Posts

Showing posts with the label family

Wedding: Singapore, 2017

Image
Ini lagi satu wedding yang dah berkurun lama baru nak up. Pengantin dah dapat baby pun. Apa-apa pun apa yang ada dalam hp aku akan aku post disini sebagai kenangan aku di hari tua nanti. Time ni arwah mak ada lagi. Wedding nih terlebih dahulu daripada wedding anak saudara aku yang aku post haritu. Happy arwah mak masa ni sbb dapat jumpa adik2 dia kami! With my nieces Gambar kuih jer ada Ini jer gambar pengantin yg ada Ini kali terakhir arwah mak masuk Singapore. Happy arwah mak sebab dapat jumpa saudara mara dia. Siapa sangka kali terakhir dia jumpa saudara mara dia kat Singapore masa tuh. I miss u mak.

Wedding: Shah Alam 2017

Image
Ok lama betul amik masa nak post sini. Dah 2 tahun berlalu. Pengantin pun dah dapat anak huhuhu. Arwah mak masa ni pun ada lagi. Tapi tuh lah kan lama betul aku berehat. Lepas kenduri kahwin nih mak aku start sakit n keluar masuk hospital dan pergi selama-lamanya 2 bulan selepas itu. Sebab itu sekarang baru rasa nak post kenduri kahwin ni kat sini. Masa nih arwah mak ada lagi. Tapi nampak riak wajah dia dah sugul Ini pertama kali akak n abang ipar aku dapat menantu. So memang over excited sikit lah sebab memang dinanti-nantikan nak makan nasi minyak pengantin ni. Nikahnya hari Jumaat lepas solat Jumaat. Lebih kurang pukul 3.00 petang. Kita orang bertolak dari Johor Bahru lepas arwah mak habis dylisis pukul 11.00 pagi. Kakak aku sempat lah masak-masak. Singgah jap kat Restoran Jenjatas Ayer Keroh makan tengah hari dulu tapi masa tuh arwah mak aku dah gelisah ajak cepat-cepat ke Shah Alam. Dia takut terlepas tengok cucu dia nikah. Ingat dia kat makcik dia ni Lepas da...

Rindu

Image
Rindu. Siapa tak rindu. Haritu masa ada problem kat office rasa sedih sangat. Selalunya lepas balik rumah mesti aku cerita kat mak. Lepas tuh keesokan harinya bila nak pergi kerja lepas salam dia aku mintak dia doakan semoga hari aku dipermudahkan. Aku dah hilang doa itu. Bila ada problem haritu memang sedih sangat sebab aku baru realize yang dah tiada siapa nak doakan aku. Suami tiada anak pun tiada. Sedihh. Kubur arwah mak Disember 2017 Pergi kubur arwah mak tengok pokok bunga ni dah naik tinggi. Nak kena trim pokok ni. Batu nesan pun dah tak nampak. Tempat yang paling suka aku pergi kubur arwah mak. Rasa macam jumpa dia je kalau pergi sini. Rindu yang paling sakit adalah rindu yang tiada berpenghujung. Sakitnya tuh macam duduk kat celah-celah hati kita tak mau keluar. Aku sekarang kalau dengan lagu-lagu yang irama tahun 80-an or 90-an confirm meleleh air mata. Sebab time tu teringat kenangan masa mak n ayah aku ada lagi n adik beradik aku ada 8 orang. Sekarang tinggal kam...

Mati itu pasti

Image
Semoga tenang disana Kejap jer dah 6 bulan arwah abang aku pergi meninggalkan kami sekeluarga. Rasa macam tak percaya jer dia dah takde. Sedih rasanya masih terbayang-bayang wajah dia masa aku n dia sama-sama mengadap saat-saat akhir arwah mak. Sekarang dia dah ikut mak pergi. Abang aku memang sakit diabetes n sampai penglihatan dia kurang jelas. Awal tahun ni dia masuk hospital n dia mula tukar rutin permakanan dia kepada makan yang sihat sahaja. Dua hari sebelum dia meninggal, dia ada appointment pakar mata kat Hospital Pusrawi. Masa tuh abang aku batuk yang dah beberapa minggu tak baik. Doktor kat pusrawi pun tengok abg aku mcam susah nak bernafas dan tak beri abang aku balik. Tapi abang aku tak mahu admit n nak  balik JB jugak hari tuh. Doktor kat Pusrawi beri ubat dan inhaler n pesan bila sampai JB terus pergi hospital. Sampai JB abang aku tak pergi hospital. Sampailah hari ahad 10/6/2018 aku dapat panggilan telefon daripada anak saudara aku. Masa tuh aku ...

Raya yang suram 5

Image
Sambungan daripada Raya yang suram 4. Katil mak kat rumah. Isnin, 3/7/2017, berbincang semula dengan doktor pakar. Memandangkan mak aku dah tiada apa-apa respon, tiada apa-apa yang dapat dibuat. Dana yang kitaorg ada sangat terhad kami adik beradik buat keputusan untuk membawa mak pulang atas risiko sendiri. Kenapa kami tak transfer ke mana-mana GH? Ada sebab kenapa tak transfer ke GH. Lagipun kitaorng dah sign AOR jugak masa di GH sebelum nih. Kami ambil keputusan yang paling berat dalam hidup kami. Tiub yang disambungkan dengan mesin ventilator akan ditanggalkan di rumah dan doktor pakar meramalkan jantung mak aku akan terhenti selepas tiub itu dicabut. Sedihnya hati masa tuh hanya Allah jer yang tahu. Kitaorg amik keputusan untuk bawa mak pulang pada 4/7/2017 (Selasa). Masih terbayang aku naik ambulan menyusri  jalan Skudai yang jem untuk membawa mak pulang ke rumah. Di rumah semua dah bersedia dan telah menunggu mak pulang. Sampai di rumah hanya alunan ayat-ayat Al-Q...

Raya yang suram 4

Image
Sambungan daripada Raya yang suram 3 . ICU kat JSH Minggu raya tuh ramai ahli keluarga aku ada dirumah. So aku amik keputusan untuk berkerja pada 4 Syawal/28 Jun 2017 sebab minggu depan semua akan balik ke rumah masing-masing. Alhamdullah aku dapat bos yang memahami. Dia beri aku amik cuti selama mana yang aku mahu untuk menghabiskan masa-masa terakhir dengan mak. 6 Syawal/30 Jun, masa aku kat opis akak aku call minta aku call mana-mana private hospital untuk mak buat dialysis. Tak sanggup kami lihat mak terseksa sebab tak dialisis. Aku call pihak PSH. Mula-mula diorg tak nak terima. Lepas tuh akak aku call pulak diorg dan mereka setuju untuk datang dengan ambulan ambil mak kat rumah. Tapi bila sampai di emergency PSH, diorg tak dapat nak buat apa-apa sebab pakar masih bercuti hari raya. Aku telefon pulak JSH pulak, alhamdulilah ada pakar kat JSH dan dia setuju untuk review kes mak aku. Tapi diorg tidak boleh memberi apa-apa jaminan memandangkan keadaan mak aku yang dah kri...

Raya yang suram 3

Image
Sambungan daripada post Raya yang Suram 2 . Menunggu Hari Ahad, 1 Syawal, di pagi raya ketika orang bergembira menyambut Hari Raya, aku masih di hospital menemani mak aku semenjak malam raya lagi. Hanya juadah roti yang mengalas perutku. Itu pun tak tertelan kerana hati terlalu sebak melihat keadaan mak. Pukul 9 pagi, anak-anak saudara aku datang untuk gantikan tempat aku. Ada yang bawak juadah raya untuk aku. Aku turun bawah nak balik but sebelum tuh plan nak singgah kubur arwah ayah aku. Dekat jer ngan spital tuh. Tapi bila sampai bawah hujan turun selebat-lebatnya. So aku pun duduk kat bawah wad menunggu hujan berhenti sambil makan juadah hari raya yang dibawa anak saudara aku. Masa tunggu hujan berhenti, tiba-tiba telefon aku berbunyi. Anak saudara aku yang sedang menjaga mak aku kat atas telefon bagitahu condition mak aku. Doktor maklumkan tiada apa yang dapat dibuat. Dialisis tidak boleh dibuat kerana condition mak aku yang tidak mengizinkan. Dibawah wad itu juga aku...

Raya yang suram 2

Image
Sambungan daripada post Raya yang suram . Lama betul nak sambung post ni. Nak dekat setahun kot. Draft memang dah lama buat tapi rasa macam tak rasa nak post. Sedih rasanya nak sambung cerita raya yang suram ni. Masa taip ini bercucuran air mata aku. Tapi aku dah mula so kenalah habiskan. 2nd time masuk PSH 19 Ramadan, mak pergi dylisis tempat biasa. Pukul 8 pagi pusat dialysis telefon. Mak aku tak boleh dialysis sebab blood pressure dia jatuh rendah sangat. So diorg suruh kitaorang refer balik kat PSH. Lupa nak cerita dalam entry raya yang suram. Mak aku juga ada masalah jantung. Pakar Jantung rasa ada blockage so kena buat angiogram. Tapi taulah kan angiogram kat private hospital plus procedure untuk blockage kosnya macam beli kereta myvi sebiji so kitaorg mintak refer ke GH.  Pendekkan cerita, mak aku sesak nafas lagi lepas balik dialysis Jumaat 21 Ramadan. Masa tuh aku tgh kerja. Berkejaran aku pergi ke PSH tunggu akak aku kat lobi spital n haritu mak aku admit ...

Rutin pagi

Image
Rutin pagi Kalau dulu rutin harian aku, setiap hari Isnin, Rabu & Jumaat pukul 6.10 - 6.15 pagi aku dah gerak  keluar hantar arwah mak dylisis. Hari Selasa & Khamis pulak aku keluar gerak pergi kerja pukul 7.30 pagi. Tapi bila mak dah takda aku tetap keluar pagi juga. Isnin - Khamis pukul 6.30 pagi dah gerak keluar. Tapi perjalanan aku jauh sikit sebab hantar Mat Ayip ke sekolah. Kalau dulu dia naik bas, kali ni aku dengan rela hati hantar dia pergi sekolah. Padahal boleh jer aku keluar pukul 7.30 pagi g kerja. Tapi rasa macam tak boleh keluar lewat kat rumah sorang-sorang. Rasa sedih sgt. Sekolah Mat Ayip tuh kat Jalan Seelong - Kempas, sebab tuh aku keluar awal sikit sebab perjalanan jauh. Ada lah 30km perjalanan aku dari rumah ke sekolah Mat Ayip n ke opis. Sampai odometer kereta aku naik dengan laju sekali. Kalau dulu nak servis kereta sampai tarikh dulu, tapi sekarang meter dulu yang sampai. Tapi nak buat camner kan. Itu jalan yang aku pilih. So redh...

Salam Oktober

Image
Langit cerah tapi hati masih mendung Dah nak masuk akhir bulan Oktober dah. Lagi 2 bulan dah nak habis 2017. Tahun 2017 dan juga tahun 1998 tahun yang paling tak boleh dilupakan sehingga ke akhir hayat. Tahun-tahun dimana aku kehilangan orang yang paling aku sayangi. Bila masuk berbicara pasal ibu dan bapa mula lah air mata aku mengalir. Orang tanya kenapa tak move on lagi dah 3 bulan arwah mak pegi. Nak move on camner yang pergi tuh mak yang melahirkan kita kot. Aku tinggal dengan dia dari umur aku sehari sampai lah umur aku 37 tahun 7 bulan 18 hari. Berpisah pun masa aku gi belajar kat Shah Alam, itu pun 3 tahun je. Cukup 3 tahun aku balik kampung sebab tak nak dia tinggal sorang-sorang. Kat dada nih bila ada masa-masanya rasa sakit sangat. Sakit rindu yang mencengkam sampai nak mengalir air mata. Mak pergi bawak sekali separuh jiwa aku sekali. Tiap-tiap minggu aku pergi kubur mak nak hilangkan rindu. Kalau rindu nak dgr suara mak aku bukak video-video dalam handphone...

Salam September

Image
Al-Fatihah untuk Arwah Mak Lama tak menulis dan lama juga tak membaca. Lebih kurang aku memang lama dah tak jenguk blog ni. Fuhh panjang gila list blog yang aku follow untuk dibaca. Apa-apa pun akan aku habiskan satu persatu. Blog nih masih buletin 7 pagi.  Walaupun dah tak masuk office pukul 7 pagi dah. Kalau tak setiap Isnin, Rabu & Jumaat pukul 7 pagi mesti dah masuk office. Tapi semua rutin tuh dah takde dah. Rindu. Rindu sangat-sangat. Tapi nak buat camner kan.  Kena lah terima qada n qadar yang telah ditentukan oleh-Nya. Rasanya nak menulis semula dan habiskan entry Raya yang suram aku tuh. Nak hidupkan kembali blog aku yang suram ni. Banyak cerita nak tulis sini sebelum dan selepas mak aku pergi. Blog nikan sebagai diari hidup aku. Insya Allah.

Hari ke-31

Image
Wajah yang sangat dirindui Birthday terakhir mak Semalam genap 30 hari Mak aku pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Malam pertama mak tinggalkan aku, rasa macam nak korek2 kubur mak nak tengok wajah mak n nak cium mak puas-puas. Ada hari-hari bila datang rindu tuh rasa dada nih berat sangat especially masa dua minggu pertama mak aku pergi. Kadang-kadang tuh bila angin sayu mula menjelma rasa macam nak nangis n hati rasa sangat sebak n end up aku menangis sepuas-puasnya. Kalau dulu aku suka duduk rumah time weekend. Tapi skrg aku banyak keluar sebab duduk kat rumah sangat menyedihkan aku. Pandang semua benda teringat arwah.  Pergi kerja pun pukul 6.30 pagi walaupun office hour aku bermula jam 8.30 pagi. Makan pun dah tak sesedap dulu. Semua rasa tawar je. Aku adalah insan yang telah dipilih Allah untuk menghadap saat-saat akhir mak aku mengambil nafas yang terakhir. Memori itulah yang berpusing-pusing dalam kepala aku. Tengok ambulan pun bol...

Hari ke-17 tanpa doa seorang Ibu...

Every time I close my eyes I see you in front of me I still can hear your voice calling out my name And i remember all the stories you told me I miss the time you were around But I'm so grateful for every moment I spent with you Cause I know life won't last forever Night and day, I still feel you are close to me And I remember you in every prayer that I make Every single day may you be shaded by His mercy But life is not the same, and will never be the same There were days when I had not strength to go on I felt so weak and i just couldn't help asking: "Why"? But i got through all the pain when i truly accepted That to God we all belong, and to him we'll return I've got to stop the tears, keep my faith and be strong I'll try to take it all, even though it's so hard I see you in my dreams but when I wake up you are gone... Petikan lagu So Soon drpd Maher Zain menceritakan perasaan aku sekarang. Tiada hari...

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Image
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya kita kembali. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas arwah ibuku yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad 23 Julai 2017 bersamaan 29 Syawal 1438 Hijrah dan semoga rohnya ibuku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin ya rabbal alamin. Belum sempat aku sambung post   Raya yang Suram , Mak telah kembali kepada pencipta-Nya Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya rasa hati ini. Aku berehat dari berblog buat sementara. Mencari kekuatan dan ketabahan hati.

Raya yang suram

Image
Seumur hidup aku bila tiba time raya tak kisahlah raya puasa atau hari raya haji, tak pernah gagal merebus ketupat. Puasa dan Raya tahun ni adalah paling suram dalam hidup aku. Tiada langsung persiapan raya yang dibuat, kecuali sempat menempah langsir rumah di Jakel di awal puasa dan membakar 2 jenis kuih raya di sabtu kedua pada bulan puasa. Tak pernah dalam hidup aku membakar kuih raya pada minggu pertama puasa. Ini semua petanda. Minggu kedua puasa, mak aku mula start batuk-batuk dan semakin teruk sehinggalah pada 13 Ramadan pukul 2.30 pagi mak aku dah mula sesak nafas. Aku bawak mak aku pergi klinik yang buka 24 jam. Masa tuh tekanan darah mak aku sangat tinggi 200/110. Jadi doktor advise untuk pergi ke Hospital. Sebelum tuh minta dr bagi nebulizer dulu. Aku balik ke rumah dulu sebab mak  aku enggan ke hospital. Tapi bila sampai rumah dia mula tak rasa selesa. Tak boleh bernafas. Kami ambil keputusan untuk bawa mak juga ke hospital jam 4 pagi.  menunggu Sampa...

Semoga cepat sembuh

Image
Credit Google

Kenangan Ramadhan

Image
Bila masuk bulan Ramadhan nih mula lah ingat kenangan lalu kat rumah lama di Larkin. Tiba-tiba terasa macam mata ada masuk habuk pulak. Sejak lagi 2 tahun nak masuk 4 series nih makin teruk sensitifnya. Pantang dengar lagu sedih, lagu lama mula lah nak jadi cam jeli. Lagi-lagi bila masuk bulan puasa. Semua kenangan menerpa. Rumah belum ada bekalan eletrik n bila sahur guna lampu pam sahaja. Kadang-kadang terngiang2 bunyi lampu pam yang dipam oleh arwah bapak aku. Bila lepas sahur mesti arwah panggil sorg-sorg ajar niat puasa. Kenangan semua tuh. Inilah rumahnya. Dah kena roboh dah. Kitaorg menumpang jer kat sini Masa cari gambar-gambar lama nak tepek sini, aku terpandang lah gambar nih. Mula-mula tak rasa apa-apa, tapi bila zoom balik gambar nih, baru perasan masa nih kedai runcit dah nak tutup terus. Masa ni arwah bapak aku dah takda. Aku tengah belajar kat itm. Tengah habiskan stok kedai sebab nak tutup terus. Bila tengok gambar ni dengan background lagi Fatwa Punjangga tu...

My Intan Payung

Image
Buah hati pengarang jantung aku Geram betul ngan budak ni. Hari-hari balik kerja dok tak sabar nak peluk cium budak nih ler.  Ini gambar dia last year n masa ni umur dia 14 bulan. Sekarang dah nak masuk 2 tahun dah. Cakap pun dah pandai sikit-sikit pastu kuat makan ikut mak nombor 2 dia hihihi. Aku ler mak nombor 2 dia. Untung budak tecik ni, ramai mak n ramai orang sayang dia. Jadi anak yang solehah ye sayang. Muah, muah, muah 1000000000000000000 kali!

Baju tak siappp!

Image
Hujung minggu ni aku ada wedding kat Shah Alam. Akak aku n abg ipar aku nak dapat menantu sulong. Tapi dalam family aku kiranya anak saudara menantu aku yang ke-4 ler. Kali ni wedding ni agak excited sikit sebab lama benar kitaorg tunggu majlis nih. Tiap kali dia datang umah aku dok tanya bila nak kahwin ( padahal diri sendiri pun belum ada hati nak tanya orang hahah ) masa tuh dia lom ada bf lagi sampai lah last year raya haji baru dia bagitau aku n akak aku ( makcik dia bukan mak dia ). Hujung tahun lepas diorg terus bertunang. Aku tak pegi sebab banyak hal kat JB. Letih kaki! Actually aku nak cerita pasal baju aku nih. Adoiii apa ceritaaa baju aku ni. Sampai hari ni aku tak dapat lagi baju aku. Seram oooo takut tak muat baju. Dahlah nak mencari pun payah. Pusing-pusing dalam Jakel, turun-naik tak jumpa kaler yang sama macam yang dicadangkan. Lagi-lagi pegi ngan akak aku kat gambar tuh. Aduhh cerewet. Last-last jumpa lah kat bawah, terus beli sedondon untuk rombongan fami...

Kenduri Kahwin @ Singapore

Image
Keliling lauk aku Lama dah Wedding nih. Last year kot bulan September hihihi baru sekarang aku nak post. Sebelum nih kan aku cam malas kan. So sekarang nak aktif balik mengepos kat sini. Sekurang-kurangnya 3 post seminggu. Gambar pengantin sipi je Kali ni aku tak amik banyak gambar. Sikit jer. Sebab yang anak sedara yang selalu rajin amik gambar dah balik Kedah ikut mak n ayah dia. Kali ni kitaorg pegi ngan akak aku yang kat Shah Alam satu family. Dia dah nak menantu so kena lah pegi wedding sedara mara. Seperti biasa aku memang tak lepaskan peluang kalau ada wedding kat Singapore. Akak aku pun sanggup amik cuti nak pegi yelah kan Johor kan keje hari Ahad. kali ni ada Churos Mak aku ni adik beradik dia satu mak satu bapak ada 3 orang yg dok Singapore n ada yang jadi warganegara sana. Mak aku pulak kahwin ngan arwah bak aku orang JB so jadi lah wargadaerah JB hihihihi. So ini adalah wedding cucu saudara mak aku. Nasib baik pegi wedding kali nih tak jem pegi da...