Posts

Showing posts from January, 2013

Resepi: Nasi Goreng Belacan

Image
Nasi Goreng yang paling sedap adalah bila digoreng oleh mak sendiri. Hahahaha. Tapi betul tak apa yang aku tulis. Masakkan mak sendiri mmg tak dapat menandingi masakan kat kedai. Pada yang dah ada family tuh jgn lah selalu sgt masak kat luar. Sekali-sekala masak lah kat rumah. Sebabnya korg ada tak masakkan mak yang korg nak sgttt makan. Kalau tak duduk sama or duduk jauh dari mak kalau balik rumah mak ada tak ckp nak makan masakan yang paling dirindui sekali. Mesti ada kan. Macam tuh lah bila dah ada family kena bagi anak tuh igt n rindu masakkan yang mak dia masak bila dia dah besar nanti. Jangan plak dia ingat n rindu masakkan kedai depan simpang plak. ekekeke. Apa lah org bujang mcm aku nak nasihat kat orang dah kawin plak kan? Tak layak sungguh!
Oklah actually masak2 adalah salah satu hobi aku n mmg sepadan dengan body aku. Kali nih aku nak share resepi Nasi Goreng yg mak aku selalu goreng buat sarapan. Tiap2 minggu mesti ada menu nih dari aku kecik sampailah aku besar gedabak s…

Makan-Makan: Roasted Chicken & Lasagna

Image

Legoland Malaysia: Makan-Makan

Image
Dah lama dah nak post cerita nih tapi tak sempat-sempat nak sudahkan karangan untuk post nih. Macam biasalah kan pemalas tahap maksimum nih. Padahal banyak benda nak kena catat dalam blog aku nih. Yelah kan dah nama diari aku mestilah tak boleh tinggal event2 (event lah sgt kan??) yg berlaku dalam hidup aku. 

Dalam banyak-banyak restoran dalam Legoland nih, tempat yang mmg jadi tumpuan ramai adalah di Pizza Mania. Kat sini mmg ada the best pizza lah. Kiranya pizza kat situ mmg sedap. Masa pegi sini aku amik satu set iaitu Pasta Carbonara, Chicken Soup & Soft Drink and the damage is RM20++ tak silap aku (ngeee dah lupa sbb dah lama sgt aku pegi ekekeke). Portion pasta dia adalah sgt besar ok. So di nasihatkan kalau korg bukan die hard fan pasta Carbonara or apa2 pasta boleh lah berkongsi ya. Bercinta ok aku nak habiskan pasta nih. Actually Carbonara bukan lah fav. aku. Sepatutnya aku amik Bolognese or Marinara. Sbb Carbonara nih agak cepat muak kan sbb buat dari susu.

Oleh kerana …

Malasnyeeeee

Image
Nak dekat seminggu aku tak hapdet blog kan. Malasnya. Memang tahap malas aku tuh sangat-sangat melampau. Balik rumah jer dah penat. Nasib baik takde laki or anak ekekeke. Orang yang ada laki n anak pun boleh hapdet blog, aku yang takde kotmitmen nih plak pemalas nauzubillah ngeeeeee. Tuh pasal lah aku tak kahwin2 lagi heheh rasa macam tak mampu nak pikul tanggungjawab berat heeeee (yelah tak mampu cakap jer lah mmg tak laku2 wakakakakaka).

Banyak nak tulis dalam blog aku nih actually. Yelah kan dah nih mmg diari hidup aku. Open diary tuh. Ko mampu? So kena lah tulis apa2 yang patut kan so that bila 10 tahun akan datang boleh lah aku belek2 blog aku nih kan (jgn blogspot nih bankrap sudah!). Ingat lepas nih nak buat stok cerita blog so nanti boleh set auto publish kan?? hehehe

Tak sabarnya nak pegi Universal Studio Singapore buat kali ke-4 hehehe jgn jeles ek ekekekeke nanti aku buat report terkini trip ke USS nih ek. Trip nih paling best sebab pegi ngan 3 bas n 13 family members aku …

Nasi Kerabu

Image
Nasi Kerabu adalah antara fav. makanan aku. Walaupun aku bukan orang kelantan, tapi Nasi Kerabu totap menjadi antara menu kegemaran aku. First time makan nasi kerabu nih masa belajar kat Shah Alam dulu. Wahh rupanya sodap jugak Nasi nih. Skrg nih hampir tiap2 hari Ahad kalau pegi ke Pasar Tani, mesti bungkus satu. Rasa mcm tak lengkap gitu kalau g Pasar Tani tak beli Nasi Kerabu. Tapi gambar kat atas nih adalah Nasi Kerabu Taman Dahlia. Pada aku 2 tempat tuh adalah antara fav. gerai yg mmg marvelous untuk Nasi Kerabu.
Lokasi: 1. Gerai di Pasar Tani, Taman Sri Pulai, Johor Bahru, Johor. Satu-satunya Gerai yang jual Nasi Kerabu. Lauknya adalah Solok Ikan, Daging Bakar dan Telur Masin  2. Gerai di simpang 4 kat Taman Dahlia, Johor Bahru, Johor, berdekatan dengan Pasar Dahlia. Nasi Dagang kat sini pun sgt(100x) lah sedap. Boleh buat anda angau nak makan lagi.

Legoland Malaysia: The Tower

Image
Cerita nih actually dah lama. Masa cuti sekolah haritu aku pegi Legoland. Yelah orang ada annual pass kan? rugi kalau dah beli tapi tak pegi. Tak nyempat2 nak post2 cerita pegi Legoland nih. Bz lah katakan? hehehehe. Aku pegi hari Sabtu time cuti sekolah. Ramainya orang. Macam semut jer. Tinggalkan anak2 saudara aku kat roller coaster The Dragon tuh, aku n akak aku jalan2 nak naik The Tower. Dah berapa kali aku pergi tak dapat peluang nak naik The Tower nih. Ada sekali bila beratur nak sampai depan n sekali under maintenance plak. Nasib aku baik kali nih dpt naik The Tower lepas berapa kali dikecewakan hehehe. So enjoy the photos below ek:-

Puas pikir.. tak tau nak letak tajuk apa

Image
Tadi tah camner aku rasa mcm nak bersihkan email-email aku yg dan bersawang tuh. Kalau dulu mmg selalu gak lah jenguk email. Tapi disebabkan skrg semua orang dah ada Facebook so apa2 msg or berita mmg melalui Facebook. Email pun kebanyakan urusan rasmi n urusan pembelian online shopping aku heheh. N email yg aku jenguk tuh pun email baru aku buat yg setakat nih jadi email 'rasmi' aku.
So tadi aku jenguklah email2 lama aku yg masa aku register pada tahun 2000. Yes, aku masih maintain email2 masa aku zaman muda remaja dulu. Tapi sayang betul lah email-email yg aku register masa first time kenal apa itu internet tahun 1998 dah hilang kena hack. N satu lagi email yg diregister pada tahun 1999 dah kena delete sbb tak aktif. Bila tgk email-email lama tuh tertiba kenangan mengusik kalbu plak hihihihi. Teringat cerita zaman-zaman muda remaja dulu. Rasa mcm nak tergelak pun ada baca email2 yg aku dapat 12 tahun lepas. Masa zaman-zaman tuh mana ada Facebook macam sekarang. Blog pun tak…

Wishlist termakbul!

Image
Heeeee akhirnya dapat juga menyunting cinta hati saya yang terbaru bagi menggantikan En. Nokia saya. Susah betul nak dapat handphone nih. Dahlah iPhone nih mmg payah nak dapat kalau beli kosong2 gitu kan? Walaupun mmg ada jual kat kedai2 handphone yang bukan authorize reseller Apple, tapi aku mmg tak berani nak beli kat kedai2 macam tuh. Takut kena tipu. Heee mmg sifat semulajadi aku suka kan benda yang genuine heheh.

Setelah aku kaji mengkaji, akhirnya aku memilih pakej dari Maxis memandangkan pakej dari Maxis jugak yang paling murah iaitu RM50 sebulan dengan 200 minit masa bercakap dan 100 sms untuk semua telco n 1GB Local Mobile Internet. Oleh kerana aku skrg nih mmg tgh single mingle so 200 minit dan 100 sms tuh adalah sangat2 mencukupi bagi aku dan 1GB Local Mobile Internet mmg cukup utk aku memandangkan kat rumah n office aku guna wifi dari Streamyx. Tapi yang tak bestnya harga iPhone 5 nih mahal lah. Lagi RM100 dah sama dgn harga asal. Aku pilih iPhone 5 32GB. Lagi satu sebab …

Catatan Perjalanan - Sabah Part 8 (Final): Perjalanan pulang ke Kota Kinabalu, Sky Deck Kota Kinabalu & Balik JB

Image
Sambungan daripada Catatan Perjalanan - Sabah Part 7: Mata Air Panas Poring & Hotel Perkasa


Alahai payahnya nak selesaikan part yang last nih. Memang takde idea nak taip cerita part last nih. Tahun 2013 nih rasanya tahun malas aku kot. Semuanya malas. Tak baik malas2. Dah lah lagi 5 bulan nak jumpa doktor. Takut2 kalau terlebih malas, kena bebel cukup2 ngan nurse2 n doktor2 kat spital huhuhu. Ok sambung cerita. Lepas jer kuar dari Hotel Perkasa, matahari pun dah nak melabuhkan tirainya. N orang pun ramai yang balik menghala ke Kota Kinabalu. Tapi sebelum balik tuh, driver tuh berhenti kat satu spot nak tgk matahari terbenam. Fuhh mmg cantik. cantiks sesangat alam ciptaan Allah nih.

Lepas amik gambar semer kitaorg pun meneruskan perjalanan balik ke Kota Kinabalu. Hari pun semakin gelap. Memang gelap sesangat. Mengenangkan jalan2 yang lalu masa siang tadi memang mengerikan. Memang terbayang-bayanglah masa nak turun balik ke Kota Kinabalu. Fuhh masa tuh mmg bibir tak lekang terkumat …

Six Flags Malaysia

Image
Aku baru jer berborak ngan abg aku beberapa minggu yang lepas pasal taman tema Six Flags nih. Masa tuh dok cerita pasal Legoland Malaysia & Puteri Harbour Theme Park. Legoland & Puteri Harbour Theme Park kan taman tema untuk kanak-kanak, so masa tuh dok borak ngan abg aku patutnya kat area Nusajaya nih patut ada satu theme park untuk remaja n orang dewasa. Masa tuh aku siap ckp ngan abg aku alangkah bestnya kalau ada Six Flags kat JB nih. Baru lah boleh lawan dengan Universal Studio Singapore. Sekali harini bukak FB rupanya mmg ada plan Six Flags nak invest bukak theme park kat sini. Wow! mmg tak sabar ok!

Pada sapa yang tak tahu Six Flags tuh apa, boleh rujuk sini. Six Flags nih adalah company theme park yang terbesar kat dunia. Six Flags juga sangat popular kat US sana tuh. Kebanyakan rides kat Six Flags nih adalah roller coaster n roller coaster kat theme park ini adalah sangat2 mencabar dan boleh buat anda rasa macam nak gugur jantung. Sebab tuh lah kalau Six Flags bukak …

Selamat Tinggal Bungaku...

Image
Terima kasih handphone2 aku kat atas ni. Actually aku guna 4 jenis brand Nokia. 1 lagi bagi kat anak saudara aku dia pegi trade in plak ngan hp lain. Tapi hp tuh hp murah je 3315. Zaman dulu2 mmg popular hp tuh. Siap cari kat website lagi code2 lagu. Pastu gigih taip satu2 kod tuh kat hp hehehehe. Aku tak pernah merasa pakai hp poliponic (betul ke aku eja). 
First handphone aku bukan Nokia tapi Simens C20. Antik sgt hp nih. Nyosal plak jual hp tuh 10 tahun yang lalu. Kalau tak boleh buat koleksi kan. Simens C20 tuh adalah first hp aku. Mula2 dapat hp tuh sengeh jer memanjang. Abg aku tolong belikan untuk adik dia. Second hand. Masa tuh nak beli prepaid mmg sgt2 mahal. Kalau dulu sekarang RM10 boleh dpt. Tapi dulu kena beli sampai RM200 utk starter pack prepaid.

Zaman tuh semua dah berlalu. Hari officially mengucapkan goodbye kepada Hp Nokia aku. Thanks Nokia dah lama berkhidmat dengan aku. Banyak kenangan pahit manis dengan handphone2 kat atas nih. Buat Nokia N8 jgn sedih2 ye. Sebab …

Live in Style!

Image
Hari ini buat operasi besar-besaran mengemas ruang keluarga di tingkat atas. Nak buat rak buku so terpaksalah kena kemas. Sejak pindah dari rumah lama kat Larkin kira-kira 7 tahun yang lepas, ni lah kali pertama tengok barang-barang dalam rak-rak buku lama n kotak2. Banyak kenangan dalam tuh. Masa mula-mula pindah, berat hati nak let go kenangan-kenangan tuh. Tapi memandangkan ruang yang tak cukup so terpaksalah kemas n tengok yang mana perlu disimpan. 
Aku nih jenis orang yang sukar untuk menerima perubahan. Kalau nak ubah apa-apa mcm susun letak kerusi ke, renovate rumah ke mesti aku agak sukar nak accept perubahan tuh. Tapi bila dah berubah gembira plak hihihi. Tapi kali nih banyak jugak yang aku 'let go' macam majalah2 lama tuh mmg patut lah dijual kan. 

Kemas punya kemas terjumpa satu stack gambar lama-lama. Perghh nostalgia betul lah terus duduk kejap tengok gambar tuh dengan mak n akak aku. Bila tengok gambar-gambar lama tuh rasa macam sebak jer. Teringat pahit manis, …

Malas! Malas! n Malas

Tahun 2013 dimulakan dengan perkataan malas? patut ke? camna lah nak capai azam tahun nih. Lepas sakit last week terus macam satu perangai malas datang. Yelah time sakit-sakit pergi kerja. Tgh demam n sakit2 sendi plus hidung sakit, bersin tak berhenti, sakit tekak nak batuk ko kena kerja? Duduk kat opis yang sejuk itu dari pukul 8 pagi sampai 6 petang. Balik rumah dah penat n pukul 10 malam dah belayar. 
Kalau orang lain mesti dah amik mc. Tapi aku gagah jugak pegi kerja ngan sakit-sakit sendi mengenangkan ada submission yang patut dibuat. Mak aku cakap aku sayang sangat boss aku. Sebab tuh tak cuti. Sayang lah sangat! Nak MC pun payah. Lagi satu dah mmg perangai aku mmg tak suka amik mc. Sebabnya dah lah tak boleh claim kalau sakit mmg kena tanggung sendiri. Lepas tuh aku rasa macam membazir je pegi klinik dengar doktor-doktor membebel. N lagi satu aku mmg jenis orang yang payah nak makan ubat. Cuma kalau aku dah ada tanda-tanda selsema aku mmg cepat2 amik ubat selsema. Dalam banya…

Catatan Perjalanan - Sabah Part 7: Mata Air Panas Poring & Hotel Perkasa

Image
Sambungan daripada Catatan Perjalanan - Sabah Part 8: Spa Ikan Sungai Moroli, Ranau

Lepas jer daripada Spa Ikan, kitaorg berpatah balik menuju ke Mata Air Panas Poring. Actually Spa Ikan nih jauh ke depan daripada Mata Air Panas Poring. Kiranya patah balik lah nih. Sampai je kat Mata Air Panas Poring nih tengok kereta dah berderet-deret parking kat luar dan dalam kawasan Mata Air Panas nih.  Pemandu kenderaan yang kitaorg sewa nih pun bawak lah ke dalam kawasan Mata Air Panas Poring dan bagi sedikit penerangan. Sampai area situ je tgk Masya Allah ramai nya orang. Yelah hari Sabtu kan. Mmg takde satu kolam pun yang kosong. Lagi satu aku tak sanggup nak masuk dalam kolam-kolam tuh n share dengan orang lain. Terus teringat artikel kat yahoo.com tentang public pool. Mungkin orang terlalu ramai jadi keadaan kolam pun agak kureng untuk haritu. End up kitaorg abiskan masa kat situ dengan tengok gelagat orang ramai. 

Oleh kerana masing-masing dah terlalu penat n semua dah teringat katil, seli…

Welcome 2013

Image
*autopost* Takde countdown ye. Esok Johor dan negeri2 yang sewaktu dengannya kerja macam biasa. So kena tidur!
Tahun 2013 nak berazam. Azam nak kurus! hahahaha geli ati betul!