Posts

Showing posts from October, 2018

Raya yang suram 5

Image
Sambungan daripada Raya yang suram 4. Katil mak kat rumah. Isnin, 3/7/2017, berbincang semula dengan doktor pakar. Memandangkan mak aku dah tiada apa-apa respon, tiada apa-apa yang dapat dibuat. Dana yang kitaorg ada sangat terhad kami adik beradik buat keputusan untuk membawa mak pulang atas risiko sendiri. Kenapa kami tak transfer ke mana-mana GH? Ada sebab kenapa tak transfer ke GH. Lagipun kitaorng dah sign AOR jugak masa di GH sebelum nih. Kami ambil keputusan yang paling berat dalam hidup kami. Tiub yang disambungkan dengan mesin ventilator akan ditanggalkan di rumah dan doktor pakar meramalkan jantung mak aku akan terhenti selepas tiub itu dicabut. Sedihnya hati masa tuh hanya Allah jer yang tahu. Kitaorg amik keputusan untuk bawa mak pulang pada 4/7/2017 (Selasa). Masih terbayang aku naik ambulan menyusri  jalan Skudai yang jem untuk membawa mak pulang ke rumah. Di rumah semua dah bersedia dan telah menunggu mak pulang. Sampai di rumah hanya alunan ayat-ayat Al-Quran