My all time favorite

sila jgn terliur
Kalau pegi McD mmg tak sah kalau aku tak beli burger nih ~ Fillet-O-Fish. mmg fav semenjak zaman kanak2 lagi. cuma masa zaman kanak2 aku rasa burgernya mcm besar sikit. First time makan McD nih masa umur aku 5 tahun. still igt lagi sampai skrg. masa tuh tahun 1984 n McD baru jer bukak restoran yang pertama kat luar Kuala Lumpur iaitu kat Holiday Plaza, Johor Bahru. masa tuh akak aku no. 3 kalau tak silap aku baru jer dapat gaji pertama. so dia belanja kitaorg satu family makan kat McD. masih terigt lagi camner lidah aku terbakar sbb minum hot chocolate. masa tuh akak aku siap belikan mak n arwah ayah aku peti ais n mesin basuh. yelah masa dulu tak mampu nak beli benda tuh semua. akak aku plak baru jer abih diploma n dpt keje kat syarikat insurans. masa tuh sgt jakun ok makan McD. makan McD mcm makan benda mewah. tak boleh selalu2 mcm sekarang. n yang tak boleh blah nak order kena speaking yer. kalau ko tak speaking mmg pekerja2 dia pandang2 hina kat kita (kepada org dulu2 yg keje McD mmg harus malu ngan perangai korg yer). 

adehhh kena tepon delivery nih!
Bila akak aku tuh fly ke US sbb dpt offer sambung study kat sana, so tanggungjawab utk membelanja aku jatuh kat akak aku no. 4 (tanggungjawab ko kata?? hahaha) yelah arwah ayah aku gaji berapa jer. anak2 ramai. kecik2, belajar n sekolah lagi. so bila nak makan sedap2 nih tumpang2 lah kat akak yg dah keje nih. n dia pun jenis pemurah ske belanja adik2 dia makan McD. dia baru keluar maktab n mengajar. tapi time tuh gaji cikgu lulusan maktab baru rm500 jer yer (so pada korg2 yg jadi cikgu tuh bersyukurlah ngan gaji yg korg dpt skrg nih). igt dulu masa tahun 1987-1988 tak silap aku McD ada kuar membership n bagi calender n coloring  book. pastu each month ada voucher utk toys or burger. just kerat voucher tuh n exchange kat kaunter. tapi tak semua aku redeem sbb mana mampu makan McD tiap2 bulan. igt lagi aku nangis2 nak makan McD. masa umur 8 or 9 tahun. pegi gak arwah ayah aku ngan akak aku beli McD semata2 ikut kemahuan aku (isskk kenapalah perangai aku buruk sgt). time dulu burger fillet nih di bungkus dalam bekas polistrin mcm korg beli burger ramli skrg nih. warna biru. mak aku suka simpan bekas burger tuh. selalu buat bekas bekal nasi aku g sekolah. nasi + telur goreng + kicap = sedap. rasanya mesti kawan2 sekolah aku time tuh gelak kan aku kan? :)

kekadang burger tepi jalan lagi sodap! yg nih burger homemade
tapi tuhlah zaman 80an - awal 90an org yg keje kat fast food nih mmg eksyen2 betul. pandang org pun sebelah mata jer. nak2 kalau org tuh tak speaking masa order pastu pakai plak baju biasa2 n buruk mmg takmo layan jerrr (mesti korg malu kan skrg?) mcm lah org takde duit nak beli. igt lagi kat kfc holiday plaza masa tuh tahun 89 or 88. arwah ayah aku order kfc yg 15 ketul dia boleh bagi plak 2 ketul jer. bila ckp nak 15 boleh dia mcm tak caya n confirm bnyk kali ngan arwah bapak aku. kepada pekerja tersebut anda harus malu dgn perangai anda. mentang2 aku ngan bapak aku pakai baju buruk2 mcm tuh dia layan kitaorg. sejak peristiwa tuh lah aku berazam dalam diri aku belajar pandai2 n jadi org berjaya. sama mcm pizza hut gak. pun layanan dia mcm ampeh jer dolu2. masa tuh first time mkn pizza n abg aku yg pegi beli. abg aku siap nak nyanyi lagu 'gunakanlah bahasa kebangsaan kita'. kepada pekerja pizza hut tersebut utk pengetahuan anda beberapa tahun lepas peristiwa tersebut abg saya telah fly ke US yer menyambung studynya. sila jgn pandang org tak ada mataaa. tapi tuhlah kelemahan org dolu2. ske sgt menghina si miskin. tapi skrg nih aku tgk zaman da berubah. tak mcm dulu. maybe kesedaran sivik tuh dah melimpah ruah kat peribadi org2 skang. tapi skrg nih kan aku ske pakai baju buruk2 bila g shopping. sebab apa? sebab takde lah org nak kacau aku. kredit kad lah, kad tuh lah kad nih lah, insuran nih lah insuran tuh lah. malas nak melayan ok! n paling best boleh kenakan org. sbbnya ada gak segelintir jurujual skrg nih pandang org takde mata bila dia boh layan kat kita, kita pegi kedai sebelah pastu tayang kat dia balik. hah ko! kan dah ilang komisyen!

keras ek post aku kali nih? tuhlah dah blog aku nih kan tempat luahan perasaan aku. suka hati aku lah! hehehe. 

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih