Posts

Showing posts with the label makan

Makan!

Image
Aku kan suka amik gambar makanan. Macam sayang plak tak letak sini sebab ada gambar-gambar macam lawa jer hahah. Yelah orang yang post gambar makanan kan orang sakit jiwa. Sakit jiwa kah aku. Oklah kalau yang aku masak sendiri n dah pernah post resepi akan aku link kan resepi. Laksa Johor adalah makanan fav. aku. Pagi petang siang malam makan pun takpe Resepinya Maggi kari telur goyang tetap my fav. Telur goreng kicap. Senang je Goreng telur n ikan bilis. Tumis bawang putih, merah n cili padi. Letak kicap Pastu curah atas telur n ikan bilis. Siap! Ikan masak tiga rasa. Resepinya Roti tampal sardin. Buat sarapan pun sodap!

Makan, makan n makan!

Image
All time fav., maggi kari Mi Maggi cepat dimasak sedap dimakan. Hai lapar pulak tengok gambar ni pagi-pagi buta. Tapi maggi panas-panas camni sedap time malam-malam jer Pagi-pagi camni meh ler kita cari nasi lomak hihihih

Selamat Hari Pekerja!

Image
Glup! Selamat hari pekerja dan selamat bercuti semua Tak tau nak letak gambar apa so aku letak lah gambar lontong huhuhuhu. Rasa lapar plak kan? Lotong RM2.50 jer ni. Makan satu nih kira just nice jer. Sebab portion dia memang ngam untuk kenyang. Ada 4 ketul hasi himpit n setengah biji telur. Kira oklah kan n dan yang bonusnya lontong nih SEDAP! Rasa lemak n rasa sambal semua balance. Lontong nih aku beli kat Taman Pulai Emas JB depan kedai runcit. Dah jual siap bungkus. Nasi Lemak dia pon sodap! RM1 je. Fuhhh takleh jadi. Nak kena cari ni huhuhu.

Fast Food & Aku

Image
Pagi2 buta dah lepak sini Tadi dok layan youtube tetiba ternampak pulak compilations iklan McDonalds daripada tahun 1982 sampai 1987. Terus menggamit memori. Yelah kan Aku & fast food memang tak dapat dipisahkan. Sebab tuh badan jadi gini. Hahahah. So entry hari ini adalah lebih kepada mengimbas memori zaman kanak-kanak aku ngan fast food. First time dalam hidup aku makan McD nih masa umur aku 5 tahun (1985). Ingat lagi masa tuh akak aku lepas grad diploma kat ITM terus kerja kat company British American Insurance (skrg Manulife Insurance). Bila dapat gaji pertama dia belanja kitaorg makan kat McD n belikan mak n ayah aku peti ais dan mesin basuh. Baru lah merasa pakai peti ais n mesin basuh. Actually memori makan McD tuh jer yang aku igt ngan akak aku tuh time aku kecik-kecik dulu. Sebab masa umur aku 6 tahun dia pun fly ke US sana sambung degree dan balik 5 tahun lepas tuh bawak suami ngan anak sorg yang dah nak nikah seminggu lagi ni hik hik hik. Sambung bal...

Laksa Johor

Image
Laksa Johor my fav! Untuk resepi klik sini

Tak sihat

Image
Pepagi bfast mcmni pun dah ok Tiap-tiap bulan kena batuk n selsema. Last month batuk agak teruk gak siap amik antibiotik lagi. Tetiba minggu ni kena lagi. Ujian Allah. Kita redha je lah. Agak-agak tak baik ni nak pegi Klinik Kesihatan yang terdekat ler. Sekarang ni bahaya. Macam-macam penyakit ada. 

Kari Kambing 40 hari

Image
Meriah meja Sebenarnya tak plan langsung pun nak pegi sini Sabtu lepas. Plan nya nak pegi UTC Galleria JB nak pegi PTPTN. Dah 3 kali dapat warning dalam email suruh settle kan tunggakan sebelum lulus ujrah tuh. Nak guna KWSP tak layak sebab pinjaman asal PTPTN aku tahun 1999. Tapi tetiba rasa cam malas pulak n sayang nak keluar duit hihihi. Tunggu sampai hujung-hujung offer nanti baru kasi bayar langsam terus. So oleh kerana tak jadi nak gi UTC, mak aku ajak gi breakfast kat restoran depan taman rumah aku ni. Nak makan roti canai katanya. Sampai restoran tuh sekali tengok lengang. Rupanya pakcik roti canai takde daaa. So terus spontan aku cakap lama tak makan Kari Kambing 40 hari. Situ ada roti canai hihihi. So kitaorng berlima pergilah kesana. Budak yg nak makan sendiri. Abg pulak makan bersuap. Sampai sana je sekali tengok ramainya manusia. Memang takde meja kosong. Nasib baik ada makcik ni nampak aku dok perati keliling cari meja kosong terus dtg kat aku ckp dia...

Sizzling Lamb Chop

Image
Terliur plak tgk gambar ni pepagi Masa cari bekas telur untuk wedding anak saudara aku, aku jumpa lah benda sizzling plate nih kat Cowboy Kulai tuh. Masa tu 1st time kot pegi Cowboy kulai. Sebelum nih dengar orang cakap jer. So bila gi sana ada cam nak gila sikit lah tengok barang kat situ. Tapi nasib baik cam waras lagi.  So dok jalan-jalan kat section periuk-periuk nih jumpalah ngan sizzling plate ni. So belilah satu konon-konon nak masak sizzling yee mee kat umah. Tapi haram sampai sekarang tak masak-masak. Padahal yee mee nya dah beli. Dah expired kot. Tapi sebelum tuh kitaorg masak ler Sizzling Lamb chop nih. Alah senang jer. Lamb chop nih kat pasaraya Aeon dah jual yang dah siap perap. Tinggal masak jer. Pastu beli potato yang comel-comel nih. Apa kah namanya aku dah lupa potato ni. Tapi sedap.  Brokoli ngan cauliflower plak aku celur je pastu goreng kentang goreng. Apo punya resepi ler banyak sgt kentang huhuhu. Tinggi potassium tak baik untuk ora...

Bawak Bekal - Breakfast

Image
Aku ni bukan takat bawak bekal untuk lunch jer. Breakfast pun aku bawak bekal gak.  Jimat.  Lagi-lagi aku sekarang nih tengah kawal makan kan.  So masak sendiri daripada rumah lagi elok sebab aku leh kawal berbanding bila beli kat luar. Sekarang ni memang jimat betul lah sebab aku tak spend banyak RM untuk beli breakfast n lunch. Tapi kadang-kadang ada beli juga sebab boring ngan masakan sendiri huhuhu. Sandwich dengan roti tinggi serat. Masa ni mula-mula kena marah ngan doktor. So kita makan camni ler. Nak kasi gula turun huhuhu Telur separuh masak 2 biji + kicap + lada sulah Marvelous! Bila dah bosan makan roti, kita makan kuey teow plak. Tapi kena jaga portion. Nasib baik meter gula tak naik. Phewwww! Kalau melantak benda yang sama pun tak best gak kan. Sekali sekala apa salahnya huhuhu. Mee Hoon Goreng. Kekadang layan spaghetti goreng. Guna minyak sikit jer Nasib baik tak cek doktor tak naik apa2 Ini Marconi Goreng. Kalau na...

Resepi: Pizza Roti Prata/Canai

Image
Pizza Roti Prata Aku ni kalau lapar mula lah selongkar peti ais, tengok apa yang boleh aku buat.  Dulu aku ada share pizza guna kulit tortila kan?  kali ni aku nak share resepi pizza guna Roti Prata/Canai segera. Bahan-bahan Roti Canai/Roti Prata segera (kat pasaraya banyak jual) Base sos = Ikut selera masing-masing.  (Aku selalu guna Mayonnaise +  Sos cili & sos bolognese) Tuna dalam tin, sosej di potong, isi ketam (dipotong), udang or ikut suka bahan untuk ditabur nih ayam ke etc Cheese (mozarella ke cheedar ke ikut suka asal sesuai ngan pizza) Aku guna sosej & isi ketam Cara-cara Roti Canai/Roti Prata dipanaskan dulu atas kuali leper tanpa minyak. Agak-agak macam dah garing sikit boleh lah sapu Roti Canai/Prata tadi dengan sos base pizza tuh. Lepas tuh macam biasa tabur sosej & isi ketam and last sekali cheese. Bakar dalam microwave or oven. Tapi jgn lama sangat kang hangus plak.

Resepi: Kentang Bakar & Telur

Image
Dah lama buat kentang bakar ni. Aku kan suka kentang. Sebab tu tinggi diabetes aku hehehe. Actually kentang bakar ni diamik sumber inspirasi darpada sini:- Time tuh aku lom diet lagi opppss lom cerita lagi pasal diet aku ni. So memang tiap-tiap Sabtu mesti aku try resepi baru. Tetiba akak aku post gambar kat atas ni lam whatapps kan. So apa lagi jom ler kita try. Bahan-bahan 5 biji kentang  5 biji telur ayam (Gred D or paling kecil) Daging lembu or ayam kisar Bawang merah,  bawang putih,  halia,  sedikit serbuk kari Keju Cheddar Daun bawang dicincang halus Garam secukup rasa Cara-caranya Bersihkan kentang dan rebus kentang dengan kulitnya hingga empuk. Sambil tunggu kentang empuk, cincang bawang merah, putih dan halia dan tumis sampai naik bau. Masukkan sedikit serbuk kari dan daging lembu or ayam kisar sampai, garam dan bahan penambah rasa (terpulang tak paksa) secukupnya. Masak sampai kering airnya dan tepikan. Kent...

Restoran Kari Kambing 40 Hari

Image
Ingat tak post aku pasal 40 days Lamb Restaurant tu? Ko rasa tak terliur tgk gambar kat bawah ni yg diorg whatappskan kat group family. Gambar yang aku terima pada tghari Isnin minggu lepas ketika aku tengah  berlawan ngan hypo aku! Lepas tuh takleh tahan hari Sabtu lepas kitaorang pun zasssss pergi ke Yong Peng semata-mata nak merasa nasi kat Restoran Kari Kambing 40 Hari ni.  Adapun nama Restoran ini Kambing 40 hari tidak lah tahu asal usulnya mengapa dinamakan begitu.  Pagi-pagi pukul 8 pagi aku, mak aku, akak aku, mat ayip n baby mya teruslah menuju ke lebuhraya utara selatan semata-mata nak makan Nasi ni punya pasal heheheh.  Berhenti kat Petronas Plaza Tol Skudai, isi minyak n isi perut kat Dunkin Donut.  Lapar n nak makan ubat sbnrnya 1st time beli sedap rupanya! Lepas isi perut kitaorg continue ler menuju ke destinasi Restoran Kari Kambing 40 hari ni. Lokasinya senang jer, exit di Tol Ayer Hitam, belok kiri sampai lah jumpa ...

Now you see ...

Image
Glup! Now you dont! Hah? Hah licin sekali tu!  Sebagai orang yang mempunyai darah jawa dah tentulah Nasi Ambeng adalah salah satu makan fav. aku. Alahaii time edit gambar nih terus rasa lapar ko! Aku ni hari-hari makan Nasi Ambeng pun boleh. Nak-nak nasi ambeng kenduri. Fuhhh sedap gila ko. Makan dalam dulang style orang jawa. Kena pulak ngan ayam masak kicap pedas perghhh terangkat ko. Pastu ada rasa lemak2 serunding kelapa n masin-masin ikan kering adehhhh. Takleh jadi ni sok pagi mesti cari!  takleh sambung taip sebab air liur dah meleleh hahahah

Makan-Makan: Ketam

Image
Aku suka makan ketam. Memang fav aku ler. Kalau ada duit lebih sikit boleh lah makan ketam or lebih kurang lepas gaji ke. Sebab ketam ni bukan nya murah. Kalau yang besar sikit boleh cecah RM30 sekilo. Dah lah satu ekor jer dah berapa ratus gram kan. Tapi kalau dah terigin sangat kita makan jer yang sederhana besar selalu kat JB harganya dalam RM20 paling mahal. Ada kedai jual RM18 sekilo. Untung ler kalau jumpa kedai tuh. Ketam Masak Lemak Nenas Pesta Ketam 2012. Fuhhh ngan telur ketam Chili Crab Ketam Black Paper Ketam Black Paper homemade ketam lemak cili padi ketam black paper tak jadi ketam lemak cair So memandangkan aku tengah clear kan gambar-gambar dalam handphone aku or dalam laptop aku ni aku letak ler gambar-gambar ni sebagai koleksi ketam aku. Yelah kan mana tau kalau rosak ke kan. So aku nak letak koleksi gambar ketam-ketam aku dalam blog ni. Heheheh alah lagipun blog aku ni jarang orang baca. So tak kisahlah kan blog ni jadi tempat kol...

Makan-Makan: Breakfast 2

Image
Last year aku ada share pasal breakfast yang paling dirindui bila kita keluar negara. Actually aku ni takde benda nak tulis. Tengok gambar makanan jer yang banyak. So nak bagi clear gambar-gambar kat handphone aku dan jugak laptop aku, meh ler aku share kat sini. Sayang pulak nak delete tapi tak up gambar makanan ni kat mana-mana. Mana tau boleh jadi reference buat aku. Breakfast di KFC. Nasi Ayam dan Sambal Boleh didapati dimana-mana restoran KFC yg menawarkan hidangan breakfast Nasi Ambeng RM berapa dah lupa Terbaikkk jugak nasi ambeng ni; Lokasi: Pasar Larkin, Ground Floor Nasi Lemak Ayam RM1.20. Mana lagi nak dpt nasi lemak ayam RM1.20 zaman GST ni? Lokasi: Kg. Skudai Kiri/Kg. Usaha Jaya (kurang pasti) Nasi Lemak Paru RM4.00. Yeahhh Terbaikkk paru sambal dia. Lokasi: Taman Dahlia, Johor Bahru Nasi Ambeng RM4.00 Mana nak dapat RM4.00 tapi ayam size besar? Serunding sedap gila. Lokasi: Jalan Chendrawaseh, Larkin Jaya Meehoon Goreng Putih RM2.50 Sedap!...

Makan-Makan: Manhattan Fish Market

Image
Cerita lama masa hari ibu bulan 5 haritu. Bawak mak aku pegi makan-makan sempena hari Ibu. Oleh kerana Johor cuti hari Jumaat & Sabtu, so g makan-makan hari Sabtu cos hari Ahad org keje gomen n budak-budak semua sekolah. Hari-hari adalah hari Ibu Kali ni aku belanja makan kat Manhattan Fish Market kat Aeon Kulai. Aku suka g Aeon Kulai sebab g situ tenang sangat tak rushing macam kat Aeon Bukit Indah. Masa bulan 3 & 4 Groupon ada sale kupon Manhattan Fish Market yang pada aku sangat berbaloi. Tiap kali masuk quarter of the year jer mesti tertunggu-tunggu kat Groupon Manhattan Fish Market nih.  Manhattan Star Platter Set. RM53.90 kat Groupon Manhattan Fish Market Grilled Gala. RM53.90 juga Yang ada telur tuh set Fishy Chicken Bang Bang. RM19.90 beli kat Groupon. Tapi yang set Lobster tuh aku beli tambahan Antara ahli rombongan Puas hati kali ni makan kat sini. Aku selalunya tunggu ada sale kat Groupon ler baru jejak kaki kat sini. Kalau tidak ida...