Graduation Day


Cerita minggu lepas akhirnya Mat Ayip menamatkan zaman pra sekolah beliau. Majlis graduasi pra sekolah ayip nih diadakan di dewan PIBG Maktab Sultan Abu Bakar. Dewan baru rupanya. Dulu masa zaman form 6 pernah pergi dewan lama jer. Actually si Mat Ayip nih sekolah kat sini masa umur 6 tahun jer. Sebelum ni 2 tahun dia sekolah kat tadika lain.

Ayip the Lion!
Ayip buat persembahan Pentomin n dia sebagai Lion dengan dialog "Yuck! the water is polluted!" hahahah. Tak sangka kan kejap jer masa berlalu. Rasanya macam dia baby lagi. Masa majlis ni tetiba aku beremosi plak. Sebak dada aku bila ingat dia masa baby dulu. Walaupun dia hanya anak saudara aku jer tapi dia membesar depan mata aku. Aku ni ibarat mak kedua dia selepas mama dia. Aku harap anak-anak saudara aku yang lain faham kenapa aku rapat sangat ngan Ayip.

Ayip & Teacher Iza nya.
Sekolah Tadika nih sangat sesuai pada ibu bapa yang nak anak-anaknya menjadi tahfiz. Ayip sendiri pun dah banyak surah yang dia hafal. Tapi oleh kerana dia sekolah kat sini hanya setahun so dia agak ketinggalan dari kengkawannya tapi nasib baik sebab masa tadika lama ayip memang dah hafal banyak surah n 1/2 surah Yaasin. Lagi satu tadika nih takda ujian penilaian untuk 1/2 tahun or akhir tahun. Semua bergantung kepada penilaian yang dibuat oleh cikgu-cikgunya dalam kelas. Sebab tuh masa penyampaian hadiah memang takde anugerah pelajar terbaik. Just bagi sijil jer.

Maybe ada pro n kontra kan? maybe ibu bapa nak tau prestasi sebenar anak kan? cos pada kita prestasi itu diukur dalam ujian or peperiksaan. Pada aku cara begini mendidik budak-budak untuk berfikiran lebih kreatif. Alah lagipun tadika, kenapa nak stress budak-budak dgn peperiksaan kan? lagipun prestasi Ayip dah diuji untuk ujian kemasukkan darjah 1 sebuah sekolah kat JB nih. Alhamdulilah nama dia berjaya terselit dalam 195 pelajar drp 400 pelajar yang mohon kemasukkan ke sekolah tersebut.

Mesti aku yang over kan nangis masa dia masuk darjah 1 nanti.
Baru paham perasaan mak-mak yang nangis bila anak msk darjah 1.

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih