Posts

Showing posts from March, 2015

No Title

Image
Banyak betul benda nak cerita tapi macam malas nak menaip. Idea pun kadang-kadang datang kadang-kadang tak. Time datang idea masa kat opis n kadang-kadang masa memandu pergi dan balik kerja. Camner kan? lepas tuh sampai rumah dah lupa apa yang perlu dibuat. 
Masa untuk aku belek-belek blog aku plus blog walking blog orang lepas solat maghrib sampailah pukul 9.00 malam lepas tuh time tengok tv pulak takpun belek handphone tengok facebook or mengendap instagram orang. Kadang-kadang kalau dah penat sangat memang belayar depan tv or masih pegang handphone. Tuh je lah masa aku nak belek hp or tengok tv time weekdays.
Ada orang tuh aku tengok dulu masa aku suruh beli smart phone dok ckp tak payah lah, buat apalah, guna hp cuma nak call orang je. Tapi bila dah beli, hah kau dok belek facebook je 24 jam!

Gibun Joheunnal

Image
Dah lama tak buat entry Drama Korea. Last entry tahun 2013 drama The Suspicious Housekeeper. Lepas drama tuh ada lah tengok drama lain tapi tengok tebuk-tebuk je. Hahah faham ke maksud tebuk-tebuk tuh? Maksudnya tak tengok setiap episode. Malas nak tengok semua episode cos drama korea kan semuanya sama jalan cerita hihihihi. Tapi kan haritu boleh plak rasa macam best tengok drama nih:-

Drama ni mengisahkan seorang penulis novel dan ibu tunggal yang membesarkan 3 orang anak perempuan dia sendirian dan hidup berjiran dengan abang angkat yang dikenali di rumah anak-anak yatim yang mempunyai dua orang anak lelaki. 
 Yang buat aku suka dengan drama ni sebab ada elemen keluarga plus elemen kelakar n elemen romance ekekeke. Watak jahat pun tak berapa jahat mcam cerita korea yang lain. Kalau ada Astro boleh tengok kat Channel OneHD takpun cari je ke Youtube tajuk kat atas tuh plus taip englis subtitle. Hehehehe

Tengah jeles ngan anak-anak saudara aku diorg kat Seoul skrg ni!

Sultan of Johor Coronation Day

Image
Hari ni Johor public holiday. Selalunya kalau public holiday negeri ada je kedai bukak or orang kerja ke. Tapi hari ni wahhh kebanyakkan kedai-kedai tutup sampai nak beli sarapan pun takde kedai yang bukak. Actually aku secara kebetulan je ada kat sini. Hari ni Isnin hari mak aku kena dylisis biasa dia, smlm dah risau camner nak hantar dia g Dylisis sebab jalan banyak tutup n kebetulan jalan berdekatan tempat dylisis dia plak Sultan nak lalu. So lepas subuh jer kitaorg cabut pegi. Alhamdulilah sampai je jalan belum tutup lagi n still boleh lalu.
Tunggu mak aku kejap lepas pasang tiub-tiub n dylisis mak aku pun dah start, baru kitaorg keluar dari bangunan tuh. Since area tuh Jalan Gereja and Jalan Ngee Heng ni ada hotel Double Tree by Hilton, so banyak lah kenamaan yang duduk kat hotel tuh. Mula-mula tak tau pun yang Sultan Johor akan lalu jalan nih, akak aku bagitahu smlm so apa lagi dah dekat je kan boleh lah tunggu tengok sesambil tunggu mak aku abis dylisis. Tapi yang parah bila s…

Nasi Kerabu

Image
Rindu pulok nak makan nasi kerabu makcik Pasar Tani ni.  Untuk aku lah ini nasi kerabu the best kat JB  Aku tak tau ler tekak orang lain, tapi aku da rasa banyak nasi kerabu kat JB, yg kat sini memang the best. Semua kena n balance.
Dah lama tak beli bila pegi dok lalu ramai orang terus kansel sebab selalu aku beli lepas beli ikan & ayam so berat plastik nak pegang tuh yang malas. Aku nih kureng makan pedas n sambal cili padi dia memang pedassss so bila makcik nih nampak aku,  "Nasi Kerabu tak nak sambal 1 kan?" hahaha nampak tak disitu? regular customer nih.
Harga: RM4.50 - Ada Daging Salai, Solok & Telur Masin Lokasi Nasi Kerabu:  Setiap Ahad Pasar Tani Taman Sri Pulai, Johor Bahru (Satu-satunya gerai Nasi Kerabu yg ada. Sebelah gerai roti canai dan bawang2) Bazar Ramadhan pun kat tapak Pasar Tani Taman Sri Pulai, JB,

Istanbul Aku Datang!

Image
Dah datang pun. Cuma tak puas jer ke Istanbul. Aku pegi dulu pun macam menyinggah jer sebab tujuaan utama nak pegi Umrah so dalam perjalanan kita singgah dulu plus masa tuh kitaorg guna Turkey Airlines so memang lah kena singgah Istanbul dulu.
Aku pegi Istanbul untuk 3 hari 2 malam. Ikut rombongan umrah/ziarah Istanbul. Banyak buat lawatan ke Masjid-masjid yang ada kat Istanbul nih. 1st day sampai tuh kitaorang pegi Masjid Ayub dimana ada kawasan perkuburan kat situ lah Allahyarham Ahmad Ammar di kebumikan. Tapi time tuh Allahyarham belum meninggal lagi. Aku pegi tahun 2011
Hari last naik private boat keliling Bosphorus Straits. Pegi Asia side. Naik Camlica Hill. Fuhh breathtaking view kat sini. Aman damai sangat kat atas tuh. Tapi paling best pasal Istanbul nih orang-orangnya sangat friendly. Siap nak borak walaupun pakai bahasa isyarat je sebab ada yang tak tahu bahasa inggeris. Sebab tuh aku tak kisah nak pegi lagi. Lagipun belum explore betul-betul Turki ni. Lagisatu makanan pun …

Fikir dulu sebelum post...

Kita kalau nak post apa-apa kat sosial media nih kenalah pikir 2 3 kali dulu.
Kena kaji balik post kita ni ada tak nanti menyakitkan hati orang, buat orang kecil hati or apa-apa sahaja yang boleh menimbulkan kemarahan or ketidakpuasan hati orang yang membacanya. 
Aku tengok orang-orang sebarang jer post kat sosial media. Kadang-kadang aku rasa lebih baik tak ada facebook or instagram or twitter ke.
Lagi bagus daripada ada. Bila ada baca luahan hati orang kadang-kadang menyakitkan hati juga kan?
Menyakitkan hati bila kita dapat tahu perasaan dia sebenar.
Lebih baik tak ada sosial media ni. So tak adalah tempat nak luahkan perasaan sampai satu dunia boleh tahu. Kalau tak ada dia luahkan kat kawan-kawan dia jer lah. So takde lah orang yang tak sepatutnya tahu apa perasaan dia.

Ya aku tahu itu Facebook dia, dia punya pasal lah nak tulis apa. Kalau tak suka remove je.
Aku pun pendapat mcm tu juga. Tapi agak-agaklah nak post tuh pasal apa.
Kalau beria sgt pun nak share juga, Facebook kan ad…

Jodoh dan pertemuan di tangan Allah

Image
Jodoh. Topik yang paling tak suka kalau orang tanya aku. Alhamdulilah aku berada dalam keluarga dan saudara mara yang memahami diri aku. Jenis yang memang takkan tanya pasal jodoh dengan aku. Tapi kadang-kadang tuh adalah sorg dua yang tanya.
Bila dah usia pertengahan 30-an nih memang aku dah tak fikir pasal jodoh. Actually since masuk umur 30-an dah rasa 'tak kisah'. Bukan give up atau putus asa cuma perasaan tuh dah beransur-ansur hilang hingga menjadi kosong. Kosong sekosong-kosongnya.
Tapi jauh disudut hati aku, ada juga perasaan tuh. Mungkin dah tak sebanyak dulu. Tapi perasaan itu tetap ada. Tipulah kalau ckp kosong sekosongnya. Cuma perasaan mencari tuh dah tak ada n lebih kepada pasrah pada apa-apa kententuan ilahi.
Kadang-kadang sedih juga bila ada orang membanding-bandingkan kehidupan 'keseorangan' aku dengan kehidupan berkeluarga mereka. Selalu bila terjadi perkara sebegitu, aku berundur dari kumpulan tersebut. Menyepi diri dan hanya memerhati dari jauh.

La…

Krik.. Krik..

Image
Lama betul aku menyepi. Rasa macam takde mood nak menulis. Balik kerja bukak laptop baca blog orang lain terus log out balik. Jadi pembaca senyap je. Actually ada beberapa perkara berlaku and ada beberapa hari tu sampai tak sempat langsung nak login blogspot nih or jalan-jalan kat blog lain.

Awal bulan 3 haritu ibunda tercinta kena admit wad. Mak aku ni memang ada appointment kat Klinik Pakar Hospital Sultanah Aminah (HSA). 3-4 bulan sekali jumpa sejak 5 tahun lalu. Mula-mula tuh bulan 10 last year doktor dah arahkan buat tapak dylisis kat tangan cos condition buah pinggang mak aku nih makin merosot. Doktor bagi appointment setiap bulan sebab nak pantau condition dia. Puas pujuk mak aku buat tapak dylisis tuh, alhamdulilah bulan 11 tahun lepas dia buat juga akhirnya. Tapak tuh dibuat kat Klinik Pakar Pembedahan Plastik. Yang ini kena cari doktor luar. Surgery nih dibuat kat pegelangan tangan dimana dua urat pesakit dicantum menjadi satu. Sekarang bila dipegang urat tuh memang terasa …