Company Family Day @ Legoland Waterpark

Ramainya manusia

Rasa masih dok terawang-awang lagi nih. Rasa macam dok dalam air lagi n macam bergoyang-goyang jer. Kepala pulak dok berdenyut-denyut dari tadi. Hebat betul penangan pegi Legoland kali nih. Bukan baru first time aku mandi kat Legoland Waterpark nih tapi kali nih memang boleh tahan penatnya. Selalunya aku kalau pegi asyik melepak jer kan. Berendam pun gitu-gitu jer. Lebih banyak pada makan jer kalau datang sini. Tapi kali nih oleh kerana office mates aku n family diorg join sekali so mestilah beria sakan berendam kan. 

Excited sgt pukul 6.30 da bgn

Memang beria aku berendam kat Legoland kali nih. Actually aku berat hati nak bawak si Mat Ayip nih pegi Legoland Waterpark sebab dia dok mengarut ngan mama dia last week. Mama dia nak gi kursus kat KL n dia tak bagi mama dia pergi siap macam2 dia ckp. Antaranya kalau mama dia balik next week tak jumpa lagi sebab dia mati lemas. Aduhaii budak nih kecik-kecik dah pandai mengarut benda yg bukan-bukan. So aku pun takut ler nak bawak dia g Legoland. Tapi sebab dia nak ikut sgt aku bawak jer lah. Tapi mata dok awas tengok dia jer. Mak dia pun dok pesan banyak kali n tengok dia bebaik.

Tapi sebenarnya end up aku yang nak lemas sebenarnya. Alhamdulilah Allah masih panjangkan umur aku lagi. Ngeri plak bila ingat balik saat-saat tuh. Airnya tak berapa dalam pun. Paling dalam 1.4 meter n aku ok lagi. Tengah seronok-seronok berenang-berenang ngan anak-anak saudara aku sekali boleh silap teknik plak terus kepala terjunam masuk dalam air dulu. Nasib baik anak saudara aku nampak tarik aku n terapungkan aku semula. Fuhh tak dapat bayangkan masa aku bergelut mengapungkan diri aku semula. Lepas tuh memang menggigil terus. Tapi still tak serik main air lagi. Cuma dah ckp anak saudara aku kalau jadi mcm tuh n aku gagal apungkan diri jerit jer kat lifeguard. 

Dua-dua taman ramai orang

Fuhh memang pengalaman n pengajaran berguna untuk aku kali nih. Lain kali jgn guna teknik tuh lagi. Bahaya betul. Semalam plak ramai betul orang. Mula-mula sampai jer tengok orang beratur nak beli tiket tuh memang panjang sangat. Macam ular kena palu. Lagi ler cuti sekolah nih kan. Parking memang padat. Cuma tak best bila dah crowded nih kat changing room tuh kotor n busuk. Selalu lantainya kering jer. So pada sesiapa yang ke Legoland ni time cuti sekolah better beli tiket awal-awal secara online. Kalau book 7 hari awal dpt 20% off. Tapi kalau beli kat kaunter guna mykad dapat RM10 food voucher. Tapi kalau gi Waterpark dont worry pegi kaunter jer kat entrance waterpark sebab tak ramai orang mcm kat theme park.

Nih senarai harga tiket







boleh klik sini

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih