Posts

Showing posts from March, 2017

Menabung sesi 2016/2017

Image
Heheh ini adalah kesinambungan entry Menabung last year yang mana Hasil Menabung aku tuh dah selamat berada dalam akaun bank tauke kedai Machine.
Tahun nih aku still continue menabung n actually aku dah start daripada last year iaitu bulan November 2016. Yelah kan aku dah korek tabung aku bulan tuh so kena lah start balik bulan yang sama.
Actually kan seronok tau buat tabungan gini. Kalau lah aku tahu, aku dah start awal daripada awal-awal aku kerja. Tak boleh simpan besar-besar, kita mulakan dengan simpan kecil-kecilan dulu kan. Boleh lah aku beli apa-apa barang yang aku suka untuk reward diri sendiri tanpa ada kekesalan hihihi. Sebab aku memang dah khaskan hasil tabungan nih untuk aku suka-suka dan berjoli beli barang yang aku suka.
Don't worry. Aku ada satu tabungan bulanan yang lain yang memang aku tak sentuh pun tabungan tuh kecuali betul-betul susah dan nilai tabungan lagi tinggi daripada tabungan suka-suka ni. Aku jugak ada satu tabungan untuk menampung perbelanjaan aku se…

Layout baru!

Image
Dua hari lepas bukak blog, sekali blogspot suggest theme baru lah. So apa lagi meh ler kita try theme baru plak. Sebab dah bosan ngan yang lama. Dah bertahun tak tukar. Dulu masa baru buat blog, setiap bulan mesti tukar theme n layout baru. Sekarang ni aku dah muak tengok gambar burung kan. So burung kamu boleh terbang tinggi-tinggi sekarang. Terima kasih atas jasamu.

So theme dan layout dah baru, harap-harap dapat semangat baru nak menulis. Walaupun aku rasa takde orang baca tapi rasa macam sayang nak stop. So Awan! fighting!

*Gambar yang jadi gambar dalam layout blog aku ni diambil masa trip aku ke Makassar tahun 2013. Gambar time sunset. Cantik gila ok. Rindu nak jalan-jalan macam dulu tapi aku banyak kotmitmen yang menghalang. Takpelah kumput duit dulu bebanyak dulu nanti ada rezeki moh ler kita around the world in 90 days hahahah.

Hasil Menabung

Image
Ingat tak ngan entry aku last year pasal Menabung tuh? Aku lom story lagi pasal apa jadi kat tabung tuh. Aku ikut tak plan aku tuh atau aku sekadar hangat-hangat tahi ayam ke?
Alhamdulilah, berjaya juga aku menabung ikut apa yang aku rancangkan. Gigih tau. Lagi-lagi kereta dah abis bayar. So memang lagi memudahkan plan menabung suka-suka aku nih. Walaupun ada lah ter'miss' menabung sebab bulan tuh kekeringan, tapi alhamdulilah dapatlah beli barang yang aku hajati.

Sebab aku tak sabar nak beli iPhone 7 ni so aku 'pecah'kan tabung aku nih cepat daripada dijadualkan iaitu masa bulan November tahun lepas. Memang tak cukup duit tabung for fun aku tuh tapi guna lah duit tabung lain dulu ekekek. Alah lagipun sikit jer guna duit tabung lain tuh. Suku jer drpd harga henpon nih. 
Payah betul nak beli henpon nih boring betul. Mula-mula gi Aeon Tebrau City. Tak tau lah pulak Aeon tuh dah renovate. Dah berzaman tak pegi situ. Terkena kejutan budaya kejap. Pastu g lah satu kedai ya…

2016 Birthday

Image
Aku kan dah ala-ala malas nak update blog last year. Tahun lepas ada 99 post jer. Kurang 1 untuk jadi 100. Tapi better lah daripada tahun 2015. Cuma ada 71 post jer. Ntah lah cam malas jer nak update. Ingat nak pencen jer daripada berblog. Tapi cam sayang jer. Walaupun takde orang baca blog nih tapi still rasa sayang sebab blog nih cam diary hidup aku. Diary yang tah sapa-sapa boleh baca. Gila kan? Kat blog nih lah tempat aku meroyan. Kalau aku tak puas hati ke ngan sapa-sapa hehehe.
Post kali ni nak kumpul semua cerita birthday yang kitaorang sambut untuk tahun 2016. At least ada kenangan dalam blog ni yang aku boleh baca selagi blogspot nii wujud lagi secara free.

Bulan Februari birthday akak aku yang ke 52 tahun.  Beli kek jer tak silap aku n ada masak nasi ambeng kot juga kalau tak silap aku.
Bulan September - birthday baby mya. 1st birthday. Dua kali sambut.
First masa birthday ikut bulan Islam iaitu bulan Zulhijjay. Hari Raya Haji.
2nd pulak masa ikut bulan roman pulak. Jenuh l…