2014 Highlight Part 1

Ayat cliche aku tiap kali buat entry nih tiap tahun. "Wahhh cepat betul masa berlalu, rasanya baru jer semalam buat entry 2013 Highlight". Kejap jer sekarang nih masa berlalu. Kalau masuk office hari Isnin nak ke hari Jumaat tuh rasa macam dalam satu jam jer kot sekarang nih. Tahun ni mcam takde apa yang menarik jer. So aku rasa kalau takde cerita aku nak letak gambar terbaik yang aku amik untuk bulan-bulan tersebut. 

Januari
Bila belek handphone tengok balik bulan 1 nih aku buat apa rupanya banyak gambar makanan je. Maknanya bulan Januari nih aku rajin memasak. Dah lupa peristiwa apa terjadi bulan Januari nih. Rasa nya takde yang penting-penting kot. Aku dapat mesin kopi Dolce Gusto n dapat kuali yang buat Tokoyaki tuh. Oooo lupa lagi satu bulan nih gak start waktu kerja yang berbeza antara akak aku n aku. Cuti mingguan Johor bertukar semula ke hari Jumaat.
Spaghetti Aglio Olio versi aku

Februari
Bulan Februari plak selalunya ada trip ke Universal Studio Singapore setiap tahun tapi this year aku amik keputusan tak mau membazir duit gi sana tahun nih. Malas nak penatkan kaki. Lagipun aku nak simpan duit untuk trip aku ke Shanghai bulan 3 haritu. Bulan nih bila cek handphone aku still gambar makanan gak banyak. So nak tak nak bagi gambar selfie kenduri kawin anak bos aku.
Wedding anak boss aku @ Pulai Spring Resort

Mac
Hah bulan Mac adalah bulan sedih dan bulan suka. Banyak betul benda berlaku. Mula-mula MH370 hilang 8/3/2014 n flight tuh dari Beijing - Kuala Lumpur n kebetulan juga aku akan naik flight ke Shanghai pada hujung bulan tersebut dimana akan gunakan laluan udara yang sama dgn flight MH370. Cuti sekolah bulan Mac aku n beberapa ahli keluarga aku yg lain bercuti ke Shanghai melawat ahli keluarga aku yang bekerja disana.
The Bund, Shanghai

April
April adalah bulan musim bunga kat Malaysia! Masa nih ada beberapa tempat kat Malaysia diserikan dengan bunga-bunga daripada pokok Tecoma. Actually kat JB nih bukan perkara asing kot. Sebab every year memang pokok nih berbunga. Especially kat Larkin memang selalu berbunga. Cuma this year bunganya lebat sangat n setiap pokok berbunga kot.
Ini kat Larkin

Mei
Bulan Mei plak first time cuti sekolah pertengahan penggal boleh lebih 2 minggu. Tapi kitaorg tak kemana cuma pegi ke Shah Alam tengok rumah baru akak aku. N first time aku memandu kereta akak aku ke Shah Alam. Bukan tak pernah memandu sejauh tuh tapi selalu dengan kereta sendiri jer. Kereta orang jarang berani huhuhu. Bulan tuh gak 1st time masuk Legoland Waterpark. Seronok!
Anak-anak saudara aku

Jun
Bulan jun plak adalah permulaan musim durian! Rasanya tahun nih musim durian tak dapat dinikmati sepenuhnya sebab kena dengan bulan ramadhan kan. Masa tuh memang tak lalu nak makan durian. Ingat lepas puasa dpt jumpa durian D24 kat bawah nih tapi dah takde ye. Musim dah habis. Penghujung bulan Jun, Ramadhan pun bermula. Sama macam zaman aku sekolah rendah dulu.
Aku merindui mu!

Oklah sambung Part 2!

Comments

  1. ala tengok syok baca..ada part 2 pulak..cisss..
    saya pernah keje kat pulai spring resort dulu dalam tahun 2006 ke ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. hheheh. saya suka pegi pulai spring. cantikkkk

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat