Posts

Showing posts from April, 2013

Makan-Makan: Sushi Homemade

Image
Actually ini adalah percubaan buat sushi kali ketiga. Kali pertama boleh klik sini. Ada resepi lagi kat situ. Kali kedua pulak aku cuba tak jadi sebabnya aku guna beras jepun yang telah dimakan oleh kutu beras. Mula-mula aku jemur beras tuh untuk ilangkan kutu beras. Tapi memang tak jadi. Lembik macam bubur plak beras aku jadi. Sudahnya ke tong sampah ler (membazir betul kan aku nih). So pengajarannya sila simpan lebihan beras jepun anda dengan baik dan selamat ya. 


Actually sushi nih dibuat atas permintaan anak-anak saudara aku yang gemar makan sushi. Budak-budak nih kadang-kadang nak makan air tangan makcik dia kan so gigih lah aku buatkan sushi nih. Yelah budak2, nanti korang dah kahwin mesti dah xda mintak2 masak2 kat makcik mu ini tiap2 hari sabtu kan. Huk Huk Huk sedih plak bila kenang2 camner aku in future kan huhuhuhu.

Groceries Shopping

Image
Kat mana pasaraya pilihan korang untuk shopping barang-barang dapur?
Pasaraya pilihan aku adalah Jusco Taman Universiti JB or skrg dah dikenali dengan Aeon.
Orang selalu tanya aku kenapa belanja kat Jusco?
Bukan mahal ke?
Tak semua barang mahal. Kekadang kita boleh dapat harga lebih murah dari pasaraya-pasaraya lain.
Lagipun Jusco nih yang paling dekat ngan rumah aku.
Walaupun ada pasaraya kaler hijau tuh ada dekat2 denga Jusco.
Tapi Jusco tetap jadi pilihan. 
Sayur-sayurnya fresh2 belaka.
Bawang n kentang pun murah harganya.
Yang bestnya kalau ada member card byk benefitnya.
Pernah dapat baucer RM200 yang ditukar dari mata terkumpul.
Berbaloi kan?
So, pilihlah dengan bijak!
(kalau kat JB nih Jusco or Aeon nih penuh jer dengan orang sampai parking pun susah nak dapat. Walaupun ada 4 cawangan Aeon kat JB nih tapi semuanya penuh. Lepas nih tunggu Aeon Kulaijaya plak bukak weeee!)

Resepi: Lasagna

Image
Kali nih aku nak share resepi Lasagna. dah lama tak buat benda nih. last sekali buat masa duduk umah lama kat Larkin 10 tahun yang lepas. Mmg lama gila tak buat Lasagna nih. Sebab malas n leceh. Tah camner haritu boleh rajin plak kan. So kat sini aku share resepi Lasagna daging/ayam. Selamat mencuba!
Bahan-bahan Sos Bechamel 200 ml Sos Bolognese 400 ml Kepingan Lasagna kering 250gm Air Ais 2 liter Mentega 50gm Parmesan 150gm Sos Tomato 1/4  cawan dipanaskan
Sos Bechamel (sos putih tuh) - untuk 200 ml Mentega 80gm Tepung 10gm Serbuk pala 1 cubit Susu segar 200ml Garam n Lada hitam secukup rasa Cara-caranya:-  Cairkan mentega didalam periuk. Masukan tepung n kacau sampai sebati. Panaskan periuk satu lagi dengan susu segar dan masukkan serbuk buah pala, garam n lada hitam sampai mendidih. Campurkan dengan tepung n mentega dah kacau tanpa henti di atas api perlahan selama beberapa minit (Kepekatan akan bertambah jika sukatan tepung ditambah). Kacau sampai jadi pekat mcm sos.
Sos Bolognese - …

Resepi: Fish & Chips

Image
Senang jer buat fish n chip nih.

Mula2 cari ikan Dori. Kat pasaraya besar banyak jual. Yang fresh pun ada or yang dalam peket2 pun ada.

Untuk batter ikan nih, aku guna 1 cawan tepung serbaguna, 1 sudu baking powder, 1 cawan air sejuk n sedikit garam. Campurkan bahan tuh sampai sebati.

Pastu celup ikan dori tadi dalam batter tepung tuh n goreng deep fried sampai masak.

Sos dia plak amik mayonnaise pastu potongkan pickles timun n zukini. Potong dadu kecik n campurkan dengan mayonnaise.

Kentang plak beli jer lah kentang yang dah siap kat hypermarket ekekeke.

Senang aje kan?

Selamat mencuba!

Rendang Daging

Image
Rendang Yummy! godek2 laptop nih jumpa gambo2 nih. Adehh bestnya kalau dapat makan cecah ngan ketupat ke, nasi himpit ke, ketupat palas ke or lemang huhuhuhu.
Sabo2 raya 4 bulan jer lagi. Tapi boleh ke akan makan seperti dulu?
Tetiba mood sedih!

Makan-makan: Grand Straits Garden Seafood Restaurant

Image
Lately, boss aku yg sgt 'baik' hati tuh suka sangat belanja makan-makan. Dia bab makan-makan ngan duit sgt generous ye. Tapi bila bab marah hilang terus muka generous dia tuh wakakakaka. Tiap-tiap bulan ada aje tempat yang dia ajak gi lunch sama. Kira macam staff lunch lah. Sebab opis aku nih kecik sangat so takde lah annual dinner ye. Yang ada cuma staff lunch tiap2 bulan. Rezeki jangan ditolak betul tak? bukan sahaja dapat menjimatkan wang secara tak langsung dapat mengenyangkan perut aku ngan makan yang sodap2 hihihi. So let the picture do the talking hehehehe.






Yang tak kelihatan di gambar adalah kangkung goreng belacan.
Overall aku bagi 4/5 untuk makan2 kat sini.
Sekian.

Huh?

Time-time macam nih memang menyampah nak bukak Facebook.

Macam-macam cerita ada.

Buat sakit kepala aku jer.

Yang ini kata macam nih. Yang itu kata macam tuh.

Semua nak jadi juara.

Nak unfriend kang perasan plak kita unfriend dia.

Nasib baik Facebook ada function unfollowed.

So apa-apa post dari orang yang kita tak berkenan memang tak masuk dalam news feed.

Kekadang yang aku geram tuh ada beberapa makhluk dalam friend list aku suka sangat post benda yang 'racist'.

Dia tak tahu ke dalam friend list dia tuh berbilang kaum.

Ke sajer buat-buat tak tahu sebab nak tunjuk dia kuat?

Rasa takut sangat nih.

Ya Allah lindungilah aku sekeluarga Amin Ya Rabbal Alamin.

Coffee

Image
Aku bukan pencinta kopi. 
Tapi pencinta teh.
Tapi kadang-kadang aku memerlukan caffeine untuk hilangkan mengantuk.
Tak kira siang or malam.
Pagi or petang.
Jemput minum semua.

I Lap U lah Kak!

Image
Huhuhu haritu sebelum Jakel JB pindah ke tempat baru, diorg ada buat sale besar-besaran kat kedai lama. Aku mmg malas dah nak g Jakel sebab takut habis duit. Lagipun macam malas ler nak beli kain2 baru sebab kain-kain yang bos aku beli kat India pun masih belum buat2 lagi. Lagipun macam malas kan nak buat baju baru. Nak hantar tailor lagi dah berapa. Kalau dulu zaman rajin plus zaman study aku jahit baju sendiri jer. Cuma mesin jahit tuh kena tahan maki ler. Nak2 kalau aku jahit tangan terbalik hahahahahah. Ok balik semula cerita pasal Jakel, satu hari tuh aku balik rumah tengok akak aku bagi nih:-

-
-
-
-
-
-
-

Akak aku bagi 8 pasang kain hihihihi. Sayang betul dia kat aku (wakakakaka). Thanks Kak Cah. Jasamu sangat2 aku kenang. Lain kali kalau shopping kain ingat-ingatlah adikmu yang bongsu ini ngeeeeeeeeeeee!

Bekorban apa sahaja.... Opsss! Bukan semuanya ya

Kepada anak-anak gadis diluar sana.

Yang masih naif dan baru mengenali apa erti C I N T A.

Tak kisahlah kalau kamu hendak berkorban kerana agama, bangsa or negara.

Or even untuk keluarga sekali.

Tapi janganlah berkorban kepada sesuatu yang belum pasti menjadi hakmilik kita.

Kerana kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Sayang itu berpada-pada lah. Janganlah kita terlalu dibutakan oleh cinta.

Janganlah bekorban segalanya untuk dia.

Kerana bila maruah kamu telah terkorban, satu sen pun tiada berguna.

Jika nasib kamu kurang baik, kamu ditinggalkannya.

Kerana alasanya, dia mencari isteri yang baik-baik, kamu hanyalah untuk suka-suka sahaja.

Mungkin sekarang kamu rasa dia adalah segala-galanya bagi kamu.

Sehingga kamu sanggup memejamkan mata kamu daripada melihat keburukan dan kejahatan yang dilakukan kepada kamu.

Orang sebegitukah yang kamu mahu? Tidak tahu menjaga harga dan maruah diri kamu?

Buka lah mata dan minda kamu.

Kamu masih muda dan perjalanan kamu masih jauh dan panjang.

T…

Luaskan Kuasamu!

Image
Bola pulak kan. Hahaha baru lepas layan bola tadi kat Astro Channel 801.
Tak mampu nak tengok bola kat stadium.
Padahal boleh jer kalau nak join tgk kat stadium.
Bukan jauh pun tempat kerja aku ngan stadium. 
150 langkah dah sampai kot.
Memang boleh sangat kalau nak gi.
Tapi tengok ramainya orang terus rasa sesak nafas.
Baik aku layan kat umah sambil mengunyah kuaci.
Hihihihihi



Penangan Nunez.
Pukul 5.45 petang  Polis dah tutup jalan.
Terpaksalah aku pusing-pusing cari jalan nak keluar dari Larkin
Bos! lain kali time ada bola kasi keluar cepat sikit ok!
~ ~ ~
Teringat masa zaman kegemilangan bola sepak Johor 20 tahun lepas.

Peneman dikala suka dan duka...

Image
Nak tau apa bendanya. Hehehe

Maggi tak kisah lah apa-apa jenama or yang goreng or yg berkuah boleh jadi penawar ketika suka dan duka. Huhuhu I love maggi so much sebab tuh jadi bulat macam nih. Tapi sekarang nih tak boleh makan maggi macam dulu huk huk huk huk
Maggi! Aku merinduimu!!!!!

Makan-Makan: Seoul Garden, KSL City, JB

Image
Dah berapa kali makan kat sini daaaa. Takde tempat lain ke agaknya. Hihihi. Cerita lama actually. Tapi sebab malas tuh sebab lambat keluar. Aku ngan makanan memang tak dapat dipisahkan huhuhu. Nih cerita masa cuti raya cina. 

Tetiba tekak rasa macam nak makana bako2 kan so ajak lah kaki2 makan gi sini. Paling best mak aku pun join. Mak aku nih susah sikit nak join2 g makan2. Nak2 tempat2 mcm nih kat shopping complex. Memang best lah bila dia nak join sama.

Seoul Garden pilihan aku adalah kat KSL City JB. Walaupun shopping complex KSL City nih suck sikit tapi Seoul Gardennya agak besar berbanding kat City Square (ohhh pleaseeeee bukak Seoul Garden kat tempat lain, Jusco Bukit Indah or Jusco Kulai yang bakal bukak tuh).

Pada aku boleh lah Seoul Garden nih cos dia banyak pilihan ayam n daging untuk dibako2. Kenyang sangat-sangat bila pegi sini. Pegi sini elok time nak bersantai2 takde rushing2. Sebab RM30++ tuh. Kalau duduk kejap rugi ooooooo.

Lapar...

Image
Roti Sardin !!

Makan-Makan: Restoran Al-Yamani, Pontian

Image
Lepas jer balik dari kampung mak aku tuh, kitaorang singgah untuk makan tengah hari kat Restoran Arab Al-Yamani kat Pontian nih. Dah lama plan nak makan sini sebab akak aku kata sedap. So kebetulan balik dari kampung kan so boleh lah singgah sini. Kalau tak jauh bebeno aku nak pegi ke Pontian nih semata-mata nak layan nasi arab kan sebab kat Taman Universiti JB berlambak kedai jual nasi arab. Yelah student foreigners UTM kan ramai dari Arab. 


Actually sedikit kecewa ngan servisnya. Sebab lama gila tunggu. Satu jam lebih pun ada. Rupa-rupanya semua orang dalam kedai tuh belum dapat pun nasinya. Yelah kan kalau nasi belum ready lagi kasitau lah customer awal2. Takdelah kitaorg yang kelaparan nih tertunggu-tunggu. 


Aku amik small set of Chicken Mandy. Sebab haritu aku makan Nasi Arab kat Restoran Al-Hanin, Larkin siap kongsi lagi ngan mak aku tak habis. Tapi yang tuh set yang besar. So ingatkan aku tak mampu lah kan habiskan set besar so aku orderlah set kecik. Tapi rupanya2 tak cukup k…

Kenangan Mengusik Jiwa 2

Image
Haritu aku pergi melawat datuk saudara sebelah ayah aku, kali nih aku pergi balik kampung mak aku plak. Sian mak aku dah lama dia suruh bawak pergi balik kampung dia. Kitaorang nih plak tak menyempat plus terlupa pun ada. Aku siap da janji nak bawak dia masa hari raya harituh tapi boleh plak terlupa kan. Teruknya aku nih kan. So masa cuti raya cina aku n akak aku g lah bawak dia balik kampung. Hah ko raya cina. Sekarang dah bulan berapa baru nak taip cerita nih. Basi pun basi lah janji tercatat dalam diari tahun 2013 aku hehehehe. 

1st request dari mak aku adalah dia nak gi kubur arwah ayah dia. Kira Tok aku lah yang aku panggil Yayi. Orang jawa lah katakan. Tapi mak aku tak mampu pergi dekat ke kubur tok aku tuh sebab keadaan kesihatan dia n lagi kubur2 kat situ dah takde batu nisan so takut terlangkah or terpijak. So mmg tengok nn baca doa dari dalam kereta je. 

Jarak antara rumah kampung mak aku n kubur takdelah jauh lebih kurang 500 meter gitu. Sampai jer rumah tuh nampak pakcik …

Tidurlah wahai Doraemon!

Image
Sedap jer budak kecik nih tidur ya. Kena hembusan aircond mestilah nyeyak yer.
Sekarang nih musim panas dah kembali. Payahnya nak dapat hujan dalam seminggu.
Kalau hujan tuh rasa macam nak sujud syukur jer.
Aircond dalam bilik nih plak dah 2 tahun rosak. 
Nyesal plak tak betulkan.
Kalau tak mesti aku dah sedap tidur dalam kesejukan.
Dan selepas itu terseksa sebab hidung tersumbat.
Walaupun lemak banyak tapi aku tak tahan sejuk.

Bila lapar...

Image
Kat dalam peti ais rumah aku mesti ada benda alah nih. Hahaha. Bukan anak saudara aku yang nak makan tapi mak sedara dia yang time kebulur senyap2 goreng benda alah nih. Walaupun benda nih bukan lah makanan yang berkhasiat tapi kekadang dapat mengisi perut yang sedang lapar huhuhu. Kalau nugget nih aku cuma suka n beli jenama Ramly. Tempura Chicken Nugget. Sedap lah. Cuma dah tak sama macam mula2 kuar dulu huhuhu.

Can I ever be happy??

Image
Why does my love always end in tears?
Am I such a bad person?
Can I ever be happy
A love that is as warm as the sunlight
Can I hope and dream about it?
I try to hold it in but tears flow
I try to block it but like a fool, it endlessly
Like a rain shower in the middle of summer the tears, 
Fall, fall, fall
Why does my love end in scars?
Am i that filled with wrongdoings?
Can I ever be happy?
I try to hold it in but tears flow
I try to block it but like a child, it uselessly
Like the sad wind on a long winter night, it keeps
Flowing, flowing, flowing
The sad tears of a winter night keep
Flowing, flowing, flowing...

Sedih plak baca translation lagu nih... macam ada sikit2 kena ngan diri sendiri plak huhuhu
Wahhh layan lagu korea plak aku skrg nih

Inai dijari

Image
Ekekekeke. Tak boleh belah tajuk kan. Actually ada satu hari tuh aku buat operasi mengemas 2nd floor rumah aku nih. Aku jumpa beg2 aku masa g umrah dulu. Dalam beg tuh ada saki baki inai yg macam paste ubat gigi tuh. So masa tak ada kerja satu malam tuh, abih aku dok kerjakan tangan aku. Konon-konon macam pakai pewarna kuku. berangan. padahal inai ekekek. yelah mana boleh guna pewarna kuku. tak sah air sembahyang aku kan hehehe. Tapi aku guna sebelah tangan jer. Sebelah lagi tak reti nak guna camner ekekekeke

B U L I

Korang tengok tak video budak sekolah belasah kawan kelas dia?

Kesian kan.

Budak yang kena belasah tuh pun mcm skema jer. Baju masuk dalam, pakai tali leher.

Tak macam budak s**l yang belasah orang tuh.

Sorry bahasa kasar.

Tapi aku memang tak boleh tahan.

Geram sangat tengok video tuh.

Kalau jadi kat ahli keluarga aku, mau aku belasah sampai mati budak tuh.

Tapi nanti aku 2 x 5 juga mcm budak yang belasah orang tuh.

Harap-harap parents kepada budak yang kena belasah tuh report polis.

Jangan peduli rayuan sekolah or permintaan maaf mak bapak budak s**l tuh

Senang-senang jer nak belasah anak orang. Ingat budak yang ko belasah tuh keluar dari pokok buloh ke?

Biar bagi pengajaran kat budak-budak nih.

Nak sangat rasa duduk Henry Gurney sebab nak jumpa Lan Todak kan?

Rasakan.

Nak salahkan siapa? Mak Bapak? Cikgu? Masyarakat?

Bila baca komen FB PDRM cikgu jugak disalahkan. Katanya tak pandai mendidik anak murid.

Habis tuh apa tugas Mak Bapak? tukang buat anak jer ke? bab mendidik serahkan bu…

Senja

Image
Pemandangan biasa balik kerja. Tak sah kalau sampai sini belum pukul 7.

Luv my Apple

Image
Gambar-gambar dalam blog aku start Januari 2013 adalah menggunakan kamera iPhone 5. Walaupun resolusi adalah 8 megapixel berbanding Nokia N8 aku 12 megapixel tapi hasilnya sgt awesome.
Thank you. Apple!

Makan-Makan: Restoran Saujana Seafood, Gelang Patah Johor

Image
Cerita dah lama. Heheh. Well 2013 kan tahun malas aku. Cerita masa bulan 1 haritu. Cuti panjang so akak aku n family dia  yg duduk Shah Alam balik lah JB nak tgk ibunda tercinta. Masa nih lepas trip ke Universal Studio tuh. Abang aku yg sgt generous tuh lagi sekali nak belanja makan kat sini sebab katanya masa kat Singapore tuh mak aku tak ikut. So kiranya tujuaan utama nak belanja mak aku makan.


Restoran pilihan kitaorg adalah Restoran Saujana Seafood kat Gelang Patah, Johor. Actually nih bukan first time makan kat sini. Dah banyak kali jugak. First time utk akak aku n family dia. n satu lagi kitaorang pergi time Lunch. 

Untuk makan-makan kali nih 12 orang dewasa n 2 orang kanak-kanak yang join and the damage is RM380.00 yang pada aku boleh lah untuk 12 orang makan. Pada aku restoran nih sedap jugak lah cuma dah tak sesedap masa 5 tahun yang lepas. Actually dah lama tak pergi sini. Last pergi pun 3-4 tahun yang lepas.




Makan-Makan: Universal Studio Singapore

Image
Tak susah nak cari makanan halal kat Universal Studio Singapore ni. Kat dalam Park Map yang boleh didapati kat USS nih memang ada tulis mana restoran yang halal. Kat sini aku senaraikan restoran-restoran yang halal kat USS nih:-
Zon Hollywood 1. Celebrity Cafe & Bakery - Sandwich & pastries 2. Mel's Drive In - Serve all American Fav. e.g burger, fries & milk shake
Zon New York *Tak ada yang halal
Zon Sci-Fi *Tak ada yang halal
Zon Ancient Egypt 1. Oasis Spice Cafe - Hidangan Timur Tengah
Zon The Lost World *Tak ada yang halal. Sedap jer tengok dia jual drumstick turkey tapi tak halal huhuhu
Zon Far Far Away 1. Friar's - Sandwich wrap n makanan yg ringan 2. Goldilocks - Fast food ayam goreng & burger
Zon Madagascar 1. Marty's Casa Del Wild - Southeast asian food. Satay, tom yam n macam2 lagi


Kali ini kitaorang mencuba masakan timur tengah kat Oasis Spice Cafe nih. Masa kat sini abang aku yang generous itu telah membelanja kitaorang 13 orang ni makan kat sin…

King of Ambition Last Episode

Image
Tak pernah drama korea buat sampai 3 entry ya. Mula-mula ingat I Miss You tuh drama korea yang paling berkesan lam emosi aku. Sekali King of Ambition lah huhuhu. Sedihnya ending drama nih. Touching sangat-sangat.

Nampak actually Ha-Ryu masih sayangkan Jo Da Hae lagi. Sedih plak tengok nasib Jo Da Hae tuh. Mati pulak. Oppsssss spoil kan aku nih. 

Nak tengok kesudahan drama nih? Boleh lah klik link kat bawah nih ek
http://www.epdrama.com/queen-of-ambition/queen-of-ambition-episode-24/