|
akhirnya aku dpt jugak menjejakkan kaki kat sini |
Lama betul aku nak continue pengalaman aku kat tanah suci nih. sebelum aku continue ngan cerita seterusnya nih aku nak habaq mai kat korg semua yg niat aku tulih pengalaman aku nih bukan aku nak bangga diri ke apa or nak bukak aib org ke. aku tulih nih pun sbb blog aku nih lebih kepada diari hidup aku. mana tau kalau ada rezeki lagi aku pegi lagi ke boleh tgk balik blog aku sendiri misalnya nak gi Raudah nak masuk pintu mana. lebih pada panduan utk aku di masa akan dtg lah. selain tuh niat aku nak share pengalaman aku masa kat sana. mana tau sapa2 yg baca pengalaman aku nih leh terbukak ati nak kesana. tapi ada ke org baca blog aku nih heheh. target aku nih nak abihkan pengalaman aku kat Makkah sebelum raya. tapi skrg? da msk raya ke 7 dah hahhaah. dah dua bulan aku balik umrah. still tak abis2 lagi hihihi. Insya Allah, aku boleh.
Malam pertama di Makkah - 12/6/2011 (Ahad)
|
tenang je jiwa bila kat sini |
Lebih kurang pukul 10 malam lepas 8 jam perjalanan dari Madinah, rombongan umrah kitaorg sampai ke kota Makkah. mula2 nak masuk Makkah ada polis yang jaga kat pintu masuk. yelah diorg nak pantau takut ada org bukan Islam yang terlepas masuk. masa tuh mmg tak tergambar dgn kata2 mcm mana perasaan aku masa tuh. sebelum aku g Umrah nih byk gak cerita2 yg aku dgr n baca. orang pegi umrah tak nampak Kaabah lah, sesat, tak jmp jalan masuk or keluar n macam2 lagi lah. tuh yg buat perasaan aku bercampur baur masa sebelum nak pegi tuh. actually aku sepatutnya pergi bulan 12 tahun lepas tapi oleh sbb kerajaan arab saudi tak bagi visa so tunda ke bulan 5 taun nih. tapi bulan 4 aritu akak aku dpt phone call dari travel agent kena tunda lagi sbb tak dpt flight. so tunda ke bulan 6. masa tuh aku da fikir apa yg sbnrnya menghalang aku. tapi bila aku pegi kursus umrah last 2 hari sebelum aku pegi, baru aku ada rasa keyakinan pada diri sendiri. ustaz yg bagi ceramah tuh kata kita pegi umrah nih mcm kita recharge balik iman kita. aku setuju dgn kata2 ustaz tuh n aku dpt rasa perubahan pada diri sendiri lepas balik nih. n aku harap perubahan ini akan berkekalan sampai ke hujung nyawa aku. amin.
|
Masjidil Haram - tak pernah sunyi 24 jam
mmg penuh dgn orang
|
balik semula cerita aku kat Makkah nih. so sampai jer kat Makkah bas bawak terus pergi hotel. kat Makkah aku duduk kat Qamar Mawadddah 1 di Alghazzah Street berdekatan dengan Allail Market. masa nih aku tgh dalam ihram so mmg kena jaga serba serbi pantang dan larang masa dalam ihram. sampai jer hotel, wakil travel agent yg kat Makkah sambut kitaorg n dibawa ke cafeteria utk makan malam. masa tuh terus dpt bilik hotel. aku amik pakej sebilik 4 orang. so mutawwif da pesan lepas makan malam amik beg masuk dalam bilik n dalam pukul 11.30 malam berkumpul kat lobby hotel utk menyempurnakan ibadah Umrah yang pertama. utk yg 1st nih mutawwif akan memimpin utk buat umrah. masa aku sampai hotel nih aku masih belum nampak lagi Masjidil Haram n yg aku nampak cuma menara jam yang tertinggi kat dunia tuh. cuma aku nampak cahaya yang terang lah dari jauh. actually jauh gak hotel aku ngan laman Masjidil Haram nih adalah lebih kurang 500 meter. lepas penerangan dan taklimat oleh Mutawwif kitaorg pun bergerak menuju Masjidil Haram. nak pergi Masjidil Haram dari hotel yg aku duduk nih kena lalui construction site. Masjidil Haram kan tgh dalam proses utk diperbesarkan n dekat dgn area hotel aku. masa nih aku mmg da rasa tak sihat mcm baru nak kena selsema.
|
actually nih time lepas subuh |
sampai jer kat pintu Masjidil Haram masa tuh rasa mcm tak percaya jer yg aku akan nampak Kaabah betul2 depan aku. security kat Masjidil Haram nih tak strict sgt mcm kat Masjid Nabawi. lepas baca doa kitaorg masuk Masjidil Haram nih terus jer aku nampak Kaabah. Ya Allah tak tau nak gambarkan perasaan aku macam mana time tuh. terus rasa sebak sbb mmg tak percaya yg akhirnya sampai jugak aku kat sini. Mutawwif yg bawak kitaorg bagi penerangan ringkas n tunjukkan lampu hijau yang mana akan dijadikan panduan utk bertawaf. lampu hijau tuh terletak bertentangan penjuru Hajarul Aswad. dgn panduan Mutawwif kitaorg mulakan tawaf umrah yg pertama. akak aku pegang tangan aku kuat2. mula2 tuh mmg jalan ramai2 tapi last2 semua berpecah. dengan keadaan orang yang ramai masa musim panas mmg ramai yg buat umrah time malam. allhamdulilah, aku ngan akak aku tetap berpegangan tangan sampai tawaf yang ketujuh. lepas tawaf aku ngan akak aku cari tempat depan pintu kaabah utk solat sunat. selesai solat sunat, aku n akak aku menuju ke tempat berkumpul berdekatan bukit safa - marwah. tunggu ahli rombongan lain selesai tawaf utk menuju ke tmpt seterusnya iaitu sa'ie.
|
ini dari marwah menuju ke safa |
masa saie nih aku n akak aku terpisah daripada kawan2 akak aku. pueh cari tapi tak nampak bayang. so mutawwif decide untuk continue jer memandangkan kawan2 akak aku tuh ada yg baru balik haji n ada pengalaman untuk buat umrah. lepas baca doa bermulalah saie pertama dalam hidup aku. masa saie tak berapa sibuk sgt macam tawaf. oleh kerana aku buat dgn akak aku so mmg agak laju gak aku jalan. tak sangka aku boleh habiskan 7 kali pusingan ulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. walaupun aku ada berhenti 2 kali. jarak antara safa-marwa tuh lebih kurang 400 meter. syukur alhamdulilah aku takda masalah utk sempurnakan rukun umrah yang ketiga iaitu saie. lepas selesai bersaie maka yg terakhir sekali bertahlul iaitu bergunting rambut. aku gunting rambut akak aku akak aku gunting rambut aku. maka lepaslah aku dari segala pantang larang ihram. aku selesai buat umrah dalam kira2 kul 1 pagi. oleh kerana sebelum sampai ke Makkah aku mengharungi 8 jam perjalanan dari Madinah aku n akak aku amik keputusan utk balik ke bilik hotel. actually aku da letih sgt n demam sbb time tuh aku kena selsema. sampai hotel aku terus tido n subuh plak aku buat kat bilik hotel jer sbb tak larat plus aku demam akibat selsema.
Makkah hari pertama - 13/6/2011 (Isnin)
|
pasar dikawasan sekitar hotel |
hari pertama kat Makkah nih adalah acara bebas. oleh kerana aku rasa sihat sikit aku amik keputusan utk cari bahan2 utk cuci baju aku memandangkan baju kotor aku sgt byk n dobi kat hotel plak sehelai baju 5 riyal. nasib baik area hotel aku nih byk kedai2 yg murah. kedai 2 riyal mcam kat malaysia pun ada hehehe. aku beli hanger kat kedai 2 riyal n sabun kat kedai runcit. yess bila masuk kedai runcit aku nampak air berkarbonat kegemaran aku PEPSI. kat sini jenama pepsi sgt2 lah menonjol berbanding coke. sana sini iklan pepsi. coke mcm tak laku jer. aku beli beberapa tin air pepsi, 7up n susu coklat (yess mmg sgt2 marvelous susu coklat dia) utk simpan stok kat peti ais dalam bilik hotel. ehehe. harga setin pepsi tuh 2 riyal. air kosong plak free boleh amik kat Masjidil Haram iaitu Air Zam Zam. takpun kat cafeteria pun ada sediakan air 24-7 nak wat air panas pun boleh. tapi bila dah msk area market nih aku, akak aku n kwn akak aku pun da termelencong msk lebih jauh market nih. sajer jer nak usha2 barang. survey2 dulu harga. boleh tahan gak harga jubah2 dia cos org ckp kat Makkah barang2 mahal. tapi aku tgk kat Makkah harga dia berpatutan n byk pilihan. lepas tgk apa2 yg patut aku pun balik hotel n mulakan tugas2 mencuci yer. lepas tuh tido kejap sbb demam aku dtg balik. solat zohor aku still kat bilik hotel. tapi akak aku n kwn dia g masjidil haram. niat diorg nak stay situ sampai maghrib tapi tak dpt lepas zohor dah balik sbb lapar. bila aku da ok sikit aku join akak aku n kawan2 dia solat berjemaah yg pertama aku kat Masjidil Haram iaitu solat maghrib n isyak. lepas tuh balik hotel makan malam n tido. oklah cukup sampai sini dulu nanti sambung lagi ok. wasallam.
tips: kalau sapa2 gi umrah/haji nak beli starter pack prepaid no arab saudi belilah prepaid Zain - Expatriate pakej cos walaupun starter pack x disediakan ngan free top up n kena top up lain tapi calling ke Malaysia adalah SANGATLAH MURAH! berbaloi2 heheeh
klik sini utk part 2 Makkah
Comments
Post a Comment