Sambungan dari Part 1 Makkah
Makkah hari kedua - Selasa, 14/6/2011
|
sekitar bawah hotel. time nih tgh tunggu bas utk lawatan kawasan2 bersejarah |
Untuk hari kedua di Makkah, rombongan umrah akan dibawa melawat di kawasan2 bersejarah di sekitar kota Makkah dan seterusnya dibawa ke tempat miqat untuk berniat umrah dah seterusnya mengerjakan ibadah umrah untuk kali kedua. utk hari kedua nih mutawif dah tampal notis kat kafeteria pada sesiapa yg nak ikut melawat tempat2 bersejarah tuh kena berkumpul kat bawah hotel dalam pukul 6.30 pagi. masa kat Makkah nih actually byk cabaran utk aku. antara gigih ngan tak gigih jer. kalau kita tak kuat semangat mmg mcm sia2 jer pegi Makkah. actually masa second day kat Makkah nih aku masih tak sihat. selsema aku makin teruk n demam aku tak kebah2. aku tak dpt pegi solat subuh berjemaah kat Masjidil Haram. akak aku suruh aku rest dalam bilik jer. mula2 tuh aku rasa mcm tak larat nak buat umrah kali kedua. bila fikir2 aku kena lawan semua tuh. kena kuat semangat. aku nak datang Makkah bukan senang. berapa lama aku simpan duit. n mcammana susahnya aku nak amik cuti. bukan senang n bukan semua orang dapat jemputan dari-Nya. kekadang tuh ada org yg banyak duit pun belum tentu boleh dpt kad jemputan dari Allah. so aku decide utk buat umrah kali kedua. mana tau berkat umrah tuh nanti demam aku boleh baik.
|
Jabal Nur (Gua Hira) - bentuk mcm org tgh bersujud kan? |
Destinasi seterusnya ialah ke Jabal Nur (Gua Hira) tempat dimana Rasulullah s.a.w. menerima wahyu pertama. Jabal Nur nih terletak 6km dari arah utara Masjidil Haram. Jabal Nur nih lah letak nya gua hira. menurut ustaz yg bagi penerangan skrg nih Gua Hira tgh ditutup. tak boleh masuk. aku tak pasti plak sbb kenapa maybe utk kerja2 penyelegaraan kot. aku ada buat survey ada sesetengan pakej2 umrah buat pakej mendaki jabal nur utk pegi ke gua hira. masih buat lawatan nih dalam pukul 9 lebih. tapi 9 lebih kat Makkah nih mcm tghari kat Malaysia da terang benderang n matahri pun dah naik.
|
Masjid di Ja'aranah. salah satu tempat untuk miqat |
Destinasi terakhir ialah di Ja'aranah iaitu salah satu tempat untuk para jemaah umrah bermiqat or berniat. masa nih dah nak dekat pukul 10. kat sini aku buat solat msk masjid, sunat ihram n berniat umrah. maka terikatlah aku dengan pantang larang dalam ihram. sempatlah gak aku buat solat duha n taubat. ramai juga orang berhenti kat masjid nih. kebanyakannya jemaah dari Indonesia. masa niat umrah orang perempuan digalakkan berniat ihram bersyarat sbb takut kena period masa dalam ihram. kalau kita tak niat bersyarat n ketika tuh masa tuh dalam ihram kita kena tunggu sampai period abis n susah nak jaga serba serbi masa dalam ihram walaupun kita da balik Malaysia tetap kena jaga pantang larang ihram n kena bayar dam. lafaz niat ihram bersyarat
"Sahaja aku mengerjakan Umrah dan Ihram aku dengannya dan sekiranya berpanjangan haidku atau lain-lain sebab maka halallah aku dengannya" bila kita niat ihram bersyarat nih bila kita period masa dalam ihram secara automatik akan jadi halal dengan sendirinya.
|
Makam isteri Rasulullah s.a.w., Saidatina Khadijah |
Masa dalam perjalanan balik, bas lalu kat area perkuburan di Makkah nih. menurut ustaz tuh siapa2 yang meninggal kat Makkah akan dikebumikan kat sini. kat sini juga letaknya makam isteri Rasulullah s.a.w yang pertama iaitu Saidatina Khadijah. Sampai jer hotel dah pukul 10.30 pagi tuh. so kitaorg naik bilik buang apa2 yang patut n terus pergi ke Masjidil Haram. Masa tuh dah pukul 11.00 pagi lebih. so time aku pegi tuh da masuk musim panas. suhu kat sana time tuh adalah dalam 42 darjah celcius. n matahari mmg dah naik. ngan demam2 aku gagahkan diri untuk umrah kali kedua nih. kali nih aku tak buat umrah ngan akak aku sbb aku tak larat buat ngan dia. dia jalan laju. aku mintak buat umrah dgn kawan akak aku yg aku panggil Ustazah (dia ustazah sekolah menengah). aku mmg totally berpisah ngan akak aku masa tawaf. Allhamdulilah walaupun masa tuh suhu lebih kurang 40 darjah celcius tapi dapat jugak aku selesaikan 7 pusingan tawaf aku dalam keadaan panas terik berbanding umrah pertama yg aku buat pukul 12 tgh malam. masa nih lah lepas aku buat solat sunat tawaf, berjurai2 airmata aku kuar masa aku berdoa depan Kaabah. masa tuh terflash back balik semua dosa2 yang aku da buat n aku sangat2 rasa bersyukur sbb Allah masih mahu menerima aku sebagai tetamu-Nya tanpa ada apa2 halangan yang besar n semuanya berjalan dengan lancar Allhamdulilah. bila nak saie aku jump ngan akak aku tapi sekali lagi aku berpisah ngan dia. rupanya2 aku yg abis dulu plak time saie. dia masih ada 2 pusingan sbb dia berhenti awal utk solat zohor n cari ruang solat. aku plak solat zohor berjemaah kat tmpt saie di bukit marwah. lepas bertahlul lepas lah pantang larang aku dalam ihram. Alhamdulilah terus baik demam aku. berkat buat umrah. balik hotel dalam pukul 2 ptg lebih sampai kafeteria plak makanannya sedap2. satu lagi bonus yg aku dapat. yer hari2 aku disajikan dgn sajian yg enak2 gitu. tapi amazingly berat aku tak naik pun kat sana turun lagi adalah walaupun dinner aku pukul 10 malam hihihi.
|
Saie - bukit safwa - marwah |
Ok lah aku benti kat sini dulu. lama betul kan aku nak post catatatan perjalanan aku kan? dah 3 bulan lebih balik pun masih tak abis2. nih pun aku gigihkan gak sbb aku baru jer balik amik jab utk back pain aku. sampai tak leh bangun kejap pagi tadi. merasa gak lah ada orang bawak naik atas kat bilik aku semangkuk nasi goreng, air teh siap ngan tray. thanks kak cah! sayang gak ko kat adik bongsu ko sorg nih ek hihihi. tak tertanggung dah sakit jalan gi klinik pun mcm robot jer. dahlah klinik ramai org. aku plak serabai pakai tshirt, seluar track n selipar jepun jer hehehe. org pun tgk jer. dulik apa aku. dulu kalau org tgk2 aku sentap gak tapi skrg buat bodo jer lah bukan aku xda duit nak masuk klinik tuh. lebih baik baju selekeh poket tebal daripada baju lawa poket kosong n kerjanya nak meminjam duit org jer!.
klik sini utk part 3 Makkah
Comments
Post a Comment