Posts

Showing posts from April, 2015

Akibat Stress

Image
Bosannya. Rasa macam dah malas nak berblog.
Ada idea tapi idea datang masa drive time jalan jem.
Bila duduk depan laptop idea pulak hilang tah ke mana.

.

..

...

....

.....

......

.......

........

.........

..........


Errr belanja gambar je lah
Tetiba idea hilang plak



Stressssssssss laptop nih nak mintak tukar ke???? Grrrrrrr

Breakfast

Image
Rasanya kita rakyat Malaysia untung sebab negara kita kaya dengan pelbagai jenis makanan. Kalau breakfast tuh macam-macam ada. Ada style Melayu, Cina, India or Western. Bila ke luar negara benda yang paling aku rindu sekali adalah makanan ketika sarapan. Lagi lah kalau sarapan tu ikut negeri. Fuhhh macam-macam kan??
Ini baru je sikit senarai sarapan-sarapan popular kat Malaysia nih.
Ada banyak lagi. itu belum dengan kuih-muihnya lagi.
Bila fikir-fikir sebab tuh orang Malaysia banyak yg 'sihat-sihat'. Mcm aku.
Tak kira pagi, petang, siang or malam banyak pilihan makanan.
Apa-apa pun jaga kesihatan anda ye.

Rumah Idaman

Image
Sabtu bila tah dah lupa, akak aku ajak aku pegi tengok show house yang berdekatan area rumah aku. Aku n akak aku ni memang kegemaran tengok show house je hehehe. Lepas tuh berangan kan kalau lah dapat rumah tuh. Tapi dalam banyak-banyak showhouse yang kitaorg g tengok, rumah kat atas nih lah yang betul-betul buat aku terliur. Alahaii kalau aku kayaaaaaaaaaa!
Lawa betul rumah nih. Rekaan pun moden. Cer tengok gambar kat atas. Rumah nih petak je kan? Bumbung pun rata je. Yang buat rumah ni mahal sebab rangka-rangka tingkap, tangga, pintu dan hiasan dibuat dari besi. Pintu mmg pintu giant betul dari besi. Lupa nak ambik gambar. Dah tak payah pasang grill. 

Paling terliur dengan 2nd bedroom rumah nih. Siap ada cermin lagi menghadap tangga. Master bedroom pun best jugak tapi gambar aku tak lawa sebab tuh tak boleh masuk blog. Rumah nih ada 4 bilik dan 3 bilik air. 22 x 68 tak silap aku. Harga? Bumi lot RM400k++ tak silap aku. Lokasi? Di The Cube Bandar Pulai Jaya, Kangkar Pulai Johor. Tap…

Seoul Garden kat Rumah

Image
Sebelum nih aku ada post aku buat bakar-bakar ala Seoul Garden kan kat rumah. Tapi masa tu kitaorg pakai dapur elektrik tuh kan. Akak aku kan suka 'merayau' kat website Lazada, so dia jumpa lah periuk Stimbot n bbq nih so apa lagi order lah satu buat bakar-bakar kat rumah. Seronok jugak ada benda nih kat rumah. Sejak ada periuk bbq & steamboat nih dah lama tak pegi makan kat Seoul Garden. Buat sendiri je.

Hihihi sorry banyak gambar. Sup kimchi tuh sedap plak padahal buat sendiri jer. Kimchi akak aku beli kat mana tah. Best betul buat bakar-bakar ala korea nih kat rumah. Jimat sikit duit. Lebih kurang 10 kepala yang makan n still tak habis. Kalau pegi restoran dah berapa kan? Jimat!