Posts

Showing posts with the label wishlist

Wishlist: Edisi Jalan-Jalan

Image
Pic kredit: FB Hotel Rosa, Melaka Haritu kan aku ada post pasal wishlist aku untuk duit tabung suka-suka kan. Aku terasa macam nak tambah satu wishlist lagi. Nak pegi duduk kat hotel yang viral baru-baru ni, Hotel Rosa kat Melaka! Dah lama tak pegi Melaka. Setakat lalu highway jer buat apa kan. Seingat aku lah last cuti g Melaka masa aku darjah 4 ikut rombongan sekolah. Tahun 1989. Lepas tuh memang takde.  Haritu masa balik jalan-jalan cari makan kat Kambing 40 hari, akak aku plan hujung tahun ni g jalan-jalan kat Melaka. Aku ok jer tapi nak duduk kat Hotel Rosa ni. Suka gila tengok interior design hotel ni. Check in kaunter Family suite. Aku dah cek RM600 kot satu malam kat Booking.com Cantik kan? tempat lepak Nak g jauh-jauh memang tak mampu especially bab fizikal ler. So meh ler kita gi dekat-dekat jer. Boleh naik kereta jer kan. Yang jauh-jauh tu nanti2 jer lah walaupun rindu nak g jalan-jalan yang merentas laut.

Wishlist 2017

Image
Aku kan dah start menabung untuk sesi 2016/2017 kan, so rasanya nak listkan barang-barang yang aku nak beli untuk tahun nih sebagai panduan hihihi. Aku actually macam tak tahu nak beli apa sebab apa yang aku nak iaitu henpon baru aku dah dapat last year. Lepas tu aku ni pulak tuh bukan jenis orang suka beli handbag ke or apa-apa barang yang orang pompuan suka beli. Pakai handbang sampai jahanam baru tukar. Jam pulak memang aku tak pakai. Rimas. So aku memang takde jam tangan. Barang kemas macam rantai or gelang tangan lagi lah tak minat.  Bila dok pikir-pikir so rasa-rasanya untuk this year aku nak dapatkan salah satu or salah dua kat bawah ni:- iPad Aku memang dah ada iPad tapi manusia kan tak pernah puas. So rasa macam nak tukar sebab yang lama dah tak boleh update ke ios baru. Tapi ntahlah rasa-rasa cam membazir sebab ipad aku cuma guna tgk drama korea jer. Yang ni cam 50/50. ip 8 (rumors) Dengar-dengar iPhone 8 keluar tahun ni. Tapi macam pelik kan sebab lep...

Rumah Idaman

Image
Rumah Idaman Sabtu bila tah dah lupa, akak aku ajak aku pegi tengok show house yang berdekatan area rumah aku. Aku n akak aku ni memang kegemaran tengok show house je hehehe. Lepas tuh berangan kan kalau lah dapat rumah tuh. Tapi dalam banyak-banyak showhouse yang kitaorg g tengok, rumah kat atas nih lah yang betul-betul buat aku terliur. Alahaii kalau aku kayaaaaaaaaaa! Lawa betul rumah nih. Rekaan pun moden. Cer tengok gambar kat atas. Rumah nih petak je kan? Bumbung pun rata je. Yang buat rumah ni mahal sebab rangka-rangka tingkap, tangga, pintu dan hiasan dibuat dari besi. Pintu mmg pintu giant betul dari besi. Lupa nak ambik gambar. Dah tak payah pasang grill.  Ruang tamu Bilik no. 3  (atas) Bilik no. 2 (atas) Bilik Idaman! Pemandangan dari 2nd Bedroom Paling terliur dengan 2nd bedroom rumah nih. Siap ada cermin lagi menghadap tangga. Master bedroom pun best jugak tapi gambar aku tak lawa sebab tuh tak boleh masuk blog. Rumah nih ada 4 bil...

Wishlist 3.0

Image
Manusia memang tak pernah puas dengan apa yang dia dah ada. Dah ada kereta nak ganti kereta baru. Jenama n jenis yang sama pulak tuh. Tapi bila fikir, darab, tolak, bahagi dan campur rasanya tak kot. Aku pakai jer kereta yg sekarang aku pakai. Atleast kurang satu hutang aku. Bila disimpan duit bayar duit kereta bulan2 tuh lumayan jugak hihihi.  Tapi kan tak semena-mena aku teringin benda lain plak heeeeeee Nak iPhone 6 Plus! Mula-mula aku tak teringin sangat pun nak tukar henpon baru sebab henpon aku pakai sekarang pun dah ok lagipun aku dok kira-kira tunggu iPhone 10 Plus keluar baru nak beli. Tapi bila aku kansel nak tukar kereta tuh terus tetiba rasa macam nak tukar henpon plak. Lagipun henpon bukan ada bayar bulan2 sampai tujuh tahun macam kereta tu. Tgh bayangkan henpon nih kat tangan aku tapi cuma tangan orang ni lagi kurus Kalau jadi beli igt straight nak beli terus dari Apple Store or kedai barang Apple nama Machine. Takmo beli yg ada kontrak ngan ...

Ada cam pelik tak?

Image
New wishlist? Myvi dah keluar model baru. Ini generasi yang ketiga kot? takpun yang keempat. Tadi tgh tgk tv keluar lah iklan myvi baru nih. So akak aku pun bagi cadangan aku tukar kereta myvi baru nih. Sebab kereta aku pakai skrg nih kereta manual. Antara alasan akak aku kaki aku tak penat skrg kan jem jer pastu aku dok ngomel jem, jem, jem, sakit kaki, sakit kaki jer kan. Lebih baik aku tolak kereta lama amik myvi baru nih. Lagi satu dia ckp boleh lah pinjam kereta aku takpun tukar-tukar kereta ngan dia. Tapi masalahnya aku rasa cam pelik jer kalau tukar kereta baru cos kereta sekarang yg aku pakai ni model yang nih:- - -- --- ---- Gambar lama. Baru 2 hari dpt kereta kot.  Rumah aku pun masih anak dara lagi.  Belum ternoda Myvi jugak! tapi generasi pertama. Baru jer rasa nak seronok hilang satu beban hutang. Takkan nak tambah hutang lagi kottt. Haishhhh akak aku punya suggestion buat semua tulang2 aku bergetar ler ( apa kena mengena? ) hahahah...

Alahai, tergoda plak!

Image
Bukak2 blog jer harini nampak iklan kereta Proton baru, Iriz . Tapi tak dpt pun lagi cpuv iklan nih. Haishhh tetiba tergoda plak tengok iklan nih. Sesajer jer tengok loan calculator. Teringin yang 1.6 auto transmission. Sebab sekarang bawak kereta manual plak tuh JB hari2 jem. Penat kaki. Amacam? Tapi rasanya tak perlu kot nak tukar kereta. Aku dah tak sabar nak tunggu kereta yg skrg nih abih bayar cos boleh simpan plak duit tuh. I love my Myvi banyak berjasa kat aku, walaupun dah 7 tahun pakai performance tetap tip top. Sebab tuannya tak pegi sebarang bengkel utk servis walaupun orang banyak ejek tuannya sebab buang duit pegi PERODUA SERVIS (yg Perodua punya bukan wakil sah).  Yang penting barang alat ganti semua ori.  Aku nak pakai lama kereta ni

Catatan Perjalanan: Shanghai, China Part 11 (Last Part)

Image
Sambungan daripada Part 10 Akak gue tunggu anak saudara gue beli kopi Hari ke-enam merangkap hari terakhir ke Shanghai. Fuhh sampai juga hari nak balik. Actually dah tak sabar nak balik, rindu benor ngan omak den yang eden tinggalkan kek JB tuh. Bukan itu sahaja, rindu nak makan nasi lomak, rindu nak makan nasi kerabu, rindu nak makan nasi goreng mak aku ekekeke. Hari terakhir kat Shanghai nih jalan kemana-mana pun. Sebagai ketua rombongan aku kena memastikan bag-bag yang nak dibawa balik nih kena menepati had timbangan yang dibenarkan tak. Kalau dah terlebih nak tak nak kena lah beli bag lebih kat website airasia. Bila dah kira-kira memang kena beli pun untuk flight dari Shanghai ke Kuala Lumpur & Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Sejuk2 pun makan frozen yogurt Akak aku n anak saudara aku diorg pagi2 dah keluar jalan kaki pegi Careffour cari ole-ole macam Chinese Tea kat situ. Diorg nih kat Shanghai boleh lah jalan kaki. Walaupun jauh 500 meter pun ada tapi sebab cuaca s...

Catatan Perjalanan: Shanghai, China Part 10

Image
Sambungan daripada Part 9 Dinner Still hari yang sama, hari kedua terakhir di Shanghai. Sambungan daripada Part 9 . Lepas jer shopping kat bawah tanah tuh kitaorg terus rushing balik ke apartment family abg aku. Dah lah time balik kerja n jalan jem, kitaorg kena berkejaran cos nak solat maghrib kat apartment diorg. Lagi satu akak ipar aku dah buat reservation untuk dinner pukul 7.30 malam. Maghrib masuk pukul 6.15 petang kira sempat ler kot. Pulak tuh restoran tuh terletak kira-kira 45 minit perjalanan daripada apartment diorg. Dinner @ Spice Bazaar Akak ipar aku belanja kitaorg semua makan kat Spice Bazaar iaitu restoran masakan daerah Xinjiang iaitu daerah yang penduduk utamanya adalah orang Islam. Ramai juga makan kat restoran nih. Antara restoran halal yang ada kat Shanghai ni. Meh tengok menu dulu. Semua ahli rombongan dari Malaysia n family abg aku termasuk Simon join dinner nih kecuali anak saudara aku (anak abg aku yg kat Shanghai) ni hilang entah kemana....

Wishlist!

Image
Hari raya haritu dok tgk org amik gambar pakai monopod lah go pro lah. Tapi aku tak minat semer tuh. Yang aku nak sangat kamera kat atas nih. heeeeee nak sangat2 macam nak beli sekarang jer. Walaupun guna handphone senang. Tangkap gambar terus share.  Tapi gambar tak lawaaaaaa. Memang dah lama ngidam nak beli Olympus PEN nih. Tapi ada jer benda lain yang nak beli dulu kan. Sekarang benda lain tuh semer dah dpt. So next target mirrorless camera, Olympus PEN nih (Camera DSLR boleh keluar senarai wishlist hihihi) Agak-agak kalau kumpul RM1 sehari dpt tak kamera nih raya tahun depan? Tahun depan mesti dah turun kan? (kalau turun pun takkan turun sampai jadi harga RM365 kannn? : P) Nak tau apa beza DSLR ngan Mirrorless Camera boleh klik kat link bawah nih:- DSLR vs Mirrorless Camera

Akhirnyaaa

Image
Benda yang diidam dalam wishlist aku akhirnya menjadi milik aku! Nescafe Dolce Gusto! Aku beli jenis Dolce Gusto Melody II Beli guna point kad kredit RHB hehehe. Guna point + RM Orang tamak, beli kopinya banyak terus. Actually dah lama dah beli mesin kopi nih. Sekarang dah jadi gajah putih sebab tuannya tak boleh minum kopi selalu. Tapi yang best orang datang rumah boleh tanya terus Latte? Cappuccino? Mocha or Espresso? Rasa macam kedai kopi dah. Hehehhe *autopost