Catatan Perjalanan Day 7 - 15: Sunday - Monday, 12th - 20th June 2011 (Part 6 - Last Part)

Sambungan dari Part 5 Makkah

Makkah hari ke enam - Sabtu, 18/6/2011
lagi sekitar bandar Makkah. view dari tingkap hotel
Hari yang keenam nih masih lagi acara bebas. cuma lepas asar ada taklimat untuk perjalanan ke Jeddah n pulang. akak aku plak masih sakit lagi. aku plak allhamdulilah dah ok. mcm biasa solat subuh secara berjemaah kat Masjidil Haram. balik hotel utk breakfast menikmati keenakan nasi lemak. kalau kat Istanbul telur ayam sama mcm kat malaysia. tapi kat arab nih telurnya warna putih. the best nasi lemak yg pernah aku makan adalah di kafeteria hotel kat makkah yg aku duduk nih. katering nih dari indonesia tapi dia ikut selera orang malaysia. actually sebelum aku pergi nih byk gak lah aku dgr cerita2 yg kurang enak pasal travel agent yg aku pegi nih. kebanyakan yg aku baca dari facebook. tapi Allhamdulilah perjalanan aku takde plak kena mcm apa yg org dok komplen kat facebook tuh. semuanya smooth. mutawiff pun ok n sgt membantu. kekadang apa dugaan n cabaran yg dtg tuh kita kena muhasabah diri kita. n semua tuh ujian dari Allah utk menguji kita sama ada kita sabar ke tak hadapi dugaan tuh. untuk hari kedua terakhir nih pepagi lagi dah kuar pegi kedai kat bawah hotel. nak cari ole2 sikit utk family n friends. cari minyak wangi, kopiah, tasbih n inai. benda2 nih boleh lupa plak. akak aku plak makin teruk sakitnya aku tgk. aku plak dah sihat. cuma batuk2 tuh jer yg tak baik2 lagi. kalau korg nk tau aku baru jer baik dari batuk sejak dari mekah ok. sikit punya lama. bukan tb. tapi orang mcm aku nih mmg susah nak pantang. melantak air batu jer. nak2 masa balik dari umrah aritu. actually aku tak jumpa air batu. aku jumpa pun kat fligt masa on the way balik. masa g umrah nih aku nak sgt minum air soya. tapi aku takde lah ckp kat mulut cuma cakap dalam hati jer. sbb kat sini jgn ckp lepas sgt. nanti jwbnya balik malaysia mmg tak pandang langsung air soya tuh. tuh yg balik malaysia tak baik2 batuk aku. melantak air soya ngan ais tiap2 hari.

makcik nih dari Iran. peramah sgt.
Lepas cari barang2 yg patut kitaorg pun balik bilik. masa nih akak aku mmg dah tak tahan dia nak balik bilik nak tidur. balik jer bilik kemas2 apa yg patut n aku pun join akak aku tidur. bangun plak awal pagi pukul 2.30 pagi tiap2 hari so mmg lepas pukul 10 pagi tuh mmg haruslah tidur kejap. tapi boleh plak terlajak sampai pukul 1 tghari. tgk2 waktu zohor da terlepas. tak dpt lah solat berjemaah kat masjidil haram. pengakuan ikhlas nih. so memandangkan akak aku kurang sihat solat zohor n asar aku buat dalam bilik hotel jer. lepas solat asar ada taklimat utk perjalanan balik kat kafeteria. so mutawiff bagi lah penerangan mcmana nak buat tawaf wida iaitu tawaf selamat tinggal. beg2 yang nak masuk dalam perut kapal kena bawak turun kat lobi hotel pukul 4 pagi n hal2 yg berkenaan dgn perjalanan pulang. sedihnya masa nih walaupun excited nak balik sbb tak sabar nak jumpa mak aku n ayip tapi jauh disudut hati aku sedih sgt2. dapat lagi ke aku jejakkan kaki kat makkah lagi. lepas abis taklimat siap2 nak pegi masjidil haram utk solat maghrib n isyak plak. Masa tunggu antara waktu isyak kitaorg berkenalan lah dgn makcik dari Iran nih. peramah sgt. cuma kitaorg tak paham lah apa dia ckp. dia plak tak paham ckp english. so sekali lagi mcm ayam ngan itik. cuma dgn dia nih aku paham sikit lah sbb guna bahasa isyarat sekali. dia siap bagi nasihat kat aku suruh kuruskan badan. hahaha. actually akak aku yg suka melayan. dah borak2 tuh memacam dia kuarkan makanan dari beg dia. kongsi makanan. baik makcik nih. aku tgk kat sini mmg ada jer tiap waktu org sedekah makanan mcm biskut ke buah kurma. ada sorg nih tiap2 waktu maghrib mesti sedakah buah kurma n kekadang tuh bagi roti. insya Allah kalau ada rezeki lagi aku pegi sini aku igt nak bawak jajan mcm coklat dari malaysia. sedekah kat bebudak yg ramai kat sini. aku ada lah beli biskut tapi tak makan bawak gi masjidil haram sedekah kat bebudak. suka betul diorg dpt butter cookies tuh. lepas solat isyak terus balik hotel. kira nih solat maghrib n isyak aku terakhir (harap2 bukan yg terakhir) lah kat masjidil haram. uwaaaa sedihnya time tuh. lepas dinner balik bilik n kemas2 beg n ikat. lepas tuh tidur.

Makkah hari ketujuh (terakhir) - Ahad, 19/6/2011

Dalam bas nih dah nak balik n menuju ke Jeddah :(
Pepagi aku da bgn kemas lagi apa yg patut. cuma tinggalkan barang yg perlu utk aku msk dalam beg yg akan aku bawak sekali dalam flight. beg yang nak di check-in aku turunkan kat lobi hotel. dalam pukul 4 baru selesai turun beg terus pergi masjidil haram utk solat berjemaah subuh. kalau ikut time biasa pegi kul 4 tuh kira da lambat tapi nasib baik still ada ruang2 utk aku. habis jer solat subuh. duduk kejap. menikmati permadangan subuh terakhir (harap2 bukan terakhir lah) aku kat Masjidil Haram nih. sayu jer masa tuh. bila dah clear sikit baru aku jalan kaki balik hotel n terus pegi breakfast kat hotel. balik bilik mandi lagi sekali salin baju utk balik. dalam pukul 7 pagi nak buat tawaf wida n lepas tawaf takleh tunggu lama2 naik hotel pun cuma nak buang2 apa yg patut jer pastu amik beg terus turun kat lobi tunggu bas. Allahamdullilah orang tak ramai sgt masa tawaf pagi tuh. lepas abis 7 pusingan aku solat sunat n berdoa semoga ini adalah bukan kunjungan terakhir aku. sedih sgt2 masa tuh. hanya Allah jer yg tahu camner perasaan aku masa tuh. kalau igt balik skang nih pun leh mengalir air mata aku betapa rindunya aku nak pegi tanah suci. lepas tawaf cepat2 balik. mmg dah tak boleh duduk kat masjidil haram lagi kang batal plak tawaf wida aku. balik jer hotel naik bilik amik beg semua cepat2 turun bawah tunggu bas. Dalam pukul 8 lebih bas pun sampai n keje2 pemunggahan barang ke bas pun berjalan dgn jayanya oleh pekerja2 hotel dari bangladesh itu. lebih kurang pukul 9 lebih bas pun bergerak meninggalkan kota Makkah al Mukarramah (sedihnya) menuju ke Jeddah untuk penerbangan ke Istanbul. jarak perjalanan antara Makkah ngan Jeddah tak jauh cuma dalam 2 jam dah sampai.

rindunya. nak pegi sini lagi. rasa tenang jer
Ikut plan nak singgah ke Masjid Terapung kat Jeddah nih. tapi tuhlah kita hanya merancang Allah yang menentukan. aku perasan bila bas nih jalan slow sgt n last2 berhenti kat tepi lebuh raya. overload sgt kot basnya. yelah orang jer dah 41 org, beg2 lagi n air zam2 mana tak overload bas tuh. so kena tunggu mekanik dia dtg. dalam sejam lebih gitu baru dtg masa tuh dah pukul 11 pagi lebih. mmg terpaksa kansel lah lawatan ke Masjid Terapung Jeddah tuh. nak dekat pukul 12 baru bas ok. so perjalanan diteruskan.Aku balik melalui Istanbul means aku patah balik semula ke Istanbul. kalau Jeddah - Changi or KLIA baru 8 jam tapi kalau Istanbul - Changi perjalanan amik masa 12 jam lebih ok. mula2 bas bergerak ngan lancar tapi lepas tuh buat hal lagi. so jalan mmg slow betul lah bas tuh. flight plak pukul 3.25 ptg n actually kena check in sumer dalam pukul 12. so mmg dah lambat. sampai airport plak pukul 1 tghari. kat jeddah nih ada dua airport sama ada kat King Abdul Aziz International Airport or Hajj Airport. flight Turkish Airlines plak naik kat Hajj Airport. so mmg sgt2 luas ok airportnya. nih kalau musim haji mesti penuh. mula2 problem nak cari troli. sbb troli da dimonopoli oleh pekerja2 yg cari duit nak bawak barang kita. dia charge 50 riyal tuh. lepas jmp troli cari2 pintu utk check in tak jumpa2 plak. risau jugak sbb takut tertinggal flight. lepas pusing2 baru jmp. Org kaunter check-in suruh sapa yg da dpt boarding pass terus pergi kaunter immigration n pintu gate. n sapa2 yg masih belum dpt boarding pass boleh makan dulu. seb baik travel agent ada bagi bekalan mkn tghari. so mkn lah dpn kaunter check in nih. plak tuh geng2 akak aku n aku yg last2 plak tuh dpt passport ngan boarding pass.

sekitar bandar Makkah
Dpt boarding pass da pukul 2.30. boarding time plak pukul 2.25. mmg dah terlambat. lagi lambat bila beratur kat immigration. adoii mmg sakit jiwa betul. dah lah dia utamakan orang arab dulu. abis dia pindah2kan orang malaysia nih dari satu kaunter ke satu kaunter. seb baik kaunter yg aku beratur nih tak kena pindah randah. pastu buat keje slow plak tuh siap boleh makan2 n borak2 kat telefon lagi. sampailah orang kaunter check-in tadi dtg kat kawasan immigration pastu marah org2 immigration tuh n guard yg jaga barisan tuh. dia speaking arab (mamat nih muka melayu ok) lebih kurang dia ckp yg kitaorg semua da lambat flight dah nak terbang dah. baru laju sikit mat2 arab nih buat keje. tapi diorg nih eksen bukan main. main campak2 jer passport.Lepas jer immigresen ada satu lagi pintu plak. dia cek visa kita lepas dia cop2 menuju plak ke pintu gate. masa kat sini sekuriti sgt ketat yg perempuan kena masuk satu bilik khas ada petugas perempuan yg akan 'raba2' kita. tak lalu pintu scan yer. masa tuh jer dah pukul 3.30 ptg. mmg flight delay bukan rombonagn kitaorg jer yg lmbt tapi org lain yg naik sama2 flight tuh pun belum2 muncul2 lagi. semer sbb lmbt kat kaunter immigration. takkan flight tuh nak fly kosong jer. nak dekat pukul 4 shuttle bus pun sampai nak bawak ke flight. kalau musim haji mesti airport nih sibuk flight turun naik kan. mmg besarlah aiport nih penat gak berdiri nak sampai ke plane tuh. dalam pukul 4.30 baru flight take off. bila da delay mmg payah nak naik sbb da ganggu jadual flight lain tuh yg membuatkan lambat. seb baik connecting flight dari istanbul ke changi pukul 11.25 malam. so mmg byk masa lagi lah.

masih nih da dalam bas. hotel yg aku duduk tuh kat celah2
bazar2 nih
Perjalanan dari Jeddah ke Istanbul mengambil masa dalam 3 jam. masa naik flight nih ada lah jemaah umrah  dari Turki satu family duduk belakang aku. budak2 remaja lelaki. bila flight nak take off jer aku dgr diorg doa macam2. kagum sikit aku. sbb yelah korg sendiri tau kan turki tuh negara camner. so mcm kagumlah ada gak generasi muda turki yg masih igt Allah. Sampai jer Istanbul dah pukul 7 malam lebih. jejak kaki balik aku kat Istanbul nih. nasib baik airport kat Istanbul nih masih sediakan tempat bersolat yg besar. kira senang lah nak cari tempat solat kat airport nih. kalau kita panggil surau tapi kat sana diaorg panggil Mescit or Masjid. lepas solat maghrib n jamak ngan isyak sekali kitorg bergerak cari pintu gate. masa tuh dalam pukul 8 malam lebih. 8 -11 malam tuh mcm lama jer kan nak tunggu? tapi bila kat sini tak terasa mcm lmbt. boarding time plak dalam pukul 10 lebih. aku satu jer tak ske naik flight kat airport nih. semer kena naik shuttle bas yg lepas tuh aku kena naik tangga tinggi2 utk naik plane. naik sky bridge pun masa turun dari jeddah jer. masa flight balik, plane yg aku naik nih ada problem sikit. pintu kargo rosak. so delay lah dalam sejam. patutnya pukul 11.25 malam dah fly tapi kul 12 malam lebih baru take off. 12 malam waktu turki masa tuh kat malaysia dah pukul 5 pagi hari isnin. so lepas makan jer flight attendant dah suruh semua passenger tutup tingkap ngan langsir n lampu pun ditutup cos flight tuh dah nak msk time zone yg da siang n   kitorg baru jer nak malam n nak tidur. hakikatnya kat luar mmg tgh terang benderang. aku tido2 ayam jer tak leh tido sgt. so aku layan 3 movie diselang seli ngan tido. diorg serve breakfast pukul 3 ptg lebih waktu spore. masa flight balik nih aku tak berapa pueh ati sikit ler ngan flight attendant dia. kelam kabut n lembab sikit. mula2 masa dinner aku tak dpt chicken sbb da habis. so aku makan ler pasta. bila time breakfast plak aku dpt meal aku lmbt masa dia serve tuh aku kat atas langit Alor Setar. so kira2 1 jam nak sampai ke spore. org lain semua dah abis makan cuma aku ngan 4 org lagi yg lmbt dpt. mmg kelam kabut ler lah aku makan n kelam kabut gak diorg nak settlekan sebelum flight landing.

Insya Allah kalau ada rezeki aku akan kembali
Allhamdulilah, dalam pukul 4.25 petang flight aku mendarat kat changi airport. sampai changi airpot amik beg semer n wakil tiram travel dah tunggu kat airport ngan bas nak bawak balik ke JB. dalam pukul 6 gitu baru bas jalan meninggalkan airport menuju ke JB melalui second link. sampai JB dah pukul 7. benti kejap kat R & R gelang patah. solat maghrib dulu baru menuju ke Masjid Abu Bakar. masih dalam perjalanan tuh bas tuh lalu lah kat jalan skudai kat flyover jb costal highway yg baru buat tuh. sebelum aku pegi umrah ada satu flyover yg paling tinggi tuh ada part yg lom sambung lagi. balik umrah flyover tuh da bukak dah n kenderaan pun da leh lalu. kagum aku. cepat tul diaorg buat. sampai jer Masjid Abu Bakar dah pukul 8 lebih. dari dalam bas aku dah nampak family aku tunggu. walaupun ati aku sedih lagi sbb tinggalkan kota Mekah tapi gembira sbb dapat jumpa mak aku n ayip n family members aku yg lain. turun jer dari bas terus si ayip peluk mak dia mintak dukung. terus melekap takmo lepas. 2 minggu tak jumpa rindu bebenor dia. sampai umah pukul 9 lebih. lepas tuh sampai kul 1 pagi aku tak dpt lelap mata. still terkebil2. yelah tadi kat plane malam. samapai malaysia pun nak malam. 2 minggu gak body aku amik masa nak sesuaikan time kat malaysia nih. dalam masa 2 minggu tuh jugak aku bawak kereta asik tersenguk2. n nyaris2 nak accident sbb terlelap masa drive. ngantuk bebetul. kalau aku gi lagi jauh yg lebih dari 12 jam camner lah agaknya kan?

Dengan itu maka tamatlah catatan perjalanan aku ke Istanbul - Madinah - Makkah. perjalanan yg memberikan aku seribu pengalaman yang tak mungkin aku lupakan. Insya Allah aku sedang berusaha utk mengumpul duit utk perjalanan yang paling dinanti2kan oleh umat Islam seluruh dunia. sesungguhnya aku amat merindui kota Makkah dan Madinah. rindu2 sgt sampai kekadang tuh mengalir airmata aku bila mengenangkan betapa rindunya aku. Ya Allah Ya Tuhanku, aku bermohon kepada-Mu Ya Allah panjangkan lah umurku, berikanlah aku kekuatan dan kesihatan tubuh badan, limpahkanlah aku dengan rezeki-Mu dan semoga aku dijemput lagi menjadi tetamu-Mu. Amin Ya Rabal Alamin.

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih