Catatan Perjalanan Day 7 - 15: Sunday - Monday, 12th - 20th June 2011 (Part 2)

Sambungan dari Part 1 Makkah

Makkah hari kedua - Selasa, 14/6/2011

sekitar bawah hotel. time nih tgh tunggu bas utk lawatan kawasan2 bersejarah
Untuk hari kedua di Makkah, rombongan umrah akan dibawa melawat di kawasan2 bersejarah di sekitar kota Makkah dan seterusnya dibawa ke tempat miqat untuk berniat umrah dah seterusnya mengerjakan ibadah umrah untuk kali kedua. utk hari kedua nih mutawif dah tampal notis kat kafeteria pada sesiapa yg nak ikut melawat tempat2 bersejarah tuh kena berkumpul kat bawah hotel dalam pukul 6.30 pagi. masa kat Makkah nih actually byk cabaran utk aku. antara gigih ngan tak gigih jer. kalau kita tak kuat semangat mmg mcm sia2 jer pegi Makkah. actually masa second day kat Makkah nih aku masih tak sihat. selsema aku makin teruk n demam aku tak kebah2. aku tak dpt pegi solat subuh berjemaah kat Masjidil Haram. akak aku suruh aku rest dalam bilik jer. mula2 tuh aku rasa mcm tak larat nak buat umrah kali kedua. bila fikir2 aku kena lawan semua tuh. kena kuat semangat. aku nak datang Makkah bukan senang. berapa lama aku simpan duit. n mcammana susahnya aku nak amik cuti. bukan senang n bukan semua orang dapat jemputan dari-Nya. kekadang tuh ada org yg banyak duit pun belum tentu boleh dpt kad jemputan dari Allah. so aku decide utk buat umrah kali kedua. mana tau berkat umrah tuh nanti demam aku boleh baik.

Jabal Thur (Gua Thur)
Dalam pukul 7 gitu bas pun sampai. time nih jalan2 kat Makkah dah mula sesak. especially area hotel tmpt aku duduk nih. Destinasi pertama kitaorg dibawa ke Jabal Thur or Gua Thur. Masa kat sini mcm biasa ustaz dari indonesia (dah bermastautin kat Makkah kot) yg jadi tourist guide kitaorg. kat gua nihlah Rasulullah s.a.w ngan Saidina Abu Bakar sembunyi dalam beberapa hari untuk mengelakkan diri daripada tindakan orang2 Quraisy masa Rasulullah s.a.w nak berhijrah ke Madinah. kat sini lah kalau kita igt kisah cicak ngan labah2.  ustaz tuh ckp kat atas tuh ada kafe boleh minum teh n kopi semer. ada beberapa travel agent aku tgk ada buat pakej mendaki jabal thur nih.

Jabal Rahmah

unta yang dihias
Destinasi seterusnya adalah ke Jabal Rahmah iaitu dimana tempat Adam dan Hawa bertemu setelah 200 tahun berpisah akibat dibuang dari syurga. ramai orang kat sini. tapi kat sini aku tak turun daripada bas. faktor keletihan n demam buat aku duduk dalam bas n rest. so kena simpan tenaga sikit n actually aku takut terpijak najis unta cos aku nak buat umrah lepas nih. masa kat sini sebelum sapa2 yang nak turun, ustaz yg bawak nih ada remind siap2 kadang2 naik saja dah kena charge 50 riyal kalau nak jalan2 100 riyal. so kena berhati2 n dgr betul2 apa yg dia ckp bila nak naik tuh. kat sini juga letaknya Padang Arafah tempat perhimpunan semua jemaah haji pada 3 zulhijjah setiap tahun. tempat nih dinamakan arafah cos kat sini terhimpunya jemaah haji yang datang dari segala pelusuk dunia daripada pelbagai bangsa dan warna kulit tetapi dengan tujuaan yang satu. kat sini tak lama sekejap jer sbb actually mengejar nak buat umrah pagi2 sebelum matahari betul2 tegak atas kepala.

Mina
tempat melontar
Lepas tuh kitoarg dibawa plak ke kawasan Mina. dimana kat sini jemaah haji diwajibkan bermalam selama 2 malam bagi yang nafar awal dan 3 malam bagi yg nafar thani. kat sinilah ada 3 jumrah yang wajib bagi jemaah haji untuk melontar n kebanyakan jemaah haji akan menunaikan ibadah korban kat sini. Mina nih ada sejarah tersendiri dimana dalam usaha syaitan untuk menggoda manusia serta keteguhan iman dan keyakinan kepada Allah dalam peristiwa Nabi Ibrahim, puteranya Nabi Ismail dan isterinya Siti Hajar. pastu ditunjukkan jugak kawasan Muzdalifah dan Muaissem. Muzdalifah adalah satu tempat dimana jemaah haji diwajibkan bermalam pada malam 10 Zulhijjah n terletak antara Arafah n Mina. jemaah akan kutip 7 biji batu utk melontar jumrah aqabah dan kemudiannya di Mina. Terowong Muaissem plak terowong yang digunakan oleh jemaah haji utk pergi melontar n dimana berlakunya tragedi menyayat hati pada musim haji tahun 1990. masa tuh arwah nenek aku pergi. Allhamdulilah takde apa yg berlaku pada arwah nenek aku. Masa mak aku n arwah bapak aku pegi tahun 1994 tragedi khemah terbakar. ingat lagi masa tuh bila dgr berita mmg berderau darah aku n menggigil. Allhamdulilah bila dgr suara mak n arwah bapak aku lega betul time tuh. Insya Allah kalau ada rezeki aku nak buat haji pulak. tapi giliran aku tahun 2030 masa tuh umur aku da 51 tahun.

Jabal Nur (Gua Hira) - bentuk mcm org tgh bersujud kan?
Destinasi seterusnya ialah ke Jabal Nur (Gua Hira) tempat dimana Rasulullah s.a.w. menerima wahyu pertama. Jabal Nur nih terletak 6km dari arah utara Masjidil Haram. Jabal Nur nih lah letak nya gua hira. menurut ustaz yg bagi penerangan skrg nih Gua Hira tgh ditutup. tak boleh masuk. aku tak pasti plak sbb kenapa maybe utk kerja2 penyelegaraan kot. aku ada buat survey ada sesetengan pakej2 umrah buat pakej mendaki jabal nur utk pegi ke gua hira. masih buat lawatan nih dalam pukul 9 lebih. tapi 9 lebih kat Makkah nih mcm tghari kat Malaysia da terang benderang n matahri pun dah naik.

Masjid di Ja'aranah. salah satu tempat untuk miqat
Destinasi terakhir ialah di Ja'aranah iaitu salah satu tempat untuk para jemaah umrah bermiqat or berniat. masa nih dah nak dekat pukul 10. kat sini aku buat solat msk masjid, sunat ihram n berniat umrah. maka terikatlah aku dengan pantang larang dalam ihram. sempatlah gak aku buat solat duha n taubat. ramai juga orang berhenti kat masjid nih. kebanyakannya jemaah dari Indonesia. masa niat umrah orang perempuan digalakkan berniat ihram bersyarat sbb takut kena period masa dalam ihram. kalau kita tak niat bersyarat n ketika tuh masa tuh dalam ihram kita kena tunggu sampai period abis n susah nak jaga serba serbi masa dalam ihram walaupun kita da balik Malaysia tetap kena jaga pantang larang ihram n kena bayar dam. lafaz niat ihram bersyarat  "Sahaja aku mengerjakan Umrah dan Ihram aku dengannya dan sekiranya berpanjangan haidku atau lain-lain sebab maka halallah aku dengannya" bila kita niat ihram bersyarat nih bila kita period masa dalam ihram secara automatik akan jadi halal dengan sendirinya.

Makam isteri Rasulullah s.a.w., Saidatina Khadijah
Masa dalam perjalanan balik, bas lalu kat area perkuburan di Makkah nih. menurut ustaz tuh siapa2 yang meninggal kat Makkah akan dikebumikan kat sini. kat sini juga letaknya makam isteri Rasulullah s.a.w yang pertama iaitu Saidatina Khadijah. Sampai jer hotel dah pukul 10.30 pagi tuh. so kitaorg naik bilik buang apa2 yang patut n terus pergi ke Masjidil Haram. Masa tuh dah pukul 11.00 pagi lebih. so time aku pegi tuh da masuk musim panas. suhu kat sana time tuh adalah dalam 42 darjah celcius. n matahari mmg dah naik. ngan demam2 aku gagahkan diri untuk umrah kali kedua nih. kali nih aku tak buat umrah ngan akak aku sbb aku tak larat buat ngan dia. dia jalan laju. aku mintak buat umrah dgn kawan akak aku yg aku panggil Ustazah (dia ustazah sekolah menengah). aku mmg totally berpisah ngan akak aku masa tawaf. Allhamdulilah walaupun masa tuh suhu lebih kurang 40 darjah celcius tapi dapat jugak aku selesaikan 7 pusingan tawaf aku dalam keadaan panas terik berbanding umrah pertama yg aku buat pukul 12 tgh malam. masa nih lah lepas aku buat solat sunat tawaf, berjurai2 airmata aku kuar masa aku berdoa depan Kaabah. masa tuh terflash back balik semua dosa2 yang aku da buat n aku sangat2 rasa bersyukur sbb Allah masih mahu menerima aku sebagai tetamu-Nya tanpa ada apa2 halangan yang besar n semuanya berjalan dengan lancar Allhamdulilah. bila nak saie aku jump ngan akak aku tapi sekali lagi aku berpisah ngan dia. rupanya2 aku yg abis dulu plak time saie. dia masih ada 2 pusingan sbb dia berhenti awal utk solat zohor n cari ruang solat. aku plak solat zohor berjemaah kat tmpt saie di bukit marwah. lepas bertahlul lepas lah pantang larang  aku dalam ihram. Alhamdulilah terus baik demam aku. berkat buat umrah. balik hotel dalam pukul 2 ptg lebih sampai kafeteria plak makanannya sedap2. satu lagi bonus yg aku dapat. yer hari2 aku disajikan dgn sajian yg enak2 gitu. tapi amazingly berat aku tak naik pun kat sana turun lagi adalah walaupun dinner aku pukul 10 malam hihihi. 

Saie - bukit safwa - marwah
Ok lah aku benti kat sini dulu. lama betul kan aku nak post catatatan perjalanan aku kan? dah 3 bulan lebih balik pun masih tak abis2. nih pun aku gigihkan gak sbb aku baru jer balik amik jab utk back pain aku. sampai tak leh bangun kejap pagi tadi. merasa gak lah ada orang bawak naik atas kat bilik aku semangkuk nasi goreng, air teh siap ngan tray. thanks kak cah! sayang gak ko kat adik bongsu ko sorg nih ek hihihi. tak tertanggung dah sakit jalan gi klinik pun mcm robot jer. dahlah klinik ramai org. aku plak serabai pakai tshirt, seluar track n selipar jepun jer hehehe. org pun tgk jer. dulik apa aku. dulu kalau org tgk2 aku sentap gak tapi skrg buat bodo jer lah bukan aku xda duit nak masuk klinik tuh. lebih baik baju selekeh poket tebal daripada baju lawa poket kosong n kerjanya nak meminjam duit org jer!.

klik sini utk part 3 Makkah

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih