Posts

Showing posts from June, 2013

InstaWeather

Image
Hujan, Panas, Hujan!

Luaskan Kuasamu Johor!

Image
Fuhh berdebar2 tunggu final Piala FA kejap lagi.
Dah lama Johor tak kiralah JDT ke Johor FA ke masuk mana-mana final.
So malam nih malam penentu.
Menang or kalah tetap bersama JOHOR.

Resepi Diet: Salad Telur & Ikan Dory

Image
Menu breakfast. Aku guna Telur rebus dan ikan dowry yang aku goreng kat pan guna minyak zaituh sikit jer. Kalau nak diet nih dinasihatkan guna minyak zaitun. Walaupun mahal sgt berkhasiat. Sebab tuh kalau guna minyak zaitun nih sikit jer. 
Aku susun salad kat bawah lepastuh potong ikan dowry tabur atas salad. Telur rebus dipotong bulat-bulat. n tabur atas ikan dowry. Sosnya still guna sos thousand island.

Under Renovation!

Image
Haritu rumah aku dalam proses renovasi. Semput gak lah ngan habuk n bersepah.
Allah jer tau camner perasaan aku time tuh.
Alhamdulilah sekarang nih dah siap. 
Akak aku renovate dapur n bilik air. Pindahkan toilet.
Baru nampak besar sikit dapur tuh huhuhuhu.

Resepi Diet: Salmon Grill & Brokolli

Image
Simple jer.  Ikan Salmon dibersihkan dan direndam ngan air asam jawa untuk hilangkan hanyir. Perap Ikan Salmon dengan Lada Hitam, Lada Putih & garam Brokoli tuh dibersihkan. Nak rebus dulu pun boleh. Tapi aku grill sekali ngan Ikan Salmon. Bila ikan salmon panas-panas da masak aku tabur cheese.  Nak dapatkan kalsium lah katakan hahahaha Sos aku still guna Thousand Island. Tapi ingat aaaa nak diet kena guna 3-4 titik jer sos tuh.

Misi mencari Cover iPhone 5 & iPad

Image
Akhirnya jumpa kat Holiday Plaza JB. Kat situ memang syurga cover-cover smartphone & tablet-tablet.
Boleh rambang mata tgk kat situ n murah-murah lak tuh.
Haritu aku tgk yang cover kaler biru tuh online shop siap jual sampai RM60.
Kat Holiday Plaza RM30 dah dapat huhuhuhu.
Oleh itu pilihlah dengan bijak!

Resepi Diet: Salad Ayam & Telur

Image
Yang ini plak sesuai untuk breakfast. Lagi senang ekekek

Bahan-bahan
Ayam yang telah dipanggang
Telur yang telah direbus
Salad
Cheese
Sedikit sos Thousand Island

Cara-cara
Tak ada cara. Tengok gambar aku tuh jer dah tau cara-cara camner

Jerebu 2

Image
Gambar-gambar sekitar Bandaraya Johor Bahru masa jerebu teruk melanda minggu lepas.
Gambar-gambar ini diambil dari hari 18/6/2013 hingga 21/6/2013.
Tapi hari yang paling teruk adalah Khamis 20/6/2013
Jerebu plus udara yg sangat menyesakkan dada. 
Nak tidur pun tak boleh. Sesak nafas dengan bau asap.
Time jerebu nih lah memang aku tak sabar-sabar nak pegi opis.
Sebab kat opis tempat tetutup n bau asap tak masuk. 

Jerebu

Image
Kalau jerebu tak berbau takpe tapi bau asap.
Memang sesak nafas lah. Yang paling teruk adalah pada hari Khamis 20/6/2013.
Pukul 3 pagi aku dah terbangun tak boleh tidur.
Pegi toilet bau asap jer kat bilik tidur pun sama. 
Bila pegi kerja memang jarak penglihatan pun lebih kurang 500 meter gitu.
Ya Allah turunkan lah hujan lebat2.

Menu Diet aku.

Image
Lunch: Ayam Grill Cheese & Brokoli


Breakfast: Salad & omelette 


Salad telur rebus


Salad Ayam & Telur Rebus

Brokoli & Kobis Bunga

Resepi Diet: Ayam Bakar & Salad

Image
Actually aku dalam proses diet. Heheh. Kurangkan makan nasik n makan lauk & sayur jer. Lemak memang dah terlebih-lebih sgt nih. Simple jer resepi nih. Meh aku ajar
Bahan-bahan 1/4 bahagian Ayam (tak kisahlah tapi lagi bagus bahagian dada) Garam Lada Hitam Lada Sulah Paprika sikit Brokoli Salad Cheese cheddar 
Cara-cara Ayam diperap ngan garam, lada sulah, lada hitam & paprika. Biar selama 1/2 jam. Lepas 1/2 jam baru grill or panggang dalam kuali. Aku guna kuali korea yang boleh terbalik2 tuh. Best gila ok. Agak-agak ayam nak masak tuh masukkan sayur brokoli tuh n letak cheese atas ayam tuh n Panggang sekali.
Sosnya aku malas nak buat amik thousand island pastu picit2 sikit2 jer kat salad2 tuh.
Siap dinner/lunch aku!

Timang Tinggi-Tinggi

Image
Belajar rajin-rajin Dik. Masa depan adik lagi penuh dengan pancaroba.
Harap adik jadi anak yang soleh.
Aminnnn

Tempat lepak Fav.

Image
Aku kalau bosan-bosan, sinilah tempat aku melepak sambil makan-makan sambil budak tecik si ayip tuh main kat Playground nih. Walaupun makanannya tak sesedap kat luo tuh tapi selesa takdelah panas sejuk jer ada aircond kan kat sini. 

Sedap jer kan tengok milo ice nih kan?  Kalau bulan puasa mau boleh meleleh air liur tgk gambar nih

Ais jagung..... slrupppp!
Tapi actually aku tak berapa suka lepak sini dah. Sebabnya anak saudara aku nih suka main kat playground nih tapi ada budak-budak yang main kat sini ganas-ganas. Si ayip nih selalu kena buli. Kalau kena pukul ke tolak ke tak pernah nak membalas. Tadah jer. Aku plak nak marah anak orang kang mak bapak budak-budak tuh takleh terima plak. Last-last aku jerit jer kat anak saudara aku panggil balik. Ada sekali tuh siap tolak-tolak, nasib baik tak jatuh dari tangga tinggi tuh. Yang pelik tuh mak bapak budak yang menolak tuh buat bodo jer. 
Memang lah budak-budak jer tapi jaga-jaga lah sikit anak tuh. Jangan biarkan jadi pembuli. Tahulah …

Jalan-Jalan: Hatyai, Thailand

Image
Bukan aku yang pegi tapi akak aku, anak dia n anak saudara aku. Aku nih payah sikit nak ngikut. Bukan boleh cuti lelama. Akak aku g masa cuti sekolah bulan3 haritu. Bulan 3 baru aku nak post skrg? hik hik hik
Banyak post tertangguh. So post aku nih ikut gambar2 yg telah diambil ler. Kiranya post bulan 3 baru sekarang aku nak share heheheh.

Gambar kat pasar terapung kat Hatyai. Akak aku pegi ikut rombongan taman sebelah taman rumah aku. Diorg pergi naik bas Jumaat malam Sabtu sampailah hari Selasa malam Rabu baru balik. Jauh gak kan perjalanan dari JB-Hatyai. Berapa Negeri kena merentas kan. Fuhh letihhh beb.

Untung budak kecik nih, kecik-kecik dah melancong merata. Makcik kamu nih Dik, dah tua-tua baru dpt merasa. Family aku bukan orang senang. Kalau nak g jalan-jalan pun g Pantai Lido jer Dik. Berkelah kat situ sambil mandi-manda. Sekarang nih pun Pantai Lido dah takde dah nak naik Kondo. Kesian betul! Banyak nostalgia kat situ.

Aspire S7

Image
Haritu masa ada PC Fair akak aku mintak aku carikan acer s7 nih. 
Dia plak takde gi Hatyai time tuh. So aku pun meredah PC Fair cari menda nih. 
Time tuh S7 nih benda baru so memang payah nak dpt kat PC Fair. Tapi nasib baik dapat good deal kat satu booth nih n booth nih company tuh aku percaya sikit sebab dah establish n aku dah beli beberapa laptop n pc ngan company tuh dulu.

Memang nipis gila laptop nih n ringan jer macam macbook air. Actually akak aku nak beli macbook air tapi bila mengenangkan salesman yang jaga kedai barang apple sombong nak mampus macam kitaorang tak ada duit terus tak jadi nak beli. Lagipun akak aku payah nak pakai barang apple nih sebab dah biasa ngan sistem windows kan. 
Harganya RM3799 tapi dapat discount RM200. OS nya adalah Window 8. Oklah memang ringan gila. N yang lagi satu gila best adalah touch screen ek. 
Aku panggil Aspire S7 nih laptop Megan Fox sebab iklan dia guna Megan Fox hehehe

Belajar rajin-rajin ye

Image
Rajin budak tak comel nih buat kerja sekolah.
Tapi bila ngajar budak tak comel nih takleh kasar-kasar.
Nanti tetiba ada air menitik kat buku tuh.
huhuhuhu
Tadika budak kecik nih selalu bagi kerja sekolah banyak-banyak.
Padahal baru K1 jer kan. 
Tapi takpelah take positif ye.

Selamat terbang wahai kotak!

Image
Inilah barang-barang yang aku hantar kat abg aku kat Shanghai tuh.
Dah rindu sgt nak makan maggi kot.
Barang-barang nihlah aku beli kat pasaraya tuh yang tipu aku time scan harga.
Ampesss nasib baik baru RM2 gitu.

Kenduri Domino's lagi

Image
Domino's adalah salah satu pizza delivery kegemaran aku.
Kalau makan Domino's nih mesti amik pizza yang basenya nipis jer.
Pastu mesti beli chicken wings yang roasted.
Fuhhh sedap gila.
Nak-nak kalau hati tengah gundah gulana. 
Makan satu bungkus pun boleh tak sedar!

Berhati-hatilah ye

Image
Haritu abg aku yg dok Shanghai ada kirim barang untuk dipos. Aku nih memang jarang nak pegi pasaraya yang satu nih. Tapi oleh kerana pasaraya nih dekat ngan opis aku n lagipun aku boleh keluar time opis hour (ampun bosss huhuhu) so aku pegi lah belanja barang utk abang aku kat situ.
Aku memang tak berapa gemar pegi pasaraya tuh. Aku kalau belanja barang dapur pun memang kat Aeon/Jusco jer memang tak pernah langsung belanja barang dapur kat pasaraya tuh.
Masa cashier tuh scan barang aku dah terasa macam dia scan dua kali. Tapi aku tak amik pusing sgt. Bila balik rumah kira balik huhhh memang betul dia terlebih scan. Nasib baik baru RM2.79 jer. Tapi kalau 10 customer dia buat camtu mana kaya raya pasaraya tuh. 
So peringatan untuk diri sendiri lain kali kalau g pasaraya tuh kena hati-hati lah ek. Or tak yah gi pun sebab tak berapa yakin ngan cashier nya. 

Nasi Kerabu yang tersedap di JB

Image
Pada aku ini adalah Nasi Kerabu tersedap kat JB.
Nasi Kerabu nih boleh didapati kat Pasar Tani Taman Sri Pulai JB setiap hari Ahad pagi.
Kalau bulan puasa plak kat bazaar ramadhan Taman Sri Pulai gak.
Eh bulan depan nak puasakan??
Kejap betul. Last year punya pun aku belum abis ganti.
Huhuhuhuhuhuhu

Hantaran oh Hantaran

Tadi pagi masa dalam perjalanan pegi kerja aku dengar Radio ERA.
Sejak dua menjak nih aku rajin gak layan Radio ERA.
Sebenarnya tengok mood aku. Kalau musim tuh mood aku nak dengar lagu omputeh aku memang dok layan HITZ.FM or MIX FM hari-hari.
Or kekadang nak layan lagu retro aku dengar plak SINAR FM.
Tapi pegi pusing balik memang stesen2 kat AMP Radio gak yang jadi pilihan aku. ERA, HITZ, MIX & SINAR kat satu company.

Kalau bfast show ERA ada JOHARA, HITZ ada EAN & JINBOY, MIX ada THE ROD & SARIMAH dan SINAR ada KRILL, SALLEH YACOB & KAK ENGKU.
Tapi la nih memang dok layan JOHARA lah. Dengar Johan gelak pun dah rasa kelakar.

Tapi aku bukan nak tulis pasal radio.
Sajer nak cerita pasal topik pagi tadi kat JOHARA pasal hantaran.
Ada sorang pemanggil tuh call ERA bagitau masalah dia yang mak dia letak tinggi benar hantaran.
RM20K ko.
Memang standard sekarang RM20K ke hantaran kalau ada degree?
Yang aku tepuk dahi tuh pemanggil yang call tuh dah umur 36 tahun.
Bukan muda …

Resepi: Honey Mustard Baked Chicken/Ayam Bakar Madu Sos Biji Sawi

Image
Harituh baca paper The Sun ada plak resepi Honey Mustard Baked Chicken nih kan. Plak tuh siap dengan gambar sekali. Mana tak aku terliur. So apa lagi hari sabtu aku try lah masak. Sebelum tuh pagi-pagi lagi lepas Aeon bukak jer aku terus lari pegi sana cari bahan-bahan. So kat sini aku share resepinya:-
Bahan-bahan 2 whole, large chicken thighs with skins (lebih kurang 1 kg) 1 tsp garam 1/2 tsp lada sulah 1/2 tsp serbuk bawang putih (kalau susah nak cari pakai jer bawang putih) 1 tbs minyak zaitun 3 tbs sos mustard 3 tbs madu 1 tbs daun pasli yang telah dicincang (or apa-apa fresh herbs)
Cara-cara 1. Bersihkan ayam dan potong bahagian ayam antara thighs ngan drumstick tuh. 2. Gaulkan ayam dengan minyak zaitun, garam, lada sulah dan serbuk bawang putih.

3. Panaskan oven dalam 180 darjah. 5. Campurkan Sos Mustard, madu dan daun pasli dalam mangkuk.

6. Letakkan ayam yang dah diperap (2) dalam dulang pembakar dan masukkan dalam oven kat tingkat yang paling bawah sekali dan bakar dalam 30 m…

Roti Sardin Goreng

Image
Tiba-tiba macam nak makan roti nih. 
Haritu bos belanja roti nih buat minum petang.
Bilalah bos mau belanja lagi. Nak cari sendiri tak tau gerai kat mana.
Besar gila roti nih. Salut dengan tepung n goreng.
Intinya sambal sardin.
Serius sedap gila. Tapi bos beli sorang satu jer.
:((((( 
mana cukup ekekekeke

Makan Lagi!

Image
Macam kagum plak dengan diri sendiri sebab tahan tak makan burger kat McD. Dah 7 bulan aku boikot makan McD. Walaupun burger fav. aku prosperity burger tuh ada masa awal tahun harituh tapi tekak aku tak teringin pun. Lepas tuh burger fav aku fillet-o-fish yang aku dah telan sejak umur aku 5 tahun dah tak teringin dah sekarang. Harap-harap aku stay macam nih dalam jangka masa yang panjang or selama-lamanya ke kan. Yup aku tahu ramai orang kita yang kerja kat McD. Tapi nak buat camner kan memang tekak aku da tak lalu nak makan McD. Lagipun banyak faedahnya bukan sahaja atas sebab kemanusiaan tapi kesihatan dan kewangan juga. 
Tapi sejak tak makan McD nih aku dok layan KFC jer. Nak wat camner kan?? Takde pilihan. Kalau burger  daging ke apa ke baik beli yang stall tepi jalan tuh. Marbeles gila ok!

Save the Planet!

Image
Belanja bulanan. Penuhkan satu troli?
Tapi boleh terlupa plak, hari Sabtu xda plastik la.
Jenuh nak mengangkat barang masuk kereta.


Kalau pegi Jusco or Aeon nih tak sah kalau tak beli Imari & Onigiri nih huhuhu.
Sedap!

*Yawn*

Amboii lama betulkan aku berehat.

Malas betul nak bukak blog nih. Lagipun kerja pun banyak kat opis.

Baru cuti 2 hari belum 2 minggu. Pernah cuti 2 minggu lebih fuhhhh banyak kerja tertunggak.

Tapi apa-apa pun aku puas dapat pegi bercuti.

Walaupun hanya sekejap tapi boleh lah cuci mata tengok tempat orang.

N tak lupa jugak pada lepasan SPM yang baru mendaftar masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Good Luck aku ucapkan.

2 orang anak saudara aku dapat tawaran further study kat UiTM. Tahniah anak-anak saudaraku.

Semoga apa yang dicita-cita tuh tercapai.

Time-time gini teringat masa aku hari pertama di ITM Shah Alam, masa tuh belum tukar UiTM lagi.

Sedihnya tengok mak aku tinggalkan aku kat pintu pagar Kolej Seroja.

Wakakakakak

Anak mak lah katakan hihihihihi

Tahniah JDT!

Weeeeeeee
Akhirnya JDT melangkah ke Final Piala FA.
Walaupun kalah tapi JDT ada kelebihan gol kat tempat lawan.
Tahniah JDT!
Apa-apa pun blog aku nih akan berehat buat sementara waktu.
Sebab tuan punya blog nih nak pegi short holidays.
Yup aku nak g bercuti.
Takdelah jauh mana tapi kat luar negara gak lah.
Kena naik kapal terbang & 2 jam lebih perjalanan.
Apa-apa pun first time aku jejakan kaki kat negara nih.
Doakan aku selamat pegi n balik ek.

Petanda Sakit Jiwa

Image
Petanda sakit jiwa bila aku post gambar makanan jer dalam blog aku nih.
Hahahhaha tapi aku peduli apa.
Yang penting sapa yang translate petikan rencana tuh dia yang sakit jiwa sebenarnya.
Kena pegi belajar lagi yer bangg or akak or adik



Kuey Teow Hailam & Kuey Teow goreng tuh memang superbb!
Lunch aku masa kat opis nih.
Terbaikkkkkk!