Posts

Showing posts from April, 2017

Diskriminasi dan Pilih Kasih

Image
Salam Israk dan Mikraj.

Pernah rasa kena diskriminasi dengan orang sekeliling kita?

Aku dah lali dengan benda ni semua. Kekadang dah terimun dengan benda-benda tuh.
Kadang-kadang tuh ada juga rasa sedih kat hati ni tapi aku amik positif jer.

Contoh diskirminasi dan pilih kasih adalah bila kita pegi seminar ker roadshow ke or apa-apa yang sewaktu dengannya, kalau ada dua orang yang angkat tangan untuk menjawab soalan. Yang mula-mula angkat tangan tuh seorang yang berbadan besar rupa pun takda dan lepas tuh seorang lagi ada rupa n badan cantik dan sebagai penceramah agak-agak korang akan pilih siapa? dah tentu yang cantik kan? 
So kita kena lah terima hakikat benda tuh walaupun agak pedih jugak di sudut hati ni. 
Lebih baik aku main henpon daripada aku participate ngan benda-benda bodoh yang boleh buat aku sedih macam tuh. Pastu esoknya bila bos tanya apa yang ko dapat pegi seminar ko takleh jawab sebab layan henpon banyak sangat. Padanlah ngan muka ko hahahah.
Aku gemokkk aku tak lawa.…

Laksa Johor

Image
Laksa Johor my fav!
Untuk resepi klik sini

Balik kerja

Image
Balik kerja dapat view camni kat Jalan Skudai
Tak sihat. Tak boleh tulis bebanyak.

Tak sihat

Image
Tiap-tiap bulan kena batuk n selsema. Last month batuk agak teruk gak siap amik antibiotik lagi. Tetiba minggu ni kena lagi. Ujian Allah. Kita redha je lah. Agak-agak tak baik ni nak pegi Klinik Kesihatan yang terdekat ler. Sekarang ni bahaya. Macam-macam penyakit ada. 

Tersirat

Image
Aku kalau dengar lagu mesti aku menghayati liriknya.
Tak kira lah lagu melayu ke omputih ke korea ke
Bukan dengar kosong-kosong jer.
Lagu lama-lama banyak maksud tersirat.  Especially lagu rock zaman-zaman 80-an & 90-an.
Lagu zaman sekarang tak tahu ler.  Ada gak certain lagu yang memang ada maksud tersirat tapi tak serupa macam lagu-lagu dulu.
Lagu lama-lama nih kekadang kalau dengar sepintas lalu macam lagu cinta biasa kan? Tapi kalau dengar dalam-dalam banyak maksud tersirat. Antara lagu-lagu pilihan aku:-
Istana Menanti - Rahim Maarof (1990)

Dengar lagu nih pun dah tahu apa maksud tersirat. Lagu ni mengenai ajal dan amalan kita. Istana Menanti tuh actually adalah liang lahad iaitu destinasi terakhir kita. Ketar jari jemari bertaut pada harapan ini, aku membilang hari, apa akan datang hari ku nanti, Istana Menanti pasti. Kalau betul hayati lirik lagu nih boleh meremang bulu roma sebab maksud dia sangat deep. Congrats M. Nasir lagu & lirik sangat power.  
Fantasia Musim Cinta …

Pesebuk

Image
Siapa yang tak ada Facebook angkat tangan?
Kebanyakan kita mesti ada akaun Facebook kan? Aku sejak ada Facebook nih memang tak beli suratkhabar dah. Jimat duit aku hari-hari. Sorry kengkawan yang wartawan tuh. Bukan tak support beli paper tapi rasa mcm menyampah nak baca suratkhabar hahahah. Zaman sekarang semua kena jimat. Kat Facebook tuh lagi cepat berita keluar.
Tapi satu yang aku tak gemar pasal Facebook ni bila bab-bab meluah perasaan ni plus statement-statement tuh. Aku memang takde issue pasal benda nih. Facebook korang, korang punya pasal lah nak tulis apa.
Tapi kadang-kadang kalau nak meluah perasaan tuh kena ada batasan jugak. Kadang-kadang kita tulis tuh tuju kat orang lain. Tapi orang lain yang terasa.
Kekadang aku tengok tuh orang yang lagi berusia daripada aku yang pada aku sgt over lah. Suppose dah berusia boleh lah fikir baik dan buruk apa yang kita tulis tuh.
Tak puas hati ngan orang tuh luah kat Facebook. Tak puas hati ngan orang nih bagi luah komen menyindir. 
Tan…

Wishlist: Edisi Jalan-Jalan

Image
Haritu kan aku ada post pasal wishlist aku untuk duit tabung suka-suka kan. Aku terasa macam nak tambah satu wishlist lagi. Nak pegi duduk kat hotel yang viral baru-baru ni, Hotel Rosa kat Melaka!
Dah lama tak pegi Melaka. Setakat lalu highway jer buat apa kan. Seingat aku lah last cuti g Melaka masa aku darjah 4 ikut rombongan sekolah. Tahun 1989. Lepas tuh memang takde. 
Haritu masa balik jalan-jalan cari makan kat Kambing 40 hari, akak aku plan hujung tahun ni g jalan-jalan kat Melaka. Aku ok jer tapi nak duduk kat Hotel Rosa ni. Suka gila tengok interior design hotel ni.




Nak g jauh-jauh memang tak mampu especially bab fizikal ler. So meh ler kita gi dekat-dekat jer. Boleh naik kereta jer kan. Yang jauh-jauh tu nanti2 jer lah walaupun rindu nak g jalan-jalan yang merentas laut.

Kari Kambing 40 hari

Image
Sebenarnya tak plan langsung pun nak pegi sini Sabtu lepas. Plan nya nak pegi UTC Galleria JB nak pegi PTPTN. Dah 3 kali dapat warning dalam email suruh settle kan tunggakan sebelum lulus ujrah tuh. Nak guna KWSP tak layak sebab pinjaman asal PTPTN aku tahun 1999. Tapi tetiba rasa cam malas pulak n sayang nak keluar duit hihihi. Tunggu sampai hujung-hujung offer nanti baru kasi bayar langsam terus.
So oleh kerana tak jadi nak gi UTC, mak aku ajak gi breakfast kat restoran depan taman rumah aku ni. Nak makan roti canai katanya. Sampai restoran tuh sekali tengok lengang. Rupanya pakcik roti canai takde daaa. So terus spontan aku cakap lama tak makan Kari Kambing 40 hari. Situ ada roti canai hihihi. So kitaorng berlima pergilah kesana.

Sampai sana je sekali tengok ramainya manusia. Memang takde meja kosong. Nasib baik ada makcik ni nampak aku dok perati keliling cari meja kosong terus dtg kat aku ckp dia dah nak balik. Alhamdulilah rezeki. Thank you makcik. Terus lah beratur berjela nak…

Wishlist 2017

Image
Aku kan dah start menabung untuk sesi 2016/2017 kan, so rasanya nak listkan barang-barang yang aku nak beli untuk tahun nih sebagai panduan hihihi. Aku actually macam tak tahu nak beli apa sebab apa yang aku nak iaitu henpon baru aku dah dapat last year. Lepas tu aku ni pulak tuh bukan jenis orang suka beli handbag ke or apa-apa barang yang orang pompuan suka beli. Pakai handbang sampai jahanam baru tukar. Jam pulak memang aku tak pakai. Rimas. So aku memang takde jam tangan. Barang kemas macam rantai or gelang tangan lagi lah tak minat. 
Bila dok pikir-pikir so rasa-rasanya untuk this year aku nak dapatkan salah satu or salah dua kat bawah ni:- Aku memang dah ada iPad tapi manusia kan tak pernah puas. So rasa macam nak tukar sebab yang lama dah tak boleh update ke ios baru. Tapi ntahlah rasa-rasa cam membazir sebab ipad aku cuma guna tgk drama korea jer. Yang ni cam 50/50.
Dengar-dengar iPhone 8 keluar tahun ni. Tapi macam pelik kan sebab lepas 7 mestilah 7s kan. Tapi ni sedikit mel…

Sizzling Lamb Chop

Image
Masa cari bekas telur untuk wedding anak saudara aku, aku jumpa lah benda sizzling plate nih kat Cowboy Kulai tuh. Masa tu 1st time kot pegi Cowboy kulai. Sebelum nih dengar orang cakap jer. So bila gi sana ada cam nak gila sikit lah tengok barang kat situ. Tapi nasib baik cam waras lagi. 
So dok jalan-jalan kat section periuk-periuk nih jumpalah ngan sizzling plate ni. So belilah satu konon-konon nak masak sizzling yee mee kat umah. Tapi haram sampai sekarang tak masak-masak. Padahal yee mee nya dah beli. Dah expired kot.
Tapi sebelum tuh kitaorg masak ler Sizzling Lamb chop nih. Alah senang jer. Lamb chop nih kat pasaraya Aeon dah jual yang dah siap perap. Tinggal masak jer. Pastu beli potato yang comel-comel nih. Apa kah namanya aku dah lupa potato ni. Tapi sedap. 
Brokoli ngan cauliflower plak aku celur je pastu goreng kentang goreng. Apo punya resepi ler banyak sgt kentang huhuhu. Tinggi potassium tak baik untuk orang yang sakit buah pinggang.
Alhamdulilah, sodap n kenyang. Bany…

Wedding Anak Saudara

Image
Fuhh lama gila wedding nih. Awal tahun last year kot. Huhuhu. Aku kan cam malas kan last year At least walaupun lambat tapi still ada dalam list entry blog aku wedding ni. Actually ni adalah wedding terakhir arwah abg aku buat untuk anak dia. Anak dia yang 2nd last. Kira ada lagi sorang ler. Tapi still belajar lagi budak tuh.

Kali ni aku sponsor telur pindang. Aku rasa sebagai orang Johor ini adalah tradisi yang sepatutnya tidak boleh dilupakan.  Wedding adik beradik aku mesti ada telur pindang. Sekarang payah dah nak cari wedding bagi telur pindang. So bagi memastikan tradisi ni berterusan, aku sponsor telur pindang untuk wedding anak saudara aku nih. Last minit akak aku n mak aku pun nak join sponsor. Alhamdulilah.

Kalau dulu kitaorang buat sendiri jer telur pindang (dulu siap amik tempahan n jual telur pindang) tapi sekarang ni payah nak cari daun-daun kan so aku tempah jerlah 1000 biji ngan pakcik n makcik yang jual ayam n telur kat Pasar Tani tuh. Aku rasa sapa-sapa yang pegi Pa…