Posts

Showing posts from 2010

Jalan-Jalan Cari Makan 1

Image
Lama betul aku xupdate blog nih. Rasa macam malas jer skrg nih. Byk habiskan masa dgn tgk tv n tido (tido sbnrnya terlebih). Kalau dulu aku boleh stay malam2 tgk tv ke, berchatting ke (zaman dulu xda fb so layan ler chatting) takpun bergayut kat telefon ke tapi bila dah tua2 nih (eh dah tua ke aku nih) rasa malas lah plak. Balik kerja dah penat tgk tv kejap lepas tuh tv tgk kita balik. Nasib baik aku tgh single mingle so gayut2 tuh mmg xda dalam list life aku skrg nih.

Sapa yg kenal aku mesti tau aku nih suka makan. Aku makan jer semua makanan asalkan HALAL so aku nih mmg jenis xkisah makanan negeri mana or negara mana tekak aku mmg boleh masuk. Sbnrnya aku nak promosi satu gerai sarapan pagi kat JB nih. Gerai Akak nih jual makanan org2 timur semenanjung macam nasi dagang and nasi kerabu. Nasi lemak pun ada juga n kuih muih. Macam nasi dagang kat atas tuh mmg marvelous! cuma skrg nih akak tuh x buat acar timun tuh xsempat agaknya. Nasi Kerabu dia pun sama mmg  n kalau dia buat sekali…

h . a . r . i . b . e . r . s . a . n . t . a . i

Image
Tadi pagi aku pergi menonton wayang cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah arahah Mamat Khalid. Hahaha mmg best n kelakar lah. Sapa2 yg tgh mood sedih2 pegi ler tgk mesti lepas tgk cerita nih terus ilang mood2 sedih tuh n lagi satu support sikit cerita melayu kita especially cerita2 Mamat Khalid nih mmg best byk mesej tersurat dan tersirat. Cuma kalau watak Que Haidar n Ac Mizal dalam cerita Zombi Kg. Pisang tuh ada mesti lagi best cerita nih. Johan Raja Lawak pun kelakar gak. Apa2 pun aku mmg kasi 5 bintang utk cita nih mmg kelakar + seram dari awal sampai abis.
Apa2 pun utk hari nih jer duit aku kopak RM150++ belanja anak2 saudara n AKAK aku tgk wayang huhuhu. Buat anak2 saudaraku doa2kan makcik mu ini sentiasa dimurahkan rezeki ek hihihi

Happy Ice Cream Cake to Me!

Image

Resepi - Roll out cookies

Image
Nih resepi biskut utk post fancy cookies aku tuh resepi nih aku cedok dari website Wilton dimana aku ubah sikit2 sbb kalau guna original resepi tuh mau boleh kena kencing manis makan biskut tuh hehehe Roll out cookies

225 gram butter
250 gula kastor
1 biji telur
1 1/2 sudu teh vanilla
305 gram tepung diayak
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

*kalau doh lembik tambah sikit2 tepung sampai boleh jadi doh tapi jgn byk sgt nanti biskut keras
Panaskan oven 200celcius. Masukkan butter bersama gula kastor ke dalam mangkuk. Pukul hingga kembang. lepas tu pukul telur & vanilla. Masukkan tepung gandum dan uli hingga membentuk doh. Canai adunan msetebal 1cm. Cetak mengikut bentuk yang disukai. Susun atas dulang pembakar yang telah digris dengan mentega atau minyak masak. bakar 6-7 minit Lepas biskut sejuk baru boleh paipkan icing ikut design kesukaan masing2 resepi icing iaitu Royal Icing plak:-

2 telur putih
2 lb gula aising (Not all may be used)
1 tsp lemon juice
Large bowl
Handh…

Aku redha...

Image
Nampaknya maybe bukan rezeki aku kot... Aku masih belum diizinkan-Nya utk menjadi tetamu-Nya. Kena redha bila visa lmbt approved n tarikh kena postponed. Maybe lepas cuti sekolah yg mana tidak bersesuaian dengan jadual akak aku. Apa-apa pun aku dah berbincang dgn akak aku. Kalau tarikh yg travel agent aku bagi tak sesuai, kami akan postponed ke tahun depan bulan may/june untuk umrah/istanbul. Insya Allah.. moga2 kali ini hajat aku dimakbulkan Amin...

Kebizian + kemalasan yg melanda diri ini

Image
Lama gila aku  tak update blog aku nih. Bukan xda idea tapi tiap kali aku bukak laptop aku n bila terpandang bookmark kat mozilla aku nih terus idea mencurah2 datang tapi bila aku dah bukak facebook tetiba plak idea2 aku tuh melayang2 keluar daripada kepala otak aku. Kekadang bila marah tuh terus teringat blog, konon-konon nak melepaskan geram lah tuh bila bukak facebook jer terus melayang2 marah aku ilang ehehe
Aku nih bukan boleh lama2 depan laptop/pc dah lah kat office seharian mengadap PC so kena rehat2 lah bila kat rumah lagi pun doktor aku x kasi dok lama2 depan laptop/pc nih. Nanti kena 'serangan' macam dulu sapo nak hantar aku ke spital eheheh kita rehat dulu masa utk menonton siri Ahmad Durrah!

Fancy Cookies

Image
Post ini adalah kesinambungan dari post 'Hobi baru yang tak berapa nak baru' ini ler rupa fancy cookies aku


burukkan?? hahaha takpe percubaan pertama. Jgn putus asa yer Cik Awan Ungu balik umrah kita cuba lagi ok!

counting days

Image
Selama 8 tahun aku bekerja, aku tak pernah ambil cuti yang sangat panjang. Aku masih bujang dan tak pernah berkahwin.. mana mungkin aku ambik cuti kahwin dan apa tah lagi cuti bersalin memang langsung tak lagi. Paling lama cuti yang aku ambik pun 3 hari itupun aku cut short cuti aku, hari yang ketiga aku dah naik kerja. Puncanya? masa apply cuti tuh aku dah kena marah dgn bos aku sbb aku ambik cuti 3 hari.
Ya, bos aku sgtlah berkira pasal cuti nih aku tak tau kenapa. Tapi memang aku sgtlah kecik ati masa dia marah aku ambik cuti 3 hari. Aku ambik cuti sbb nak bercuti dgn family akak aku yg kebetulan akak aku ada majlis konvo OUM kat PWTC. Lagipun bukan cuti aku dah habis padahal cuti aku xpernah habis setiap tahun. Tak nak ungkit benda nih nanti dia kata aku berkira dan tak nak panjangkan cita aku cuti 2 hari saja. So, kalau tanya pasal cuti nih memang benar aku AMATLAH PHOBIA nak tanya bos aku sebab aku pernah dicop sebagai berkira.
Dan tahun ini aku terpaksa bercuti... Ya, aku nak …

Kesukaan saya 1

Antara lagu nirvana kesukaan saya yang best

Hobby baru yg xberapa nak baru

Image
hobby baru
Comel tak menda kat atas tuh? comel kan? itu ler cookie cutters yg aku baru beli secara online baru2 nih.. Camner aku leh terjebak beli benda nih?? Actually aku nak order fancy cookies untuk birthday 2 orang anak saudara aku bulan nih. Aku surf lah internet cari pembuat fancy cookies yang dekat2 dengan tempat aku. Cari punya cari akhirnya aku jumpa n aku pun email lah kat dia cos aku nih penyegan sikit nak calling2 nih : P tapi tunggu punya tunggu tak reply2 jugak email tuh. aku naik fed-up ler. Dulu aku pernah kena mcmni gak masa tuh tanya pasal kelas memasak dia tapi sampai kesudah xjawab email aku tuh.
Oleh kerana tahap kesabaran aku sudah melebih tahap gaban aku try ler surf cara nak buat fancy cookies nih sampai lah aku dapat idea Why not aku buat sendiri fancy cookies. Lagipun aku da kira2 kalau aku order amatlah mahal lebih kurang rm2-3 sekeping kot. Tapi problemnya nak cari cookie cutters yang best2 susah nak cari kat kedai kat area tempat aku nih n dengan icing col…

Congrats!

Image
Rasanya belum terlambat lagi kot untuk aku nak ucapkan tahniah pada SINAR FM kerana sekali lagi menjadi stesen nombor 1 kat Malaysia nih. Aku mmg follow radio nih walaupun ramai orang ckp radio nih utk orang2 lama jer. Sapa kata orang muda xboleh dengar radio nih. Aku paling suka dgr Sinar Pagi, mmg kelakar gandingan mereka bertiga nih
gambar ini dipinjam dari website sinarfm
apa2 pun mereka mmg terbaikkk. Masa dulu aku suka dgr Pagi di ERA masa Kril n Kiran jadi penyampainya n masa tuh pun tak silap aku mereka dpt nombor 1 dalam rancangan sarapan pagi. Skrg nih Sinar Pagi pulak nombor 1. Harap2 mereka dpt mengekalkan kedudukan nombor 1 selama yang mungkin. Dan kepada pihak pengurusan Sinar FM tolonglah jgn merombak dan silalah kekalkan penyampai anda terutama Sinar Pagi kerana anda boleh menganggu emosi saya hahaha.
* kadang2 aku tukar2 radio dgr Hitz.FM dgr hitz fm morning crew sbb best jugak JJ & Ean tuh nak2 masa gotcha call.

Lagi2 cerita pasal manusia berkira itu B O S A N L A H !

Image
Aku pelik dengan perangai manusia. Macam-macam perangai n ragam. Kadang-kadang aku meluat tgk perangai manusia kat sekeliling aku.
Hari ni tak tau kenapa aku sangatlah bad mood. Mungkin aku tgh dlm proses Premenstrual Syndrome itu sebab aku nak marah2 jer. Hari ni aku rasa mcm bengang jer tapi aku tak tau bengang ngan sapa. Maybe bengang ngan lady boss aku sbb asyik2 tanya pasal duit. Gelojoh betul. Bosan betul aku dengan dia. Macam aku plak yang mata duitan. Bosan! bosan! bosan!
Bila balik rumah pulak anak2 manusia yang sangat berkira itu ada pulak kat depan rumah dgn saudara-mara dia (agaknya lah kot sbb aku tak tau sapa diorg2 tuh) dah lah main bola kat tempat aku parking selalu (depan umah aku ok!) buat bodoh jer main sampai tak nampak kereta aku yg tgh tunggu nak parking (wooii ko igt aku halimunan ke hah!). Dah lama aku peratikan anak2 manusia berkira nih. Kecik2 pun dah pandai menyombong n belagak (ikut perangai manusia berkira nih ler). Pandai pulak sound2 aku masa aku nak ma…

l e t i h + n g a n t u k

Image
Dulu masa buat blog nih target utk mengepost blog satu hari satu tapi nampak gayanya hajat itu tidak kesampaian akibat daripada kekurangan masa.
Aku rasa sejak akhir-akhir nih aku macam kurang tidur. Aku sangatlah teringin nak tidur bangun dalam pukul 10 or 11 pagi (tidur lepas solat subuh yer). Rasa macam tak puas jer tidur. Bila lah aku dapat cuti yang betul-betul cuti *sigh*
Minggu lepas masa kemas2 rumah aku terjumpalah benda alah nih:-

sangat antik! akak aku punya nih. Actually adik beradik perempuan aku mmg ada loket nih (rasanya ler kot hihihi) tapi yg aku punya ilang sbb aku buang dalam tong sampah n lori sampah sudah kutip itu tong x sempat nak kejar. Bukan loket jer yg 'terbuang' tapi rantai n gelang tangan. Tak pasal2 kena rotan ngan arwah bapak aku. huhuhu rindunya kat arwah bak :(
Dah usia 72 tahun loket nih. Agak-agak berapa ek harga dia :P

Tolonglah kami tak niat nak bersaing dengan kamu

Image
Mesti pelik dengan tajuk kat atas tuh kan? Aku sebenarnya sampai sekarang  tersangatlah kecewa atas apa yang telah terjadi. Salah kami ke? Macam tak percaya pulak bila benda ni jadi. Aku tertanya-tanya apa motif sebenarnya sampai sanggup bertindak macam tuh. Tak malukah pada 'orang-orang lain 'yang sekarang nih banyak bercerita pasal 'orang kita'. Mungkin sekarang nih cerita nih telah menjadi bahan cerita 'orang-orang lain' tersebut dalam sibuk mengembangkan perniagaan mereka.
Cerita detail? oh tidak. nanti kalau 'manusia tersebut' jumpa blog ini tak sanggup nak berperang lagi walaupun takda lah macam perang sangat pun masa tuh.

Itulah manusia bila terlalu sangat berkira tentang sesuatu sehingga terlupa yang mereka juga pernah buat sesuatu yang boleh menimbulkan ketidakselesaan dan mengecilkan hati 'manusia yang teraniya' itu.

Tetapi perkara yang terjadi ini bukanlah sesuatu yang salah hingga menyebabkan 'manusia tersebut 'bertindak dang…

Geram!

Image
Hari ni sepatutnya aku puasa ganti/enam. Oleh kerana aku malas nak turun bawah g dapur  untuk bersahur aku dah sediakan se kole termos hot chocolate, air putih dan roti kat bilik aku dan aku telah set jam h/p aku pukul 5.00 a.m.
Malangnya mungkin aku teroff alarm h/p yang aku rasa aku off ada berkait rapat dengan mimpi aku malam tadi.! arghhh geramnya!!! sedar-sedar pukul 6 a.m. bila aku dengar suara abg jem dari alarm clock aku. adoiiiii
Mimpi malam tadi agak pelik hmmmmm

Makan, makan & makan!

Image
Semenjak lepas puasa nih aku asik makan n banyak habiskan duit pada makanan yang pada aku sangatlah tidak patut untuk orang macam aku yang errr da terlebih makan. Bila aku kira-kira balik memang aku dah 'ter'over budget dalam berbelanja untuk breakfast dan lunch masa office hour. Masa bulan puasa yang lepas aku sangatlah berjimat sebabnya aku cuma pegi 3 kali jer bazar ramadan cos aku tak sanggup nak menempuh kesesakan 'luar biasa' di bazar-bazar ramadan sekitar JB nih.
So weekend nih 'kerja' aku makan lagi. Semalam, hari sabtu maybe tak ada lah berat sangat cos aku cuma pergi rumah akak aku n dia masak laksa johor favorite aku huhu. Tapi hari ini adalah hari yang sangat 'berat' uwaaaaa. Hari ni semuanya berat2 walaupun aku cuma pergi rumah mak cik aku jer tapi bila ditambah dengan rumah aku sendiri yang telah menyediakan makanan untuk orang datang, 'penapauan' yang dibuat ketika mak aku berkunjung ke rumah pakcik aku dan ditambah dengan pengir…

Ugly Beauty

Image
"Just because you're beautiful doesn't mean you can treat people like they don't matter." - Cameron James (Joseph Gordon-Levitt) from 10 THINGS I HATE ABOUT YOU (1999)


Hari ni amatlah boring cos kerja 1 hari jer before weekend menjelma esok. Nasib baik boss keluar awal kalau tak memang boleh mati kebosanan lah aku. So tadi masa keboringan + kengantukan aku secara curi2 bukak internet and browse Yahoo news and aku tertarik dengan artikel nih http://movies.yahoo.com/feature/movie-talk-5-life-lessons-from-high-school-movies.html dan quote kat atas tuh. Kadang-kadang aku juga terasa orang yang 'cantik2' nih ada segelintirnya sgtlah 'mean' tapi ada jugak kebanyakannya baik. Tak semua kan. Kadang-kadang orang tak cantik pun ada juga yang jahat kan? so tak boleh lah kita buat assumption yang cantik2 itu semuanya jahat. 
Tapi kadang-kadang ada orang mempergunakan kecantikan mereka contohnya aku dah lama perhatikan kalau nak lintas jalan or berjalan di kak…

Fast food lagi *l e t i h d a h*

Image
Actually mmg da letih nak makan fast food dalam minggu nih tapi apa boleh buat sebelum zohor tadi dpt sms daripada akak aku mintak belikan buat buka puasa. amboi belum zohor dah karang2 buka nak makan apa. 2 McD aku pegi sbb nak cari bubur. McD tepi jalan skudai tuh cam ampeh sikit xbrp suka servis dia. Sbb ibunda yang tercinta nak mkn bubur utk berbuka maka anaknda kesayangan (erkk perasan) kenalah mencari walaupun hingga ke Uganda sekalipun. Maka itulah hasilnya penuh satu seat kereta

Hari ke-Enam Raya

Image
hari ini sudah masuk hari ke enam raya n belum ada kedai makan kat tempat kerja aku nih nampak bayang2 akan bukak kecuali kedai mamak yang 1st day raya pun still bukak. Domino's tuh adalah lunch aku pada 1st day kerja lepas raya iaitu isnin yang lepas.
takkan hari2 nak makan fast food. bangkrap ler aku. set kat atas tuh jer dah RM60++ tuh belum masuk breakfast aku dgn McD. Harituh ajer aku abis RM80++ utk makan. Belajar lah berjimat cik kak oiiiii. Mak  n akak aku pulak puasa jadi mmg xda breakfast. So hari ini sekali lagi aku telah mengirim opis mate aku utk menapau nasik di mamak - terpaksa huhhuhu

Selamat Datang!

Image
Akhirnya aku tertewas.. tertewas untuk ada satu lagi commitment di ruang siber ini selepas Facebook hahah. Geram jer tgk orang lain ada blog sekali sekala teringin jugak nak ada blog walaupun aku rasa aku sorang jer kot yang baca blog aku nih. Oleh kerana aku pun dah tinggalkan commitment untuk game MAFIA WARS di Facebook yang pada aku skrg sgtlah membosankan bolehlah aku berjinak2 dalam penulisan blog nih hehehe. Apa-apa pun SELAMAT DATANG untuk DIRI SENDIRI. Semoga rajin2 lah untuk merepek meraban kat sini! jumpa lagi!