I'm Broke

Nasi Ambeng. sila jgn meleleh air liur tuh
Hari ni mencatat sejarah aku pegi pasar tani dengan berbekalkan RM35 aje. Itupun RM15 duit mak aku. dia suruh aku beli barang n RM10 duit ehsan dari mak aku hihihi. RM10 lagi tuh duit yg ada dalam purse aku. aku tak sempat nak g bank cucuk duit. smlm pegi Jusco Tebrau temankan kawan aku beli kamera pun berbekalkan RM35. sedih kan? so mmg smlm aku tgk org beli barang jer lah. mmg betul2 rasa mcm miskin sgt smlm. nasib baik kawan aku yg baik hati itu telah membelanja aku makan KFC. Thanks kak anis! hehehe. igtkan RM35 tuh boleh lah bertahan sampai harini. on the way balik akak aku tepon suruh belikan susu ayip. so tinggal RM10 jer lah dalam purse aku. akak aku plak wat derk jer sampai dia da g terengganu ngan ayip mlm tadi tak bayo2. uwaaaa simpati lah kat adikmu yg sedang sesak nih. aku bukannya takde duit. ada. cuma duit2 aku tuh tersimpan kat tempat yg memerlukan aku pegi time office hour. lagipun sayang nak kuar dari situ. yg ada atm plak dah makin susut. gaji lambat. bill byk nak bayar sebelum 1 haribulan. so tak boleh ber hu ha hu ha dgn duit dlm atm machine tuh. road tax, insuran n lesen nk mati. pas tuh kereta plak nak kena service pada bulan yg sama. mana tak menjerit aku. dalam byk2 bulan aku paling tak ske bulan November sbb bulan tuh buat duit aku byk terbang. igt senang pakai kereta. nasib baik aku da tukar tayar bulan 7 arituh kalau tak terpaksalah i.o.u ngan omak den hihihi. so apa yg aku dpt dgn RM35 pegi pasar tani? meh tgk kat bawah nih.

First sekali aku pegi beli Nasi Ambeng. satu utk mak aku n satu lagi utk aku
sebungkus RM2.50. so RM5.00
lepas tu aku beli telur kat gerai fav aku sbb fresh.
Telur gred A. 10 biji RM3.70
lepas tuh aku pegi ke hujung jalan igt nak beli ikan. tapi kena batalkan hasrat sbb tgk harga ikan yg 'sangat berpatutan' walaupun ikan terubuk fav aku bila dibakar ada plak jual. terpaksa simpan jer lah hajat itu. telan air liur jerlah aku. mmg feeling sgt miskin time nih. patah balik pegi kat gerai jual makanan frozen. igt nak beli roti canai segera. tapi bila tgk purse batalkan hajat. beli air soya sebungkus RM 1. sbb aku da kehausan.

mak aku pesan beli sotong goreng RM1.50.
aku plak beli nugget ikan n chicken ball. makanan tak berkhasiat RM2.00
pastu aku beli potato spring ngan nugget RM4.00 (hihihihi mcm budak2)
lepas beli potato spring tgk purse rasa2 mcm cukup nak beli roti canai segera (buat breakfast aku hari2 sebelum g opis) sekali boleh plak habis. ohhh sgt kecewa. so nak ubat kekecewaan aku beli lah dua jenis kuih kat bawah nih.

pulut serunding 3 ketul RM1.00
karipap sardin n daging 6 ketul RM2.00
so jumlahnya RM20.20. pastu pegi beli paper yg harganya RM7.00. aku baca 4 paper tiap2 hari ahad. mesti n tak boleh tertinggal satu pun walau takde duit camner pun ekekeke. pastu singgah petronas nak cucuk duit nampak susu segar beli RM3.50. pastu mak aku call suruh beli ikan bilis. singgah kedai beli RM2.00. so semua sekali RM32.70. ada balance RM2.30 mak aku ckp keep the change hahahah. tapikan hampir RM35 aku abiskan beli makanan2 yg tak senonoh utk makan 1 hari plak tuh. tak patut betul. lain kali pegi pasar tani kena control tekak. kasi kenyang2 dulu perut. 

*semua photo nih aku amik guna Nokia N8. marvelous kan?

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih