2013 Highlights - Part 1

Wahhh cepat betul masa berlalu kan. Lagi 2 hari kita akan mengucapkan goodbye kat 2013. Rasanya macam baru semalam buat entry 2012 Highlights. Sekali dah masuk 2014 ler. Rasanya nak copy paste jer ayat highlights 2012 sebab mcm sama jer 2013 nih. Tahun yang macam bercampur baur. Seronok ada tak seronok ada heheheh memacam lah. In fact tahun nih memang takde benda yang menarik. Tapi oleh kerana every year aku buat entry highlights nih nak tak nak kena ler buat yer. Walaupun highlight aku maybe merapik meraban jer hahahaha. Apa-apa pun highlight hidup aku dan orang-orang disekeliling aku untuk 2013:-

January
Bulan nih takde yang menarik. Abg aku n family dia balik bercuti ke Malaysia. Surprise untuk mak aku hihihi n bulan Januari nih aku kopak RM2k++ sebab beli buah apple kat bawah nih.  Akhirnya dpt gak benda yang aku idam2kan hihihihi
iPhone 5. Nasib baik beli dulu sbb iPhone 5s mahal.
Pakai sampai jahanam kot hp nih.

Februari
Bulan Februari ada annual trip ke Universal Studio Singapore. Tiap-tiap tahun memang kena ada satu trip ke USS nih. Cuma tahun 2011 aku pegi 2x hihihi. Alah seberang tambak jer kan hihihi. 2014 pun ada tapi aku belum confirm nak join ke idak huhihu
2013 punya USS Annual trip best! sebab pegi ramai2

March
Bulan nih takde yang menarik. Cuma bawak ibunda tercinta balik kampung dia. Kiranya macam kenangan menusuk jiwa. Kalau balik kampung jer mesti rasa macam baru turun dari time machine. Cuma suasana tuh kurang sebab Yayi, Nyai, adik beradik mak aku takde. Yang ada adik dia 2 orang jer. Sunyi. Plak tuh pakcik aku nih bukak radio Klasik Nasional. Memang betul2 feeling macam zaman dolu2.
Kalau balik kampung tak sah tak round bandar Pontian.
Nasi Arab sini wajib datang. Ngeeeee

April
Bulan nih takde menarik pun. Rumah aku buat major renovation bahagian dapur. Pindahkan bilik air bawah ke area belakang. Besarkan dapur n buat pintu ke bilik air untuk bilik bawah. Pastu sesambil tuh aku start diet aku minum susu yang sgt popular suatu masa ketika (hmmmm i wonder skrg kenapa dah sonyap jer susu tuh). Diet protein. Doktor aku ckp aku tak boleh diet mcm tuh. Boleh rosak weyyyy buah pinggang aku. Makan protein jer.
ada rupa diet ke makanan aku nih? hahahha

May
Bulan nih bulan politik. Apa lagi ngundi ler. Masuk bulan nih dah 3 kali aku jalankan tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia. Masa time ngundi 2 kali sebelum nih pusat ngundi yang aku pegi tak ramai orang. Mesti aku dapat 10 terawal untuk bilik aku tuh. Tapi tahun nih, fuhhhh ramai orang beratur sampai bawah (bilik ngundi aku tingkat atas) bagus semua orang dah tau kepetingan mengundi tuh.
tanda aku sudah mengundi!

June
Bulan nih yang best aku first time pegi Bandung, Indonesia. Time cuti sekolah. Tapi yang kelakar aku gi cuma 3 hari jer. Pegi lebih kurang macam nak buat penat jer. Dah lah kena menempuh perjalanan 4 jam pegi dan balik dari JB ke LCCT. Nak buek camno boss tak bagi cuti lebih. Arghh bosan bila ckp pasal cuti nih. Tapi Bandung best. Tak panas sangat kat sini. Orang-orangnya sgt friendly, dapat pak supir yang sporting, makan pun sedap, roti kering kartikasari yang super duper sedap. Fuhh nasib baik ada direct flight Senai-Bandung yehaaaaa plan next trip to Bandung direct from Senai plak.
Kilang Kek Kartika Sari @ Bandung
Sambung Part 2 plak ek

Comments

  1. salam..

    bestnya dapat pegi bandung..mesti seronok kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      yup Bandung best paling rindu nak makan roti kering kartikasari. alahaiii hihihi

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat