Posts

Showing posts from January, 2017

2016 - Throwback Part 2

Image
Sambungan Part 2

JULAI Bulan Syawal. Tahun ni raya yang agak sedih jugak. Sebab kitaorg baru jer kehilangan abang yang sulong. So mak aku memang takde feeling nak sambut raya. Lagi-lagi selalu raya pertama arwah abang aku bawak family dia datang rumah. Bila dia tak ada. dah tak datang dah. Datang bila seminggu raya. So memang sedih lah.

OGOS Bulan ogos takde yang menarik. Musim durian. Yang aku ingat bulan ni aku dok melantak durian. Tiap-tiap minggu kot beli durian. Kopak aku bulan nih. Durian kan buah larangan untuk pesakit diabetes cam aku nih kan. Tapi alhamdulilah tak naik pun darah aku. Hb1c aku turun lagi ada lah. Maybe sebab aku dah buang habit minum air manis

SEPTEMBER
Bulan birthday baby mya. Setahun sudah. Untung baby mya sambut birthday sampai 2 kali. 1st masa birthday ikut bulan islam. Dia lahir 10 Zulhijjah n satu lagi ikut bulan roman. Tapi yang besar time bulan islam ler sebab time tuh semua balik. Masa tuh dia boleh nangis bila orang nyanyi wish dia happy birthday. Sedih…

2016 - Throwback Part 1

Image
Selamat Tahun Baru 2017. Kejap jer kan masa berlalu. Rasanya tahun nih paling cepat berlalu.  Baru jer kan aku post edisi tahun 2015 (Part 1 & Part 2) dah habis tahun 2016. Banyak perkara berlaku tahun ni. Suka dan duka. Oleh kerana aku memang buat post nih tiap-tiap tahun so mari ler kita jenguk semula apa yang berlaku pada aku pada tahun lepas.
JANUARI Bila nak buat throwback ni, aku kena tengok balik gambar-gambar dalam handphone aku untuk apa-apa peristiwa yang berlaku untuk Januari 2016. Nak harapkan blog. Memang nan hado. Aku dah malas nak update blog skrg. Januari 2016, arwah abg aku buat kenduri kahwin anak dia. Kira kenduri kahwin terakhir daripada arwah abg aku. Beria-ria dia jemput orang. Happy betul dia masa tu. Siapa sangka masa tuh 5 bulan sebelum dia pergi selama-lamanya. 
FEBRUARI Takde apa yang menarik yang berlaku bulan Februari. Cuti public holiday pun duduk rumah. Tak pergi mana-mana. Baby Mya kat bawah ni dah masuk 5 bulan time tuh. Akak aku buat aqiqah untuk B…