2015 - Throwback Part 1
Ok blur kejap sebab tak tau nak tulis apa, nak letak gambar apa untuk edisi Throwback 2015 (fomerly known as 2014 Highlight Part 1 & Part 2). Kali ni nak bagi nama baru pulak selaras dengan perkembangan dunia semasa. Entry ni aku dah buat since 2011. Sajer jer nak buat rumusan hidup setiap tahun. Cuma tahun nih tahap untuk meng'update' entry blog tuh agak malas. Entry untuk 2015 cuma 71 post jer.
JANUARI
Bulan Januari 2015 nih 3 orang anak saudara aku dan seorang cucu saudara aku masuk darjah 1. Tua dah aku ni sebab dah bercucu. Yang very sweet gitu, cucu aku masuk sekolah lama aku, Convent JB. Takda anak, cucu pun jadi ler masuk sekolah tuh. Anak saudara pulak 2 orang di JB dan seorang di Shah Alam (sekarang dah pindah ke Alor Staq). Mat Ayip kitaorang masukkan kat sekolah rendah agama swasta kat JB ni. So dia belajar dari pagi sampai ke petang disatu sekolah sahaja belajar ilmu dunia dan akhirat.
Kelas lama abg ayip |
FEBRUARI
Bulan public holiday. Ada cuti panjang dibulan ini. Chinese New Year. 4 hari tak silap aku. Pergi Legoland Waterpark n Dry park habiskan saat-saat terakhir dengan annual pass tapi end up pegi renew for another year hahaha. Ye lah kan. at least bosan-bosan kat rumah boleh masuk mandi-manda ke or naik roller coaster ke kan. Lepas tuh balik kampung mak aku. Rezeki haritu sebab ada pakcik n makcik aku. So dapatlah makan kat kampung. Selalu balik kampung emosional sikit sebab rasa macam naik mesin masa pulak.
Abg ayip sampai skrg tak lupa moment nih. |
MAC
Awal bulan Mac, mak aku admitted hospital. Result buah pinggang mak aku dah tak berapa baik. so start buat dylisis 3 kali seminggu. Cabaran jugak nak cari pusat dylisis yang kosong. Akhirnya alhamdulilah rezeki kat Menara Landmark. Ada kosong. So bermula lah rutin aku 3 hari seminggu hantar mak aku before 7 pagi kat situ. Bulan nih juga bulan coronation Sultan Johor. Public holiday n kebetulan mak aku dylisis n berdekatan dengan checkpoint sultan nak lalu. Dapatlah tengok sultan lalu n lambai-lambai kat dia.
Masa ni kelaparan sebab kedai makan tak bukak |
APRIL
Bulan ni takde apa cerita. Mak aku dah mula membiasakan diri dengan tempat dialysis tuh. Masa ni banyak dugaan sebab kena tanggung dulu bayaran dialysis. Bayaran dialysis dituntut melalui kerajaan cos aku ada abg-abg n akak-akak yang kerja government. Tapi tau lah kan bukan cepat nak dapat approval so pasrah jerlah. Gambar kat bawah nih pulak gambar anak saudara aku time sukan. Azwar namanya. Mak aku jaga dia daripada umur 1 tahun sampailah 6 tahun n lepas tuh dia pindah ke Shanghai ikut parents dia yang kerja sana. Last year baru balik n start sekolah kat Malaysia. Aktif sukan budak nih rupanya. Memang sebijik ikut bapaknya.
Congrats Awar! |
MAY
Bulan 5 bulan cuti sekolah kongsi ngan bulan 6. Selalu bulan camni aku g jalan-jalan makan angin ngan akak aku. Tapi memandangkan tabung jalan-jalan pun dah kering n mak aku pun dah buat dialysis dah lebih memerlukan aku. Lagipun aku maleh dah nak naik kapal terbang nih ekkekekke. Hujung bulan tu ada kenduri kawin kat Singapore. Anak cousin kahwin. 2 pasang lak tuh. Ohhh i luv kenduri kawin kat Singapore. Luv the food, the kompangs & the environment. Berbeza sikit ngan kat Malaysia nih. Aku belum post entry lagi wedding nih. Nanti ada masa aku post.
Wedding anak cousin kat Singapore |
JUN
Jun adalah bulan puasa. Alhamdulilah mak aku dapat berpuasa penuh walaupun dia dialysis. Semangat betul dia. Risau gak kan sebab selalunya lepas dialysis dia letih n lapar. Tapi aku n akak aku bergelut nak mengajar si Mat Ayip nih berpuasa. Asal balik sekolah jer nak buka. Padahal lagi 2 jam jer nak buka. Sejak 3-4 tahun nih aku banyak berjimat dalam juadah berbuka puasa. Dah takde lawatan harian ke bazar ramadhan. Cuma lawatan mingguan je. Lebih banyak masak sendiri jer. Sebab kitaorang berbuka dengan makanan yang ringkas jer. Takde nasi-nasi.
Ziarah 1 Ramadhan ke kubur Arwah Ayah aku |
Ok sambung 2015 - Throwback Part 2 pulak
Comments
Post a Comment