Catatan Perjalanan Day 7 - 15: Sunday - Monday, 12th - 20th June 2011 (Part 4)

Sambungan dari Part 3 Makkah

Makkah hari ke empat - Khamis 16/6/2011


dalam perjalan balik lepas solat subuh. kul 5.00 pagi lebih nih
Untuk hari keempat kat Makkah nih, mengikut jadual ada lawatan ziarah luar iaitu ke Hudaibiyah (ladang ternakan unta) n seterusnya buat umrah kali ketiga dgn bermiqat kat Hudaibiyah. So Mutawiff mintak semua jemaah yg nak ikut lawatan nih boleh lah tunggu kat bawah hotel dalam pukul 6.30 pagi. actually utk hari nih aku mmg sgt ngantuk sbb aku tido lambat nak dekat kul 12 malam gak lah. cuci baju punya pasal. baju kotor plak banyak tak sedap plak bawak baju kotor balik campur ngan jubah2 yg aku beli walaupun dalam plastic beg. kat Makkah nih mmg senang nak cuci baju. gantung jer kat tingkap mmg kejap jer kering. yerlah cuaca kat sana 40 darjah celcius mmg panas. so subuh tak balik lambat sbb ada lawatan luar lepas solat jenazah jer terus balik hotel utk breakfast. kat sini lah baru aku merasa solat jenazah mcm mana. dari kat Madinah sampai Makkah hari2 n setiap waktu ada solat jenazah. ada sekali tuh solat jenazah sampai 3 orang sekali. untungnya diorg2 nih semua meninggal kat tanah haram kan?

masa tunggu bas utk ziarah ke hudaibiyah
masa dalam perjalanan ke Hudaibiyah nih aku byk tidur jer lam bas. ngantuk betul harini. mmg tak larat nak bukak mata. duduk plak sebelah akak aku yg sekaki ngan aku. hehehe. sampai jer hudaibiyah aku tak turun. cuma tgk dari dalam bas jer. amik picture nih pun dari dalam bas. tak larat nak turun. lagipun aku takut terpijak najis unta sbb aku dah niat nak wat umrah lepas nih. orang yang jual2 susu unta nih siap naik bas jual kat orang2 yg tak turun. hati unta akak aku da beli kat Madinah. so mmg tak beli apa kat sini. menurut ustaz mutawiff kalau nak beli susu unta utk bawak balik malaysia sejuk beku kan susu tuh. dia ckp insya Allah susu tuh tak cair n mmg boleh bertahan sampai Malaysia. tapi tak tau lah kalau direct flight maybe boleh kot. kalau kena yg ada transit mcm rombongan aku nih. insya Allah boleh kot.

Ladang Unta kat Hudaibiyah. ada jual susu unta kat sini
Dalam setengah jam gitu. bas pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu bermiqat di Hudaibiyah pada sesiapa yang mengerjakan umrah. kat area masjid nih lah terletaknya tempat Perjanjian Hudaibiyah dimeterai. masih ada lagi kesan2 sejarah kat situ. tapi boleh plak aku tak amik gambar plak. iskk rugi2 takpe2 nanti dtg lagi kita amik picture ek. Perjanjian Hudaibiyah nih berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah yang ditandatangani antara Rasulullah dan pihak Musyrikin Mekah. kalau nak tau cerita selanjutnya tentang Perjanjian Hudaibiyah boleh lah klik kat sini. Lepas siap2 semua naik bas n kitorg balik semula ke hotel. masa tuh baru pukul 8 lebih. kali nih mmg cepat sikit. sbb tempat lawatanya satu jer. sampai hotel dalam pukul 9 lebih rehat kejap n buat apa yg patut terus keluar pegi ke Masjidil Haram utk buat umrah kali ketiga. 

ladang unta @ Hudaibiyah, Kingdom of Saudi Arabia
Tapi sebelum pergi Masjidil Haram aku ngan akak aku pegi beli burger kat kedai depan hotel aku. plan nya tak mau balik hotel lepas zohor n cuma nak balik lepas maghrib. actually aku ngan akak aku nak pegi kucup hajarul aswad. kawan2 akak aku da dpt kucup n sentuh masa hari ketiga iaitu hari rabu. masa tuh akak aku n aku nak balik hotel cecepat sbb sakit perut. (yer perut jer masih ikut waktu malaysia). so kawan akak aku yg kitorg panggil ustazah tuh nak bawak kitorg gi lepas zohor n lepas buat umrah. Kali nih aku buat umrah dgn akak aku. masa nih cuaca masih belum panas lagi sbb kitaorg buat pagi dalam lebih kurang pukul 10 pagi gitu. masa aku pegi umrah nih time arab cuti sekolah. makin lama makin besar pusingan tawaf tuh. lagilah besoknya hari jumaat mmg ramai lah. Allhamdulilah dapat gak aku ngan akak aku menyempurnakan tawaf. lepas tuh solat sunat tawaf n berdoa depan kaabah. macam tak caya jer aku dapat jejakkan kaki kat sini n tgk kaabah betul2 depan mata aku. cuma aku belum dapat sentuh jer. yelah masa tawaf mana leh sentuh kaabah. batal weyy tawaf aku nanti. lepas tuh aku n akak aku g minum air zamzam. lepas tawaf mmg disunatkan minum air zamzam mengadap kaabah. rehat kejab tunggu kawan2 akak aku yg masih tgh buat tawaf. sesambil tunggu aku da melantak burger yg aku beli tadi. so bekalan lunch aku mmg da takde lah. sbb firasat aku mengatakan yg kitorg akan balik makan tghari. lepas tuh kitorg proceed ke saie plak. selesai semua dalam pukul 12 tghari. lepas tuh cari tempat utk solat zohor. solat zohor masuk pukul 12 lebih.

lebih kurang camnilah keadaan nak cium hajarul aswad.
picture kredit to mari-berkongsi.blogspot.com
lepas zohor jer tibalah masa yang ditunggu. berdebar2 ok. sama masa aku nak pegi makam Rasullulah s.a.w. masa kat Madinah mcm tuh lah perasaan aku masa nak ke hajarul aswad nih. aku solat hajat dulu sebelum aku pegi. so dgn bantuan ustazah aku n akak aku menuju lah ke hajarul aswad. tapi sebelum tuh kitaorg tawaf dulu nak cari best spot untuk menyusup. orang mmg ramai. bila nampak mcm ok sikit aku n akak aku pun menyusup kat tgh2 orang ramai tuh. keadaan mmg sesak n berhimpit2. tolak menolak jgn ceritalah ada sorg jemaah perempuan macam nak pengsan sbb nak tersepit masa nak keluar lepas cium hajarul aswad. aku byk berselawat masa dihimpit tuh. himpit2 punya himpit sedar2 aku n akak aku da dekat sgt ngan hajarul aswad tuh. tapi tetiba terkebelakang balik. actually aku da nak give up dah. sbb tak tahan sakit kena himpit n tolak. tapikan Allhamdulilah tah mcam mana orang tolak aku n akak aku terus kedepan. aku tak tau macam mana tetiba aku da betul2 ada kat tepi Hajarul Aswad. akak aku plak betul2 ada depan hajarul aswad tuh. oleh kerana kelebihan aku adalah tinggi aku tak payah naik tanggan utk cium hajarul aswad tuh. sbb hajarul aswad tuh sama tinggi ngan aku. sempat lah aku doa kejap sebelum cium hajarul aswad tuh. apa yg aku doa tuh hanya aku n Allah jer lah yg tahu. serius mmg pengalaman yg sgt indah time tuh. mmg betul wangi jer hajarul aswad tuh. menitik air mata aku. sampai sekarang bila ingat balik tak tau nak gambarkan mcamana. lepas jer aku kucup hajarul aswad actually aku nyaris2 nak jadi arwah sbb kain telekung aku kena tarik dgn kumpulan orang ramai so aku dah mmg nak terjatuh kat himpitan orang ramai tuh. akak aku plak dah lepas dia pun tak tau nak buat apa. tak tau mcm mana. takkan aku nak ckp tolong2 bukan orang paham. perkataan help tuh mmg tak terkeluar dari mulut aku. tak teringat langsung. tah macam mana aku jerit Allahu Akbar banyak2 kali. masa tuh baru dapat tgk mcam mana kekuatan kalimah ALLAHU AKBAR tuh. terus macam ada laluan utk aku keluar. bersyukur sgt2. akak aku da menggigil tgk aku kena himpit. dia cerita kat aku dia da tak tau nak ckp apa kat mak aku kalau jadi apa2 kat aku. itulah pengalaman yg betul2 aku takkan lupakan sepanjang hidup aku. pengalaman paling indah dapat menyentuh kaabah dan mengucup hajarul aswad. 

ruang solat kat Masjidil Haram
balik jer hotel dah pukul 2 ptg maka sempat lah aku utk lunch kat hotel. betul tak firasat aku yg aku dapat lunch kat hotel. malam nih pulak lepas solat maghrib n isyak ada yassin n tahlil kat kafeteria hotel. lepas jer solat isyak cecepat kitaorg menempuh kesesakan utk balik ke hotel utk majlis yassin n tahlil. aku sedekah utk arwah bapak aku. abis jer majlis yassin n tahlil tuh lebih kurang kul 10 lebih. harituh kitaorg dijamu dgn nasi beriani. sebelum tuh dalam perjalanan pulang dari masjid ada orang sedekah roti arab. so aku letak roti arab tuh kat kafeteria utk jemaah rombongan aku makan. balik jer dari majlis yassin n tahlil terus aku tido. penat n ngantuk walaupun aku baru lepas makan tetap tido gak. takpe kat sini balance sikit sbb berjalan lagi byk dari tidur. oklah aku benti sini dulu nanti sambung laie yer hehehe. salam ~

klik sini utk ke Part 5 Makkah

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat