Pepagi dah kasi darah aku naik


Kepada driver yg bawak kereta Gen 2 warna silver JHS **** tak payah lah jadi samseng pepagi buta nih. kalau ko da terlambat, sapa suruh ko bangun lambat. ko sendiri dah tau kan pagi2 jalan mmg byk kereta org nak pegi kerja. kalau ko da nak terberak sgt berlambak petrol station sepanjang jalan skudai sampai ke jalan tun razak tuh berhenti jerlah. kalau bini ko nak bersalin ko tak kesian ke bawak kereta mcam orang gila kalau ko accident? tak payah lah ko jadi macam motor nak duduk celah antara kereta kat jalan 2 lane tuh. ko igt ko tuh adik beradik Transformer ke bole transform jadi motor?? pastu bukak lampu besar warna putih tuh. menyakitkan mata org. ko igt ko bagus sgt ke?? ko ada share ke ngan JKR?? masa ko mencelah tadi aku nak jer ko terbabas ke masuk lane bertentangan pastu bertembung ngan lori trelar. skrg nih jalan raya dah bahaya sbb ramai sgt orang sakit jiwa bawak kereta/motor/lori dan apa2 kenderaan yang sewaktu dgnnya. ada 3 benda yg paling aku menyampah jumpa org2 yg bawak kereta mcm nih:-

1. JANGAN LANGGAR LAMPU MERAH - kalau agak2 dah nak buta warna sila jumpa doktor or suruh orang lain yg drive.

2. BAGI SIGNAL KALAU NAK MASUK SIMPANG OR TUKAR LALUAN - ko igt aku nih ada telepathy ke boleh baca otak orang.

3. JANGAN MEMOTONG BARISAN - nih kategori pemandu yang memang yang belajar memandu dari beruk. penat2 kita beratur ko tetiba dari belakang terus masuk depan. orang lain pun nak cepat gak tapi takde plak sampai nak potong2 barisan nih. buat jalan jem n menyusahkan orang je.

4. SILA JAGA JARAK ANDA - sesungguhnya orang2 yang memandu rapat ketika hujan dan jalan licin adalah orang2 yang tergolong daripada golongan orang2 yang bodoh, belagak dan pentingkan diri sendiri!

so kepada pemandu2 kenderaan kat jalan raya or kat mana2 kat dunia nih sila jadi pemandu yang berhemah dan jangan pentingkan diri sendiri. kalau rasa sgt nak bunuh diri. sila langgar tiang2 or pokok2 bukan orang2 yang tidak bersalah!

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih