Catatan Perjalanan Day 7 - 15: Sunday - Monday, 12th - 20th June 2011 (Part 3)

Sambungan daripada Part 2 Makkah

Makkah hari ketiga - Rabu, 15/6/2011


Perkarangan Masjidil Haram - aku selalu guna pintu kat area Bukit Safwa - Marwah
Assalamualaikum w.b.t. korg semua sihat? (perasan mcmlah ada org baca blog ko nih) meh kita sambung. Jadual untuk hari ketiga ni adalah acara bebas. para jemaah pada hari ni bebas utk buat apa2 aktiviti. nak buat umrah lagi ke pun boleh.tapi pihak travel agency tak sediakan pengangkutan utk ke tempat miqat. kena cari sendiri. tapi aku tgk ramai yg amik kesempatan time nih utk meninjau2 bazar2 kat bawah hotel nih. memandangkan geng2 aku n akak aku semer perempuan, yang mana mmg tak digalakkan pegi naik teksi pergi ke tempat miqat so kami amik keputusan hanya nak berehat di bilik hotel sahaja n solat jemah setiap waktu di Masjidil Haram. mmg rutin harian aku sejak kat Istanbul bangun awal2 pagi. kalau kat istanbul tuh boleh lah bangun lam kul 4 lebih sbb buat solat kat dalam bilik hotel jer. tapi bila sampai kat Madinah mmg rutin harian aku automatik terus tukar pukul 2.30 pagi jer dah bangun mandi pagi siap2 utk ke Masjid Nabawi or bila sampai Makkah ke Masjidil Haram. kat Madinah/Makkah mmg tak agak2 lepas makan malam jer tido. dinner kat sini pukul 10.00 malam lepas solat Isyak. waktu isyak kat Makkah nih sama macam kat Malaysia dalam kul 8.30 malam tapi mcm biasa aku mmg balik lambat tunggu pintu2 keluar clear sbb kalau keluar time abis solat mmg sesak. selalu 30 minit sebelum pukul 10 malam aku da sampai bilik hotel. makan2 dalam kul 10.00 balik bilik sambil bawak 2 cawan hot tea hihi. dalam kul 10.30 mlm aku tidur. kul 2.30-2.45 pagi bangun siap2 nak gi masjidilharam. subuh kul 4.15 pagi selalunya dalam kul 3.30 pagi aku da jalan g Masjidil Haram kalau lambat susah nak cari best spot yg ngadap pintu kaabah. lepas subuh selalunya aku tak balik terus ke hotel utk sarapan pagi. sbb kalau awal2 ramai plak kat kafeteria. selalunya baca yaasin ke or al-quran kejap or jenjalan kat sekitar situ or kekadang paling teruk tido kejap kat situ (sgt nyaman ok tido kat Masjidil Haram). tuh bila balik Malaysia body aku amik masa 2 minggu nak ikut waktu kat malaysia. jet lagg memanjang.

bazar-bazar di sekitar bawah hotel
Selalunya lepas menikmati keenakan nasi lemak or nasi goreng or bihun goreng (yg sampai skrg aku masih terigt2 kelazatannya ngeeeee) adalah tidur!. teruk kan lepas makan tidur? tapi nak wat camner ngantuk. akak aku n the geng decide utk puasa hari ketiga nih. tapi aku still under medication so mmg takleh puasa. dalam pukul 8 pagi gitu bangun utk membuat tinjauan dan seterusnya melontar di bazar2 bawah hotel nih (istilah biasa kalau g umrah/haji). actually waktu diorg baru bukak kedai mmg waktu yg sgt sesuai utk buat lawatan sbb time nih diorg akan bagi discount sgt banyak berbanding kalau pergi waktu ptg ke or malam. time tuh diorg buat dekk jer kalau mintak discount. kitoarg pun meround kat bazar bawah hotel nih. besar gak bazar diorg. aku duduk area hotel 3 bintang so biasa2 jer bazarnya. kalau duduk area hotel kat menara baru jam yg baru buat tuh bazar2nya mcm kat shopping complex gitu. kat area sana kfc, burger king n memacam semua ada. tapi aku tak sampai ke sana sbb jauh sgt dari hotel aku duduk. tapi aku lebih suka kat sini barangnya lagi murah2. misi harini nak cari jubah or abaya untuk akak2 aku, akak2 ipar n anak2 saudara aku n budak2 opis aku dan juga cari teko utk mak aku. utk bos2 aku n opis boy aku da belikan kat istanbul. boleh tahan gak jubah2 kat sini lawa2 n murah2 plak tuh

Menara jam yang tertinggi didunia. mmg dekat nak pergi
masjidil haram ikut pintu King Abdul Aziz.
tapi berapa ribu lah satu malam yer rege dia?
masa tgh meninjau2 kat bazar tuh tetiba kitaorg dpt phone call daripada sorg sedara kawan akak aku yg dah jadi rakyat arab saudi ajak dtg umah dia. so plan utk berehat kat bilik hotel telah bertukar dgn berehat kat rumah yg kitaorg panggil 'Maksu'. lepas beli apa2 yang patut dalam kul 9 lebih balik hotel siap2 n dalam kul 10 pagi mak su tuh amik kitaorg. seperti yg korg sedia maklum kat arab saudi mana leh perempuan drive kan so maksu terpaksa amik khidmat teksi sapu or org jb panggil 'pakwancha'. kali nih tak takut sgt sbb maksu nih da mcm org arab ckp pun mmg da sebijik org arab. maksu dah lama berhijrah dengan suami dia ke Makkah nih sejak tahun 1950-an lagi. anak2 dia semua lahir kat sini kecuali sorg yg lahir kat malaysia, n  semua da jadi warganegara arab saudi. rumah org arab nih tinggi2 yer. umah mak su nih jer dah 4 tingkat. 1st floor dia sewakan org, 2nd floor umah anak dia, 3rd floor rumah dia n 4th floor rumah besan dia. dia cerita time dia nak beli tanah nih murah jer tapi nak membuatnya yang mahal sbb tanah tuh berbatu n berbukit2. aku plak lupa nak amik gambar. excited sgt kot nak gi situ. ramah mak su nih n rajin tull dia melayan aku yg tgh batuk teruk masa tuh. haha jeles tull kakak aku sbb bukan maksu jer yg ske layan aku tapi kengkawan dia pun sama hahaha. time lunch aku ngan sorg geng akak aku jer yg lunch sbb yg lain puasa. mmg sodap lah makan kat umah maksu nih. masakan melayu campur arab. maksu nih ada maid dari indonesia. nak tau berapa gaji diorg? 1200 riyal ok! patutlah maid2 nih ske sgt kerja kat arab banding kat mesia.

bergambar ngan maksu kat umah dia. lupa nama area uma dia nih
kat umah maksu nih kitaorg siap tidur2 lagi. baik maksu nih. semoga Allah sajer yg balas budi baik maksu kat kitorg time tuh. time dinner plak buat masa maghrib sbb ada yg puasa so kira dinner sekali. time nih semua anak2, menantu2 n cucu2 maksu dtg nak jmp ngan kitorg. ada yg dtg sejauh dari jeddah. ikut budaya org arab lelaki ngan perempuan di separate kan. org lelaki kat 2nd floor n perempuan kat 3rd floor. masa tgh makan nih borak2 menurut maksu gas yg kat malaysia rm30 lebih tuh kat arab saudi baru 14 riyal. beza kan? negara kita pun pengeluar minyak n gas gak. elektrik pun tak berapa mahal. rumah2 kat sini kena pasang aircond 24 jam. n aircond bukan satu tapi sampai 5-6 n semua tuh bukak. tapi bill baru 100-200 riyal. kalau kita dah brp ek?. anak2 n cucu dia semua da tak pandai ckp melayu. semua cakap arab jer so mak dia yang jadi translator. masa anak2 n cucu2 maksu nih dtg diorg tutup bagai cuma nampak mata jer. tapi bila masuk umah hah ko tgk baju2 diorg kat dalam jubah! ada yg seksi meksi. tapi oklah diorg tak pakai mcm tuh kat public kan? tutup ngan jubah aurat2 semer. lepas solat isyak dalam kul 9 malam lebih gitu baru kitaorg balik. menantu dia yang hantar. nak balik tuh kitaorg dibekalkan ngan ole2 iaitu ramuan n rempah ratus nasi arab siap ngan beras arab lagi ekekek. 

time dinner or buka puasa gambar kena gelapkan sbb tak baik letak
photo org yg mmg tutup aurat tapi terbukak aurat dia.
ok! takat nih jerlah post aku tentang hari ketiga aku kat Makkah. aku akan berusaha untuk abiskan post2 umrah aku sebelum musim haji tamat yer ngeeee. adiossss.

klik sini utk ke Part 4 Makkah

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih