2015 - Throwback Part 2

Sambungan daripada Part 1

JULAI
Bulan raya. Raya tahun ni penat betul sebab macam aku sorang jer masak huhuhu. Tapi yang paling puas bila makanan semua licin sebab tahun nih semua balik rumah aku. Yang paling seronok dapat kumpul amik gambar ramai-ramai. Jarang-jarang sekali kitaorang dapat bergambar mcm kat bawah nih. Itu pun tak lengkap. Abg aku yang 2nd n family tak join. Diorg kena cery bery.
Family besar aku

OGOS
Bulan dugaan. Orang langgar belakang kereta aku. Untuk myvi aku rasanya ini yang paling teruk aku pernah kena. Nasib baik aku jaga jarak aku dengan kereta depan. So takdelah aku hentam kereta depan aku. Sampai sekarang kalau terbayang balik camner kereta nih langgar kereta aku, rasa ngeri pulak. Cuba bayangkan korang kena kejar ngan kereta belakang korg. Dah tuh kereta belakang tuh bawak laju gila tekan minyak n takde rasa nak tekan brek. Macam dia tengah kejar korg? Cuma bezanya dia tak kejar tapi katanya dia tertidur. 3 minggu gak 'patah kaki' takde transport.
Sudah takdir

SEPTEMBER
Bulan paling suka sekali. Bulan hari raya haji. Alhamdulilah dapat hadiah paling bernilai masa hari raya haji. Ingatkan dah takde budak tecik yang boleh digomol-gomol since Mat Ayip pun dah besar kan n sekolah darjah 1. Sekali datang pulak Baby Mya sebagai penyeri dalam kehidpun kami. Alhamdulilah sekali lagi. Insya Allah akan kami pegang amanah Allah ini dengan sebaik-baiknya.
Buah hati pengarang jantung, intan payung aku

OKTOBER
Takde apa yang best bulan 10 ni. Anak saudara aku yang amik kursus separa perubatan - Diploma Jururawat (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) dah grad lepas 3 tahun berhempas pulas. Alhamdulilah. Terjamin dah kerja nya. Cuti 2 bulan lepas tuh terus dapat penempatan kat salah satu hospital awam kat Johor Bahru ni. Kerja baik-baik ye Tin. Dapat gaji jangan lupa belanja CikDa ya.
Anak saudara nombor 10 dengan adik dia nombor 14 dalam senarai
anak-anak saudara aku

NOVEMBER
Bulan 11, bulan birthday. Ramai betul ahli keluarga yang menyambut birthday pada bulan 11. Masa ni birthday ke-7 Mat Ayip. Beli kek n buat makan-makan sikit. Sebab dia dah 7 tahun memang aku tak bagi hadiah ler. Sebab nak berlaku adil kat anak-anak saudara aku yang lain. Aku memang akan bagi hadiah sampai umur 6 tahun jer. Lepas tuh no no no. Heheh. Yelah kan kalau aku teruskan bagi mau pengsan hihihi. Anak saudara aku ada 20++ orang ok. Bulan anugerah cemerlang juga. Tahniah anak-anak saudara aku yang dapat anugerah cemerlang tuh.
Pakcik Ayip dan Makcik Mira dengan anak-anak saudara 

DISEMBER
Bulan birthday aku. Ada makan2 sikit n akak aku buat kan kek cheese leleh. Tapi tak dapat surprise macam selalu sebab birthday aku bukan jatuh weekdays. So takdelah drama-drama balik kerja ada orang tutup lampu lah. Baling bom lah n macam-macam lagi. Biasa jer tahun nih makan-makan sikit-sikit jemput adik beradik jer. Azwar pulak dtg dari Kedah duduk rumah aku sempena cuti sekolah. Meriah ler sikit si Mat Ayip ada kawan. Gambar kat bawah ni mandi manda kat Legoland Waterpark. Time cuti sekolah orang ramai n panas pulak tuh terus rentunggg
Proses merentungkan diri

Fuhh habis juga entry aku nih. Jenuh dok memikirkan apo lah yang aku buek tahun ni. Lagipun aku dah jarang tulis blog so memang payah ler nak flashback hehehe. Apa-apa pun takat ini dulu lah yer. Moga-moga kita berjumpa laie di entry Throwback 2016 hujung tahun ini. Insya Allah kalau panjang umur.


Post terdahulu:-
2015 - Part 1
2014 - Part 1 & Part 2
2013 - Part 1 & Part 2
2012 - Part 1 & Part 2
2011 - Part 1 & Part 2

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat