Posts

Showing posts from February, 2015

Periuk Korea

Image
Akak aku nih memang selalu dok layan drama korea. Aku pulak bermusim. Sekarang nih memang dah jarang nak tgk drama korea. Akak aku jer still layan sampai sekarang. So bila dia tengok drama-drama korea ni dia bukan dok layan hero-hero drama korea tuh. Tapi dia dok tgk kitchen appliance dalam drama korea ni. Dalam drama korea kan banyak diorg guna periuk yang macam-macam kaler kan. Ada oren, hijau, putih or kuning ke. So akak aku pun google ler periuk-periuk tuh. Google punya google dia pun jumpa lah periuk tuh kat LAZADA.

So apa lagi dia dgn tak buang masa terus beli satu dulu nak try. Lepas beli n pakai tgk ok dia beli satu set terus. Periuk ni aku mmg rekomen sangat. Periuk ceramic nih. Bagus untuk kesihatan. Harganya takde lah beribu-ribu (1 set RM1288 dpt 5 pieces n ada banyak set n kalau nak beli satu2 pun ok). Tak macam periuk Tupperware tuh yg orang dok sanggup main kutu nak beli tuh. Dah lah berat bila masak dok melekat jer. Nak cuci pun susah kena pakai sabun dia sendiri. 
Peri…

B U L I

Perkara yang paling tak suka aku dengar adalah bila orang kena buli. Dulu masa sekolah ada jugak kena buli. Tapi bukan buli secara fizikal tapi mental. Bila ingat balik rasa macam geram pun ada. Lagi-lagi bila nampak muka budak (skrg dah mak budak) tuh kat FB salah seorg fren list aku. Fuhh rasa macam tak berubah je. Still ada muka ganas tuh
Actually aku ni nak cerita pasal anak saudara aku. Bila balik kerja jer ada jer cerita yg mak dia cerita kat aku. Kekadang sedih pulak tengok si Mat Ayip tuh asyik kena buli jer. Ada satu hari tuh dia tertidur kat bas masa balik dari sekolah bila bangun tengok sebelah kasut sekolah dia kena sembunyikan. Botol air pun dah kena sembunyikan. Botol air Tupperware pulak tuh. 
Sekolah dia ni akhir waktu kena solat zohor, so dia akan tukar kasut kepada selipar n pakai terus sampai balik. So dia akan letak dalam bag kasut dia. Bila tertidur mmg abis lah hilang. Percaya tak baru 2 bulan sekolah dah 2 pasang kasut hilang. Botol air jgn ckp memang dah berbo…

Staff Lunch

Image
Bos aku ni selain kegemarannya adalah marah-marah, dia suka belanja makan. Kekadang bila dah marah punya kaw-kaw kat kitaorg tetiba ajak pegi makan. Dia belanja katanya. Lepastu masa makan dia borak macam takda benda yang jadi. Macam dia buat-buat lupa plak dia ada marah-marah orang tadi. 
Pernah jadi pada aku memang kaw-kaw betul kena marah. Marah yang bukan salah aku pulak tuh. Salah dia sendiri. Biasalah kan bos mana nak mengaku kalau salah diri sendiri. Bila kita cakap  pasal kerja, dia sibuk nak main internet kat laptop mengalahkan budak-budak padahal dah jadi atok orang. Lepas tuh jawap ya n ya. Bila dah salah aku pulah disalahkan. Haishhhh nasib si kuli. Lepas kena marah tuh boleh plak di ajaknya satu office makan. Masa tuh memang tak pandang muka dia pun. Buat bodo. Hajat dihati tak nak ikut tapi terpaksa juga pegi. Pegi pun tak bawak kereta sendiri. Selalu kita jadi drebar bawak budak2 office. Tapi sebab nak menunjukkan betapa bengangnya aku so bawak kereta orang lain. Masa …

Resepi: Satay Ikan

Image
Teringat masa zaman kecik-kecik dulu ada orang jual satay ni naik motor. Ingatkan satay biasa (satay ayam, daging etc) tu rupanya satay ikan. Makan pulak ngan sos dia yang pedas manis tuh. Fuhh sedap betul. Tapi bila dah besar dah pindah kat rumah sekarang nih dah takde jumpa dah satay ikan tuh n aku pun dah lupa pasal satay tuh sampailah jumpa orang share resepi satay ikan ni kat Facebook. So apa lagi. Aku kan pantang nampak resepi2 baru nih kan terus cuba. Jadi n sedap pulak tuh. So kat sini aku nak share resepi Satay ikan tu:-
Bahan-bahan 250 gm isi ikan selayang (tak perlu rebus) dikisar lumat 100gm tepung ubi kayu 1/2 biji bawang besar (dikisar) 1 sudu kecil garam 1/2 sudu teh serbuk perasa 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan soda bikarbonat. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil, Panaskan minyak dan goreng sekejap. Cucukkan pada lid…

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang

Image
Aku rasa aku semakin tenang sejak umur aku dah masuk pertengahan 30-an ni. Kalau nak tau 2-3 tahun lagi umur dah jadi lewat 30-an pulak. Dulu masa umur 20-an kalau bawak kereta mesti tetiba aku jadi panas baran. Bawak kereta pun kat lane kanan je. Lepas tu mulut mula curse orang bila orang buat silap sikit. Kalau nak tau aku pernah turun tingkap tunjuk penumbuk kat orang yg over take aku secara berbahaya. Nasib baik tak bertumbuk. Mungkin orang tersebut tak nak layan orang gila macam aku.
Tapi itu semua masa bawak kereta jer. Kalau masuk kereta jer character aku bertukar 360 darjah. Tapi semua berubah masa aku dpt peluang menunaikan umrah pada tahun 2011. Masa nak pegi tuh mak aku risau sgt dengan aku sebab dia tahu perangai anak dia nih masa bawak kereta dok asyik curse orang je. Dia takut aku dok curse orang jer masa kat Tanah Suci. Tapi Alhamdulilah aku dapat kawal diri aku n takde sepatah perkataan tak elok pun keluar masa aku kat sana. Dan paling aku bersyukur sekali ia berpanja…

Makanan Jepun

Image
Saya suka makan. Selain masakan Melayu saya juga suka masakan daripada negara matahari terbit iaitu, Jepun. Restoran Jepun di Johor Bahru sangatlah terhad dan tidak ada banyak pilihan yang lain (jika ada sila berikan alamat di ruangan komen). Bagi menghilangkan keinginan kami untuk makan makan Jepun, maka Sushi King menjadi pilihan. Saya dan kakak saya telah menghadkan sebulan hanya sekali makan di Sushi King. Ini kerana makan disini bukan lah murah, sebab saya mudah lupa daratan ketika berada di Restoran ini.
Gambar diatas ini adalah gambar anak saudara saya iaitu Mat Ayip. Maaf kerana saya pelatkan nama beliau secara sengaja atas sebab-sebab keselamatan. Mat Ayip begitu gemar berkunjung ke restoran ini. Sushi kegemaran beliau adalah 'Ebi Ten' dan 'Ebi Fry' iaitu sushi yang mempunyai udang tempura atau goreng diatasnya. Kalau saya membawa beliau bersiar-siar dimana-mana pusat membeli-belah, saya akan elakkan daripada melalui hadapan restoran Sushi King ini. Ini keran…

Bakso

Image
Aku nih bukan gemar sangat bakso nih. Biasa-biasa jer. Tapi sekali-sekala memang boleh layan especially time selsema ke demam ke sedap makan sup-sup nih. Tapi yg aku tak gemar bakso nih sosnya dia letak sos cili or sos cili indonesia. Hahah macam pelik jer rasa. Rasa lagi umpphhh kalau makan dengan sambal kicap kan? so tiap kali aku order menda nih mesti aku ada 'derhaka' sikit dengan cara makan bakso nih. Mesti tak mau letak sos mintak sambal kicap hihihi.
Anyway Bakso kat atas ni aku tapau dari Asam Pedas Congkak Emas kat Taman Larkin Perdana, Johor Bahru. Sedap! memang direkemen untuk datang kat sini. Restoran ni ada jual asam pedas cecah dengan lempeng time sarapan. Sedap sampai tak siuman kauuuu!

Resepi: Udang Goreng Kunyit Berlada

Image
Resepi nih aku actually kegemaran arwah ayah aku. Dah lama jugak tak masak resepi nih. So baru-baru nih tetiba teringin nak makan kan so terus pegi kedai cari udang n bahan-bahan lain. Meh aku nak share resepi nih:-
Bahan-bahan 20 ekor udang besar or sederhana besar  (dibuang kepala n kulit hanya tinggalkan sedikit di bahagian ekor) 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1/2 inci Halia 1/2 inci Kunyit  (serbuk kunyit pun boleh 1 sudu kecil) 2 batang lada merah (ikut pedas masing-masing) (bahan-bahan kat atas ni ditumbuk hingga lumat. Dikisar pun boleh tapi lagi sedap kalau ditumbuk dengan lesung batu) Garam secukup rasa Bahan perasa (kalau suka) Minyak untuk menumis
Cara-caranya Panaskan minyak atas kuali dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau. Masukkan udang yang telah dibersihkan, garam secukup rasa dan sedikit air kacau dan biarkan sampai masak. Siap! mudah je kan. Sesuai dihidang dengan nasi panas.

Bila hari cuti

Image
Aku bila ada kat rumah lapar jer kerja nya. Aku rasa baik aku kerja jer kan daripada duduk rumah dok makan je. Kalau kat tempat kerja takde masa nak makan. Tapi kadang-kadang aku makan jer selamba kat atas meja aku. Kalau bos datang mula lah mulut lah nak tersembur makanan tuh sebab terkejut. Ada sekali tuh tgh sedap ngap, ngap, ngap sekali baru perasan bos depan aku. Dah lah tanya soalan yang kena jawab so terpaksa telan dulu makanan tuh depan dia ekekekeek. Tak senonoh kan aku nih?


Boleh dikatakan kegemaran aku adalah memasak. Aku suka memasak sebab aku suka tengok orang makan. Sebab kalau orang makan perut kan kenyang. Kalau dah kenyang hati pun ada gumbira kan. Selalunya hari aku memasak adalah hari Sabtu, Ahad dan hari-hari kelepasan am.


Kakak n Abang aku memang dah tahu kalau hari sabtu ada jer adik diorg yg last ni mesti ada masak something special. Memang sgt sepadan dengan badan hahahaha. Anak-anak saudara aku pun selalu whatapps aku ckp suruh masak sedap-sedap.

Sebab tu aku…

Wishlist 3.0

Image
Manusia memang tak pernah puas dengan apa yang dia dah ada. Dah ada kereta nak ganti kereta baru. Jenama n jenis yang sama pulak tuh. Tapi bila fikir, darab, tolak, bahagi dan campur rasanya tak kot. Aku pakai jer kereta yg sekarang aku pakai. Atleast kurang satu hutang aku. Bila disimpan duit bayar duit kereta bulan2 tuh lumayan jugak hihihi. 
Tapi kan tak semena-mena aku teringin benda lain plak heeeeeee

Mula-mula aku tak teringin sangat pun nak tukar henpon baru sebab henpon aku pakai sekarang pun dah ok lagipun aku dok kira-kira tunggu iPhone 10 Plus keluar baru nak beli. Tapi bila aku kansel nak tukar kereta tuh terus tetiba rasa macam nak tukar henpon plak. Lagipun henpon bukan ada bayar bulan2 sampai tujuh tahun macam kereta tu.

Kalau jadi beli igt straight nak beli terus dari Apple Store or kedai barang Apple nama Machine. Takmo beli yg ada kontrak ngan mana-mana company telco. Nampak jer dalam plan ckp bayar murah. Actually sama jer bayarnya macam beli yg takde kontrak. Cuma…

Belajar lah bersyukur

Aku perhati budak-budak sekarang tak tau erti hidup susah. Makan nak sedap. Tak reti nak susah-susah sikit. Beli sardin murah boleh pulak dia ckp tak sedap rasa macam sabun. Hah? aku dengar pun rasa macam nak ..... hmmm tak tahu nak cakap apa. Boleh dia ckp sardin tuh rasa sabun? Tak baik menghina makanan. Kalau time darurat sardin yang rasa macam sabun tuh lah kau bedal sampai licin.
Aku masa belajar dulu sardin murah rasa macam sabun tuh lah aku bedal. RM0.90 satu tin kecik kongsi 3 orang buat makan tghari n malam. Tapi budak-budak sekarang boleh ckp mcm tuh. Sardin murah rasa sabun. Haihhh sampainya hati nak oiiii. Aku makan sardin rasa sabun rupanya. Tapi time tuh itu jer yang mampu. Sedap juga sardin tuh bila sudah diolah dengan pelbagai rasa. 
Budak-budak ni sekarang boleh lah ckp mcm nih. Makan minum ibu bapa yang tanggung. Tapi nanti dah dewasa kena tanggung makan minum anak bini baru tau kalau belajar pun kurang rajin n nasihat orang takmo dengar n anggap orang membebel untu…