Skip to main content

Posts

2017 - Throwback Part 2

Fuhh lama gila aku nak sambung entry throwback ni. So ini lah sambungan Part 1

JULAI Bulan paling sedih dalam hidup aku. Aku kehilangan doa yang paling mustajab dalam hidup aku. Mak yang aku kasihi dan yang aku sayangi telah pergi buat selama-lamanya. Sedihnya hanya Allah sahaja yang tahu. Mak pergi pada hari terakhir bulan syawal.
OGOS Bulan Ogos, bulan pertama yang aku lalui tanpa mak. Masa ni hari-hari aku menangis n actually sampai sekarang masih lagi menangis. Lagi-lagi bila ahli keluarga yang duduk jauh balik, lagi lah sedih.

SEPTEMBER

Bulan birthday baby Mya yg ke-2. Dua Bulan ni jugak aku decide untuk tukar kereta. Terlalu banyak kenangan dengan kereta lama. Lebih baik tukar sekarang sebelum nilai kereta lama tu semakin turun. Aku tukar kereta tak pegi jauh-jauh pun. Brand yang sama dan yang paling kelakar model yang sama. Cuma upgrade sikit lah. Dulu 1.3 cc sekarang 1.5 cc.

OKTOBER
Dah 3 bulan mak pegi masa ni. Masih baru nak terima hakikat mak dah takda. Bulan ni jugak birthday …
Recent posts

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Rasanya belum terlewat untuk aku wish Selamat Hari Raya Aidifitri kepada semua yang baca blog aku ni (ada lagi ke?). Ampun maaf zahir batin jika ada tersalah silap sepanjang aku berblog.
Lama rasanya tak mengepos kat sini. Macam-macam yang jadi kat aku n family aku sepanjang aku tak post kat blog ni. 
Rasanya nak continue dengan apa yang aku belum habiskan.
So kalau aku rajin nanti adalah post-post lama tahun2 lepas yang tak sempat aku post.
Inikan cam cerita hidup aku. So tak kira ada orang baca or takde ke cerita lama ke mesti kena abadikan kat sini.
Ok good luck untuk aku.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham Ismail Bin Hj. Wahid, abang kandung saya yang telah kembali kerahmatullah pada 10 Jun 2018 bersamaan 25 Ramadan 1439 Hijrah. 
Semoga roh abang saya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin ya rabbal alamin

***

Belum sedih kehilangan ibunda yang tersayang pada bulan Syawal tahun lepas, kali ni giliran abang aku pula telah pergi meninggalkan kami. Sedihnya kerana arwah pergi dalam keadaan mengejut dan meninggalkan isteri yang tidak bekerja dan dua orang anak yang masih kecil.
Insya Allah aku akan kembali berblog sebagai terapi untuk mengatasi kesedihan yang aku alami.

2017 -Throwback Part 1

Selamat Tahun Baru 2018. Rasanya tak terlewat kot. Walaupun bulan Januari dah nak abis dah. Sekejap jer setahun berlalu. Post ni dah lama aku draft tapi tak siap-siap. Tiap-tiap tahun aku ada post throwback (last year 2016 - Part 1 & Part 2). Walaupun tahun 2017 post tak banyak tapi tetap nak buat throwback. Tahun 2017 adalah tahun paling sedih dalam hidup aku. Sampai sekarang masih sedih lagi. Nak taip post ni pun bergenang air mata.
JANUARI Bulan Januari 2017 dimulai dengan appointment aku macam biasa kat Hospital Sultanah Aminah. Musim sekolah start macam biasa n start bulan ni aku dah tak amik Mat Ayip balik sekolah tiap-tiap hari ahad sebab minyak mahal dan aku pun kelam kabut nak amik dia balik. Masa ni sibuk cari kain sbb nak buat g kenduri anak saudara aku.
FEBRUARI Bulan Februari 2017. Tragedi Pasar Tani. Tersungkur kat tepi jalan balik pasar tani. Nasib baik takda kereta yang lalu n ada pasangan suami isteri tolong aku. Risau arwah mak aku masa ni sebab masa tu dia duduk …

Tukar kereta

Last year aku dok berkira-kira nak tukar kereta. Yelah masa tuh baru jer habis bayar kereta, tuh yang dok fikir nak tukar kereta. Siap buat entry lagi. Masa tuh mcm nak tukar Bezza, arwah mak pun cakap kereta tuh lawa. Tapi last-last dia ckp tak payah tukar membazir duit jer sebab kereta lama cantik lagi. So kita pun tak tukar lah sebab memikirkan baru nak rasa enjoy habis daripada beban hutang. 
Bulan 9 haritu, kereta aku dah nak sampai masa nak servis n memang banyak benda nak tukar. Sebelum tuh borak2 ngan abang-abang aku n tetiba aku mintak pendapat diorg nak tukar kereta. So diorg memang lah suruh tukar termasuk akak-akak aku.
Dengan fikiran singkat, esoknya terus pegi Perodua Jalan Tampoi. Myvi 1.5 buat discount besar-besaran RM5,500.00. Terus setuju nak tukar. Bila bagitau kat group whatapps family, abg aku ckp dia nak clear stok lah tuh sbb myvi baru nak masuk.
Terus google cari gambar myvi baru, yang keluar gambar Daihatsu Boon ngan Toyota Passo. So aku igt Myvi baru akan gu…

Rutin pagi

Kalau dulu rutin harian aku, setiap hari Isnin, Rabu & Jumaat pukul 6.10 - 6.15 pagi aku dah gerak  keluar hantar arwah mak dylisis.
Hari Selasa & Khamis pulak aku keluar gerak pergi kerja pukul 7.30 pagi.
Tapi bila mak dah takda aku tetap keluar pagi juga. Isnin - Khamis pukul 6.30 pagi dah gerak keluar. Tapi perjalanan aku jauh sikit sebab hantar Mat Ayip ke sekolah. Kalau dulu dia naik bas, kali ni aku dengan rela hati hantar dia pergi sekolah. Padahal boleh jer aku keluar pukul 7.30 pagi g kerja. Tapi rasa macam tak boleh keluar lewat kat rumah sorang-sorang. Rasa sedih sgt.
Sekolah Mat Ayip tuh kat Jalan Seelong - Kempas, sebab tuh aku keluar awal sikit sebab perjalanan jauh. Ada lah 30km perjalanan aku dari rumah ke sekolah Mat Ayip n ke opis. Sampai odometer kereta aku naik dengan laju sekali. Kalau dulu nak servis kereta sampai tarikh dulu, tapi sekarang meter dulu yang sampai. Tapi nak buat camner kan. Itu jalan yang aku pilih. So redha jer lah.
Ini insta story bulan…

Salam Oktober

Dah nak masuk akhir bulan Oktober dah. Lagi 2 bulan dah nak habis 2017. Tahun 2017 dan juga tahun 1998 tahun yang paling tak boleh dilupakan sehingga ke akhir hayat. Tahun-tahun dimana aku kehilangan orang yang paling aku sayangi.
Bila masuk berbicara pasal ibu dan bapa mula lah air mata aku mengalir. Orang tanya kenapa tak move on lagi dah 3 bulan arwah mak pegi. Nak move on camner yang pergi tuh mak yang melahirkan kita kot. Aku tinggal dengan dia dari umur aku sehari sampai lah umur aku 37 tahun 7 bulan 18 hari. Berpisah pun masa aku gi belajar kat Shah Alam, itu pun 3 tahun je. Cukup 3 tahun aku balik kampung sebab tak nak dia tinggal sorang-sorang.
Kat dada nih bila ada masa-masanya rasa sakit sangat. Sakit rindu yang mencengkam sampai nak mengalir air mata. Mak pergi bawak sekali separuh jiwa aku sekali. Tiap-tiap minggu aku pergi kubur mak nak hilangkan rindu. Kalau rindu nak dgr suara mak aku bukak video-video dalam handphone aku yang ada suara mak. 
Smlm aku tengok entry aku…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...