Sushi

Sushi homemade. Udang, ketam & telur rebus

Cerita pasal makan lagi aku nih kan? kalau takde entry makan memang tak sah. Entry sushi nih dah banyak kali dah keluar. Camner tak banyak kali keluar sebab sushi adalah antara makanan kegemaran aku. Rasanya kalau boleh tiap-tiap minggu nak g makan sushi. Tapi kalau makan sushi kat luar mahal. Lagi lagi kat Sushi King. Boleh rabak poket kalau makan tiap-tiap minggu. Kalau dah minat kena lah cuba buat sendiri kan. Bila ada anak-anak saudara yang gila ngan sushi baru boleh buat sebab nanti baru seronok makan. Anak-anak saudara aku pun seronok sebab tiap-tiap sabtu diorg tahu mesti ada jer menu yg mak cik dia masak.

Acuan sushi ni aku beli kat Diaso kedai RM5 tuh
Isi ketam mayo. Kalau ada lebih makan ngan roti buat sandwich
Isi udang mayo (udang direbus)
Isi kegemaran ramai, telur rebus mayo

Walaupun org dok share gambar otak orang yang makan sushi, aku tetap minat. Sebab aku bukan makan benda-benda yang mentah pon.

Untuk resepi dan bahan sushi yang halal, sila klik sini


Comments

  1. Rajin buat sushi..memang sedap..tapi dah lama saya tak makn sushi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mmg peminat sushi sekali sekala buat sendiri seronok gak

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih