Posts

Showing posts with the label diet

Ampunnnnn hihihihihi

Image
Satu tak salah kan? hihihihihi  takpe nanti balik ruma lari kat treadmill stgh jam ek hihihhhohohoho

Resepi Diet: Salad Telur & Ikan Dory

Image
Menu breakfast. Aku guna Telur rebus dan ikan dowry yang aku goreng kat pan guna minyak zaituh sikit jer. Kalau nak diet nih dinasihatkan guna minyak zaitun. Walaupun mahal sgt berkhasiat. Sebab tuh kalau guna minyak zaitun nih sikit jer.  Aku susun salad kat bawah lepastuh potong ikan dowry tabur atas salad. Telur rebus dipotong bulat-bulat. n tabur atas ikan dowry. Sosnya still guna sos thousand island.

Resepi Diet: Salmon Grill & Brokolli

Image
Simple jer.  Ikan Salmon dibersihkan dan direndam ngan air asam jawa untuk hilangkan hanyir. Perap Ikan Salmon dengan Lada Hitam, Lada Putih & garam Brokoli tuh dibersihkan. Nak rebus dulu pun boleh. Tapi aku grill sekali ngan Ikan Salmon. Bila ikan salmon panas-panas da masak aku tabur cheese.  Nak dapatkan kalsium lah katakan hahahaha Sos aku still guna Thousand Island. Tapi ingat aaaa nak diet kena guna 3-4 titik jer sos tuh.

Resepi Diet: Salad Ayam & Telur

Image
Yang ini plak sesuai untuk breakfast. Lagi senang ekekek Bahan-bahan Ayam yang telah dipanggang Telur yang telah direbus Salad Cheese Sedikit sos Thousand Island Cara-cara Tak ada cara. Tengok gambar aku tuh jer dah tau cara-cara camner

Resepi Diet: Ayam Bakar & Salad

Image
Actually aku dalam proses diet. Heheh. Kurangkan makan nasik n makan lauk & sayur jer. Lemak memang dah terlebih-lebih sgt nih. Simple jer resepi nih. Meh aku ajar Bahan-bahan 1/4 bahagian Ayam (tak kisahlah tapi lagi bagus bahagian dada) Garam Lada Hitam Lada Sulah Paprika sikit Brokoli Salad Cheese cheddar  Cara-cara Ayam diperap ngan garam, lada sulah, lada hitam & paprika. Biar selama 1/2 jam. Lepas 1/2 jam baru grill or panggang dalam kuali. Aku guna kuali korea yang boleh terbalik2 tuh. Best gila ok. Agak-agak ayam nak masak tuh masukkan sayur brokoli tuh n letak cheese atas ayam tuh n Panggang sekali. Sosnya aku malas nak buat amik thousand island pastu picit2 sikit2 jer kat salad2 tuh. Siap dinner/lunch aku!

Nasi oo Nasi kenapa engkau sedap

Image
Sebelum aku ehem ehem,  nasi goreng gerai makcik simpang tuh lah yang boleh dikatakan hari-hari aku layan Tapi sekarang nih kalau nak makan rasa macam bersalah jer. Kadang-kadang nak tipu gak tapi masih tak mampu. Tabahlah wahai hati! huhuhuhu

Nasi aku merindui mu...

Image
Saje jer kasi besar ini gambar. Nasi, Ayam masak kicap & tetel masak kari. Tahu tak tetel tuh apa? Bukan tete* tau. Tapi T E T E L. Alah lemak lembu ngan daging sikit2. Sedap dimasak kari kan? Nak-nak kalau dimasak kari dengan sayur nangka muda. Makan pulak dengan nasi panas Aduhaiii sedapnya. Tapi tuh semuanya dalam kenangan huhuhuhuhu Jangan give up Cik Awan!

Makan-Makan: Restoran Saujana Seafood, Gelang Patah Johor

Image
merenung masa depan Cerita dah lama. Heheh. Well 2013 kan tahun malas aku. Cerita masa bulan 1 haritu. Cuti panjang so akak aku n family dia  yg duduk Shah Alam balik lah JB nak tgk ibunda tercinta. Masa nih lepas trip ke Universal Studio tuh. Abang aku yg sgt generous tuh lagi sekali nak belanja makan kat sini sebab katanya masa kat Singapore tuh mak aku tak ikut. So kiranya tujuaan utama nak belanja mak aku makan. budak byk kerenah Restoran pilihan kitaorg adalah Restoran Saujana Seafood kat Gelang Patah, Johor. Actually nih bukan first time makan kat sini. Dah banyak kali jugak. First time utk akak aku n family dia. n satu lagi kitaorang pergi time Lunch.  Pelayan restoran baru Untuk makan-makan kali nih 12 orang dewasa n 2 orang kanak-kanak yang join and the damage is RM380.00 yang pada aku boleh lah untuk 12 orang makan. Pada aku restoran nih sedap jugak lah cuma dah tak sesedap masa 5 tahun yang lepas. Actually dah lama tak pergi sini. Last pergi...

Diet ke?

Image
roti canai telur banjir satu! Konon lah kan. Baru jer kena bebel ngan Doktor n Nurse masa appointment last month dah buat tabiat lama ye?. Hehehe. takdelah actually photo nih diamik sebelum aku pegi appointment ngan Doktor Pakar haritu. Setakat nih blood test aku semer nampak ok. kidney aku pun ok. semer ok. tapi akan jadi tak ok kalau aku tak kurangkan berat badan n tak amik makanan yang berkhasiat.  Aku igt nak try Alpha Lipid lah. Nak buktikan kat Doktor n Nurse tuh yg aku boleh turun 6kg dalam masa 6 bulan. wakakaka 6 kg jer tuh. Rasa tercabar plak ngan kata2 diorg tuh. tapi aku nih tak kuat semangat sikit. takut rugi jer aku beli Alpha Lipid tuh. dah lah mahal kan? Apa-apa pun mesti sahut cabaran diorg. Rasa tahun 2013 nak berazamlah. doktor n akak nurse.. tungguuuuuuuu kemunculan saya 6 bulan lagi ye!