2017 - Throwback Part 2

Fuhh lama gila aku nak sambung entry throwback ni. So ini lah sambungan Part 1

JULAI
Bulan paling sedih dalam hidup aku. Aku kehilangan doa yang paling mustajab dalam hidup aku. Mak yang aku kasihi dan yang aku sayangi telah pergi buat selama-lamanya. Sedihnya hanya Allah sahaja yang tahu. Mak pergi pada hari terakhir bulan syawal.
Perjalanan terakhir arwah mak

OGOS
Bulan Ogos, bulan pertama yang aku lalui tanpa mak. Masa ni hari-hari aku menangis n actually sampai sekarang masih lagi menangis. Lagi-lagi bila ahli keluarga yang duduk jauh balik, lagi lah sedih.
Hidangan Hari Raya Aidiladha yang simple buat kami

SEPTEMBER

Bulan birthday baby Mya yg ke-2. Dua Bulan ni jugak aku decide untuk tukar kereta. Terlalu banyak kenangan dengan kereta lama. Lebih baik tukar sekarang sebelum nilai kereta lama tu semakin turun. Aku tukar kereta tak pegi jauh-jauh pun. Brand yang sama dan yang paling kelakar model yang sama. Cuma upgrade sikit lah. Dulu 1.3 cc sekarang 1.5 cc.
Bye myvi silver. Banyak kenangan bersamamu.

 OKTOBER
Dah 3 bulan mak pegi masa ni. Masih baru nak terima hakikat mak dah takda. Bulan ni jugak birthday arwah mak.  Kalau dia ada lagi, yang ke 75. Tak ada apa yang menarik. Sabtu n ahad aku keluar jer sebab bila duduk rumah rasa macam sedih sgt.


NOVEMBER
Dapat khabar berita yang mendukacitakan. Datuk saudara sebelah arwah ayah aku meninggal dunia pada usia 91 tahun. Dia lah satu-satunya orang yang paling tua dalam keluarga aku. Aku mimpi dia n arwah mak aku malam sebelum dia meninggal dunia. Sedih sangat sebab tak sempat ziarah dia.
Ikea Tebrau dah bukak

DISEMBER
Bulan birthday aku. Awal-awal aku dah bagitahu aku tak mahu sambut birthday n jangan beli kek or apa-apa. End up memang diorg tak beli kek tapii diorg baked kek untuk aku. Terharu campur sedih. Sepanjang hari aku bukak video birthday aku tahun 2016. Ada suara arwah mak aku wish birthday utk aku. Berulang-ulang aku dengar sebab rindu sangat nak dengar suara arwah mak.
Bulan ni pulak Paradigm bukak

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Tersirat

Resepi: Bihun Goreng Putih