Catatan Perjalanan Day 3 - Wednesday, 8 June 2011

 depan bilik hotel time nih kul 8.30 malam tgh tunggu maghrib

Ketemu lagi kita ya diedisi catatan perjalanan hari yang ketiga. seperti yang tuan2 dan puan2 sedia maklum post ini adalah kesinambungan dari post catatan perjalanan day 2. Hari yang kedua di Istanbul, si Laleh or org2 jawa panggil iwak leleh (ikan keli) ekekeke awal2 da igtkan pukul 9 pagi mesti da tunggu kat lobby hotel utk lawatan seterusnya. Untuk hari kedua nih, kitaorg akan dibawa melawat Muzium Topkapi, Masjid Biru dan membeli belah di Grand Bazaar (nih paling fav.).

see! jalan da sesak org nak g keje

feri2 pun da bz bawak org dari sebelah Asia ke Eropah

Bila time pagi mmg sesak Istanbul nih. si Laleh ckp salah satu masalah kat Istanbul nih yalah traffic jammed. N aku rasa traffic jammed kat sini mmg sgt teruk. tapi aku tgk sistem pengangkutan awam dia mcm efficient jer. tak tau ler tapi dari pandangan mata aku mcm2 pengangkutan awam ada kat sini. bas, feri, tram n segala mcm train diorg ada. tak caya cuba gi sini. pastu mcm ada certain part mcm kat Bosphorus Bridge ada lane khas  kat tgh2 jambatan utk bas so takdelah tersangkut kalau jalan sesak. lagi satu aku kagum ngan driver2 bas kat istanbul. especially driver bas yg bwk kitaorg nih mmg ensem terer lah. jalan kat istanbul nih kalau kat area yg bersejarah mmg sempit2. tapi bila dia belok or lalu tak gesel pun ngan kereta org or bangunan2 kat situ. org yg kat dalam bas plak seram tgk cara dia cilok kat simpang2. lagi satu aku perasan yg bawak bas2 pelancong nih pakaian dia kemas jer. mesti pakai kemeja ngan tali leher kekadang ada yang pakai blazer. cam eksekutip pun ada aku tgk ekekeke.

destinasi pertama - Muzium Topkapi @ Topkapı Palace

Muzium Topkapi ni dulunya adalah sebuah istana pada zaman empayar uthmaniah. Istana nih mula dibina pada tahun 1459 atas titah perintah Sultan Mehmed II yang telah menakluk Byzantine Constantinople n istana nih adalah tempat tinggal utama untuk Sultan2 empayar uthmaniah (Ottoman Sultans) selama 400 tahun dalam 624 pemerintahan empayar uthmaniah. setelah empayar uthmaniah nih berakhir 1921, istana nih telah bertukar menjadi muzium dimana pelbagai barang2 zaman empayar tu dipamerkan. barangan Rasullulah S.A.W pun ada dipamerkan kat muzim nih. tetiba aku rasa sedih plak bila msk muzium nih. kalau lah sultan2 empayar uthmaniah tuh tak wat rakyat diorg marah. pastu kalau kita igt balik sejarah masa kita belajar kat sekolah mcmana empayar uthmaniah nih menguasai negara eropah mcm sepanyol n mcmana diorg leh runtuh. sebab tuh kita kena belajar sejarah (fav subjek masa kat sekolah ngheheh)   

view daripada balkoni Topkapi Palace - yg nih 
mengadap Sea of Marmara

 pun dari balkoni topkapi palace - mengadap
Golden Horn
 
view dari balkoni lagi kali nih mengadap 
warung2 yg cantik

byk masa dihabiskan kat muzium nih. mmg ramai orang lah. lagi2 baru masuk musim panas. byk orang europe jer time nih. tapi jmp gak lah org mesia (selain daripada org group aku). Jalan utama nak masuk ke istana topkapi nih dinamakan 'Imperial Gate' atau dikenali sebagai 'Gate of Sultans'. Pintu masuk tuh dihiasi dengan ayat2 daripada Al-Quran. Gate nih adalah main entrance untuk ke courtyard yang pertama.

Imperial Gate - Topkapi Place

guard yg garang eheheh

Istana nih terbahagi kepada empat bahagian or courtyard. Courtyard yang pertama adalah taman istana nih. seriously mmg cantikkk sgt taman nih. geram tull aku tgk bunga2 kat taman nih. mcm nak petik2 jer ehheh mak aku siap tanya ngape tak bawak balik pokok tuh ekekeke. Tapi mmg diorg jaga rapi pokok2 bunga kat sini.

kawasan first courtyard

geram tak tgk bunga nih?

 Gate of Salutation or dlm bahasa arab 
Babus Salam - pintu msk ke second courtyard

Second courtyard plak adalah dikelilingi ngan hospital istana, bakery ngan kitchen. third courtyard plak tmpt sultan2 spent masa dia kira mcm tmpt tinggal dia lah. kat third courtyard nih gak terletak nya audience chamber tmpt sultan2 terima tetamu dari dalam n luar negara. forth courtyard plak private sanctuary utk sultan2 n family2 dia. aku rasa mcm aku tak msk jer kat sini. masa da suntuk masa tuh. eh lupa msk ler abih camner aku amik gambar kat balkoni tuh ekekeke. kalau nak tau detail lagi leh lah pegi sini

sekuriti cam kat airport nak lepas 
pintu of salutation nih

The Audience Chamber

fav. picture aku. nih kat 
second courtyard

nih pun kat second courtyard - 
pokok lompong!

bila time yg si laleh tuh bagi dah abis kitaorg pun keluar n berjalan kaki ke Masjid yang paling famous sekali kat istanbul iaitu Sultan Ahmed Mosque or lebih dikenali sebagai Blue Mosque. jauh gak jalan dari Istana Topkapi sampai ke masjid nih. tapi tetap champion jalan kaki hihihi jgn under estimate org yg bdn 'semangat'. Masjid nih mmg menjadi tumpuan pelancong. masjid nih dibina pada tahun 1609 dan disiapkan tujuh tahun kemudian iaitu 1616. masjid nih terletak bersebelahan dengan istana topkapi dan berdepan dengan Haga Sophia. Aku tak pegi Haga Sophia cos mmg xda dalam agenda. mmg byk tempat tak pegi kat istanbul nih akibat masa yang tak mengizinkan. takpelah ada rezeki nanti pegi lagi kan? Masjid Biru nih adalah salah satu monumen yang dikagumi didunia. Masjid Biru nih ada 6 menara n satu2nya masjid kat istanbul yg ada 6 menara.

makcik laleh sdg mengibar2kan benderanya yg berwarna warni

Masjid Sultan Ahmed @ Masjid Biru

interior masjid biru - 
ehsan pak goggle

masa aku dtg tuh dah nak masuk waktu zohor so mmg tak sempat nak amik gambar. actually amik gak gambar tapi gambar tak berapa nak cantik. kurengg sikit picture tuh. si makcik laleh tuh nak cepat jer n lagipun time mmg tak mengizinkan. gambar kat atas tu ehsan pak goggle.  masa kat sini ler aku jmp budak yg nak sunat yg aku ceritakan lam post sebelum nih. sporting jer budak nih amik picture ngan tourist. muka mcm bangga jer ekekek.

budak nak kena khatan!

org tempatan i.e org turki peramah2 gak cuma satu jer masalah diorg nih ada yg tak reti ckp english langsung. even simple words pun tak tau. mmg mcm ngan ayam n itik jerlah. guna bahasa isyarat. kadang2 tuh aku rasa mcm paham jer apa diaorg nak sampaikan. rasanya lah hahhaa. lepas solat zohor, makcik laleh bawak kitorg gi makan kat restoran yg sama mcm hari pertama sampai. cesss kali nih aku nyosal ngape ler tak amik gambar restoran tuh. area restoran tuh mmg sgt santekkk dgn kedai n restoran yg terletak kat old city. yer baru terigt OLD CITY! kawasan hotel aku n sekitarnya dinamakan area old city. bangunan kedai n restoran n jalan2 nya senibina abad ke 16-18 ler mcm kat negara eropah yg lain.

area old city- ehsan pak goggle lagi sbb aku 
masa tuh terlupa nak amik picture igt nak 
makan jer kot hihi

lepas makan2 destinasi seterusnya adalah tempat fav semua orang terutama utk kaum2 wanita yer. shopping time di Grand Bazaar or in turkish Kapalıçarşı. Grand Bazaar nih mula dibina pada tahun 1455 atas arahan Sultan Mehmed dan mula dibuka pada tahun 1461. perghh lama gila kan? still ada sampai skrg. Bazaar nih mmg sgt dikenali jual barang kemas n leather. selain tuh byk gak barang souvenir mcm t-shirt, fridge magnet, key chain n mcm2 lagi ler. kalau nak pegi semua kedai n spent masa 5 minit satu kedai amik masa dalam  3 hari 3 malam! sebabnya kat sini ada 4000 buah kedai! aku pegi satu lorong pun tak abis dah lah si laleh bagi cuma 2 jam jer kalau lmbt kena tinggal balik jalan kaki. Barang2 kat sini takde lah murah sgt. sbb kat sini guna turki lira, US dollar ngan euro. aku da siap2 tukar US dollar. even ngan turki lira pun duit kita still kecik lagi. mcm dgn duit spore. aku sambar satu leather bag yg harganya 100 US dollar. masa tuh igt murah baru 100 jer bila da byr semer n balik bilik baru teringat 100 US dollar tukar duit malaysia da brp? tak RM380 ekekeke. tapi aku tak beli apa pun kat sini cuma beli bag ngan fridge magnet n key chain. mahall ooo kalau kali ngan duit kita. tetiba aku takde mood nak beli belah masa 1 jam kedua sbb kaki aku kena serangan simpul biawak. seb baik ada kedai 'boyfren' aku boleh duduk2 kejap sesambil amik kesempatan mintak harga murah hahaha.

aku msk dari pintu 7 beyazit - kena amik
picture takut tersesat

gambaran dalaman grand bazaar - 
ehsan pak goggle lagi!

akibat daripada terkagum dengan saiz grand bazaar n ditambah dengan serangan kaki cramp di kedai 'boyfren' aku sampai lupa nak amik picture kat dalam bazaar nih. seb baik ada pak goggle boleh leh guna share2 kan? sharing is caring hahaha. tapi mmg aku kagum ngan bazaar nih besar! n yg paling kagum kalau korg tak reti ckp english jgn risau sbb org2 kat bazaar nih mmg terer ckp bahasa melayu. pantang nampak muka malaysia mesti kena sapa dalam bahasa melayu. mesti ramai org malaysia dtg sini kan tuh diaorg leh ckp bahasa melayu yg simple2. tapi apa2 pun actually aku mmg tak pueh pegi grand bazaar 2 jam mmg xcukup brp kedai jer dpt pegi paling2 pun kena ada 1 hari utk lawatan ke grand bazaar hihihi. lepas grand bazaar balik hotel utk sesi merehatkan badan n poket! oklah cukup ler sampai disini nanti sambung plak day 4 yer adiossss!

sea of marmara

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat