simon tourist guide kitorg n lelaki tadi tuh rupanya driver kitaorg. Hihihi. Driver tuh ok sebenarnya ramah lagi walaupun aku tak paham sepatah haram pun dia ckp. Ajak speaking london tak reti plak dia.

Destinasi pertama Yu Garden
Yu Garden nih terletak di Shanghai Old City berdekatan dengan pusat Bandaraya Shanghai.
Yu Garden nih ada tasik, ada taman bunga n ada temple. Tapi kitaorg tak masuk dalam pun sebab jauh nak jalan n orang ramai gila. Aku pun pelik sbb hari kerja n orang ramai betul macam hujung minggu. Kalau weekend camner lah ek? Actually tempat diorg kalau pelancong asing tak datang pun takpe sebab pelancong tempatan jer dah ramai gila. Tapi sebelum sampai kat tempat nih, Simon bagitau yang ada 2 orang lain dari Malaysia nak join kitaorg. Kitaorg ok jer. Best gak ramai orang Malaysia selain kitaorg kan.

Banyak bangunan2 lama camnih
Tengok betapa ramai orang?
Banyak kafe2 kat sini
Simon, pemandu pelancong tak bertauliah kitaorg hihihi
Masa sampai sini jer Simon dah ingatkan semua yang jaga semua handbang. Sebab banyak pencopet kat situ. Yang pakai sling bag make sure bag tuh kedepan bukan ke tepi or ke belakang. Masa pegi ni matahari memang ada tapi tak rasa apa pun sebab udara sejuk kan. So memang selesa sangat lah nak berjalan-jalan. Actually tujuaan utama kitaorg datang sini bukan sahaja nak tengok Yu Garden nih tapi nak beli cenderamata macam fridge magnet or key chain ke nak bawak balik ke Malaysia. Ramai yang kirim lak tuh.

Ramai org area nih. Barang pun mahal
Area nih lengang sebab dah belakang sikit.
Tapi still mahal lagi
Banyak jual scarf kat sini. China Silk lagi.
Kebetulan orang yang tumpang kitaorg tuh dah biasa dengan Shanghai. Beberapa kali datang Shanghai sebab ada business kat sini. So korg tau lah ek diorg nih agak ehem2 orangnya hehehe. So diorg bawak kitaorg kat tempat yang murah jual fridge magnet, key chain, t-shirt n barangan cenderamata yang lain. Kedainya jauh kat belakang ramai-ramai orang tuh. Kat situ lengang jer. Perghh sekali key chain & fridge magnet kat situ murah2 plak. Nasib baik aku beli sikit jer masa kat Sciencetex semalamnya. Tak silap aku 5 Yuan satu key chain or fridge magnet. Apa lagi kitaorg borong ler key chain & fridge magnet kat situ. Dah lah comel gila key chain kat situ. Gambar panda. Main ambik jer sampai baru sedar aku belanja 200 Yuan (RM100) semata-mata nak beli key chain & fridge magnet tuh.

Kedai murah tuh kat area sini
Rasa puas hati sangat sebab dapat beli fridge magnet & key chain murah-murah. Lepas kat sini kitaorg pegi kat pusat pemborong kat area situ. Masuk area sini memang rasa macam balik zaman dulu-dulu. Dengan kedai-kedai yang lama-lama. Mula-mula jumpa kedai stokin. Jual stokin jer kedai tuh. 10 yuan ada 10 pasang stokin. Kira macam RM5 dapat 10 pasang. Amacam muai tak? Pastu ada kedai jual topi jer. Segala mak nenek topi ada jual kat sini. Masuk area sini sbb akak aku nak cari kerongsang yang murah2.

Gerai nih tepi kedai stokin berdepan kedai topi. Err apa lah diorg jual tuh ek
Akak aku dok cari kerongsang dibantu ngan translator
Kat dalam bangunan nih memacam ada.
 Boleh juling biji mata
Kat sini memang murah2 berbanding kat area
Yu Garden tadi
Sakan betul akak aku dok cari barang kat sini. Yang akak ipar aku dok cari pashmina murah nak bagi kat kengkawan dia. Tengah dok sibuk2 akak aku cari kerongsang, anak saudara aku jumpa kedai jual shawl or scarf kat sini. Lawa-lawa n murah-murah plak tuh. Abih dia borong bawak balik Malaysia nak jual kat kengkawan katanya. Shawl tuh dia dpt dgn harga 20 Yuan or kira2 RM10. Masa kat sini ler kitaorg menjadi 'tumpuan' orang-orang kat sana. Diorg dok tanya kitaorg orang mana. Actually takut nak mengaku orang Malaysia masa tuh sebab masa tuh MH370 baru jer hilang n diorg memang tengah marah ngan kita. Tapi kitaorg terus ckp orang Malaysia n diorg tanya kenapa kitaorg pakai something tutup kepala. Translator kitaorg pun ckp lah sebab kitaorg muslim n perempuan muslim kena tutup rambut. Baru diorg paham. Diorg nih macam tak pernah nampak orang pakai tudung plak. Maybe Shanghai bukanlah tumpuan pelancong muslim kot berbanding Beijng. Ada yang dok ckp oooo macam nih rupa orang Malaysia diorg igt orang Malaysia muka macam diorg jer. Hahah cehhhhh. Tapi masa kitaorg beli bag yang macam karung guni tuh (tapi sekarang kat sana dah fesyen baru.. lawa lagi) diorg tanya gak ngan translator kitaorg orang mana. Lepas tau dari Malaysia terus ckp pasal MH370 n ckp pasal kerajaan Malaysia patut bagi pampasan pada keluarga mangsa. Tapi nasib baik diorg ckp bukan marah-marah tapi senyum2 n ketawa jer. So tak berapa nak takut sangat lah. Actually kat Shanghai nih impact dia kurang sikit berbanding kat Beijng.

Pintu gerbang ke Old City
Selfie dulu!
Lepas abis menjelajah kat Pasar Borong tuh tetiba akak ipar aku n kawan barunya kat Shanghai nih jumpa ler kedai menjual pashmina yang murah-murah. Tapi kitaorg dah sakit kaki n malas nak bersesak-sesak dalam kedai tuh so kitaorg tunggu kat luar jer sambil tengok gelagat orang n sambil beli roda kasut sampai 6 bag nak bagi budak2 kat Malaysia. Senyum lebar orang tuh sebab roda kasut dia laku orang Malaysia borong semua.

Lepas abis akak ipar aku borong pashmina tuh, perut pun dah bekeroncong jam pun dah pukul 2 petang. So apa lagi cari kedai makan.

Err sambung Part 8 lah ye?

Comments

  1. awat jakun benar diorang tu hahaha time kami pi tak ada pulak diorang jakun cenggitu..
    ske hati la nak pakai tudung ke tidak haaaish.. kuno ngat haih..
    huuurm beli souvenir 5yuan gak ke ? hahahaha ni kes terkena gak ni.. CT tawar menawar okayla dapat fridge magnet batu tu seketul 4yuan and rubber turun dari 6yuan ke 5yuan.. actually muhahaha !!!

    kedai deret yang depan2 memula yuyuan garden ni jual souvenir semua 2yuan sahaja !!!! 2yuan hooookay. maknanya semua fm harga rm1.. kitorang da balik baru prasan. maka menangislah tak berlagu.. mesti tokey kedai yang kami borong tu gelak menyetan dalam hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitaorg pegi kat pasar lama kat situ. memang lama sangat lah rasa macam zaman dulu-dulu pulak. kat area situ mmg jarang pelancong asing nak masuk. kalau ada pun 2-3 orang jer so mmg dia pelik lah tgk orang kat situ. tapi barang kat situ murah2.

      yg fm tuh orang yg biasa bawak tuh ckp kedai situ murah. dah tengok kedai2 yg kat depan2 tuh macam mahal jer. tak jumpa lagi yg 2 yuan je

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih