Posts

Showing posts from May, 2013

Lunch aku sebelum aku errrrr diet!

Image
Nasi Ayam RM7.00.  Kalau makan nasi ayam mesti mintak ayam lebih sebab ayam dia sgt marvelous.



Yang ini plak Nasi free.  Nasi beriani di import dari Singapore katanya. Client Singapore belanja.



Yang ini Nasi Campur. Mesti ambik 3 lauk. Kuat makan lauk aku nih.

Twiggies!

Image
Buat alas perut sementara tunggu lunch.
Yelah opis aku takde minum-minum pagi nih.
Pukul 8.30 masuk kerja sampailah pukul 1.00 baru boleh keluar Lunch. 
So nak tak nak memang kena sediakan sesuatu untuk isi perut aku sementara menunggu waktu makan tengahari
Tapi takleh makan hari-hari k benda nih. 
Boleh menambahkan lemak yang sedia banyak kat badan aku nih.

Lerrrrrr

Image
Lerrr tangguh lah plak. Penat aku tunggu depan tv. 
Tunggulah sangat kan?
Padahal aku dok layan Masterchef Selebriti pastu ujung-ujung Chef nak bagi result sapa yang kuar boleh plak aku tertidur kan.
Nasib baik Astro Dekoder aku ada PVR, so boleh lah rewind balik.
Apa-apa pun walaupun game tangguh tapi aku pueh ati.
Pueh ati sbb dapat remove terus sorg bro dalam fren list aku nih. 
Selalunya kalau aku tak suka sgt baca post tah apa-apa aku unfollowed jer post tapi yang nih memang aku takmo dia duduk lam frenlist aku.
Post dia dari post politik sampailah sukan mmg tak boleh blah. 
Bro, jangan selalu mendongak ke langit, sekali sekala tunduk lah sikit.
Sekarang nih aku mmg dah jarang online kat Facebook. Rasa menyampah dah ngan Facebook.

Thanks Datin!

Image
Nasib aku dapat client-client yang pemurah.
Dulu ada sorang client aku, asben dia pernah marah aku sampai aku nangis.
Benda yang bukan salah aku, tapi aku yang kena plak. Cengeng kan aku??
Tapi asben dia lepas tuh mintak maaf kat aku n wife dia rasa bersalah asben dia marah aku, so dia hadiahkan aku perfume panas-panas dari Washington D.C, sebab dia memang kerja sana.
Yang kat atas nih plak hadiah dari seorang Datin. Aku dapat purse dan scarf Jim Thompson.
Sapa-sapa nak tau kisah Jim Thompson boleh klik sini ek.
Apa-apa pun thanks Datin!

Nasi oo Nasi kenapa engkau sedap

Image
Sebelum aku ehem ehem, 
nasi goreng gerai makcik simpang tuh lah yang boleh dikatakan hari-hari aku layan
Tapi sekarang nih kalau nak makan rasa macam bersalah jer.
Kadang-kadang nak tipu gak tapi masih tak mampu.
Tabahlah wahai hati! huhuhuhu

Gigit kan budak nih!

Image
Bila hari minggu kat rumah nih lah kerja budak kecik nih.
Selagi iPad nih tak abis bateri selagi tuh lah dok menghadap.
Kalau tak bagi main nanti senyap-senyap nak pinjam iPad aku plak.
Tapi sekarang nih dok rajin layan apps for kids.
Yang ada cerita bergambar tuh.
Abih dia g hafal cerita tuh. 
Boleh masuk Storyteller competition nih Dik! Hihihihihi

Macam budak-budak lah!

Image
Boating School @ Legoland Malaysia. Nape aku letak gambar nih? Actually bukan Mat Ayip sorang yang naik boat tuh. Tapi akak n abang sepupu dia pun sama.



Tengok budak nih, macam budak-budakkan?? padahal dah form 3 lah. Tapi nampak macam budak-budak akibat penyakit aneroxia yang dialaminya. Kalau tengok kaki anak saudara aku nih. Seram betul. Macam lidi.



Yelahkan masa kecik-kecik mana nak merasa naik menda nih semua kan. So sekarang teringin kan. Takpelah Mad, naik jerlah berapa banyak sampai puas.



Kalau kawan-kawan sekolah Mad nampak abis kena bahan.

Hahahahahaha

Legoland Express Train

Image
Bila naik Legoland Express Train nih, dia akan membawa kita mengelilingi sebahagian Legoland dan kawasan miniland.
Seriously aku memang sangat kagum ngan senibina kat Miniland tuh.
Tahan n sabar betulkan orang yang bina Miniland nih.
Gambar kat bawah nih sebahagian yang sempat aku ambik







Cuaca sangat cerah masa nih. Yang bestnya dapat sauna free. 
Bagus untuk aktiviti mengeluarkan peluh.

Di satu hari Sabtu yang panas... 2

Image
Ada annual pass lah katakan. Rugikan kalau tak guna. Aku baru berapa kali jer masuk sini. Tak macam akak-akak n anak-anak saudara aku nih. Tah berapa kali dah masuk sini. Kalau bosan-bosan kat rumah sini ler tempatnya nak melepaskan kebosanan.



Destinasi pertama dalam Legoland ni adalah di Boating School. Si Mat Ayip tuh nak naik boat, so makcik dia, merangkap akak aku yang temankan dia naik. Aku takleh temankan dia sebab ditakuti boat itu akan terbalik wakakakak. Mama si Mat Ayip nih tak ikut sebab ada KO-KO kat sekolah.


Pandai tak saya bawak boat sendiri?  Mak Kin nih macam tester JPJ plak hehehe



Lepas jer naik boat, kitaorang pergi plak beratur tunggu keretapi. Hahah sejak Legoland nih bukak aku belum pernah lagi naik keretapi nih. Aku pergi kan kejap-kejap jer, so mana nak sempat nak round satu Legoland kan. Penat weyyyy


Muka-muka happy sebab dapat naik keretapi duduk yang paling belakang sekali heheheheh. Masa ini matahari memang sedang memancarkan cahaya yang paling terik sekali…

Di satu hari Sabtu yang panas...

Image
Actually ada udang disebalik batu si Mat Ayip nih nak ikut aku gi servis kereta.
Lepas jer kereta aku dah masuk dalam, akak aku pun datang amik aku n Mat Ayip nih.
Kitaorang pergi Legoland Malaysia!
Yeay!

Boleh ke seorang doktor itu give up dengan pesakitnya?

Semalam aku ada checkup kat sebuah hospital kerajaan kat JB nih. Yelah aku bukan orang kaya nak pegi hospital swasta. Insuran pun tak cover.
Hospital yang aku pegi nih memang menempatkan segala macam mak nenek Pakar Perubatan dalam satu bumbung.
Dah 2 tahun aku checkup kat sini sejak aku balik dari Umrah tahun 2011. Actually sangat leceh checkup kat sini. Dahlah susah nak dapat parking, orang ramai n sgt sesak. Mana taknya pesakit dari seluruh Johor, kat sempadan Pahang, Melaka & Negeri Sembila semua akan datang sini kalau kena refer dari hospital daerah masing-masing sebab ini adalah klinik Pakar.

Actually aku memang berat hati nak pegi sebab aku igt condition aku still sama macam last visit bulan 11 haritu but nasib baik kurang kena bebel n berat aku actually turun huhuhuhu.

The main thing is bukan nak cerita pasal aku tapi pasal doktor-doktor pakar yang pada aku agak muda-muda jugak. Lebih muda daripada aku.

Klinik Pakar yang aku jumpa ni akan berkongsi 2 pakar dalam 1 bilik. …

This is the VOICE!

Image
Rancangan nyanyi-nyanyi yang paling aku minat sekarang. American Idol dah tak layan. Bosan sangat tgk judges tah apa-apa. The Voice jugak best sebab semuanya mengenai V. O . I . C . E
Sapa-sapa yang tak tahu camner konsep The Voice nih meh aku cerita. The Voice nih bukan macam American Idol, suara macam katak pun boleh masuk t.v. Produser dia dah tapis dulu melalui audition kat Youtube or studio. Lepas tuh yang terbaik baru masuk BLIND AUDITION.

Blind Audition, dimana Blake Shelton, Usher, Shakira & Adam Levine, coach untuk season 4 ini akan pilih 12 peserta setiap team masing-masing. Peserta yang telah dipilih akan menyanyi dimana coaches nih semua tak tengok tapi cuma dengar jer suara. Kalau diorg berminat dengan peserta yang tgh menyanyi diorang boleh tekan button n secara automatik kerusi tuh akan pusing ke depan n peserta tuh akan masuk team coach yang tekan button tadi.

Tapi bila lebih seorang coach yang tekan button tuh, maka peserta tuh kena pilih dia nak ikut coach yang …

My name is Ayip!

Image
Budak kecik yang banyak kerenah.
Haritu aku gi servis kereta sibuk jer nak mengikut.
Kalau diam takpe lah gak. Tapi mulut bising.
Tapi nasib baik mulut dia bising dia dok baca macam-macam doa n beberapa ayat surah yaasin.
Takda lah makcik kamu ni malu, malah bangga plak ngan adik.
Orang lain dok beroppa2 adik plak baca surah Yaasin.
Alhamdulilah, Syabas Dik!

Warning: Brain Freeze May Occur

Image
Bebaik bila minum benda alah nih.
Tak pasal-pasal kang otak beku plak.
Ekekekeke



Tapi kalau time panas kena benda nih
Fuhhh memang sedap kan?
Nak-nak time tuh ko batuk. 
Mesti lagi 'heaven' lepas minum benda nih

Yehhaaaa alat membakar lemak dah sampai!

Image
Yehaaaaaaa
Akhirnya akak tercinta telah beli alat membakar kalori nih.
Tak payah aku susah-susah aku gi gym
Or 
Rasa malu nak jogging kat kawasan rumah or taman-taman.
Yelahkan aku bukan boleh tutup mata orang.
Kalau aku g jogging mesti mata semua pandang aku.
Kekadang heran gak aku, orang macam aku tak boleh eksais ke?
Sekarang nih aku dah boleh eksasis pagi, petang, siang or malam tanpa perlu aku risau orang tengok aku.
Cuma budak tecik si Ayip tuh jer yang gelakkan aku nanti.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya...

Image
Cuaca pun tak berapa pasti kan.
Eh apa daaa bahasa aku nih kan.
Kejap hujan, kejap panas.
Apa-apa pun aku bersyukur tak kisah lah panas or hujan.
Semuanya kehendak Allah.
Bila nampak langit dah macam nih kena cepat-cepat balik.
Selalunya akan hujan sampai tak nampak jalan.
Lagipun tayar kereta aku dah kurang mencengkam.
Huhuhuhu

Makan-Makan: Nasi Goreng U S A

Image
Salah satu fav. aku. Kalau g makan-makan kedai tom yam mesti order menu nih.
Bukan sahaja kenyang gilerr kalau makan malah adalah penyumbang tersbesar Keluaran Dalam Negara Kolestrol yer.
Nasi + Telur Mata Lembu + Daging Masak Merah
*G L U P*
Sekarang nih boleh telan air liur jer lah yer huhuhu

Alif, Ba, Ta!

Image
Jangan kacau! Saya tengah setadi nih!

Makan-Makan: 1901 Medini Mall, Nusajaya

Image
Aku memang peminat hot dog. 
Pernah berangan nak bukak gerai hot dog, tapi rakyat Malaysia masih kurang minat nak beli hot dog tepi-tepi jalan nih sebab tuh tak bukak-bukak lagi. 
Hot dog yang aku suka makan adalah dari 1901.
Sedap.
Dulu selalu beli kat Giant Extra kat Southern City dekat ngan Taman Suria tuh.
Tapi sekarang gerai tuh dah tutup, maybe takde untung sebab orang yang selalu beli dah pindah nun di pinggir bandar sana. 
Pastu bukak kat Angsana JB. Pun tutup gak.
Sekarang nih ada kat Medini Mall.
Harap-harap bertahanlah yer 1901?
Sebab saya memang penggemar kamu!

Resepi: Ayam Roasted Simple

Image
Hari Sabtu memang hari main masak-masak aku. Kekadang tak tau nak masak apa. Tapi selalunya memang kena masaklah sebab adik beradik aku datang kan hari sabtu. Jalan mudah aku ambik selalunya bako jer ayam. Sapa tak suka ayam kan? sure laku walaupun tak sodap. Wakakakaka. Resepi kali nih adalah simple roasted chicken. Senang jer
Bahan-bahan: Ayam 1 ekor dibersihkan bahagian dalamanya kentang sederhana besar dalam 2-3 biji direbus dan dilenyek garam, lada sulah, lada hitam & paprika minyak zaitun
Cara-cara:- Lumur secukup rasa garam, lada sulah, lada hitam & paprika pada ayam dan perap dalam 1-2 jam. Lagi lama lagi sedap. Lepas perap, sumbatkan kentang rebus yang dah dilenyek kedalam perut ayam n amik lidi or skewer untuk tutup perut ayam dari kentang terkeluar bila membakar, tabur ngan daun bawang dan minyak zaitun sedikit pastu bakar dalam oven suhu 180 darjah sampai masak lebih kurang 1 jam.

Bila masak potong ikut suka n hidangkan dengan brown sauce yang boleh didapati dalam b…

Cuci jgn tak cuci

Image
Aku dah lupa bila kali terakhir aku cuci kereta aku nih.
Lama kot.
Nampak sangat aku pemalas kan.
Bukan pemalas tapi tak ada masa.
Yelah lah tuh.
Patutlah takde sapa nak aku kan?
Wakakakakakaka
Apa-apa pun aku dah bawak encik kereta pegi mandi.
Baru nampak mata n bon*** dia yang seksi tuh.

Makan-Makan: Seoul Garden Lagi!

Image
Asyik post pasal makan-makan jer kan. Mana tak bulat badan aku hihihihi.
Harituh opismate yang baik hati telah belanja kitaorang makan kat Seoul Garden.
Tapi yang tak bestnya pegi kejap sangat ngan tergesa-gesa.
Gi sinih tak best kalau tak menikmati semua makanan yang ada.
Aku lebih suka pegi time hari sabtu n bukan time lunch masa kerja.
Tak khusyuk makan sebab teringat boss aku dok menyeringai dalam opis
wakakakakakak


Antara ahli rombongan. Yang pakai tudung tuh lah tukang belanja.
Thanks Kak sOt ekekeke.
Yang paling best masing-masing ada kereta, tapi pegi sini naik teksi.
Sebabnya, tak kuasa mak nak parking kereta kat KSL nih. 
Ngeri!

Makan-Makan: Cheese Cake @ Cheelicious

Image
Menggoda ok Cheese Cake nih!. Memang betul-betul sedap cheese cake kat Cheelicious nih. 
Rasanya semua kena. Kiranya antara secret recipe ngan cheelicious nih, cheelicious nih sedap kot??
lagipun bos yang belanja kan so barang free memang sangat sedap! wakakakaka
Huhuhu. Tepuk dada tanya selera masing2.


Budak-budak zaman sekarang

Image
Amboii budak nih. Relax sungguh.
Sebelum tidur layan iPad dulu yer Ayip?
Bukan boleh dilarang.
Tapi sejak sekolah nih dia dah cepat tidur. Penat lah katakan. 
Dahlah kena bangun awal sebab mak dia keluar pagi-pagi buta.
Takpe lah Dik. Belajar bangun awal yer.
Nanti lagi 2 tahun dah nak kena sekolah darjah 1. 
Bangun lagi awal. Kalau lambat nanti bas tinggal.

Makan-Makan: The Best Nasi Lemak in Larkin!

Image
Walaupun aku tak duduk Larkin lagi, tapi 5 hari dalam seminggu aku banyak habiskan masa kat Larkin. Yelah dah kerja kat Larkin kan. Actually sebelum aku kena halau, aku dah duduk Larkin nak dekat 19 tahun tuh. Dari aku darjah 1 sampailah aku dah grad n kerja. 
Nasi Lemak nih actually opismate aku punya nenek yang jual. Memang sedap. Susah nak cari Nasi Lemak RM1 yang sedap macam nih. Kalau kat restoran dah jual RM1.50, tapi oleh kerana dia jual kat tepi jalan so RM1.00 dah dapat.
Aduhai tiba2 kecur plak tengok gambar nih malam-malam buta nih. Mau aku SMS opismate aku pagi nanti huhuhuhuhu.
sekarang nih ada lagi tak nasi lemak rm0.60? mesti susah nak cari kan kat JB nih.

Hari Bola

Image
Kalau hari ada game bola kat Stadium Larkin memang aku tak boleh balik lambat. Sekarang lagil lah jalan dah tutup terus. Kalau dulu boleh lah lalu lagi jalan yang biasa aku guna kalau nak balik rumah tapi sekarang nih kirim salam lah yer. Pukul 5.45 petang aku balik dah tutup semer jalan. So kena lah aku pusing2 cari u turn sana u turn sini baru dapat keluar dari Larkin. Dulu tengok bola 100 orang pun susah nak dapat. Sekarang memang hari-hari stadium penuh. Michael Owen pun pernah main kat Stadium Larkin tau eheheh tahun 1998 Piala Dunia Remaja.
Apa-apa pun sebagai bekas penduduk Larkin aku cukup bangga ngan Larkin sekarang.
THIS IS LARKIN!!