Posts

Showing posts with the label highlights

2019 - Throwback

Image
Akhirnya dapat jugak buat post ni. Bulan September pulak tuh. Sebenarnya tang bulan tuh tiap2 bulan edit hahahaha. Masa kena kurung kat rumah dah buat tapi tak siap-siap. Lagipun laptop rosak tak ganti-ganti lagi. Rasa mcm tak beli kot. Tak ada keperluan. Apa pun, mari kita mengimbas kembali tahun 2019. JANUARI Baby Mya (baby ke lagi) dah 4 tahun. Kejap jer masa berlalu n akak aku dah masukkan dia ke Playschool. Budak perempuan ni payah nak nangis kalau kena tinggal. Berbeza dengan budak lelaki. Tapi ada jugak lah sedih-sedih tuh. Lepas tu anak saudara aku yang arwah mak aku babysit sejak lahir akhirnya bertunang. Sebelum tuh abang dia bertunang bulan Disember 2018. Bulan ni jugak akak aku ada meeting kat Melaka. Tinggal lah aku uruskan dua org anak dia. Sebab meeting tuh 11 hari, masa cuti Thaipusam tuh aku bwk anak dia g Melaka jumpakan mak diorg. Bulan ni aku start bz sbb akak aku dah lantik aku sebagai wedding planner. Dah lah takde pengalaman. Dari sewa dewan, katering, doo...

2018 - Throwback

Image
Cepat betul masa berlalu. 2019 dah. Selamat tinggal 30'an. Selamat datang 40'an. Alhamdulilah masih bernafas di tahun 2019. Kali ni post throwback nak buat terus sampai bulan Disember. Takde Part 1 or Part 2. 1 post jer. Kalau tak, part 2 tgh tahun 2019 baru nak post agaknya. JANUARI Cuti sekolah dah habis dan sekolah bermula. Rutin 30km pergi kerja kembali semula. Bulan Januari ni juga lah arwah abang aku dimasukkan ke hospital akibat masalah diabetes yang dah menjejaskan mata dia. Masa ni sedih juga tengok dia sebab dia dah membayangkan yang umur dia dah tak panjang. Senja Januari 2018 FEBRUARI Bermula lah siri aku pula tak berapa sihat. Demam, selsema n batuk. Sampai kena amik nebulizer kat klinik berdekatan. Lagi sedih last pegi klinik situ dgn arwah mak sebelum dia msk ICU kat PSH.  Kenduri Walimah di Pasir Gudang MAC Cuti sekolah bulan 3, abang aku n family yang duduk kat Alor Setar balik bercuti kat JB. Riuh sikit rumah aku. Jalan-jalan ...

2017 - Throwback Part 2

Image
Fuhh lama gila aku nak sambung entry throwback ni. So ini lah sambungan Part 1 JULAI Bulan paling sedih dalam hidup aku. Aku kehilangan doa yang paling mustajab dalam hidup aku. Mak yang aku kasihi dan yang aku sayangi telah pergi buat selama-lamanya. Sedihnya hanya Allah sahaja yang tahu. Mak pergi pada hari terakhir bulan syawal. Perjalanan terakhir arwah mak OGOS Bulan Ogos, bulan pertama yang aku lalui tanpa mak. Masa ni hari-hari aku menangis n actually sampai sekarang masih lagi menangis. Lagi-lagi bila ahli keluarga yang duduk jauh balik, lagi lah sedih. Hidangan Hari Raya Aidiladha yang simple buat kami SEPTEMBER Bulan birthday baby Mya yg ke-2. Dua Bulan ni jugak aku decide untuk tukar kereta. Terlalu banyak kenangan dengan kereta lama. Lebih baik tukar sekarang sebelum nilai kereta lama tu semakin turun. Aku tukar kereta tak pegi jauh-jauh pun. Brand yang sama dan yang paling kelakar model yang sama. Cuma upgrade sikit lah. Dulu 1.3 cc sekarang 1.5 cc. ...

2017 -Throwback Part 1

Image
Selamat Tahun Baru 2018. Rasanya tak terlewat kot. Walaupun bulan Januari dah nak abis dah. Sekejap jer setahun berlalu. Post ni dah lama aku draft tapi tak siap-siap. Tiap-tiap tahun aku ada post throwback (last year 2016 - Part 1 & Part 2 ). Walaupun tahun 2017 post tak banyak tapi tetap nak buat throwback. Tahun 2017 adalah tahun paling sedih dalam hidup aku. Sampai sekarang masih sedih lagi. Nak taip post ni pun bergenang air mata. JANUARI Bulan Januari 2017 dimulai dengan appointment aku macam biasa kat Hospital Sultanah Aminah. Musim sekolah start macam biasa n start bulan ni aku dah tak amik Mat Ayip balik sekolah tiap-tiap hari ahad sebab minyak mahal dan aku pun kelam kabut nak amik dia balik. Masa ni sibuk cari kain sbb nak buat g kenduri anak saudara aku. Makan, makan dan makan FEBRUARI Bulan Februari 2017. Tragedi Pasar Tani. Tersungkur kat tepi jalan balik pasar tani. Nasib baik takda kereta yang lalu n ada pasangan suami isteri tolong aku. Risau ar...

2016 - Throwback Part 2

Image
Sambungan Part 2 JULAI Bulan Syawal. Tahun ni raya yang agak sedih jugak. Sebab kitaorg baru jer kehilangan abang yang sulong. So mak aku memang takde feeling nak sambut raya. Lagi-lagi selalu raya pertama arwah abang aku bawak family dia datang rumah. Bila dia tak ada. dah tak datang dah. Datang bila seminggu raya. So memang sedih lah. Kenangan ketupat hangus OGOS Bulan ogos takde yang menarik. Musim durian. Yang aku ingat bulan ni aku dok melantak durian. Tiap-tiap minggu kot beli durian. Kopak aku bulan nih. Durian kan buah larangan untuk pesakit diabetes cam aku nih kan. Tapi alhamdulilah tak naik pun darah aku. Hb1c aku turun lagi ada lah. Maybe sebab aku dah buang habit minum air manis Lontong RM2.50 dengan kopi garam buluh yang famous tuh SEPTEMBER Bulan birthday baby mya. Setahun sudah. Untung baby mya sambut birthday sampai 2 kali. 1st masa birthday ikut bulan islam. Dia lahir 10 Zulhijjah n satu lagi ikut bulan roman. Tapi yang besar time bulan islam ler s...

2016 - Throwback Part 1

Image
Selamat Tahun Baru 2017. Kejap jer kan masa berlalu. Rasanya tahun nih paling cepat berlalu.  Baru jer kan aku post edisi tahun 2015 ( Part 1 & Part 2 ) dah habis tahun 2016. Banyak perkara berlaku tahun ni. Suka dan duka. Oleh kerana aku memang buat post nih tiap-tiap tahun so mari ler kita jenguk semula apa yang berlaku pada aku pada tahun lepas. JANUARI Bila nak buat throwback ni, aku kena tengok balik gambar-gambar dalam handphone aku untuk apa-apa peristiwa yang berlaku untuk Januari 2016. Nak harapkan blog. Memang nan hado. Aku dah malas nak update blog skrg. Januari 2016, arwah abg aku buat kenduri kahwin anak dia. Kira kenduri kahwin terakhir daripada arwah abg aku. Beria-ria dia jemput orang. Happy betul dia masa tu. Siapa sangka masa tuh 5 bulan sebelum dia pergi selama-lamanya.  Mak aku tengah tepung tawar cucu dia. FEBRUARI Takde apa yang menarik yang berlaku bulan Februari. Cuti public holiday pun duduk rumah. Tak pergi mana-mana. Baby Mya ka...

2015 - Throwback Part 2

Image
Sambungan daripada Part 1 JULAI Bulan raya. Raya tahun ni penat betul sebab macam aku sorang jer masak huhuhu. Tapi yang paling puas bila makanan semua licin sebab tahun nih semua balik rumah aku. Yang paling seronok dapat kumpul amik gambar ramai-ramai. Jarang-jarang sekali kitaorang dapat bergambar mcm kat bawah nih. Itu pun tak lengkap. Abg aku yang 2nd n family tak join. Diorg kena cery bery. Family besar aku OGOS Bulan dugaan. Orang langgar belakang kereta aku. Untuk myvi aku rasanya ini yang paling teruk aku pernah kena. Nasib baik aku jaga jarak aku dengan kereta depan. So takdelah aku hentam kereta depan aku. Sampai sekarang kalau terbayang balik camner kereta nih langgar kereta aku, rasa ngeri pulak. Cuba bayangkan korang kena kejar ngan kereta belakang korg. Dah tuh kereta belakang tuh bawak laju gila tekan minyak n takde rasa nak tekan brek. Macam dia tengah kejar korg? Cuma bezanya dia tak kejar tapi katanya dia tertidur. 3 minggu gak 'patah kaki' tak...