Posts

Showing posts from August, 2015

1929 - 1998

Image
Jumaat 28 Ogos jam 12.05 tengahari 17 tahun yang lalu aku kehilangan antara orang yang paling aku sayang di dunia ini, disaat family aku bergembira menerima ahli keluarga baru yang lahir seminggu sebelum dia pergi buat selama-lamanya. 
Kegelisahan dan debaran yang tiba-tiba datang tepat jam 12.05 tengahari ketika aku menunggu abang aku mengambil aku daripada sekolah untuk ke hospital untuk menjaga dia rupa-rupanya satu petanda yang dia telah pergi buat selama-lamanya.
Lemah longlai kaki aku bila melihat abang aku belari mengejar kereta yang aku dan emak aku naiki ketika melalui Blok Dahlia Hospital Sultanah Aminah yang menempatkan wad Cardiology Care Unit (CCU) disitu juga kelihatan sebuah kenderaan jenazah yang sedang menunggu.
Masih terngiang-ngiang lagi tangisan mak bila abang aku memeluk dan memberitahu mak aku bahawa suami yang dia kahwini selama 40 tahun 8 bulan dan 3 hari telah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya.
Sedih dan pilu hati ini menahan sebak pada saat terakhir…

Tragedi Julai

Image
Dua minggu lepas aku buat Jalan Skudai jem masa orang balik kerja. Puncanya daripada orang yang mengantuk bawak kereta. Masa tuh aku dah 3 hari sakit gigi. Siap dah buat appointment kat dentist fav. aku. Memang time tuh berdenyut2 je sakit gigi aku siap aku sendal ngan kapas sebab tak nak berlaga ngan pipi aku. Sampai kat area Kemayan City tuh aku nampak daripada cermin pandang belakang tuh ada satu kereta memang bawak gila-gila laju lah dok nak tukar lane kiri ke tengah. Aku pulak memang tengh slow sebab jalan memang sesak n jem. Tiba-tiba kereta tuh tukar lane tengah masuk belakang aku terus tekan minya laju gila. Aku memang secara kebetulan tengah tengok cermin pandang belakang tuh. Orang tuh bukan nak tekan brek makin dia tekan minyak terus langgar kereta aku. Terus aku terhantuk kepala aku kat stereng n seat aku. Makin berdenyut-berdenyut kepala aku.
Alhamdulilah jarak aku ngan kereta depan agak jauh. Jadi aku tak langgar kereta depan. Yang aku geram tuh aku bukan brek pun, kere…

Cerita Raya 2

Image
1st day Raya, jadual aku bermula jam 4.30 pagi hantar mak aku pegi Dialysis. Dialysis tetap dylisis walaupun raya pertama. Raya pulak hari Jumaat memang jadual mak aku haritu. Tapi diorg start awal. Selalu pukul 7.00 pagi tapi sebab raya diaorang start pukul 5.00 pagi. Kitaorg yang pertama sampai ke tempat Dylisis. Lepas mak aku kena cucuk aku pun balik rumah nak tolong akak aku masak. Masa skrg ni cepat sangat berlalu kan? Pukul 9 pagi aku dah lari balik ke tempat dylisis amik mak aku balik n bawakan juadah hari raya untuk nurse-nurse yang bertugas kat situ.
Balik jer dari Dialysis aku g cari pasaraya yang bukak sebab khabarnya ayam kurma tak cukup. Raya pertama mana ada yang bukak kan. Nasib baik Pasaraya Songmart bukak. Kelakar betul semua orang tengok aku sebab aku sorg jer melayu dok belanja kat situ dengan muka tak mandi (memang tak mandi lagi pun). Balik rumah baru siap-siap. Nasib baik belum ada orang datang lagi

This year meriah sikit cos abg aku n family yg duduk kat Shangh…

Cerita Raya

Image
Raya dah nak abis baru nak keluar post pasal raya tahun nih. Cerita raya aku tahun ni nak start pasal juadah raya. Tahun ni agak stress masak untuk raya. Nak jadi cerita Allah dah bagi aku cuti awal so aku kena buat kerja sorang. Sorang ok. Akak aku tahun ni tak tahu lah kena sawan tidur kot. Kejap-kejap tidur. Pegi solat Zohor lepas tu tidur. Bangun masa dah nak Asar. Itu pun duk relax lagi. Arghh geram. So aku kena sediakan bahan-bahan untuk juadah raya. Nasib baik anak saudara aku ada so dia dah sediakan periuk n dapur untuk masak ketupat.
Seawal jam 6 pagi aku dah keluar pegi pasar dgn akak aku. Nasib baik pasar belum ramai orang. Senang sikit nak belanja. Lepas tuh pegi rumah akak aku kat Taman Kenanga amik ketupat yg siap dianyam. Upah anak-anak saudara aku anyam ketupat. Balik rumah dah pukul 8.30 pagi. Bersilat sorang-sorang kat dapur sediakan bahan-bahan untuk memasak. Bersihkan ayam, potong daging, kupas n potong bawang, gunting lada kering, bersihkan sayur, goreng bahan-ba…

Duit Raya

Image
Every year bos aku yang tak sambut hari raya ni bagi duit raya. Alhamdulilah. Walaupun dia tak sambut hari raya still dok fikir orang-orang yang sambut raya nih. Jumlah tuh bergantung kepada keadaan semasa dan ekonomi. Macam tahun lepas errrrr lumayannn. This year pun ok jugak lepas lah baju raya, kuih raya, hidangan raya n keperluan raya yang lain. Sejak 13 tahun kerja ngan dia memang dia tak pernah miss bagi duit raya kat staff-staff dia. Yang beza jumlah dia je. Tak sama tiap-tiap tahun. Kadang-kadang Raya Haji pun bagi jugak. Lepas tuh yang paling best bila time Deepavali pun dapat lagi. 
Tapi this year special sikit. Sebelum dia pegi bercuti masa cuti raya haritu dia panggil sorg-sorg bagi sorang satu sampul kat atas duit yang telah ditukar kepada RM1. Masa tuh terpinga-pinga gak lah kan sebab tak kan dapat duit raya 2 kali kot? Rupa-rupanya bos aku nih bagi duit suruh bagi kat budak-budak yang datang rumah beraya. Alhamdulilah rezeki budak-budak yang datang rumah aku. Diorg dap…

Cerita Sebelum Raya 2

Image
Minggu pertama puasa aku menziarahi kubur arwah ayah aku. Dah lama tak ziarah. Last ziarah masa cuti hari buruh bulan mei harituh. Macam biasa hantar mak aku Dialysis dulu baru pegi kesini di Tanah Perkuburan Mahmoodiah. Lepas tuh gerak ke Tanah Perkuburan Kebun Teh, menziarahi kubur arwah ibu saudara sebelah mak aku.
Peminat-peminat durian mesti tau kan. Musim durian kali ni kena time bulan puasa daaaa. Tapi nasib baik 2 minggu sebelum puasa orang dah start jual. So boleh lah melantak dulu. Tapi tak boleh beli banyak-banyak n kerap macam dulu. Ini adalah buah larangan untuk mak aku. Bayangkan lah peminat durian tak boleh makan buah ni. Kalau nak makan pun seulas dua jer buat hilang ngencesss je. Kesian ngan mak aku kang dia terliur tgk kitaorg makan. So memang dah jarang beli lah. Beli pun sebiji dua je so kitaorang boleh makan sama-sama ngan dia. Yang kat atas nih akak aku beli masuk dalam bekas. Takdelah nampak sangat buah tuh tergolek-golek.
Ekonomi tak menentu tahun nih kan so du…

Cerita Sebelum Raya

Image
Cerita Puasa. Budak kat atas nih, Mat Ayip try puasa penuh buat kali pertama tahun ni. Macam-macam dugaan nak suruh dia puasa penuh. 1st day puasa dia dah buat 'drama'. Pukul 5.30 petang mintak buka puasa siap golek-golek kat dapur cakap dia dah tak larat, dah lapar sangat n siap cakap kalau dia mati camner. Alahai Ayip, Ayip. Mak aku dah tak sampai hati dengar terus suruh buka. Tapi dia tak buka selagi tak dapat approval daripada Mama dia. Last2 akak aku bagi buka pukul 6.00 petang sebab tak sampai hati. 2nd day dia puasa sebab cousin perempuan sebaya dia puasa penuh. Terus rasa kejantanan dia tercabar hahaha. Alhamdulilah dapat 21 hari puasa penuh si Mat Ayip nih. Baki 8 hari semua buka pukul 5.00 petang ke atas.
Mak aku pulak pertama kali Dialysis time puasa. Alhamdulilah. Mak dapat complete puasa tahun ni. Walaupun agak letih, tapi oleh kerana dia ada selera makan time sahur so boleh bertahan lagi lapar dan dahaga tuh. Puas cakap ngan dia kalau tak larat tak payah lah pua…

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Image
Err rasanya tak terlambat lagi nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Ampun maaf kalau ada salah dan silap dalam penulisan blog aku ni.

Lama betul tak tulis apa-apa dalam blog nih. Sejak berblog tahun 2010 tak pernah aku tinggalkan blog tanpa apa-apa entry selama sebulan lebih. Tapi itu tak bermakna aku tak blogwalking ke blog lain. Cuma aku macam malas nak menaip. Cuma nak membaca je.

Banyak benda yang belaku dalam masa 1 bulan lebih nih. Yang best dan yang tak best, yang medukacitakan semua ada. Raya pun tak rasa macam tak raya. Lepas hari Rabu nih baru rasa macam ada feel nak menulis lagi. Itu pun bergantung kepada keadaan.
Tengah seram sejuk menanti hari Rabu. Pasal apa? Hanya aku je yang tahu huhuhuhu


Walaupun tak berblog cpuv Nuffnang tetap tak berjalan.
Tapi sekarang aku dah pakai ads baru. Google Ads. Trylah