Posts

Showing posts from 2018

Rindu

Image
Rindu. Siapa tak rindu. Haritu masa ada problem kat office rasa sedih sangat. Selalunya lepas balik rumah mesti aku cerita kat mak. Lepas tuh keesokan harinya bila nak pergi kerja lepas salam dia aku mintak dia doakan semoga hari aku dipermudahkan. Aku dah hilang doa itu. Bila ada problem haritu memang sedih sangat sebab aku baru realize yang dah tiada siapa nak doakan aku. Suami tiada anak pun tiada. Sedihh.

Pergi kubur arwah mak tengok pokok bunga ni dah naik tinggi. Nak kena trim pokok ni. Batu nesan pun dah tak nampak. Tempat yang paling suka aku pergi kubur arwah mak. Rasa macam jumpa dia je kalau pergi sini. Rindu yang paling sakit adalah rindu yang tiada berpenghujung. Sakitnya tuh macam duduk kat celah-celah hati kita tak mau keluar. Aku sekarang kalau dengan lagu-lagu yang irama tahun 80-an or 90-an confirm meleleh air mata. Sebab time tu teringat kenangan masa mak n ayah aku ada lagi n adik beradik aku ada 8 orang. Sekarang tinggal kami berenam jer. Dua telah pergi tinggalkan…

Ikea Tebrau, Johor Bahru

Image
Dah setahun Ikea Tebrau bukak. Baru sekarang aku nak update kat blog. Aku kan dah lama tak post apa-apa kat blog nih kan. Gambar kat handphone dah beribu-ribu n aku pun rindu nak berblog. Walaupun takde orang baca blog aku nih.


Dulu sebelum Ikea Tebrau belum bukak, kalau pegi KL mesti nak pegi Ikea. Tapi jarang-jarang dapat peluang makan sebab tak sanggup nak tunggu tempat kosong. Selalu beli karipap kat kafe jer. Ikea Mutiara Damansara kan selalu ramai orang jer so memang tak sanggup nak menunggu kat sana.


Aku pergi masa hari ketiga Ikea bukak. Rama gila orang. Nak makan pun beratur panjang. Tapi nasib baik dapat meja kosong. Tapi itu masa mula-mula bukak. Biasa lah kan. Orang kan tak menyabo macam Ikea tuh bukak seminggu jer. Sekarang ni kalau pegi memang mudah ler. Aku selalu pergi hari sabtu pukul 11 pagi. Memang nyamannn sangat sebab orang tak ramai. Kerusi meja pun banyak yang kosong.


So sekarang ni sebulan sekali mesti pegi Ikea. Pegi untuk makan sebenarnya. Senang sebenarnya …

Mati itu pasti

Image
Kejap jer dah 6 bulan arwah abang aku pergi meninggalkan kami sekeluarga. Rasa macam tak percaya jer dia dah takde. Sedih rasanya masih terbayang-bayang wajah dia masa aku n dia sama-sama mengadap saat-saat akhir arwah mak. Sekarang dia dah ikut mak pergi.
Abang aku memang sakit diabetes n sampai penglihatan dia kurang jelas. Awal tahun ni dia masuk hospital n dia mula tukar rutin permakanan dia kepada makan yang sihat sahaja.
Dua hari sebelum dia meninggal, dia ada appointment pakar mata kat Hospital Pusrawi. Masa tuh abang aku batuk yang dah beberapa minggu tak baik. Doktor kat pusrawi pun tengok abg aku mcam susah nak bernafas dan tak beri abang aku balik. Tapi abang aku tak mahu admit n nak  balik JB jugak hari tuh. Doktor kat Pusrawi beri ubat dan inhaler n pesan bila sampai JB terus pergi hospital.

Sampai JB abang aku tak pergi hospital. Sampailah hari ahad 10/6/2018 aku dapat panggilan telefon daripada anak saudara aku. Masa tuh aku baru lepas sahur. Anak saudara aku bagitahu …

Raya yang suram 5

Image
Sambungan daripada Raya yang suram 4.


Isnin, 3/7/2017, berbincang semula dengan doktor pakar. Memandangkan mak aku dah tiada apa-apa respon, tiada apa-apa yang dapat dibuat. Dana yang kitaorg ada sangat terhad kami adik beradik buat keputusan untuk membawa mak pulang atas risiko sendiri. Kenapa kami tak transfer ke mana-mana GH? Ada sebab kenapa tak transfer ke GH. Lagipun kitaorng dah sign AOR jugak masa di GH sebelum nih. Kami ambil keputusan yang paling berat dalam hidup kami. Tiub yang disambungkan dengan mesin ventilator akan ditanggalkan di rumah dan doktor pakar meramalkan jantung mak aku akan terhenti selepas tiub itu dicabut. Sedihnya hati masa tuh hanya Allah jer yang tahu. Kitaorg amik keputusan untuk bawa mak pulang pada 4/7/2017 (Selasa).
Masih terbayang aku naik ambulan menyusri  jalan Skudai yang jem untuk membawa mak pulang ke rumah. Di rumah semua dah bersedia dan telah menunggu mak pulang. Sampai di rumah hanya alunan ayat-ayat Al-Quran dan tangisah kendengaran menya…

Raya yang suram 4

Image
Sambungan daripada Raya yang suram 3.


Minggu raya tuh ramai ahli keluarga aku ada dirumah. So aku amik keputusan untuk berkerja pada 4 Syawal/28 Jun 2017 sebab minggu depan semua akan balik ke rumah masing-masing. Alhamdullah aku dapat bos yang memahami. Dia beri aku amik cuti selama mana yang aku mahu untuk menghabiskan masa-masa terakhir dengan mak.
6 Syawal/30 Jun, masa aku kat opis akak aku call minta aku call mana-mana private hospital untuk mak buat dialysis. Tak sanggup kami lihat mak terseksa sebab tak dialisis. Aku call pihak PSH. Mula-mula diorg tak nak terima. Lepas tuh akak aku call pulak diorg dan mereka setuju untuk datang dengan ambulan ambil mak kat rumah. Tapi bila sampai di emergency PSH, diorg tak dapat nak buat apa-apa sebab pakar masih bercuti hari raya. Aku telefon pulak JSH pulak, alhamdulilah ada pakar kat JSH dan dia setuju untuk review kes mak aku. Tapi diorg tidak boleh memberi apa-apa jaminan memandangkan keadaan mak aku yang dah kritikal. So pihak PSH pun…

Raya yang suram 3

Image
Sambungan daripada post Raya yang Suram 2.



Hari Ahad, 1 Syawal, di pagi raya ketika orang bergembira menyambut Hari Raya, aku masih di hospital menemani mak aku semenjak malam raya lagi. Hanya juadah roti yang mengalas perutku. Itu pun tak tertelan kerana hati terlalu sebak melihat keadaan mak. Pukul 9 pagi, anak-anak saudara aku datang untuk gantikan tempat aku. Ada yang bawak juadah raya untuk aku. Aku turun bawah nak balik but sebelum tuh plan nak singgah kubur arwah ayah aku. Dekat jer ngan spital tuh. Tapi bila sampai bawah hujan turun selebat-lebatnya. So aku pun duduk kat bawah wad menunggu hujan berhenti sambil makan juadah hari raya yang dibawa anak saudara aku.
Masa tunggu hujan berhenti, tiba-tiba telefon aku berbunyi. Anak saudara aku yang sedang menjaga mak aku kat atas telefon bagitahu condition mak aku. Doktor maklumkan tiada apa yang dapat dibuat. Dialisis tidak boleh dibuat kerana condition mak aku yang tidak mengizinkan. Dibawah wad itu juga aku menangis dan aku teru…

Raya yang suram 2

Image
Sambungan daripada post Raya yang suram.

Lama betul nak sambung post ni. Nak dekat setahun kot. Draft memang dah lama buat tapi rasa macam tak rasa nak post. Sedih rasanya nak sambung cerita raya yang suram ni. Masa taip ini bercucuran air mata aku. Tapi aku dah mula so kenalah habiskan.

19 Ramadan, mak pergi dylisis tempat biasa. Pukul 8 pagi pusat dialysis telefon. Mak aku tak boleh dialysis sebab blood pressure dia jatuh rendah sangat. So diorg suruh kitaorang refer balik kat PSH. Lupa nak cerita dalam entry raya yang suram. Mak aku juga ada masalah jantung. Pakar Jantung rasa ada blockage so kena buat angiogram. Tapi taulah kan angiogram kat private hospital plus procedure untuk blockage kosnya macam beli kereta myvi sebiji so kitaorg mintak refer ke GH. 
Pendekkan cerita, mak aku sesak nafas lagi lepas balik dialysis Jumaat 21 Ramadan. Masa tuh aku tgh kerja. Berkejaran aku pergi ke PSH tunggu akak aku kat lobi spital n haritu mak aku admit lagi kat PSH. Masuk medical ward. 4 har…

2017 - Throwback Part 2

Image
Fuhh lama gila aku nak sambung entry throwback ni. So ini lah sambungan Part 1

JULAI Bulan paling sedih dalam hidup aku. Aku kehilangan doa yang paling mustajab dalam hidup aku. Mak yang aku kasihi dan yang aku sayangi telah pergi buat selama-lamanya. Sedihnya hanya Allah sahaja yang tahu. Mak pergi pada hari terakhir bulan syawal.
OGOS Bulan Ogos, bulan pertama yang aku lalui tanpa mak. Masa ni hari-hari aku menangis n actually sampai sekarang masih lagi menangis. Lagi-lagi bila ahli keluarga yang duduk jauh balik, lagi lah sedih.

SEPTEMBER

Bulan birthday baby Mya yg ke-2. Dua Bulan ni jugak aku decide untuk tukar kereta. Terlalu banyak kenangan dengan kereta lama. Lebih baik tukar sekarang sebelum nilai kereta lama tu semakin turun. Aku tukar kereta tak pegi jauh-jauh pun. Brand yang sama dan yang paling kelakar model yang sama. Cuma upgrade sikit lah. Dulu 1.3 cc sekarang 1.5 cc.

OKTOBER
Dah 3 bulan mak pegi masa ni. Masih baru nak terima hakikat mak dah takda. Bulan ni jugak birthday …

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Image
Rasanya belum terlewat untuk aku wish Selamat Hari Raya Aidifitri kepada semua yang baca blog aku ni (ada lagi ke?). Ampun maaf zahir batin jika ada tersalah silap sepanjang aku berblog.
Lama rasanya tak mengepos kat sini. Macam-macam yang jadi kat aku n family aku sepanjang aku tak post kat blog ni. 
Rasanya nak continue dengan apa yang aku belum habiskan.
So kalau aku rajin nanti adalah post-post lama tahun2 lepas yang tak sempat aku post.
Inikan cam cerita hidup aku. So tak kira ada orang baca or takde ke cerita lama ke mesti kena abadikan kat sini.
Ok good luck untuk aku.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Image
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham Ismail Bin Hj. Wahid, abang kandung saya yang telah kembali kerahmatullah pada 10 Jun 2018 bersamaan 25 Ramadan 1439 Hijrah. 
Semoga roh abang saya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin ya rabbal alamin

***

Belum sedih kehilangan ibunda yang tersayang pada bulan Syawal tahun lepas, kali ni giliran abang aku pula telah pergi meninggalkan kami. Sedihnya kerana arwah pergi dalam keadaan mengejut dan meninggalkan isteri yang tidak bekerja dan dua orang anak yang masih kecil.
Insya Allah aku akan kembali berblog sebagai terapi untuk mengatasi kesedihan yang aku alami.

2017 -Throwback Part 1

Image
Selamat Tahun Baru 2018. Rasanya tak terlewat kot. Walaupun bulan Januari dah nak abis dah. Sekejap jer setahun berlalu. Post ni dah lama aku draft tapi tak siap-siap. Tiap-tiap tahun aku ada post throwback (last year 2016 - Part 1 & Part 2). Walaupun tahun 2017 post tak banyak tapi tetap nak buat throwback. Tahun 2017 adalah tahun paling sedih dalam hidup aku. Sampai sekarang masih sedih lagi. Nak taip post ni pun bergenang air mata.
JANUARI Bulan Januari 2017 dimulai dengan appointment aku macam biasa kat Hospital Sultanah Aminah. Musim sekolah start macam biasa n start bulan ni aku dah tak amik Mat Ayip balik sekolah tiap-tiap hari ahad sebab minyak mahal dan aku pun kelam kabut nak amik dia balik. Masa ni sibuk cari kain sbb nak buat g kenduri anak saudara aku.
FEBRUARI Bulan Februari 2017. Tragedi Pasar Tani. Tersungkur kat tepi jalan balik pasar tani. Nasib baik takda kereta yang lalu n ada pasangan suami isteri tolong aku. Risau arwah mak aku masa ni sebab masa tu dia duduk …