Posts

Showing posts from 2017

Tukar kereta

Image
Sapa lah tuan baru kamu ya. Last year aku dok berkira-kira nak tukar kereta. Yelah masa tuh baru jer habis bayar kereta, tuh yang dok fikir nak tukar kereta. Siap buat entry lagi. Masa tuh mcm nak tukar Bezza, arwah mak pun cakap kereta tuh lawa. Tapi last-last dia ckp tak payah tukar membazir duit jer sebab kereta lama cantik lagi. So kita pun tak tukar lah sebab memikirkan baru nak rasa enjoy habis daripada beban hutang.  Bulan 9 haritu, kereta aku dah nak sampai masa nak servis n memang banyak benda nak tukar. Sebelum tuh borak2 ngan abang-abang aku n tetiba aku mintak pendapat diorg nak tukar kereta. So diorg memang lah suruh tukar termasuk akak-akak aku. Dengan fikiran singkat, esoknya terus pegi Perodua Jalan Tampoi. Myvi 1.5 buat discount besar-besaran RM5,500.00. Terus setuju nak tukar. Bila bagitau kat group whatapps family, abg aku ckp dia nak clear stok lah tuh sbb myvi baru nak masuk. Terus google cari gambar myvi baru, yang keluar gambar Daihatsu B...

Rutin pagi

Image
Rutin pagi Kalau dulu rutin harian aku, setiap hari Isnin, Rabu & Jumaat pukul 6.10 - 6.15 pagi aku dah gerak  keluar hantar arwah mak dylisis. Hari Selasa & Khamis pulak aku keluar gerak pergi kerja pukul 7.30 pagi. Tapi bila mak dah takda aku tetap keluar pagi juga. Isnin - Khamis pukul 6.30 pagi dah gerak keluar. Tapi perjalanan aku jauh sikit sebab hantar Mat Ayip ke sekolah. Kalau dulu dia naik bas, kali ni aku dengan rela hati hantar dia pergi sekolah. Padahal boleh jer aku keluar pukul 7.30 pagi g kerja. Tapi rasa macam tak boleh keluar lewat kat rumah sorang-sorang. Rasa sedih sgt. Sekolah Mat Ayip tuh kat Jalan Seelong - Kempas, sebab tuh aku keluar awal sikit sebab perjalanan jauh. Ada lah 30km perjalanan aku dari rumah ke sekolah Mat Ayip n ke opis. Sampai odometer kereta aku naik dengan laju sekali. Kalau dulu nak servis kereta sampai tarikh dulu, tapi sekarang meter dulu yang sampai. Tapi nak buat camner kan. Itu jalan yang aku pilih. So redh...

Salam Oktober

Image
Langit cerah tapi hati masih mendung Dah nak masuk akhir bulan Oktober dah. Lagi 2 bulan dah nak habis 2017. Tahun 2017 dan juga tahun 1998 tahun yang paling tak boleh dilupakan sehingga ke akhir hayat. Tahun-tahun dimana aku kehilangan orang yang paling aku sayangi. Bila masuk berbicara pasal ibu dan bapa mula lah air mata aku mengalir. Orang tanya kenapa tak move on lagi dah 3 bulan arwah mak pegi. Nak move on camner yang pergi tuh mak yang melahirkan kita kot. Aku tinggal dengan dia dari umur aku sehari sampai lah umur aku 37 tahun 7 bulan 18 hari. Berpisah pun masa aku gi belajar kat Shah Alam, itu pun 3 tahun je. Cukup 3 tahun aku balik kampung sebab tak nak dia tinggal sorang-sorang. Kat dada nih bila ada masa-masanya rasa sakit sangat. Sakit rindu yang mencengkam sampai nak mengalir air mata. Mak pergi bawak sekali separuh jiwa aku sekali. Tiap-tiap minggu aku pergi kubur mak nak hilangkan rindu. Kalau rindu nak dgr suara mak aku bukak video-video dalam handphone...

Salam September

Image
Al-Fatihah untuk Arwah Mak Lama tak menulis dan lama juga tak membaca. Lebih kurang aku memang lama dah tak jenguk blog ni. Fuhh panjang gila list blog yang aku follow untuk dibaca. Apa-apa pun akan aku habiskan satu persatu. Blog nih masih buletin 7 pagi.  Walaupun dah tak masuk office pukul 7 pagi dah. Kalau tak setiap Isnin, Rabu & Jumaat pukul 7 pagi mesti dah masuk office. Tapi semua rutin tuh dah takde dah. Rindu. Rindu sangat-sangat. Tapi nak buat camner kan.  Kena lah terima qada n qadar yang telah ditentukan oleh-Nya. Rasanya nak menulis semula dan habiskan entry Raya yang suram aku tuh. Nak hidupkan kembali blog aku yang suram ni. Banyak cerita nak tulis sini sebelum dan selepas mak aku pergi. Blog nikan sebagai diari hidup aku. Insya Allah.

Hari ke-31

Image
Wajah yang sangat dirindui Birthday terakhir mak Semalam genap 30 hari Mak aku pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Malam pertama mak tinggalkan aku, rasa macam nak korek2 kubur mak nak tengok wajah mak n nak cium mak puas-puas. Ada hari-hari bila datang rindu tuh rasa dada nih berat sangat especially masa dua minggu pertama mak aku pergi. Kadang-kadang tuh bila angin sayu mula menjelma rasa macam nak nangis n hati rasa sangat sebak n end up aku menangis sepuas-puasnya. Kalau dulu aku suka duduk rumah time weekend. Tapi skrg aku banyak keluar sebab duduk kat rumah sangat menyedihkan aku. Pandang semua benda teringat arwah.  Pergi kerja pun pukul 6.30 pagi walaupun office hour aku bermula jam 8.30 pagi. Makan pun dah tak sesedap dulu. Semua rasa tawar je. Aku adalah insan yang telah dipilih Allah untuk menghadap saat-saat akhir mak aku mengambil nafas yang terakhir. Memori itulah yang berpusing-pusing dalam kepala aku. Tengok ambulan pun bol...

Hari ke-17 tanpa doa seorang Ibu...

Every time I close my eyes I see you in front of me I still can hear your voice calling out my name And i remember all the stories you told me I miss the time you were around But I'm so grateful for every moment I spent with you Cause I know life won't last forever Night and day, I still feel you are close to me And I remember you in every prayer that I make Every single day may you be shaded by His mercy But life is not the same, and will never be the same There were days when I had not strength to go on I felt so weak and i just couldn't help asking: "Why"? But i got through all the pain when i truly accepted That to God we all belong, and to him we'll return I've got to stop the tears, keep my faith and be strong I'll try to take it all, even though it's so hard I see you in my dreams but when I wake up you are gone... Petikan lagu So Soon drpd Maher Zain menceritakan perasaan aku sekarang. Tiada hari...

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Image
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya kita kembali. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas arwah ibuku yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad 23 Julai 2017 bersamaan 29 Syawal 1438 Hijrah dan semoga rohnya ibuku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin ya rabbal alamin. Belum sempat aku sambung post   Raya yang Suram , Mak telah kembali kepada pencipta-Nya Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya rasa hati ini. Aku berehat dari berblog buat sementara. Mencari kekuatan dan ketabahan hati.

Raya yang suram

Image
Seumur hidup aku bila tiba time raya tak kisahlah raya puasa atau hari raya haji, tak pernah gagal merebus ketupat. Puasa dan Raya tahun ni adalah paling suram dalam hidup aku. Tiada langsung persiapan raya yang dibuat, kecuali sempat menempah langsir rumah di Jakel di awal puasa dan membakar 2 jenis kuih raya di sabtu kedua pada bulan puasa. Tak pernah dalam hidup aku membakar kuih raya pada minggu pertama puasa. Ini semua petanda. Minggu kedua puasa, mak aku mula start batuk-batuk dan semakin teruk sehinggalah pada 13 Ramadan pukul 2.30 pagi mak aku dah mula sesak nafas. Aku bawak mak aku pergi klinik yang buka 24 jam. Masa tuh tekanan darah mak aku sangat tinggi 200/110. Jadi doktor advise untuk pergi ke Hospital. Sebelum tuh minta dr bagi nebulizer dulu. Aku balik ke rumah dulu sebab mak  aku enggan ke hospital. Tapi bila sampai rumah dia mula tak rasa selesa. Tak boleh bernafas. Kami ambil keputusan untuk bawa mak juga ke hospital jam 4 pagi.  menunggu Sampa...

Semoga cepat sembuh

Image
Credit Google

Throwback 2011

Image
Istanbul Ataturk Airport time ni baru sampai nak cop passport Harini tengok "On this day" kat Facebook hari ni terus throwback aku pergi umrah tahun 2011. Rindunyaa nak pergi lagi. Sebelum gi Umrah, aku singgah tiga hari kat Istanbul, Turki. Best. Turki adalah negara yang aku nak repeat balik kalau ada rezeki. Masa tuh pergi Istanbul jer, nak jugak round2 tempat lain. Insya Allah satu hari nanti kalau ada rezeki Kalau nak baca perjalanan umrah aku boleh lah klik Travelogue kat atas tu ek.

Langit Petang

Image
Takde modal nak tulis cerita so share gambar pemandangan jer lah ye. Tunggu modal datang dulu.

Pakcik Rojak

Image
Rojak chakoi Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama. Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp Motosikal pakcik rojak Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.

Kenangan Ramadhan

Image
Bila masuk bulan Ramadhan nih mula lah ingat kenangan lalu kat rumah lama di Larkin. Tiba-tiba terasa macam mata ada masuk habuk pulak. Sejak lagi 2 tahun nak masuk 4 series nih makin teruk sensitifnya. Pantang dengar lagu sedih, lagu lama mula lah nak jadi cam jeli. Lagi-lagi bila masuk bulan puasa. Semua kenangan menerpa. Rumah belum ada bekalan eletrik n bila sahur guna lampu pam sahaja. Kadang-kadang terngiang2 bunyi lampu pam yang dipam oleh arwah bapak aku. Bila lepas sahur mesti arwah panggil sorg-sorg ajar niat puasa. Kenangan semua tuh. Inilah rumahnya. Dah kena roboh dah. Kitaorg menumpang jer kat sini Masa cari gambar-gambar lama nak tepek sini, aku terpandang lah gambar nih. Mula-mula tak rasa apa-apa, tapi bila zoom balik gambar nih, baru perasan masa nih kedai runcit dah nak tutup terus. Masa ni arwah bapak aku dah takda. Aku tengah belajar kat itm. Tengah habiskan stok kedai sebab nak tutup terus. Bila tengok gambar ni dengan background lagi Fatwa Punjangga tu...

Resepi: Ikan Masak 3 Rasa

Image
Ikan apa aku lupa, ikan kerisi yang besar tuh kot Resepi ni aku dapat kat FB Resepi Sedap (Azie Kitchen). Kalau masak ikan camni memang fav. Mat Ayip. Bertambah-tambahlah dia makan. Memang sedap resepi ni cuma jenuh ler aku nak buang segala bawang kat sosnya tuh sebab Mat Ayip tak makan. So meh ler aku share kat sini resepi Ikan Masak 3 rasa. Resepi asal kukus tapi aku goreng ikan tuh hihihi Bahan-bahan 1 atau 2 ekor Ikan Siakap/Kerisi/Ungar or apa-apa ikan yang korang rasa sesuai 100ml air Sedikit minyak (menumis) Sedikit garam Bahan-bahan (Cincang halus) 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 cm halia muda 2 biji cili merah Bahan-bahan (dihiris halus) 1/2 kuntum bunga kantan 2 helai daun limau purut 4-5 biji cili padi Bahan-bahan  (sos) 2 sudu besar cili kisar 1 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos ikan 1 sudu kecil kicap manis 1 sudu besar jus limau nipis/lemon 2 sudu besar gula pasir Cara-c...

Telur Ikan Mayong

Image
Cuba teka apa ni? Suruh teka gambar, tapi tajuk post nih pun dah ada jawab jawapannya. Telur ikan mayong! Sapa tak pernah makan? Kesukaan aku nih. Kalau aku masak telur ikan ni, aku suka masak tak keras sebab kalau keras dah tak sedap. So masa masak memang kena betul-betul bajet masa takut dia keras telur ikan ni. Ini makan kat restoran. Lupa nak cakap nak medium rare hahaha Sekarang ni bila g pasar memang payah nak jumpa telur ikan mayong nih. Kalau dulu memang senang tak payah lah nak beli online-online nih. Satu aku tak gemar telur ikan mayong online, telur tuh berbeza ngan telur yang kita beli kat pasar. Beli kat pasar lagi sedap lah daripada yang online tuh. Maybe kat pasar fresh kan. Tapi susah nak dapat beli kat pasar. Kalau jumpa tuh kira bonus. Kat peti ais tuh ada satu pek tuh. Meh ler kita wat sahur telur tuh malam nanti. Apa-apa pun Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1438 Hijrah

Resepi: Nasi Goreng Cina

Image
Nasi Goreng Cina Nasi Goreng Cina paling mudah dan pantas untuk dimasak. Mat Ayip paling suka kalau aku masak ni. Tapi boring takmau letak sayur n telur. Adoii itu lah penyedapnya. Bahan-bahan 2 cawan Nasi  2 ulas bawang putih dihiris atau ditumbuk 2 sudu sos tiram Sayur campur/Mix Vege 1 biji telur Lada sulah (guna jenama ajinamoto) Garam Perasa tambahan (kalau suka lah) Minyak untuk menumis Cara-cara Panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai naik bau. Masukkan sayur campur/mix vege dan sos tiram. Masukkan garam, lada sulah dan perasa tambahan secukup rasa. Lepas tuh masukkan telur dan nasi. Goreng lama sikit biar garing sikit nasinya. Kalau nak sedap lagi letak lada sulah lagi masa goreng nasi. Lepas tuh dah boleh ngapp.

Hypoglycemia

Image
Rekod paling rendah Apa itu Hypoglycemia? Hypoglycemia terjadi apabila gula dalam darah rendah daripada paras normal. Punca Hypoglycemia? akibat pengambilan insulin berlebihan atau tidak makan, makan lambat atau makan sedikit selepas mengambil ubat. Simptom Hypoglycemia? berpeluh, rasa lapar, letih, mengiggil, rasa mengantuk, gelisah dan tidak tenteram, denyuntan jantung yang cepat, gementar, penglihatan kabur & koma. Last year aku kena hypo yang paling rendah dalam rekod aku iaitu 2.1. Masa tuh aku kena malam nak tidur. Alhamdulilah aku tak tidur masa tuh. Tengah layan drama korea. Tetiba aku tengok wording kat ipad aku semua bergegar, mata dah kabur, badan dah mengiggil. Cuba bayangkan kalau aku dah tidur? Mesti blog nih dah berkubur. Alhamdulilah Allah masih panjangkan umur aku. So terus aku cek darah aku guna glucose meter aku. Bila cek memang sangat rendah 2.1 Bila-bila masa jer aku boleh jatuh pengsan. So cepat-cepatlah aku turun bawah bancuh air gula. Mak ...

Gema Gegar Vaganza

Image
Dah nak final hari Ahad ni Sapa tengok Gema Gegar Vaganza? Aku memang tak pernah miss tengok setiap minggu Sabtu malam Ahad. Cuma miss sekali sebab gi kenduri anak saudara aku huhu. Nasib baik ada PVR so boleh lah kita merekod. Ahad nih dah final. Final hari ahad tau sebab sabtu ada final piala FA. Kekadang meleleh airmata aku bila tengok rancangan ni. Peserta bukan setakat diberi tugasan lagu nasyid tetapi lagu-lagu mainstream. Kekadang kita tak perasan bila dengar lagu cinta jer kita ingat cinta untuk manusia sahaja. Kalau perasan lagu-lagu rock lama sebenarnya lirik-liriknya sangat deep maksudnya. Kadang-kadang ada orang tak faham, rancangan camni mesti ada drama dalam persembahan, baru boleh sampai mesej dalam lagu tuh. Personally aku harap Hijjaz menang. Memang suka dengan lagu2 nasyid Hijjaz n aku suka lagu Potret dan Rendang Tak Berbuah versi Hijjaz. Macam lagu Potret tuh abangnya si Akim tuh tulis lirik ditujukan kepada Ustaz dia yang telah meninggal dunia...

Selamat Hari Cikgu!

Image
Selamat Hari Cikgu! Rasanya belum terlambat lagi kot aku nak wish Selamat Hari Cikgu kepada semua insan-insan yang bergelar Cikgu. Especially kepada akak-akak aku yang 2 orang tuh yang dapat anugerah cemerlang tuh. Tahniahhhh jangan lupa open table nanti hihihihi. Dah macam rupa doorgift orang kahwin dah Akak aku iaitu merangkap mak si Mat Ayip prepare hadiah untuk cikgu-cikgu Mat Ayip. Akak aku ni pun cikgu gak. Akak aku sediakan 14 bungkusan hadiah  untuk semua cikgu-cikgu yang ajar Mat Ayip. Isinya bekas makanan Tupperware berisi biskut Munchy dan set senduk Ikea. Senduk Ikea? sila rujuk entry ni . Actually beli senduk tu untuk doorgift anak saudara aku. Tapi jodoh dan pertemuan kan ditangan Allah dan ikatan mereka telah pun terputus ditengah jalan. So 800 set senduk tuh tersimpan lah dalam almari menunggu mereka-mereka yang bertuah. Takpun kadang-kadang amik buat pakai sendiri or bagi kat orang sebagai cenderahati. Senduk Ikea ni dah takde jual dah kat Ikea....

Selamat Pagi!

Image
Sarapan sihat Assalamulaikum dan selamat pagi semua! Mari kita mulakan hari dengan sarapan yang sihat! Tapi aku puasa ganti hari ni. Last day. Insya Allah.

Lama tak pergi sini

Image
Ninjago! Kali ni rasa macam rugi jer renew annual pass Legoland.  Sebabnya sejak aku renew annual pass aku bulan 9 last year, baru sekali jer aku pegi. Itu pun Legoland dry park jer. Yang Waterpark memang lama betul dah tak pegi since annual pass aku expired tahun lepas. Bila dah renew bulan 9 tahun lepas memang belum pernah pegi. Akak aku ada gak ajak tapi aku memang malas. Sebab apa aku malas, jalan jauh ok. Yang ni memang tak larat. Badan aku kalau kecik molek takpe gak hahahah. Lagilah waterpark nun jauh dihujung sana. Pastu kena naik tangga, naik bukit fuhhhh semput ok. Sebab tuh aku memang becinta nak pegi Legoland. Dari parking nak ke pintu gate Legoland nih sikit punya jauh.  Lepas tuh nak jalan-jalan kat dalam lagi Nampaknya lepas nih memang tak renew lagi ler annual pass ni unless diorg buat shuttle daripada parking ke pintu gate entrance baru aku reconsider nak renew balik annual pass ni. Tapi insya Allah esok aku cuba menapak daripada pa...

My Intan Payung

Image
Buah hati pengarang jantung aku Geram betul ngan budak ni. Hari-hari balik kerja dok tak sabar nak peluk cium budak nih ler.  Ini gambar dia last year n masa ni umur dia 14 bulan. Sekarang dah nak masuk 2 tahun dah. Cakap pun dah pandai sikit-sikit pastu kuat makan ikut mak nombor 2 dia hihihi. Aku ler mak nombor 2 dia. Untung budak tecik ni, ramai mak n ramai orang sayang dia. Jadi anak yang solehah ye sayang. Muah, muah, muah 1000000000000000000 kali!

Fuhh seram

Image
Selamat bersarapan! Breakfast apa pagi ni? aku tak breakfast. Tengah seram nak jumpa doktor lepas ni. Pasrah jerlah ye. Kena marah ke apa ke huhuahuahua Sendiri tak jaga sendiri kena tanggung.

Makan, makan n makan!

Image
All time fav., maggi kari Mi Maggi cepat dimasak sedap dimakan. Hai lapar pulak tengok gambar ni pagi-pagi buta. Tapi maggi panas-panas camni sedap time malam-malam jer Pagi-pagi camni meh ler kita cari nasi lomak hihihih

Baju tak siappp!

Image
Hujung minggu ni aku ada wedding kat Shah Alam. Akak aku n abg ipar aku nak dapat menantu sulong. Tapi dalam family aku kiranya anak saudara menantu aku yang ke-4 ler. Kali ni wedding ni agak excited sikit sebab lama benar kitaorg tunggu majlis nih. Tiap kali dia datang umah aku dok tanya bila nak kahwin ( padahal diri sendiri pun belum ada hati nak tanya orang hahah ) masa tuh dia lom ada bf lagi sampai lah last year raya haji baru dia bagitau aku n akak aku ( makcik dia bukan mak dia ). Hujung tahun lepas diorg terus bertunang. Aku tak pegi sebab banyak hal kat JB. Letih kaki! Actually aku nak cerita pasal baju aku nih. Adoiii apa ceritaaa baju aku ni. Sampai hari ni aku tak dapat lagi baju aku. Seram oooo takut tak muat baju. Dahlah nak mencari pun payah. Pusing-pusing dalam Jakel, turun-naik tak jumpa kaler yang sama macam yang dicadangkan. Lagi-lagi pegi ngan akak aku kat gambar tuh. Aduhh cerewet. Last-last jumpa lah kat bawah, terus beli sedondon untuk rombongan fami...

Selamat Hari Pekerja!

Image
Glup! Selamat hari pekerja dan selamat bercuti semua Tak tau nak letak gambar apa so aku letak lah gambar lontong huhuhuhu. Rasa lapar plak kan? Lotong RM2.50 jer ni. Makan satu nih kira just nice jer. Sebab portion dia memang ngam untuk kenyang. Ada 4 ketul hasi himpit n setengah biji telur. Kira oklah kan n dan yang bonusnya lontong nih SEDAP! Rasa lemak n rasa sambal semua balance. Lontong nih aku beli kat Taman Pulai Emas JB depan kedai runcit. Dah jual siap bungkus. Nasi Lemak dia pon sodap! RM1 je. Fuhhh takleh jadi. Nak kena cari ni huhuhu.

Fast Food & Aku

Image
Pagi2 buta dah lepak sini Tadi dok layan youtube tetiba ternampak pulak compilations iklan McDonalds daripada tahun 1982 sampai 1987. Terus menggamit memori. Yelah kan Aku & fast food memang tak dapat dipisahkan. Sebab tuh badan jadi gini. Hahahah. So entry hari ini adalah lebih kepada mengimbas memori zaman kanak-kanak aku ngan fast food. First time dalam hidup aku makan McD nih masa umur aku 5 tahun (1985). Ingat lagi masa tuh akak aku lepas grad diploma kat ITM terus kerja kat company British American Insurance (skrg Manulife Insurance). Bila dapat gaji pertama dia belanja kitaorg makan kat McD n belikan mak n ayah aku peti ais dan mesin basuh. Baru lah merasa pakai peti ais n mesin basuh. Actually memori makan McD tuh jer yang aku igt ngan akak aku tuh time aku kecik-kecik dulu. Sebab masa umur aku 6 tahun dia pun fly ke US sana sambung degree dan balik 5 tahun lepas tuh bawak suami ngan anak sorg yang dah nak nikah seminggu lagi ni hik hik hik. Sambung bal...

Kenduri Kahwin @ Singapore

Image
Keliling lauk aku Lama dah Wedding nih. Last year kot bulan September hihihi baru sekarang aku nak post. Sebelum nih kan aku cam malas kan. So sekarang nak aktif balik mengepos kat sini. Sekurang-kurangnya 3 post seminggu. Gambar pengantin sipi je Kali ni aku tak amik banyak gambar. Sikit jer. Sebab yang anak sedara yang selalu rajin amik gambar dah balik Kedah ikut mak n ayah dia. Kali ni kitaorg pegi ngan akak aku yang kat Shah Alam satu family. Dia dah nak menantu so kena lah pegi wedding sedara mara. Seperti biasa aku memang tak lepaskan peluang kalau ada wedding kat Singapore. Akak aku pun sanggup amik cuti nak pegi yelah kan Johor kan keje hari Ahad. kali ni ada Churos Mak aku ni adik beradik dia satu mak satu bapak ada 3 orang yg dok Singapore n ada yang jadi warganegara sana. Mak aku pulak kahwin ngan arwah bak aku orang JB so jadi lah wargadaerah JB hihihihi. So ini adalah wedding cucu saudara mak aku. Nasib baik pegi wedding kali nih tak jem pegi da...

Diskriminasi dan Pilih Kasih

Image
Salam Israk dan Mikraj. Pernah rasa kena diskriminasi dengan orang sekeliling kita? Aku dah lali dengan benda ni semua. Kekadang dah terimun dengan benda-benda tuh. Kadang-kadang tuh ada juga rasa sedih kat hati ni tapi aku amik positif jer. Contoh diskirminasi dan pilih kasih adalah bila kita pegi seminar ker roadshow ke or apa-apa yang sewaktu dengannya, kalau ada dua orang yang angkat tangan untuk menjawab soalan. Yang mula-mula angkat tangan tuh seorang yang berbadan besar rupa pun takda dan lepas tuh seorang lagi ada rupa n badan cantik dan sebagai penceramah agak-agak korang akan pilih siapa? dah tentu yang cantik kan?  So kita kena lah terima hakikat benda tuh walaupun agak pedih jugak di sudut hati ni.  Lebih baik aku main henpon daripada aku participate ngan benda-benda bodoh yang boleh buat aku sedih macam tuh. Pastu esoknya bila bos tanya apa yang ko dapat pegi seminar ko takleh jawab sebab layan henpon banyak sangat. Padanlah ngan muka ko hahahah. ...

Laksa Johor

Image
Laksa Johor my fav! Untuk resepi klik sini

Balik kerja

Image
Balik kerja dapat view camni kat Jalan Skudai Tak sihat. Tak boleh tulis bebanyak.

Tak sihat

Image
Pepagi bfast mcmni pun dah ok Tiap-tiap bulan kena batuk n selsema. Last month batuk agak teruk gak siap amik antibiotik lagi. Tetiba minggu ni kena lagi. Ujian Allah. Kita redha je lah. Agak-agak tak baik ni nak pegi Klinik Kesihatan yang terdekat ler. Sekarang ni bahaya. Macam-macam penyakit ada. 

Tersirat

Image
Aku kalau dengar lagu mesti aku menghayati liriknya. Tak kira lah lagu melayu ke omputih ke korea ke Bukan dengar kosong-kosong jer. Lagu lama-lama banyak maksud tersirat.  Especially lagu rock zaman-zaman 80-an & 90-an. Lagu zaman sekarang tak tahu ler.  Ada gak certain lagu yang memang ada maksud tersirat tapi tak serupa macam lagu-lagu dulu. Lagu lama-lama nih kekadang kalau dengar sepintas lalu macam lagu cinta biasa kan? Tapi kalau dengar dalam-dalam banyak maksud tersirat. Antara lagu-lagu pilihan aku:- Istana Menanti - Rahim Maarof (1990) Dengar lagu nih pun dah tahu apa maksud tersirat. Lagu ni mengenai ajal dan amalan kita. Istana Menanti tuh actually adalah liang lahad iaitu destinasi terakhir kita. Ketar jari jemari bertaut pada harapan ini, aku membilang hari, apa akan datang hari ku nanti, Istana Menanti pasti. Kalau betul hayati lirik lagu nih boleh meremang bulu roma sebab maksud dia sangat deep. Congrats M. Nasir lagu &...

Pesebuk

Image
Siapa yang tak ada Facebook angkat tangan? Kebanyakan kita mesti ada akaun Facebook kan? Aku sejak ada Facebook nih memang tak beli suratkhabar dah. Jimat duit aku hari-hari. Sorry kengkawan yang wartawan tuh. Bukan tak support beli paper tapi rasa mcm menyampah nak baca suratkhabar hahahah. Zaman sekarang semua kena jimat. Kat Facebook tuh lagi cepat berita keluar. Tapi satu yang aku tak gemar pasal Facebook ni bila bab-bab meluah perasaan ni plus statement-statement tuh. Aku memang takde issue pasal benda nih. Facebook korang, korang punya pasal lah nak tulis apa. Tapi kadang-kadang kalau nak meluah perasaan tuh kena ada batasan jugak. Kadang-kadang kita tulis tuh tuju kat orang lain. Tapi orang lain yang terasa. Kekadang aku tengok tuh orang yang lagi berusia daripada aku yang pada aku sgt over lah. Suppose dah berusia boleh lah fikir baik dan buruk apa yang kita tulis tuh. Tak puas hati ngan orang tuh luah kat Facebook. Tak puas hati ngan orang nih bagi luah ko...

Wishlist: Edisi Jalan-Jalan

Image
Pic kredit: FB Hotel Rosa, Melaka Haritu kan aku ada post pasal wishlist aku untuk duit tabung suka-suka kan. Aku terasa macam nak tambah satu wishlist lagi. Nak pegi duduk kat hotel yang viral baru-baru ni, Hotel Rosa kat Melaka! Dah lama tak pegi Melaka. Setakat lalu highway jer buat apa kan. Seingat aku lah last cuti g Melaka masa aku darjah 4 ikut rombongan sekolah. Tahun 1989. Lepas tuh memang takde.  Haritu masa balik jalan-jalan cari makan kat Kambing 40 hari, akak aku plan hujung tahun ni g jalan-jalan kat Melaka. Aku ok jer tapi nak duduk kat Hotel Rosa ni. Suka gila tengok interior design hotel ni. Check in kaunter Family suite. Aku dah cek RM600 kot satu malam kat Booking.com Cantik kan? tempat lepak Nak g jauh-jauh memang tak mampu especially bab fizikal ler. So meh ler kita gi dekat-dekat jer. Boleh naik kereta jer kan. Yang jauh-jauh tu nanti2 jer lah walaupun rindu nak g jalan-jalan yang merentas laut.

Kari Kambing 40 hari

Image
Meriah meja Sebenarnya tak plan langsung pun nak pegi sini Sabtu lepas. Plan nya nak pegi UTC Galleria JB nak pegi PTPTN. Dah 3 kali dapat warning dalam email suruh settle kan tunggakan sebelum lulus ujrah tuh. Nak guna KWSP tak layak sebab pinjaman asal PTPTN aku tahun 1999. Tapi tetiba rasa cam malas pulak n sayang nak keluar duit hihihi. Tunggu sampai hujung-hujung offer nanti baru kasi bayar langsam terus. So oleh kerana tak jadi nak gi UTC, mak aku ajak gi breakfast kat restoran depan taman rumah aku ni. Nak makan roti canai katanya. Sampai restoran tuh sekali tengok lengang. Rupanya pakcik roti canai takde daaa. So terus spontan aku cakap lama tak makan Kari Kambing 40 hari. Situ ada roti canai hihihi. So kitaorng berlima pergilah kesana. Budak yg nak makan sendiri. Abg pulak makan bersuap. Sampai sana je sekali tengok ramainya manusia. Memang takde meja kosong. Nasib baik ada makcik ni nampak aku dok perati keliling cari meja kosong terus dtg kat aku ckp dia...

Wishlist 2017

Image
Aku kan dah start menabung untuk sesi 2016/2017 kan, so rasanya nak listkan barang-barang yang aku nak beli untuk tahun nih sebagai panduan hihihi. Aku actually macam tak tahu nak beli apa sebab apa yang aku nak iaitu henpon baru aku dah dapat last year. Lepas tu aku ni pulak tuh bukan jenis orang suka beli handbag ke or apa-apa barang yang orang pompuan suka beli. Pakai handbang sampai jahanam baru tukar. Jam pulak memang aku tak pakai. Rimas. So aku memang takde jam tangan. Barang kemas macam rantai or gelang tangan lagi lah tak minat.  Bila dok pikir-pikir so rasa-rasanya untuk this year aku nak dapatkan salah satu or salah dua kat bawah ni:- iPad Aku memang dah ada iPad tapi manusia kan tak pernah puas. So rasa macam nak tukar sebab yang lama dah tak boleh update ke ios baru. Tapi ntahlah rasa-rasa cam membazir sebab ipad aku cuma guna tgk drama korea jer. Yang ni cam 50/50. ip 8 (rumors) Dengar-dengar iPhone 8 keluar tahun ni. Tapi macam pelik kan sebab lep...