Posts

Showing posts from January, 2016

Makan-Makan: Ketam

Image
Aku suka makan ketam. Memang fav aku ler. Kalau ada duit lebih sikit boleh lah makan ketam or lebih kurang lepas gaji ke. Sebab ketam ni bukan nya murah. Kalau yang besar sikit boleh cecah RM30 sekilo. Dah lah satu ekor jer dah berapa ratus gram kan. Tapi kalau dah terigin sangat kita makan jer yang sederhana besar selalu kat JB harganya dalam RM20 paling mahal. Ada kedai jual RM18 sekilo. Untung ler kalau jumpa kedai tuh.
So memandangkan aku tengah clear kan gambar-gambar dalam handphone aku or dalam laptop aku ni aku letak ler gambar-gambar ni sebagai koleksi ketam aku. Yelah kan mana tau kalau rosak ke kan. So aku nak letak koleksi gambar ketam-ketam aku dalam blog ni. Heheheh alah lagipun blog aku ni jarang orang baca. So tak kisahlah kan blog ni jadi tempat koleksi gambar-gambar aku huhuhu

Terima kasih

Image
Walaupun Baby Mya tak keluar daripada perut aku, tapi sikit sebanyak aku dapat rasa macam mana jadi seorang ibu. Terima kasih bagi pengalaman yang aku mungkin tak dapat lalui.
Dapatlah jugak merasa pengalaman jadi seorang ibu.  
Baby Mya ni baru nak masuk 4 bulan. Haritu bawak pegi klinik untuk check-up, tetiba dia nak susu, aku bagi lah botol susu, dah orang tengok aku semacam.
Jangan lah camni. Susu sapa yang kitaorg nak bagi. Kena lah fikir orang dapat anak dalam 'bermacam-macam cara'. So memang tak sama.

Alhamdulilah, Baby Mya tak susah nak sesuaikan dengan susu. Susu yang di cuba kali pertama terus serasi. Dia poo poo pun elok jer.

Tapi banyak tempat lah kitaorg cari untuk best deal susu ni. Kat UO Angsana RM93.00 (900gm). Kedai ubat pulak RM64.00 (600gm-refill). Kat Aeon RM90++ gak. 
Beli jauh-jauh rupanya ada yang lagi murah. Dekat aje pulak tuh 1.5 km jer dari rumah. RM88.00 (900gm-tin). So pada siapa-siapa yang cari susu or diapers yang murah boleh lah pegi ke Sri Ta…

Makan-Makan: Breakfast 2

Image
Last year aku ada share pasal breakfast yang paling dirindui bila kita keluar negara. Actually aku ni takde benda nak tulis. Tengok gambar makanan jer yang banyak. So nak bagi clear gambar-gambar kat handphone aku dan jugak laptop aku, meh ler aku share kat sini. Sayang pulak nak delete tapi tak up gambar makanan ni kat mana-mana. Mana tau boleh jadi reference buat aku.






Lagu yang melting

Image
Korang ada tak lagu bila dengan rasa mcm melting jer gitu?

Rasa cam terbuai-buai jer bila dengar lagu tu?

Meh nak share antara lagu yang boleh buat perasaan aku cair

Vanessa Williams - The Sweetest Day. Suka semua lagu Vanessa Williams. Kalau dengar lagu ni aku dok bayang dengar lagu nih time hujan turun or dengar time malas yang senyap sunyi di musim sejuk time salji turun. Hahaha verangan jer tau!
Selena - Dreaming of You
Lagu Mendiang Selena ni best kalau dengar tengah-tengah malam sunyi ditemani dengan bunyi cengkerik. Kalau lagi ni pulak aku dok bayang dengar sambil baring tengok langit tengah malam-malam buta. Hahaha jangan benda lain yang melintas dah lah ye. Lagi satu Selena nih mati kena tembak ngan pengurus fan club dia. Kesian dia baru nak popular kat US ngan album english. Sebelum ni dia memang popular kat Mexico. Penyanyi latin.

Renee Olstead - A Love That Will Last
Aku start dengar lagu nih masa tgk drama Ugly Betty Season 4 final season episode yang akak dia Hilda punya we…

Email

Image
Haritu aku buat clean up sikit mailbox email2 aku. Especially email yang ada connection dengan Facebook. So memang banyak ler notification daripada Facebook n sangat semak. 
Aku jarang bukak email yang associate ngan Facebook ni cos bukan email rasmi aku pun. Aku memang tak guna email yang ada associate ngan social network nih untuk apa-apa urusan rasmi. Satu benda nak kena ingat jangan guna email yang ada connection ngan facebook ke twitter ke or apa-apa social platform untuk mohon kerja or urusan rasmi. Karang bakal majikan boleh google plak kan. 
Email yg associate ngan Facebook ni adalah salah satu email paling lama yang aku ada. Aku open account nih awal tahun 2001 lepas account email kedua aku open since kenal internet kena hack. Sayang gila betul sbb account tuh aku register since 1998 tuh. 
Dalam dok clear kan email2 notification dari Facebook tu, tetiba nampak ler folder email lama-lama yang aku simpan. Wow! kenangan betul. Time tuh nak communicate guna email. Kalau orang du…

Kejap jer

Image
Kejap jer sekolah dah start balik kan? rasanya baru jer budak-budak nih mula cuti. Sebulan lebih rasa macam seminggu jer. Baru jer nak rasa nak pegi kerja jalan clear. Sekarang dah bz balik ler. Time cuti sekolah kalau aku keluar pagi-pagi time hantar mak aku gi Dialysis, memang tak banyak kereta. Traffic light pun kejap jer dah hijau sebab kiri kanan takde kereta (traffic light ada sensor). Tapi sekarang ni kalau keluar pukul 6 pagi dah busy n banyak kereta. Subuh plak dah lambat kat JB 5.49  pagi kot skrg nih. So memang keluar rumah dah pukul 6.10 minit pagi ler.
Aku dok perati kat Malaysia nih kita start hari kita sangat awal kan? Pukul 6 pagi jalan dah start busy. Keluar lewat lepas 6.20 pagi memang confirm jumpa jem cos parents nak antar anak g sekolah. Keluar lepas 7 pagi pun jem lagi lah. Ingatkan keluar lepas 7.30 pagi boleh lega sikit. Tapi nan hado ye tetap jem.
Area rumah aku nih dulu masa mula-mula duduk sini 10 tahun yang lalu tak berapa nak bz lagi. Keluar rumah 7.30 pa…

2015 - Throwback Part 2

Image
Sambungan daripada Part 1

JULAI Bulan raya. Raya tahun ni penat betul sebab macam aku sorang jer masak huhuhu. Tapi yang paling puas bila makanan semua licin sebab tahun nih semua balik rumah aku. Yang paling seronok dapat kumpul amik gambar ramai-ramai. Jarang-jarang sekali kitaorang dapat bergambar mcm kat bawah nih. Itu pun tak lengkap. Abg aku yang 2nd n family tak join. Diorg kena cery bery.
OGOS Bulan dugaan. Orang langgar belakang kereta aku. Untuk myvi aku rasanya ini yang paling teruk aku pernah kena. Nasib baik aku jaga jarak aku dengan kereta depan. So takdelah aku hentam kereta depan aku. Sampai sekarang kalau terbayang balik camner kereta nih langgar kereta aku, rasa ngeri pulak. Cuba bayangkan korang kena kejar ngan kereta belakang korg. Dah tuh kereta belakang tuh bawak laju gila tekan minyak n takde rasa nak tekan brek. Macam dia tengah kejar korg? Cuma bezanya dia tak kejar tapi katanya dia tertidur. 3 minggu gak 'patah kaki' takde transport.
SEPTEMBER Bulan pali…

2015 - Throwback Part 1

Image
Ok blur kejap sebab tak tau nak tulis apa, nak letak gambar apa untuk edisi Throwback 2015 (fomerly known as 2014 Highlight Part 1 & Part 2). Kali ni nak bagi nama baru pulak selaras dengan perkembangan dunia semasa. Entry ni aku dah buat since 2011. Sajer jer nak buat rumusan hidup setiap tahun. Cuma tahun nih tahap untuk meng'update' entry blog tuh agak malas. Entry untuk 2015 cuma 71 post jer.

JANUARI Bulan Januari 2015 nih 3 orang anak saudara aku dan seorang cucu saudara aku masuk darjah 1. Tua dah aku ni sebab dah bercucu. Yang very sweet gitu, cucu aku masuk sekolah lama aku, Convent JB. Takda anak, cucu pun jadi ler masuk sekolah tuh. Anak saudara pulak 2 orang di JB dan seorang di Shah Alam (sekarang dah pindah ke Alor Staq). Mat Ayip kitaorang masukkan kat sekolah rendah agama swasta kat JB ni. So dia belajar dari pagi sampai ke petang disatu sekolah sahaja belajar ilmu dunia dan akhirat.
FEBRUARI Bulan public holiday. Ada cuti panjang dibulan ini. Chinese New Yea…

2016 dah?

Image
Kejap jer dah 2016. Rasanya baru jer awal tahun 2015. Budak masuk sekolah. Hari raya. Musim haji, birthday aku bulan lepas tup tup dah 2016? Tahun ni tambah lagi satu angka dalam umur aku. Tapi hujung tahun nanti ler. Tapi yang paling menakutkan beberapa tahun lagi umur aku dah nak jadi four series! takutnyaaaa. Bersedialah untuk menerima kenyataan ye.
Bagi aku malam new year ni takde apa-apa makna buat aku. Memang dari dulu macam tuh. Takdenya nak celebrate tengok bunga api ke. Selalunya pukul 11 malam aku dah tidur especially kalau time new year eve tu kena weekdays. Sobab apa? Sebab Johor tak amik cuti New Year. Aku kena kerja, bangun pagi so ada baiknya aku tidur dulu lah ye.
Tapi this year new year jatuh hari Jumaat kan. Johor plak cuti hujung minggu hari Jumaat, so ramai ler yang bercuti. Sektor swasta yang tak amik cuti Jumaat jer yang kerja hari ni. Pergi kerja jalan clear sebab Singapore pun cuti jugak kan so tak banyak motor. Kat office pun boring jer. Telefon pun tak banya…