Catatan Perjalanan Day 7 - 15: Sunday - Monday, 12th - 20th June 2011 (Part 5)

Sambungan dari Part 4 Makkah

Makkah hari ke lima - Jumaat, 17/6/2011
lautan manusia di subuh jumaat. rasa mcm musim haji plak
Hari kelima dan seterusnya kat Makkah nih adalah acara bebas. masa harini mmg takde buat apa2. rutin tetap sama pergi balik masjidil haram utk berjemaah. kalau balik hotel plak aktivitinya adalah tidur. ngeeee. masa subuh aku, akak aku n geng dia g berjalan2 disekitar Masjidil Haram. kitaorg explore bahagian atas masjidil haram nih. tingkat atas nih tempat tawaf utk orang yang berkerusi roda. kalau ramai kat bawah org yang berkerusi roda kena tawaf kat atas. masa nih mmg ramai betul. aku ada baca kat paper lepas balik dari umrah yg musim umrah tahun nih mencatat sejarah sebagai musim yang paling ramai sekali. yelah masa ujung tahun lepas, lepas musim haji kerajaan arab saudi kan tak kuar kan visa sampai bulan 3 tahun ni. so bila dia kuar kan visa jer mmg ramai lah. nak2 aku pegi time negara2 arab tgh cuti sekolah. best betul cuti sekolah diorg lama ooo dari bulan 6 sampai bulan 9 iaitu lepas raya. kira nih cuti musim panas lah.

subuh jumaat time mmg ramai yg akn buat tawaf sunat
macam biasa lepas subuh tidur kejap lepas tuh dalam kul 8 akak aku nak keluar pegi bazar2 kat bawah hotel untuk membuat lontaran terakhir sebelum balik ke malaysia. ada beberapa jubah anak saudara n akak ipar aku yg masih belum dicari. so dah pakat ngan akak aku yg harini last utk buat lontaran. pasnih kena kemas beg plak. kat Makkah nih duit ringgit pun peniaga kat Makkah nih terima. cuma kena pandai n tahu kadar tukaran duit jer sbb kalau ada baki dia pulangkan ngan duit riyal. aku plak duduk kat bilik jer. malas nak kuar time nih. igtkan nak tidur. sekali plak tuh dpt phone call. maksu nak dtg hantar barang kat sedara dia iaitu kawan akak aku. yg problemnya kawan akak aku nih semua ikut akak aku gi cari barang. so aku layan lah maksu berborak. actually maksu baru balik dari tawaf sunat. mmg rutin harian dia pegi masjidil haram buat tawaf sunat every jumaat. bestnya kan duduk sini. nak pegi tiap2 hari pun boleh. lebih kurang stgh jam kawan2 akak aku tak balik2 so maksu pun nak balik. lepas antar maksu balik kat bawah hotel aku pun sambung tidur. zohor kitaorg buat kat bilik jer. igtkan nak buat solat jumaat. rugi kan kalau tak buat. bukan senang nak dpt peluang tuh. tapi memandangkan ramai org sangat aku so solat lam bilik jer lah. tapi aku tgk dari tingkap hotel mmg ramai n sesak jalan lepas solat jumaat. tgk orang balik dari solat jumaat putih jer kat bawah hotel.

view dari bilik hotel. aku nampak ada org menapak naik bukit tuh.
 terbaikk lah
Lepas makan tgh hari kitaorg siap nak pegi solat asar kat masjidil haram n seterusnya sampai isyak lah baru balik. masa nih akak aku dah rasa tak berapa nak sihat. dia da demam n selsema. teruk gak aku tgk dia. ubat plak yang kitaorg bawak dari malaysia plak dah habis. so nak tak nak kena pegi farmasi. tapi aku nasihat better bawak bekalan yg cukup dari Malaysia sbb ubat2 kat sini mmg mahal. akak aku beli streapsil utk cough n antibiotik harganya 69 riyal. streapsil tuh kat malaysia baru rm10 jer. so lepas nih kalau ada rezeki lagi insya Allah, kena igt2 untuk bawak bekalan ubat yang mengcukupi. maksu pun ada ckp mmg ubat2 kat sini mmg sgt mahal. untunglah kita kalau tak mampu boleh g klinik gomen. bayar rm1 mcm2 ubat leh dapat.

kawan baru tapi tak tau dari mana sbb tak paham apa dia ckp
aku duduk kat masjidil haram nih dari waktu asar sampai ler ke isyak. sampai sempat lah berkenalan ngan orang dari algeria aku rasa nih. mmg tak paham apa yg dia ckp. tapi peramah. dia ckp bahasa dia jer. aku ngan akak aku angguk mcm paham ekekek. ckp english pun mmg tak tahu. so mmg susahlah. betul2 mcm ayam ngan itik. actually masa kat sini mmg mengajar kesabaran kita. sbb ada sesetengah orang arab nih kalau dah lambat terus duduk celah2 or depan2 kita. diorg nih kalau nak solat tuh mmg sekumpulan duduk kat satu tempat. aku pernah kena marah lagi ngan orang2 arab nih sbb tak kasi dia duduk depan aku. agak2 lah mcm mana aku nak sujud dgn saiz badan aku nih. bukan saiz badan aku jer saiz badan org normal pun mmg tak lepas punya nak sujud. dah sah2 ruangan tuh mmg untuk sujud. nih baru musim umrah belum musim haji yer. camner agaknya ek. kena sabar. nasib baik lah mulut aku leh control. sebelum pegi aku actually risau sgt mulut aku nih takleh control. yelah sebelum pegi umrah kalau aku nak marah ada jer ayat tak elok yg keluar dari mulut aku nak2 time drive. pengakuan ikhlas nih tau. tapi bila sampai kat Istanbul seterusnya ke Madinah n Makkah, allhamdulilah aku dapat control mulut aku nih n aku balik malaysia n sampai sekarang aku dah tak maki2 orang lagi dah nak2 time drive hehehe.

tgh berdoa sambil merenung kaabah
lepas solat isyak jer terus balik bilik hotel. n bilik hotel plak mcm tongkang pecah. beg tak kemas lagi. rasa mcm sedih plak nak tinggalkan kota makkah. tak nak balik boleh tak? best betul kat sini. takde rasa stress, pasal keje tak igt langsung. kalau kat istanbul tuh ada gak 1-2 kali aku call opis tanya apa keje2 aku yg tak settle ke. tapi bila kat makkah nih mmg tak igt langsung. lupa plak aku da keje. aku kan paranoid sikit. nak2 kalau cuti. mesti risau memanjang pasal keje. ok ke tak kat opis, bos ada marah aku ke tak or ada client cari aku ke tak. kekadang mmg tak logik tul utk aku risau. selalunya mmg mcm tulah kalau aku amik cuti. tapi bila aku gi umrah nih. mmg tak igt langsung seriously. perasaan takut hal2 kat opis semua ilang. oklah benti takat nih dulu nanti sambung laie yer. lepas nih part last. sob, sob, sedih.. siri catatan perjalanan nak abis.

klik utk ke part 6 Makkah

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat