Posts

Showing posts from May, 2014

Makan-Makan: Char Kuey Teow

Image
Char Kuay Teow nih memang melambak2 orang jual kat mana-mana. Ada yang sedap, ada yang tak sedap. Ada yang pakai kicap semata. Sebelum nih kalau nak makan Char Kuey Teow kat JB nih yang paling sedap or lebih kurang aku selalu makan adalah kat Osman Larkin Perdana. Sedap jugak. Tapi dulu ler sebab selalu beli aku tapau pastu sampai umah dah kembang n sejuk so memang kureng lah kan.  Tapi kalau makan situ memang sedap. Tapi skrg nih da lama tak makan or tapau kat situ. So tak tau sedap lagi ke tak. Sebab kat area rumah aku dah ada yang sedap. Haritu balik kerja terus singgah makan kat situ. Janji ngan family members aku yang lain. Well diorg tak kerja. Hari Jumaat kan, aku sorg jer yang keje. Char Kuey Teow diorg memang sedap. Memang recommended lah. Kat situ gak ada Nasi Lemak berlauk yang sedap. Memang famous. Ayam goreng kat situ sedap betulll. Kalau petang2 tuh ramai orang balik kerja menyinggah.

Lokasi: Nasi Lemak Dahlia, Taman Teratai Kangkar Pulai, Johor (Dekat traffic light ant…

Makan-Makan: Delizio Pizza

Image
Kalau g Pasar Tani memang mesti beli Pizza nih. Actually pizza nih agak popular kat JB, especially kat pasar-pasar malam or pasar tani. Delizio Pizza nih ada juga Restauran sendiri, kat Danga Bay berdekatan dengan Tune Hotel. Tapi aku belum pernah pergi lagi restoran kat Danga Bay tuh. Selalu beli kat Pasar Tani jer. RM10 = 4 keping. RM20 = 8 keping (1 kotak)

Lokasi: Pasar Tani Taman Sri Pulai, Johor Bahru, Johor. Setiap hari Ahad bermula jam 7.00 pagi

*autopost

Jgn makan selalu! tak sihat!

Image
Punca aku kena telan 80mg ubat kolestrol setiap hari

Kerak goreng pisang! Kegemaran aku suatu ketika dahulu. Renjis sikit2 ngan sambal kicap. Perghhhhh
Errr btw orang Johor makan goreng pisang ke goreng keledek ke goreng keladi ke or goreng ubi ke cecah ngan sambal kicap huhuhu. Alahai sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Main Ingredients

Image
Antara bahan-bahan penting yang perlu ada dalam peti ais.
#takadaideanaktulisapa
*autopost

Jumaat Penghulu segala hari

Image
Dah 5 bulan Johor tukar balik cuti weekend ke hari Jumaat/Sabtu.
Tak pernah aku dapat rasa cuti Jumaat/Sabtu.
Masa sekolah dulu cuti weekend Jumaat/Sabtu, tapi sekolah aku tak ikut.
Sekolah separa gomen lah katakan.
Dah keje igt dpt lah rasa tapi company aku takmo ikut plak.
So kena lah keje Jumaat n cuti Ahad.

Mula-mula kekok gak.
Sebab kalau hari Jumaat nak g keje jer tgk akak aku tengah berlingkar depan tv pepagi buta tengok drama Korea yg dah direkod.
Masa tuh geram betull. Memang tahap tak nak g keje tuh boleh dikatakan 100% lah.
Tapi paling best bila g keje hari Jumaat jalan selapang-lapangnya.
Selalu kalau hari biasa nak sampai opis 1 jam n kalau jem luar biasa boleh jadi sejam lebih.
Tapi hari Jumaat 20 minit jer dah sampai.
Sama lah time balik kalau hari Khamis ngan Jumaat tuh 20/30 minit dah sampai rumah.
Hari Khamis time balik jalan lapang sebab orang yg amik cuti hari Jumaat opis hour habis pukul 3.30 petang ya. Diigtkan sekali lagi 3.30 petang. Haishhhh jeles betul aku!

Makan-Makan: Oblong McD

Image
I miss you so much...

Sorry besau sangat gambar ni

*autopost

Makan-makan: Lontong Kering

Image
Gambar sebelum diet nih. Sekarang makanan macam nih cuma dalam kenangan je. Sajer jer post gambar-gambar camnih untuk bagi semangat kat aku. Semangat ye? semangat lah sangat. Takpelah lagi pun aku dah kental boleh mengelakk makan makanan camnih. Lagi satu kalau aku nak makan beli jerlah. Tapi makan jgn banyak suku bahagian cukup. Sekarang nih kalau aku terigin nak makan, aku makan jer. Tapi bukan melantak. Makan sikit buat hilang kempunan. Kalau tahan-tahan sangat payah sikit. Orang macam aku tak tahan godaan makanan. Hihihihihi Tapi kena berigt ler suku bahagian jer boleh makan kalau tak musnah diet aku huhuhuhu


Lokasi gerai Lontong Kering: Gerai kat depan rumah kedai Taman Pulai Indah, Johor Bahru, Johor

*autopost

Makan-makan: Mee Goreng Basah

Image
Hasil gorengan menggunakan Saus Manis ABC. Sedap jugak Saus Manis ABC nih Buat goreng dengan mee camnih ler hasilnya Sedap nyaa ngan bau bawang goreng n daun sup. Pastu tak kering n basah2 sikit. Resepinya nggak tau ya sebab bukan aku yg goreng tapi akak aku. Aku tukang makan jer huhuhu
*autopost

Selamat Hari Cikgu!

Image
Tak terlewat rasanya aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kat cikgu2 kat luar sana.  Lagipun kat Johor nih esok baru celebrate Hari Guru. Semalam cuti kan.  Sepanjang zaman sekolah aku, aku masuk 3 sekolah berbeza.  Sekolah Rendah, Sekolah Menengah n Sekolah Menengah (Form 6). Sekolah mana tuh errr takyah ler nak ckp.  Tapi tiga-tiga sekolah tuh Sekolah paling famous kat JB nih. 
Banyak kenangan masa sekolah dulu.  Tak boleh lupa masa aku Form 3. Kelas Bahasa Inggeris.  Tak buat kerja sekolah. Boleh plak meniru.  Sudahnya 4-5 orang yang meniru cikgu baling buku ke padang sekolah.  Tapi cikgu plak salah baling, so jatuh kat bumbung sekolah. Kengkawan aku yang kurus tolong panjant bumbung ambik buku tuh.  Nasib baik tak jatuh. Kalau jatuh tak pasal-pasal patah kaki.  Memang aku ngaku salah kami meniru n patut dihukum.  Tapi hukuman gitu sgt membahayakan.  Aku lebih rela kena rotan daripada dia baling buku mcm tuh. Kalau lah bumbung tak kuat n jatuh. Camner?  Mintak maaf ckp sampai sekarang aku ta…

Homemade Sushi

Image
Amacam berwarna warni tak sushi aku?

Sushi buatan sendiri nih. Inti sedap tapi nasi kureng. Kureng cukanya plak. Anak saudara aku cakap kurang umphhh kali nih. Kurang umpph pun licin korang bedal ye.

As usual, buat inti telur rebus

Inti ketam mayo

Inti ebiko mayo ebiko nih beli fresh kat aeon/jusco satu bungkus rm8 ++ kot tak silap aku

Tapi sekarang ni aku nak makan yang nih.

Mereka yang berkenaan, jom pegi makan lepas kerja?

*autopost

Ole-ole dari Korea

Image
Haritu kawan aku baru balik jalan2 kat Korea. Dia pegi time musim sejuk plak tuh. Kalau aku memang tak boleh ler. Lemak jer banyak kat badan tapi tak tahan sejuk! Beberapa minggu lepas dia balik, datanglah pakcik pos laju kat umah aku. Kawan aku bagi souvenir dari Korea! dapat fridge magnet, key chain, purse ngan pembuka surat. Terima kasih bebanyak kat kawan aku tuh. Aku ngan dia selalu bertukar-tukar souvenir. Especially fridge magnet. Sekarang nih peti ais aku dah nak penuh. Kena beli board utk fridge magnet nih.
Tahun depan nak gi mana ek?

*autopost

Kempunan Kenny Rogers

Fuhh hari ni memang betul-betul menguji kesabaran aku.

Tadi pagi aku pegi AEON Bukit Indah. Sajer jer temankan akak aku cari hadiah hari guru kat Daiso untuk kengkawan dia n cikgu-cikgi mat ayip.

Ramai orang betul AEON Bukit Indah tuh. Public holiday lah katakan. Plak tuh public holiday sama ngan Singapore so memang sesak ler. Lepas jer kat situ akak aku ajak makan kat Kenny Rogers. Aku pun ok jer sebab dah lama tak makan.

Mula-mula tuh dah bagi menu nak amik order pun dah amik masa 10 minit. Lepas amik order nak dekat 30 minit tak dpt2 lagi. At least kalau lmbt main coursenya bagi lah air dulu ke. Tapi haram air pun tak sampai lagi. Tekak dah haus dah nih. Siap rasa macam nak kansel order jer n pergi makan kat Secret Recipes berdepan ngan Kenny Rogers tuh sebab tengok orang kat Secret Recipes baru sampai dah dpt makanan dia.

Lepas 30 minit dtglah 1 set 1/4 chicken n 1 set chicken hotdog utk akak n anak saudara aku. Aku pun tunggu lah set aku. Aku order 1/4 chicken set tuh jugak. Pas…

Breakfast pagi Jumaat

Image
Saya suka hari Jumaat. Lebih-lebih lagi kalau Jumaat tuh hari cuti. Walaupun Jumaat kat Johor nih hari cuti mingguan, tapi opis aku tak ambik. So aku cuti hari Sabtu n Ahad. Tak sama ngan akak-akak aku yang keje gomen tuh 

Bila aku cuti or hari Jumaat tuh Public Holiday selalunya aku ajak family aku gi kubur. Ziarah kubur arwah ayah aku. Lepas ziarah selalunya singgah makan breakfast kat Restoran ZZ depan pagar belakang hospital yang dekat ngan kubur tuh. Roti canai kat situ sangat marvelous. Diet ke tak diet ke mesti kena order dua keping opss sekeping ehehehee. Lepas breakfast kat sini eksasis plak kat Legoland. Sama ada di water park or dry park. Tiket bermusim ada sampai taun depan. Rugi tak gunakan.
*autopost

Senapang Kentot Minnions

Image
Si Mat Ayip pau mak dia kat Universal Studio Singapore. Aku tak ikut pun. Malas. Sekali tengok pistol kentot nih ada bau plak. Busuk plak tuh. Fuhh phobia nak dekat hihihihi.
*autopost

Resepi: Udang Goreng Eno

Image
Udang Goreng Eno! memang fav. aku. Masa mula-mula try resepi ni aku dok tiap2 minggu beli udang n goreng. Akibatnya kolestrol aku naik mendadak n kena bambu ngan doktor hihihhi. Tak tau dapat dari mana resepi nih. Akak aku nampak kat post facebook n dia try aku memorize resepinya.

Bahan-bahan
Udang dibuang kepala n kulit separuh, dibelah dibuang kotoran.
Eno perisa natural (colour biru)
Serbuk lada hitam/sulah
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
Serbuk pasti sedap/garam Air secukupnya
Minyak secukupnya

Cara-cara Udang yang telah dibersihkan di perap dengan lada hitam/lada sulah,  sedikit garam or serbuk pasti sedap

Bancuh tepung gandum n tepung beras n serbuk pasti sedap.  Jangan terlalu pekat or jangan terlalu cair. Simpan batter nih dalam peti ais dalam 1/2 jam.

Lepas 1/2 jam keluarkan batter tadi n campurkan ngan setengah peket eno kaler biru nih Nanti nampak berbuih, celupkan udang dalam adunan batter tuh n goreng dalam kuali. Siap!
*autopost

Resepi: Tauhu Jepun & Fish Ball

Image
Kalau hari minggu tak tau nak masak apa. Plak tuh weekend dah tak sama ngan akak aku n budak2 sekolah. So hari ahad mesti kena masak sebab ada orang balik kerja n sekolah nak makan. Kekadang bila malas tuh aku g kedai beli jer tauhu jepun nih n fish ball digoreng. Actually aku tak makan tauhu tapi minum air tauhu (soya). Tauhu jepun jer yg boleh masuk tekak aku itu pun tgk brand hihihihi. Meh nak share resepi ringkas nih.
Bahan-bahan 2 tiub tauhu jepun, dipotong, dilap n digoreng Sebungkus fish ball, digoreng 1 labu bawang besar dihiris 2 biji bawang putih dihiris 1 biji lada merah dihiris 1 biji lada hijau dihiris 3-5 biji lada padi (kalau nak pedas) dihiris garam n bahan perasa secukup rasa (guna maggi pasti sedap pun ok gak) minyak masak n air secukup
Cara-cara Tumis bawang besar, putih. lada padi, lada merah & lada hijau sampai naik bau. masukan air sikit (dalam suku cawan) masukan bahan perasa n garam secukup rasa. lepas didih, masukkan tauhu jepun n fish ball yang telah digor…

Nesafe Dolce Gusto

Image
Jemput minum Latte Machiato!


*autopost

Ebiko Sushi

Image
Tetiba rasa macam nak makan sushi plak. Haishhhh mana nak cari tengah malam buta nih. Nih gara2 tertengok gambar sushii yg di post oleh anak saudara aku kat FB ler nih

Dapat sushi jusco/aeon pun da cukup happy nih
*autopost