Catatan Perjalanan: Shanghai, China Part 1

JHB - LCCT dulu

Ok entry2 lepas nih semua cerita masa aku g Shanghai, China bulan 22-29 March haritu.
Lama gila kan aku amik masa nak blogkan trip aku nih?
5 bulan tuh. Actually malas gila nak pilih gambar plus edit gambar tuh.
Sekarang ler baru rajin nak up trip aku nih.
Lagi satu ini lah trip terakhir aku naik kat LCCT.
Walaupun jalan kat Parking bay kapal terbang nak masuk pintu gate tuh jauh.
(Kalau AirAsia X dekat jer rupanya)
Tapi lagi jauh kot berjalan kat KLIA 2 walaupun ada sky bridge.

ahli rombongan

Ahli rombongan ke Shanghai adalah seramai 7 orang.
 1 org dah tunggu siap2 kat LCCT.
Oleh kerana flight ke Shanghai pukul 7.20 petang, so kitorang bertolak dari JB pukul 12.40 tghari gitu n sampai kat LCCT dalam pukul 1.30 tghari. Kejap jer.
So bermula lah episode yang paling aku tak gemar sekali iaitu menunggu.
6 jam nak kena tunggu. Siap boleh shopping beli kasut lagi. hihihihi.
Actually masa kat JB kitaorg dah sangkut check in bag sebab terlebih.
Macam2 abg aku kirim tuh. Siap ada kicap 4 botol besar dalam bag tuh.
Tapi kat LCCT nih tak risau sgt sebab memang ada beli extra baggage.

Gambar kenangan terakhir di LCCT

Memandangkan nih trip pertama kitaorg naik AirAsiaX,
 so kitaorg amik keputusan nak check in awal sikit.
Dalam pukul 4.30 kitaorng dah beratur depan kaunter nak check in barang.
Leceh gak ek masa nih. Diaorg cek visa semer ok tak.
Anak saudara aku prob sikit sebab dia pemegang visa yg lain daripada kitaorg sebab sebelum nih dia dok sana n sekolah sana. Cuma dah Form 4 kena balik sbb next year nak SPM.
Lepas dah clarify semer baru boleh lepas fuhhh lega.

Gaya mak & anak tidur

Aku beli flight ticket nih masa sale. So korg tauler payah sikit.
Lagi ler nak beli dalam group bertujuh ni. Lagi ler payah.
Nak taknak bila dia ckp sale start jer 12 malam aku dah ngadap PC.
Ada 2-3 sale yang terlepas sebab seat yg dia offer tinggal untuk 2-3 jer.
Flight Ticket + Bag 20 kg (Pergi & Balik) + Makanan + Seat (pilih seat sendiri) = RM1100.00 seorang.
Seat yg aku pilih memang terbaik lah. Pergi balik akak ipar & anak saudara aku duduk sesama diorg jer.

Perjalanan 5 jam harus tempah siap2 makanan dulu. Murah sikit.

Tepat jam 12.10 malam, kapal terbang kitaorng pun mendarat kat Lapangan Terbang Antarbangsa Pudong, Shanghai. Masa sebelum mendarat ada prosedur dari kerajaan China, kitaorang kena sembur ngan satu pembasmi kuman sebelum turun kapal (chehhh!)
Lepas tuh kapten pun buat announcement yang suhu kat luar tuh 8 darjah celcius. 
Walawehhh kitaorg pakai baju nipis2 lak tuh. 
Mat Ayip lagi best pakai seluar paras lutut jer.
Nasib baik bawak sweater naik atas.
Bila keluar jer lalu skybridge tuh, masya Allah sejuknyaaaa
Nasib dalam2 airport tuh warm jer.

Tunggu bag

Time kitaorg sampai tuh masa tuh Flight 370 baru jer hilang, so memang ada sikit prejudis diorg kat orang Malaysia. Seram gak tau pegi time2 mcm tuh.
Akak ipar aku kena tahan ngan imigresen China sebab konon muka kat passport n real tak sama.
Tuh lah korg pernah wat passport yg Imigresen Malaysia amik gambar sendiri? 
bukan yg korg amik sendiri gambar kat kedai gambar? Gambar kekadang tak sama. 
Kelakar pun ada sebab nampak muda plak ekekeke. 

Tapi tang paling seram part kastam China ler sebab dalam bag kitaorg ada memacam.
Mee kuning, kuey teow pun ada ekekeke.
Nasib baik tak cek. Takde orang pun jaga.
Keluar jer nampak abg aku dah tunggu ngan kwn dia.
Van pun dah sedia.

Fuhh sejuknya jgn ckp. Pukul 1.30 pagi mana tak sejuk.
Sampai cramp kaki aku huhuhuhu dah jalan macam robot.
Oklah sambung Part 2 yer.
Lagi satu sorry bebanyak ler 2-3 minggu nih post dari aku hanya cerita aku kat Shanghai jer.

Comments

  1. i heard the same story pasal orang2 cine ni lepas kes 370. my uncle pegi beijing for work, sampai dekat airport dekat kastam, punye la macam2 jenis soalan die tanya, dtg dgn sape, untuk ape, duduk mane,berape lame,visa ape, suruh tunjukkan flight ticket balik. lepas da habis soal siasat, die suruh my uncle tunggu kt kaunter tu dekat 45 menet sampai my uncle terlepas meeting. dia orang memang pandang serong habis time tu.. lepas penat tunggu, die main hempas passport...teruk sangat la die orang. Macam orang tak bertamadun... Geram betul :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun dgr org cerita yang pergi Beijing layanan sgt worst. Passport main campak2 n nak beli barang org pun tak layan kalau tau orang Malaysia. Nasib baik i dapat kaunter imigresen sgt mesra alam masa kat airport Shanghai but my SIL tak bernasib baik sbb dpt org yg banyak soal. overall trip i ke Shanghai oklah n still dpt layanan baik daripd diorg. Shanghai still ok lagi kot.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. CT ke shanghai juga tapi bound di hangzhou sebab lebih murah hakhak.. ni yang korek entry lama sebab nak bace cerita ke shanghai =D samalah macam di hangzhou tapi kami tak adalah kena soal siasat macam macam. cuma kami beratur dekat nearly sejam and polis dia dahla pakai cem komunis. kami berlima saja bertudung yang lain sume cina apek.. tapi bila da lepas pgawai tu senyum and wish welcome to hangzhou. polis saja muka ketat.. buat cool sajalah bukan kita buat salah en en.. hehehe..

    nak bace entry lain pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. diorg mcm pelik tengok orang pakai tudung. masa kitaorg pegi MH370 baru hilang tuh yg lain layanan nya. masa kat immigration ok jer tapi my SIL pulak tak nasib baik. kena tahan kejap sbb gambar tak sama.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat