Catatan Perjalanan: Shanghai, China Part 3

Sambungan daripada Part 2

Korea Mall

Lepas makan n berkelah kat sini kitaorg pergi plak meninjau tempat Shopping
Hehehehe. Tempat kegemaran 2 ahli rombongan kitaorg.
Hari pertama kat Shanghai ni, abg aku bawak pegi satu tempat Shopping namanya Korea Mall.
Sebab apa dipanggil Korea Mall, kerana ramai orang Korea datang situ.
Kat Shanghai ni banyak betul tempat Shopping yang jual borong murah gila.
Sapa kaki Shopping tuh memang boleh jadi gila kalau pegi Shanghai.
Nasib baik aku bukan kaki shopping hihihihi.

Cadar Patchwork lawa2!

Kat Korea Mall ni ada banyak level. Tak Pasti berapa level. Level Basement tuh baju budak jer.
Akak aku pergi situ tapi aku tak pegi. Katanya leh jadi gila tengokk Hihihi.
Actually g Korea Mall ni sebab nak cari Cadar Patchwork. Boleh juling biji mata tgk cadar2 nih.
Lepas survey2 kitaorg pun balik ler rumah sewa abg aku sebab hari dah petang.

Cherry Blossom kat apartment abg aku. lawa!

Hari Kedua di Shanghai
Gedung borong kat Shanghai

Hari kedua (isnin) aku kat Shanghai dihabiskan dengan jalan-jalan cari barang.
Dengan ertikata lain bershopping ler. Aku teman orang shopping jer sambil2 tengok tempat orang.
Satu masalah aku kalau pegi melancong adalah Public Toilet.
Masa aku gi Istanbul 3 tahun lepas aku takde masalah guna public toilet kat sana.
Tapi kat sini memang ada sangat2 masalah. Korg paham2 jer lah kan.
Bukan sebab masalah takde air jer tapi masalah errrr kureng sgt2 public toiletnya.
Dengan keadaan dan orangnya sekali huhuhu.
So bagi mengelakkan aku nak terbuang air time sejuk2 nih aku set kat mind aku n aku kurang minum air
n tindakan yang paling berani sekali, aku tak makan ubat darah tinggi aku.
Kesannya? darah aku naik melambung tinggi (xmkn ubat) &
bibir aku kering gilaa sampai nak senyum pun tak boleh
Oleh kerana hari isnin, akak ipar aku kerja n anak2 saudara aku sekolah,
So shopping trip kali nih hanya ditemani abg aku & kwn abg aku sebagai translator.

akak aku & akak ipar aku dok borong alas meja

Dekat Shanghai ni banyak sangat pusat2 borong barangan.
Lepastu harga murah-murah plak tuh.
Jarang dengar orang melayu kita g buat rombongan ke Shanghai.
Selalunya kalau ke China yang popular Guangzhou & Beijing kan?
Masa kitaorg pegi Shanghai haritu pun kitaorg jer kot org Melayu plus crew kapal.
Tapi actually barang-barang kat Shanghai nih boleh tahan murah gak.
Macam-macam ada dari barang kelengkapan rumah, baju-baju budak, handbag gred AAA n memacam lagi lah. Boleh rambang biji mata.
Mula-mula gi cari Cadar Patchwork n sarung bantal.
Tapi aku tak ambik plak gambar kat kedai tuh.
Akak aku borong cadar patchwork n sarung bantal kat kedai tuh. Nak meniaga katanya.
Lama gila kat kedai tuh 3 jam pun ada.
Lepastu pegi kedai alas meja kat atas tuh. Borong lagi pulak tuh dpt harga murah.
Betul-betul murah punya.

aku & lamien

Lepas shopping tak ingat dunia, baru kitaorg terasa lapar.
Abang aku bawak pegi makan mi tarik or Lamien dalam bahasa mandrinnya.
Kedai mi tarik nih halal. Orang-orang islam mcm etnik ughur jer diaorg nih.
Abang aku ckp mi tarik kat sini sedap.
Actually tak susah nak cari makanan Halal kat Shanghai ni.
Kira kalau nak melancong kat sini bab makan memang tak risau sangat lah
Banyak restoran-restroran halal kat sini.

Aku order yang nih. Sedap gila tapi portion besar sangat.

suka sgt gambar nih Mat Ayip & Mama dia

Lepas makan kitaorg pegi semula ke Korea Mall sebab nak beli beberapa cadar patchwork kat sana.
Borong lagi akak aku n akak ipar aku cadar patchwork.
Tapi siyes memang lawa-lawa.
Aku tengok pun geram jerrrr. Aku beli gak satu untuk aku sendiri.
Lagi-lagi yang kaler pastel. Perghh lawa gila
Memang sweet jer tengok kaler2 pastel tuh.
Kalau beli borong yg dulu tak dpt kaler-kaler mcm tuh.
Ni pegi sendiri tengok memang puas hati betul ler.

Lepas Korea Mall terus kitaorg balik. Penat. 1 hari berjalan.
Lagipun esoknya pagi2 kena bangun awal sebab nak pegi Hangzao
Kali nih naik bullet train dari Shanghai ke Hangzao.
Tapi kena baca kat Part 4 lah ek? hihihi

Sorry 2-3 minggu nih aku dok cerita kat Shanghai jer ye.

Comments

  1. woaaah kitorang ada juga jumpa tempat cadar tapi bukan kat mall.. kami jumpa kedai tepi jalan saja hehehe.. memang cecantik kan.. geram. pastu lembut and sejuk saja. kalo luggage beli 100kg agaknya beli gak satu dua hahaha.. ni ada brapa kilo saja tak mampu lah..

    oooowh mee itu T.T kerinduan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cadar tuh harganya murah jer kalau beli kat sana. kitaorg borong banyak jugak. sorg amik 30kg n ahli rombongan pulak ada 7 hihihi. marah org belakang masa check in nak balik Malaysia kat airport pudong hihihih

      mee lamien tuh ada jual kat KL tak silap. sebiji n serupa

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat